ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, November 17, 2015

Burung Merpati Saiful Nang

Salam Saudara Saiful Nang,

Nampaknya Saudara agak sunyi samada di Blog, FB malah FB Warga Prihatin milik saudara.

Harap bukan kerana perihal Pelacuran di Mekah, kerana ada yang kata beliau bertanya sendiri pada Saudara dan Saudara tidak mengalaminya, sekadar mendengar cerita orang dan cerita pemandu teksi disana.

Saya, bukan orang baik.

Saya pernah ke Bangsar dan Chowkit melihat pelacur menayangkan diri dalam Bilik, saya pernah ke Hotel dihadapan Balai Polis Cheras, masuk kebilik berpuluh Pelacur RPC duduk atas katil untuk dipilih, saya pernah ke Danok di kejar pelacur disana hingga ke Hotel, dan terbaru saya menemankan kawan ke BB berjumpa kawan dan disuruh pilih, malunya bila kita duduk sepuluh wanita berbaris melihat kita.

Kita mula tertanya, apa yang dalam hatinya. Tidak malukah mereka kerana saya malu. Alhamdulillah, saya tidak pernah sekali pun melanggan pelacur.

Kerana, saya diajar ibu, tiada siapa yang jahat. Jika Negara berekonomi baik, jika semua membayar zakat dan Pusat Zakat lancar maka tiada siapa mahu jadi pelacur, apatah lagi di Tanah Haram.

Haramain(terma baru) saya biasa sebut Tanah Haram kerana papan tanda disana hanya tunjuk HARAM. Haram mempunyai sempadan dan banyak diceritakan kisah Dajjal berlegar, begitu juga kisah kafir mahu memasuki sempadan Haram tapi bila sampai di Tanaim mereka akan lari seolah dikejar anjing.

Siapa ada pengalaman melanggan pelacur di Haram boleh kongsikan, tapi pastikan sumbernya adalah diri sendiri bukan sekadar cerita-cerita.

Saya bukan orang baik, justeru 100m dari Masjid Kucing saya diuji oleh Allah yang lebih teruk dari saudara dengar dari orang.

Itu bukan isu.

Saya hanya mahu bercerita baik tentang Tanah Haram.

BURUNG MERPATI!!!

Saya Umrah pada Tahun 2004 dan alhamdullillah muasassah pada Tahun 2008. Berjemaah setiap waktu di Mekah memberi kelainan, tetapi saya nakal.

Saya menjarah setiap inci Masjid itu.

Dan setiap hari selepas Subuh, saya akan ke tingkat paling atas menghadap Hijr Ismail-Pancur Emas melihat ragam orang Tawaf.

Di atas bumbung Kaabah, samada saudara perasan atau tidak, tiada satu pun tahi, atau bekas tahi burung Merpati.

Jika mahu kepastian, saudara boleh ke Sentul, dan ke Brickfield, melihat bagaimana banyaknya dan likatnya tahi Burung Merpati.

Burung ini banyak diatas Kabaah, tetapi tidak berak sedikitpun.

Harap Saudara Saiful boleh berkongsi pengalaman keindahan Mekah dengan saya jika tidak keberatan.

PS: Siapa tidak pernah lakukan kesilapan. Yang penting adalah ubah, begitu:)

No comments: