ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, February 25, 2016

Anti Vaksin Baca Ini

Saya tertarik dengan satu artikel yang saya baca yang menyokong anti vaksin dengan menggunakan hadis Rasulullah SAW iaitu "susu ibu mempunyai imunisasi yang cukup untuk bayi".

Sebulan lepas, dari mulut seorang tabligh saya mendengar hadis berkenaan bekam dimana mereka berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa ketika Baginda naik ke langit sebanyak 9 kali mendapat dan mengurang perintah solat dari 50 waktu ke 5 waktu, perintah bekam juga ada disampaikan kepada Baginda!

Sebenarnya, semakin ramai orang Islam merasa terganggu dengan lambakan hadis palsu yang didakwa sohih dari perawi-perawi sohih.

Punca lambakan hadis palsu ini tidaklah jelas samada kerana masyarakat Malaysia kurang ilmu, atau didalam dunia internet yang mencabar tiada web yang menjadi rujukan hadis sohih atau sememangnya sohih dan tidak sering menjadi perbalahan sejak ratusan tahun dahulu.

Sohih atau tidak, lama-kelamaan orang Islam menjadi "ignorance" terhadap hadis walaupun yang sohih kerana hadis/sabda Rasulullah SAW sampaikan ayat aku walau sepotong ayat telah dibuat secara keterlaluan termasuk tidak memeriksa kesahihannya menjadikan ayat Allah dilelong, dijual murah, dilacurkan, digadai, dibuang dan dihina.

Kini golongan anti vaksin juga mengambil hadis Nabi dan untuk menguatkan hujah mereka, mereka kaitkan vaksin dicipta Yahudi untuk membunuh orang Islam.

Tanpa ilmu, mereka menjatuhkan hukuman dan mengunakan teknik bersangka-sangka sedangkan AlQuran melarang sikap sangka-sangka.

Mereka katakan, anak tanpa vaksin lebih sihat dari yang bervaksin.

Saya tiada masalah dengan sesiapa, baik anti vaksin, atau baik Doktor yang dilihat ingin meraih untung setiap kali menasihatkan vaksin kepada pesakit.

Saya ada masalah sekiranya ayat Allah di gadai dan dilelong demi keuntungan dunia yang sedikit, samada anti vaksin, air 30 juz, ayam 30 juz, dll.

Izinkan saya berkongsi kisah 3 anak lelaki saya yang ketiga-tiga lahir pada hari Jumaat, melalui "caesar" kerana ibu merek menghidap darah tinggi setinggi 220 bacaannya.

Menariknya ketiga anak saya mendapat vaksin yang berbeza antara satu sama lain.

Yang pertama ketika saya masih lagi berkerja di sebuah syarikat MNC, justeru semua vaksin ditanggung syarikat, dan saya ambil semuanya.

Anak kedua, saya sudah tidak berkerja. Dia lahir dalam keadaan yang amat cemas, dan mengubah persepsi saya kepada Doktor yang mahu bedah sebagai jalan mudah dan caj tinggi.

Beliau dibedah pada hari kedua kerana masalah paru-paru tidak matang. Beliau selamat, tetapi saya memberinya vaksin paru-paru yang mahal, dan tidak beri vaksin lain melainkan wajib.

Anak ketiga pula, sudah pasti duit makin susut, belanja makin tinggi. Cerita sama, Hospital Swasta bayar sendiri.

Saya tidak berinya banyak vaksin melainkan yang wajib.

Ketiga-tiga anak saya mempunyai vaksin berbeza, tetapi Alhamdulillah dengan izin Allah ketiga-tiganya sihat.

Tidak timbul Adik kurang vaksin dari Abang lebih sihat dan sebagainya.

Samada mereka ambil vaksin atau tidak, yang menyakitkan dan yang menyembukan tetap Allah dengan izinNYA.

Apakah golongan anti vaksin lupa akan akidah mereka? Allah yang sihatkan, bukan vaksin!

Kesilapan yang sering kita lakukan dalam agama Islam adalah kita suka mengambil jalan mudah dan mengabaikan keutamaan AlQuran mengatasi Sunnah dan Hadis.

Sunnah mengatasi Hadis dan sunnah berkaitan dengan batang tubuh Baginda SAW mengatasi sunnah yang tidak berkaitan batang tubuh Nabi.

Kita semua termasuk Doktor dan Anti vaksin perlu berusaha menjadikan anak kita lebih pandai dan lebih sekadar pengguna.

Lahirkan generasi pencipta jika tidak mahu "dibunuh" oleh Yahudi.

Saya cabar golongan anti vaksin bila melahirkan anak, atau bila dibedah jantung, atau kerana kemalangan jangan pakai ubat bius kerana ubat bius dicipta Yahudi untuk bunuh kita.

Kita mahukan anak Islam yang mencipta dan sementara itu wajarlah kita terima semua ilmu dalam dunia ini walaupun dijumpai oleh manusia adalah ilmu Allah. Tidak berkelip mata manusia dengan izin Allah.

Tapi, Allah mahu kita berusaha barulah Allah izinkan.

Vaksin adalah usaha.

Anti vaksin juga adalah usaha, dalam cara tersendiri.

Masing-masing punya cara sendiri, cukuplah untuk peringatan diri sendiri dan tidak perlu "menghasut" orang lain untuk ikut kita pakai vaksin atau anti vaksin.

Kita berbeza, ada yang Allah saya, ada yang Allah uji, ada yang Allah balas kerana dosa, ada yang Allah sakitkan kerana bersihkan dosa dan bermacam lagi.

Dari segi makanan juga berbeza. Ada makan manggis dan durian, sakit, ada yang makan durian jika tidak makan manggis sakit. Ada yang makan daun betik baik denggi, ada makan berkilo daun betik tidak baik denggi.

Kerana apa?

Kerana yang menyembuhkan adalah ALLAH bukan daun betik, bukan vaksin, bukan anti vaksin.

Yang menjadikan kita sakit pun Allah, bukan virus, pun bukan baju yang kita pakai, tetapi Allah mahu kita berusaha dan kita kena pakai baju untuk melindungi diri kita.

Tidak percaya, cubalah jangan pakai baju esok!

Saya juga ingin berkongsi kebenaran ayat AlQuran dimana Allah kata mati dan lahir seorang manusia adalah ditangannya, dan pengetahuan ini Allah ajar melalui ujian pada anak kedua saya.

Pada hari Selasa, Doktor mahu menahan isteri saya di Wad, saya enggan kerana saya bayar sendiri, tunggu hingga 40 minggu harap boleh lahir normal.

Rabu saya pergi jumpa Dr Kamariah di Naluri Wangsa Maju, beliau mahu bedah pada Khamis. Saya enggan kerana seperti anak pertama, saya rasa Doktor hanya mahu duit saya.

Pada hari Jumaat pagi jam 9 saya ke Tawakal berjumpa Dr Abdul Rahman dan beliau menolak kami mentah-mentah dan mahu menghantar isteri ke HKL kerana tidak mahu bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa.

Tetapi, kerana kasihan melihat isteri, beliau mengusahakan juga dan memujuk Dr bius dihadapan saya. Akhirnya mereka bersetuju untuk bedah isteri saya pada hari Isnin.

Malangnya, Dr bayi cuti pada Isnin jadi ia dibawa ke Ahad, tetapi bilik Bedah pula penuh akhirnya bilik bedah ditempah untuk hari Sabtu.

Lega mendapat tempat dan mahu bersyukur pada Allah saya pergi Solat Jumaat meninggalkan isteri saya dibawah seliaan Dr Darah tinggi.

Bila sampai ke Wad sekitar jam 2 saya dengan perbualan Nurse mengatakan jantung anak saya sudah berhenti selama 10 minit sebelum mereka semua kelam kabut dan ada kembali.

Panik dengan bacaan darah tinggi cecah 220, selepas episod marah Doktor bedah yang lambat pulang dari Solat, isteri saya dibawa ke Bilik Bedah pada jam 2.30 hari Jumaat, dan anak kedua saya lahir hari Jumaat kerana Allah. Saya fikir Doktor mahu bedah ikut hari kerana mahu maksimumkan kes mereka untuk jana untung besar.

Rupanya, Doktor manusia, mereka merancang dari Selasa, Rabu, Khamis, Isnin, Ahad, akhir sekali disahkan Sabtu, tapi kita berusaha Allah mahu Jumaat, tiada siapa dapat halang Jumaat.

Begitu juga kematian.
 

No comments: