ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, January 9, 2016

ILMU ITU PENTING!!!

Saya habiskan pagi Sabtu saya menulis tentang beberapa tokoh perniagaan dan pejaya tentang ilmu.

Mereka ini menidakkan kepentingan ILMU kerana mereka tidak pandai semasa UPSR, PMR dan SPM.

Kemudian di Universiti mereka biasa-biasa, dan mereka tetap kaya. Kekayaan mereka mengalahkan rakan mereka yang pandai di Sekolah dan mereka berbangga.

Bukan itu sahaja, mereka menidakkan kepentingan ILMU dalam hidup kita.

Mereka jahil bahawa ILMU teramat penting untuk membangunkan bangsa Melayu.

Saya ingin berkongsi cerita tentang saya.

Saya mempunyai 7 buah Sekolah, 2 ketika Sekolah Rendah dan 5 ketika Sekolah Menengah. Dalam UPSR, saya mendapat 4A, kemudian 3A di PMR dan akhirnya Gred 2 semasa SPM(masalah Cinta).

Di Kolej saya belajar Multimedia dan IT dan akhirnya menjadi seorang "Anjing Near - Engineer" gelaran yang diberi orang Cina kepada kami kerana muka Melayu ini hanya diambil kerja di MNC untuk menjaga akaun Kerajaan sahaja.

Saya tidak berkecil hati, kerana dalam industri, hakikatnya Cina memang lebih bagus dari Melayu serba serbi. Malahan, ia adalah fakta dimana Tenaga PAKAR IT Cina mendominasi pasaran dalam nisbah 10:1.

ILMU ITU PENTING!!!

Tetapi pejaya-pejaya yang berjaya tanpa ILMU ini perlu sedar mereka berjaya kerana Allah SWT.

Justeru, tidak perlulah mereka mendabik dada dan memberi isyarat yang salah kepada generasi akan datang bahawa kalau tidak tuntut ILMU pun boleh berjaya.

Sebagai contoh, seorang pelakon wanita cantik mengatakan dia tetap berjaya walaupun tidak ambil peperiksaan SPM.

Seorang jutawan mengatakan rugi jika dia menaja seorang Graduan belajar kerana ia hanya seorang sahaja berbanding boleh beri makan berpuluh anak yatim dalam 3 bulan.

Kemudian seorang Jurugambar Profesional mendabik kejayaan beliau walaupun tiada A dalam UPSR.

Dan banyak lagi!!!

Saya juga berjaya, tapi saya tahu orang yang benar-benar berjaya dunia dan akhirat adalah orang berILMU.

Melayu boleh mendabik dada begitu juga islam tetapi INGAT, kita adalah golongan yang tidak berilmu justeru kita tidak pernah mencipta apa-apa.

Kereta, Kapal Terbang, HP, Smartphone, Computer, IT, Software dan semuanya dicipta YAHUDI.

Di Malaysia, 20 penciptaan terhebat termasuk bekas telur setengah masak semuanya dicipta orang CINA!

Orang Cina rajin menunut ILMU.

Mereka sanggup habis berjuta menuntut ILMU dan dalam masa yang sama diam ketika memberi bantuan pada anak yatim.

Insya-ALLAH. Esok atau hari selepas esok, kita akan berperang, kita akan dilanda bencana alam, semua ini sudah tertulis didalam AlQuran.

Pada masa itu apakah kita boleh gunakan produk kecantikan untuk membuat BOM?

Bolehkah kita guna skill kamera untuk mengendalikan Fighter?

Bolehkah kita gunakan kecantikan dan bakat lakonan untuk menyusun strategi?

ILMU ITU PENTING!!!

Kalau orang yang tidak berilmu itu lebih kaya dari kita, bukanlah satu perkara yang membanggakan tapi orang yang berilmu walaupun lebih miskin dari kita tapi ia satu perkara yang dibanggakan ALLAH SWT dan RasulNYA.

Saya ada seorang kenalan, seorang Doktor dan kini 5 anaknya akan menjadi Doktor.

Bagai pokok durian yang cantik, memberi buah yang cantik setiap tahun, sepanjang hidup. Itulah ILMU.

Bagi yang tidak berilmu, mungkin anda boleh melahirkan pisang yang cantik dan enak dimakan serta boleh sembukan apa jua sakit, tetapi anda tetap PISANG dan pisang tidak akan berbuah dua kali.

Saya bukan menghina, kerana jika saya hina, maka saya hina diri saya sendiri.

TAPI, saya sarankan kepada golongan pelajar dan bakal pelajar, kaya dan kejayaan tidak penting tapi ILMU ITU PENTING!!!!

No comments: