ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, January 9, 2016

Maruah Orang Kelantan RM 16 Juta Sahaja

Maafkan saya!

Kali ini saya emosional!!!

Bola sepak adalah sukan lelaki, dan sebagai budak lelaki saya bermain bola setiap hari di padang Sekolah Jalan Raja Muda Kg Baru dari tahun 1987-1991.

Selangor adalah darah daging saya dan menyokongnya lebih dari sekadar negeri kelahiran.

Dalam bolasepak, American Footbal dan Ragbi, sukan ini dan juga menyokong sukan ini bukan hanya kerana ia Negeri kelahiran.

Ia lambang kepada komitmen, iltizam, azam, usaha, gigih, dan paling penting MARUAH!

Bukan sebarang maruah, tapi maruah setiap jiwa yang lahir dari "tanah" yang diwakilinya. Ia memberi aspirasi dan inspirasi untuk umat manusia tidak mengaku kalah, waima tidak pada RM 16 juta sekalipun dengan syarat pink!

Apakah ia boleh dibeli dengan wang ringgit???

Mengukur dari Liga suam dunia iaitu Liga Inggeris yang sudah hampir 50 tahun tidak mengucup Piala Dunia, memang wang ringgit boleh membeli pasukan EPL tapi bukan maruah!

Di Sepanyol, pasukan kaya yang disuntik modal berbillion ringgit membeli barisan pemain yang gah seperti Real Madrid era Roberto, Zidane, Beckham dll membuktikan duit beratus juta Euro tidak boleh beli maruah, tidak boleh beli "juara bermaruah" dan tidak boleh beli "naib juara bermaruah".

Lihat sahaja Arsenal, Liverpool, Leicester, Barcelona, Deportivo, Bayern dan lain-lain mereka pertahankan maruah tidak boleh dibeli wang ringgit, dan ada antara mereka adalah Juara dan jika gagal pun seperti Arsenal dan Liverpool, mereka tetap dihormati waima sampai kiamat pun.

Mereka "Juara" yang bermaruah!

Keputusan KAFA menerima syarat Dato Seri Vida untuk mewarnakan Stadium Pink atau merah jambu merentap jiwa bola saya.

Saya tiada masalah jika jersi sekali sekala Pink tapi Stadium? Baik suruh tukar bendera Kelantan, PAS, DAP, PKR atau BN pada pink!

Siapa pun anda, maruah anda harus tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, itulah dialami pasukan yang bergelut dengan kewangan malah ada yang merudum dan menarik diri dari Liga.

Apakah jika SYAITAN mahu taja kita RM 100 juta kita akan gadai maruah kita.

Saya tahu "lupksendiri" ini hanya suruh tukar warna stadium bukan suruh tukar akidah.

Maaf, ada yang datang sokong kerana sorakan, kerana Negeri, kerana mahu maki pengadil lepas stress kerja, dan sebagainya tapi saya seperti peminat bola sejati lain kami sokong dan meminati bola sepak, ragbi, Basketball, Rounders atau American Footbal kerana ia jiwa kami.

Jiwa bola sepak yang bukan kerana apa-apa, tapi kerana semangat kesukanan yang menjunjung kegigihan serta keazaman, selain kebijaksanaan.

Bukan pink!

Apa pun, walau anda sanggup gadai maruah untuk RM 16 juta saya tetap ucapkan selamat maju jaya Kelantan kerana jika maruah Selangor boleh dibeli semurah ini saya akan isytihar "murtad" dari Selangor!

Kalah atau menang, anda hanyalah "another man" with price tag without maruah!

Untuk rekod saya memakai baju melayu pink semasa berkahwin, dan saya tidak benci pink atau sesiapa termasuk Qu Puteh kerana sebagai peniaga dia ada haknya, tapi saya cuma "geram" maruah bola sepak digadai kerana wang ringgit!

PS: Sebelum pilih untuk tidak setuju dengan saya,  fikirkan 2 jawapan untuk dua soalan dibawah!

1. Saya membayar RM 10 juta untuk beli anak anda? Sudikah anda jualnya?

2. Saya membayar RM 10 juta untuk hubungan seksual dengan isteri anda selama 2 tahun, sudikah anda benarkan?

Jika tidak, maka kenapa Kelantan sudi "lacurkan" Negerinya(dalam bola Stadiumnya) sendiri?

No comments: