ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, January 20, 2016

Mukhriz Di Pilih Melalui Pilihanraya Dan Hanya Boleh DiTukar Melalui Pilihanraya, Begitu Juga Najib

Kedudukan Mukhriz sebagai MB Kedah amat unik dan berbeza dengan MB Pahang, N9, Melaka, Terengganu, Johor dan Perlis.

Ini kerana Mukhriz telah dilantik sebagai MB sebelum Pilihanraya Umum 13 oleh Pengerusi BN iaitu Najib Tun Razak.

Beliau menamakan Dato Seri Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi BN Negeri, Pengerusi Pilihanraya Kedah dan juga ADUN Kedah. Malahan PM Najib secara terang berkata kepada rakyat Kedah dalam satu kempen PRU jika Tuan-tuan mahu Mukhriz sebagai MB Kedah, undilah BN.

Justeru rakyat Kedah yang mengundi BN juga mengundi Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Apatah lagi, Mukhriz berjaya mengembalikan Kedah dari tangan pembangkang, berbeza dengan MB yang dilantik sebelum Pilihanraya juga seperti MB Pahang, Pahang sememangnya dalam kuasa BN.

Justeru, jika Dato Seri Najib hanya boleh digulingkan atau dijatuhkan melalui pilihanraya secara demokrasi, begitu juga Mukhriz!

Bukankah itu juga yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri dan pengikutnya. Sebarang peralihan tampuk kuasa yang dipilih rakyat hanya boleh ditukar dan diubah oleh rakyat!

PS: Apa yang terjadi di Kedah, saya tiada pengetahuan. Terpulanglah pada orang Kedah sendiri, saya hanya memetik konteks senget yang di perkenalkan oleh UMNO Primer sendiri.

No comments: