Pada 13 Mei yang lalu saya antara beberapa "civilian" yang hadir dalam Program Santai Bersama IGP di Shah Alam.
Beberapa orang lain yang hadi antara Rockybru dan seorang lagi Blogger dipanggil Sallehudin.
Wartawan, pelajar dan juga orang ramai. Semuanya kira-kira 40 orang.
Salah satu peserta bertanya tentang Alvin Tan.
Ketua Polis Negara berkata bahawa permohonan Polis Di Raja Malaysia ada perkembangan positif untuk esktradisi Alvin Tan kerana Amerika memberi suaka politik dengan syarat penerimanya tidak mengancam kebebasan beragama di Amerika.
Perbuatan Alvin Tan bukan sahaja membuatkan orang Islam Malaysia marah tetapi juga Islam di Amerika dan di Arab.
Mereka ini akan cuba mendapatkan Alvin Tan di Amerika dan boleh akibatkan kekecohan di Amerika seperti di WTC dahulu jika benar ia didakwa didalangi AlQaeda.
Justeru, kenyataan Imam Muda Hilal amatlah bercanggah dengan Ketua Polis Negara.
Saya hormati Saudara Hilal dan sumbernya, cuma pada saya, sumber dari KPN atau IGP lebih tepat kerana mereka sedang berusaha dan mereka adalah ahli dalam bidang perundangan.
Wallahualam.
PS: Mohon jangan share kerana artikel ini bertujuan memberi gambaran alternatif dari mulut KPN sendiri dan bukan mahu memalukan mana-mana pihak lebih lagi pihak mana yang betul antara KPN dan Hilal kita amat naif berbanding Tuhan Yang Maha Mengetahui. Just comments to correct in manner. Tq.
Sedikit pencerahan. http://www.immihelp.com/gc/asylum.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment