ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, May 11, 2013

BUDAYAKAN ISLAM DALAM HIDUP INTERNET

Dulu, perjuangan Islam mahu membudayakan Islam dalam hidup. Islam sebagai gaya hidup. Dalam perjuangan itu, datang Internet sekitar tahun 90. Kemudian pada tahun 2004 datang pula FB yang mengiktiraf kebebasan bersuara tidak kira faktor kebenaran atau kebatilan suara itu.

Islam sebagai gaya hidup bukan sahaja tidak dicapai tetapi sebaliknya Internet telah menghilangkan terus perjuangan Islam sebagai gaya hidup. Tidak itu sahaja, tiada langsung Islam dalam internet atau jika boleh kita bicarakan terus FB.


Facebook penuh dengan fitnah yang disebarkan golongan jahil. Golongan beragama pula berjaya diruntuhkan iman dan taqwanya dengan hanya berkongsi status FB, like dan komen.

Sedang Islam menitik beratkan faktor kebenaran dalam setiap berita malah dalam setiap patah perkataan yang keluar dari mulut atau pun hati. As-Siddiq bukan lagi sifat yang dipuji dalam Facebook.

Facebook meruntuhkan nilai Islam, meranapkan rukun Iman dan jelas pada bulan puasa, puasa hanya setakat puasa air dan makan dalam Facebook.

Tauhid dan takwa hilang dalam Facebook. Allah tidak menjadi rujukan kita melainkan Facebook, dan akal yang diberi tidak digunakan kerana Facebook Maha Mengetahui.

Ini masanya, untuk umat Islam sedar dua perkara;

1. Ratio masuk syurga adalah dalam 1000 Muslim 1 orang sahaja masuk Syurga
2. Syaitan tidak pernah tidur mahupun pejam mata walau sesaat ketika kita tidur dan bangun. Menyesatkan kita dalam setiap hela nafas. Syaitan juga boleh masuk melalui urat manusia tidak mustahil syaitan masuk kedalam komputer dan dunia maya untuk menyesatkan manusia.

Atas dua perkara ini, saya berharap agar ISLAM CYBERLAW dapat dibincang dan difatwakan. Cadangan ini pernah saya utarakan sejak 5 tahun lepas kepada Majlis Fatwa, MUI, UIA, University luar negara termasuk di Arab, para ulama politik dan ulama bukan politik termasuk Pak Lah, Najib dan Muhyidin.

Saya tidak mahu kredit atau apa-apa sebagai imbalan, memadai jika Islam Cyberlaw dapat dikuatkuasakan dan jika boleh lebih dari panduan dan hukum, ia diajar di peringkat sekolah sebagai bekalan menghadapi dunia maya yang penuh dengan syaitan.

No comments: