Mutakhir ini remaja Melayu sering dihidang dengan Drama dan Filem Melayu yang bertaraf “sampah” dan tidak berasaskan realiti sedikitpun tetapi fantasi keterlaluan.
Bersepah dalam FB ibu bapa yang khuatir akan “trend” ini yang
mereka gelar filem sendu dan drama sendu.
Sebut sahaja Suamiku, Isteriku, Orang Gaji, 100%, 200%,
Rindu, Sotong, Perfect, Hati, Karipap, dan lain-lain pasti sudah terbayang
adegan yang tidak mencabar minda dan tidak beri apa-apa “pendidikan” pada kita
selain “angan-angau” kosong dan sia-sia.
Drama dan Filem Sendu ini juga merosakkan nilai, kekuatan
dan jati diri remaja yang sememangnya amat-amat nipis, malah lebih nipis dari
tisu.
Berbondonglah semua salahkan Sutradara Filem dan Drama yang
semakin tidak kreatif dan kering idea dalam mengembangkan industri filem Negara
sekaligus melahirkan masyarakat yang bernilai tinggi.
Sejak dahulu, Filem dan Drama Melayu hanya akan berkisar pada
3 Genre yang sama iaitu cinta, komedi dan hantu.
Sejak 30 tahun dahulu, jika diteliti, jalan ceritanya sama,
A cinta B, B marah C, C cemburu D, D cinta A, kemudian E bunuh D, Mayat D Hidup
Semula bunuh E, rupanya D belum mati, silap Hantu F seram suam, Lawak G pula
bermodal bahankan Gemuk, Pondan, Seks dan Kawan, kita tepuk tangan, penonton gelak
sakan, esok mereka kerja tiada kemajuan ke dan pelbagai lagi.
Perlu diakui ada percubaan kembangkan Filem dan Drama Melayu
melalui Genre Polis dan Pengajaran, tetapi plotnya tetap sama dan tidak reality
seperti, Polis baik, jujur, amanah dan tidak rasuah sedangkan hakikatnya semua
tahu kebanyakan Penguatkuasa Kaki Duit Kopi, malah ada yang kaitkan corak kerja
Peronda Polis yang lebih rajin bila tiba hari Kaunter judi TOTO dan Magnum
dibuka.(Tidak dinafikan ada anggota penguatkuasa yang jujur dan takut pada Allah justeru penting untuk kita lahirkan filem atau buku tentang mereka bagi menggalak lebih ramai, bukan filem drama cinta sahaja)
Cerita pengajaran pula hanya berkisar pada koleksi cerita
dalam Majalah Mistik yang popular satu masa dahulu dan tidak langsung
menceritakan hakiki kehidupan yang sebenar apatah lagi berkaitan JabatPenjenayahJalan,
PenjenayahBesarTempatan, Carcastam, Projek Invisible Tentera, Kes berpuluh
Pegawai Imigresen ditahan ISA, MES Party, Kerajaan Kecil Petronas, Skandal
Peguam Negara, Ahli dan Parti Politik, Derma
2.6 billion, kuasa Tan Tin Tun, dll!
Semasa saya berusia 10 tahun, Pengarah Filem dan Drama beri alasan
kekangan kerajaan, pada usia 20 tahun, mereka beri alasan pengguna Internet
tidak ramai, pada usia saya 30 tahun, mereka beri alasan “low speed internet”
untuk streaming video, dan hari ini, umur saya 40 tahun, mereka salahkan Rosmah
Mansor dan apa sahaja yang boleh dipersalahkan selain diri mereka.
Selepas dikaji secara mendalam, punca sebenar kegagalan
mereka adalah pencetus daya imaginasi mereka iaitu orang yang sama yang mencetus
daya kreatif dan imaginasi otak kita.
Orang atau pencetus ini adalah penulis buku!!!
Penemuan terbesar ini bawa saya ke Kedai Buku Popular, MPH,
Kounikuniya dll. Bila masuk mata terus tertarik ke Seksyen “Kecil” buku bahasa
Melayu(bukan buku Sekolah) malangnya 95 dari 100 buku dirak tersebut adalah
berkisar kepada cinta!!!
Lebih mengecewakan tajuk dan plot sama dari saya kecil hingga
saya besar iaitu cinta, kekasih, hati, perasaan, Love, Untuk, Dia, Kiblat, Aku,
Menangis, Sedih, Jiwa, 100%, 200%, dimana pada saya ia adalah fantasi yang
keterlaluan yang tidak diperlukan kerana tidak selari dengan realiti hari ini.
Tidak salah berfantasi, tetapi menfantasikan hidup realiti secara
berterusan akibatkan daya tahan maki dan lasak seorang pembaca runtuh dan
hancur menjadi debu.
Sejak 30 tahun dahulu, tiada langsung buku remaja tebal atau
Novel Melayu yang berkisahkan persahabatan tanpa cinta, anak kasihkan ibu, anak
taat pada bapa, perang Sulu, Al-Maunah, terrorist dalam naratif penceritaan.
Tiada buku kisah masyarakat pentingkan diri, kisah penjawat
awam rasuah, pekerja swasta tidak jujur, tiada cerita yang berbentuk nilai dan
pengajaran kerana semua tidak mendatangkan untung.
Jika ada pun(jika saya terlepas pandang), hanya satu dua
sahaja kerana kesukaran penulis mendapatkan penerbit dan tajaan yang hanya
pentingkan keuntungan semata.
Yang banyak hanyalah cerpen, artikel dan cerita pendek 100
patah perkataan yang diulang-ulang cerita 30 tahun dahulu.
Saya tidak mahu “kondem” buku Motivasi diri, buku “Bagaimana”,
buku Bisnes, buku Pelaburan, buku Kaya, dan pelbagai buku kaedah lain kerana
jika samada tidak diteliti langsung atau diteliti setelitinya pun tetap kita
akan tahu ia adalah samada hasil ciplak ataupun di”inspirasi” dari sedikit
bahagian dari buku Inggeris dari Barat ie 7 Tabiat Manusia Yang Amat Berkesan,
Art Of Deal, Art of War, Sales, Marketing for Dummies, Photographer Collection,
Rich Dad Poor Dad dan banyak lagi kerana pembentukan minda, nilai dan jati diri
seorang manusia lebih kepada buku cerita dan bukan buku teknikal.
Saya sendiri bergelut bila tiap kali ke Kedai Buku kerana
dari 10,000 buku di rak itu, hanya 1 sahaja buku yang ada kualiti. Seperti koleksi
“research” PHD berkenaan kajian ayam goreng yang sama dengan kaedah gorengan
berbeza, tapi rasanya tetap rasa ayam.
Untuk menapis buku yang baik saya gunakan teknik bacaan MATH(Mula Akhir Tengah Habis),
dimana jika ia menarik ia akan dihabiskan dari tengah ke hadapan hingga
kebelakang hingga tamat.
Sebagai pengkhatam Novel Lagenda Budak Setan, Pilot Café,
Jibam dll saya sebolehnya tidak mahu kritik hasil karya Novel Remaja yang berpaksikan
cinta dan fantasi ini tetapi trend yang keterlaluan hingga dibawa ke layar TV
dan ditonton berjuta orang buatkan saya “terpaksa” kritik.
Keterpaksaan ini didorong oleh “ahli keluarga” saya sendiri
yang melahirkan tidak puas hatinya kerana saya “mengkritiknya” yang masih “lebih
berminat”membaca novel cinta, Filem dan Drama sendu walaupun sudah bersuami dan
beranak pinak.
Kebutuhan imaginasi serta ketagihan kita terhadap fantasi keterlaluan
Novel, Drama dan Filem menghalang perkembangan minda kita.
Apatah lagi disisa usia belia, kita harus lebih dambakan Buku
Cerita AlQuran dari buku cerita fantasi jiwang yang tidak bermanfaat langsung
seperti “Novel, Filem dan Drama Melayu” hari ini!!!
Rentetan itu saya rasa perkara ini amat serius.
Apa yang terjadi pada masyarakat kita, dan jika anda tidak
percaya, silalah ke Kedai Buku sekarang dan anda akan bersetuju perkembangan tamadun
Melayu terbantut di Novel Remaja, tajuk malah plotnya sama seperti 30 tahun
dahulu dan hari ini.
REWRITE @ Penulisan Semua @ Peluang Kedua @ Redemption/Tebus
Diri!
Istilah diatas adalah istilah popular di kalangan penulis
dan penghasil karya.
Justeru SAYA(Pembaca) CABAR SEMUA PENULIS BUKU NOVEL rewrite.
Tulis
semula samada karya lama ditulis semula sejajar dengan pengalaman hidup mereka yang
benar dan matang, atau tulis karya baru yang pasti akan memadamkan pendirian
dan pemikiran anda pada karya lama samada dari segi reality mahupun fantasi.
SAYA CABAR semua penulis baru untuk menghasilkan karya yang
tidak kejar untung selain tidak berpaksi kepada Cinta fantasi anak muda kaya, berjaya,
dll.
Tidak salah menghasilkan karya cinta tetapi biarlah ia
memanfaatkan pembaca dengan realiti kehidupan ie hutang PTPTN, sukar dapat
kerja, 3 kerja satu masa, dipecat Syarikat Penerbangan, kemungkinan penerima
dan penerima rasuah mendapat anak cacat, cinta Afrika, penceraian selepas 3
hari berkahwin atau 50 tahun bersama dan pelbagai lagi.
Apa yang kita makan, itulah diri kita. Apa yang kita baca itulah
diri kita.
Seorang penulis mempunyai tanggungjawab besar umpama memberi makan kepada
minda pembaca, apakah penulis rela beri makanan yang tidak berkhasiat dan negatif
kepada pembaca?
Saya sendiri sebagai penulis cabuk sering dikecam picisan, sukar meraih "crowd" pembaca kerana saya tidak pandai "mislead tajuk", memutar fakta dan mensensasikan isu serta kurang gemar ambil kesempatan. Akibatnya, blog saya, seperti blog Kadir Jasin yang "intelektual" kurang dilawati, tetapi adalah penting bagi kami untuk menyediakan makanan yang halal lagi berkat kepada pembaca.
Jujurnya, mengkritik bukan mudah kerana pengkritik sering
terperangkap dalam kritikan dan jadi seperti orang yang mereka kritik.
Hakikinya menyalahkan orang lain dan salahkan Kerajaan lebih mudah. Memang amat mudah!
Hakikinya menyalahkan orang lain dan salahkan Kerajaan lebih mudah. Memang amat mudah!
PS: Saya rindu Buku Alih Bahasa Hardy Boys, Nancy Foo dll
walaupun ia untuk kanak-kanak, tapi ia jauh lebih baik dari hasil karya penulis
Novel Melayu yang hanya mementingkan keuntungan.
Saya juga percaya nilai tamadun tinggi atau rendah di ukur
dari rak buku dan juga pengunjungnya.
Malangnya, 99% buku(selain buku Sekolah) di Rak Buku Kedai Buku bukan Buku Bahasa Melayu-Apa Kerajaan melalui Dewan Bahasa Pustaka buat?
Malangnya, 99% buku(selain buku Sekolah) di Rak Buku Kedai Buku bukan Buku Bahasa Melayu-Apa Kerajaan melalui Dewan Bahasa Pustaka buat?
Sejak dahulu dalam Bas/LRT, saya perhati dari 3 orang Cina
mudah ketemu 1 Cina sedang membaca.
Dari 100 orang Melayu sukar ketemu 1 Melayu sedang membaca.
Selepas 30 tahun, trend ini masih tidak berubah. Melayu
masih lebih gemar termenung berfantasi hasil Novel, Filem dan Drama sendu, "lepak moden@sembang kosong@whatsapp" dan Cina
lebih gemar mengisi masa mereka dengan membaca!
No comments:
Post a Comment