ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, February 4, 2016

Surau Banyak Akibatkan Perpecahan Umat, Tabung Masjid Kaya Tapi SOMBONG!

Ramai tidak berani memperkatakan ini kerana bimbang dianggap kafir, sesat serta jahil tapi jika berkata benar itu berdosa, izinkan saya berkata

"Kita terlalu banyak surau di satu kawasan kecil dan ia memecahbelahkan masyarakat setempat selain Tabung Masjid Kaya tapi sombong"

Setiap sudut Kampung pasti ada Surau malah majoritinya satu kampung di Bandar mempunyai lebih dari satu surau. Manakala satu Taman pula biasanya mempunyai satu surau, tapi jemaahnya boleh dikira dengan jari kaki.

Sejujurnya sebagai orang Islam saya tidak nampak baiknya kita mempunyai banyak surau khususnya di Bandar dan Sub Bandar.

Terlalu banyak, hinggakan setiap 100 meter pasti ada satu surau. Dan satu surau pula hanya ada kurang 20 jemaah khususnya masa solat Zohor dan Asar, Subuh 50, Maghrib dan Isyak lebih sikit dari 100.

Lebih teruk, di setengah tempat, Surau baru dibuka kerana permusuhan terjadi.

Antara bentuk permusuhan dan perselisihan adalah Surau lama dan Team A yang menang dilantik Jabatan Agama terus menduduki "takhta" dan Team B yang kalah "merajuk" lalu buka Surau baru, ada kerana perbezaan politik, ada kerana perbezaan keyakinan serta fahaman dalam Islam.

Surau sepatutnya menjadi institusi yang menyatukan masyarakat setempat tetapi ia sebaliknya.

Akibat perpecahan ini, Tabung Derma surau tidak mencukupi untuk menyelenggara Surau saban bulan diantaranya bil elektrik antara RM 50 - RM 2000 dan bil Air antara RM 150 - RM 2000 sebulan.

Tabung Surau miskin terus daif di kala Tabung Surau Kaya terus sombong dan angkuh.

Tabung Surau kaya bukan sahaja menjadi idaman dan harapan Surau lain tetapi juga oleh orang Islam yang miskin.

Banyak kes pancing duit tabung Surau, kes pecah tabung Masjid dan pelbagai lagi semuanya berakhir dengan si pencuri ditangkap dan dipenjarakan walaupun jumlah curiannya hanya RM 10.

Ini kerana RM 50 terlalu ekslusif untuk dibawa ke Surau dan Masjid jadi ia jarang berada dalam tabung di sana.

Bukankah Masjid dan Surau adalah simbol harapan semua umat lebih lagi tempat orang miskin mengadu.

Jika tidak, ia tidak sepatunya dipanggil rumah Allah kerana sifat Rahman Allah menerima aduan umatNYA, miskin, kaya, baik mahupun jahat.

Antara kebaikan jika jumlah Surau dikawalselia adalah;

1. Menyatukan umat Islam di peringkat Keluarga, Taman, Kampung dan Bandar

2. Menaikkan martabat dan darjat Azan lebih dihormati bukan sahaja oleh bukan Islam malah orang Islam sendiri

3. Pendapatan Surau dan Masjid meningkat akibat penjimatan dan lebih mudah membantu mereka yang miskin

4. Surau yang "ditutup" boleh disewakan sebagai stor, kelas, majlis perkahwinan dll justeru menjana pendapatan untuk diagihkan kepada fakir miskin.

Surau dan Masjid juga perlu memperkenalkan Tabung Mesra Islam@simiskin dimana si penderma maklum bahawa wang derma mereka adalah untuk diagihkan kepada fakir miskin "pencuri" oleh Surau Masjid.

Tabung Mesra Islam ini adalah kritikal dimana mungkin ramai tidak tahu ramai orang Islam yang miskin pergi ke Gereja untuk mengambil wang di tabung Gereja dengan mudah, tanpa banyak karenah serta birokrasi yang akhirnya mereka berpendapat mencuri lebih mudah.

Jika kejujuran fakir miskin "pencuri" ini diragui Masjid dan Surau, mereka boleh sediakan buku daftar dan rekod seperti Gereja. (Tolong jangan sempit pemikiran kata berdosa ikut amalan agama lain kerana ia  sepatunya adalah amalan yang berasal dari Agama Allah yakni keyakinan dan kepercayaan)

Anggaplah saya jahil dan bodoh kerana mempersoalkan banyak surau, tapi banyak surau jika kosong jemaah dan kosong pengisian pun ia tetap tidak memanfaatkan sesiapa!

Anggaplah saya kafir dan sesat kerana mengatakan Tabung Masjid Surau kaya tapi sombong, tapi jika Masjid dan Surau mewah, berhawa dingin, berkarpet, pekerja Masjid Surau bergaji puluhan ribu ringgit tetapi ramai lagi orang miskin tidak makan TERPAKSA mencuri, maka lebih elok tidak perlu ada Tabung dalam Masjid dan Surau kerana jika kekurangan dana Masjid dan Surau tempat mendapat bantuan dari Zakat yang kaya!

PS: Tabung Mesra Islam/Simiskin juga perlu diperluaskan secara online dan di tempat awam ie ceramah politik, ceramah perdana, tempat jual makanan, mall dsb. 

Tindakan fakir miskin mencuri juga kerana kesukaran mendapatkan bantuan zakat atau tidak cukup. Wallahualam.

No comments: