ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, November 4, 2015

Keling Di Malaysia

Maaf tajuk diatas digunakan untuk memancing pembaca.

Walaupun pada saya sewajarnya mereka yang membunuh orang dengan memukul, menyiat daging mereka dan diberi pada anjing makan, kemudian dibakar hingga hangus sebelum tulang dibuang ke sungai wajar dipanggil keling dan pariah walaupun mereka India Brahmin atau Satriya sekalipun.

Sepatutnya masyarakat India sendiri menggelar pembunuh ini sebagai keling dan pariah.

Tapi, seperti biasa, sebagai orang Melayu yang hormat bangsa lain(dengan harapan bangsa lain hormat Melayu), saya sekali lagi mohon maaf jika tajuk diatas menyakiti mana-mana pihak.

Hakikatnya, Melayu hari ini tidak akan sama tanpa orang Cina dan India.

Begitu juga orang Cina yang melarikan diri dari Negara China atas sebab ie Maharaja, "wanted person", peperangan, diserang Jepun dsb, juga tidak akan menjadi seperti Cina hari ini tanpa orang Melayu.

Untuk rekod, majoriti masyarakat Cina Malaysia  katakan orang Cina di Malaysia jauh lebih baik dan ada standard berbanding orang Cina di China.

Begitu juga India, orang India di Malaysia datang sini kerana kesusahan hidup. Sudah pasti mereka bukan dari golongan Brahman dan Satriya.

Tetapi India di Malaysia hari ini, walau apa jua kasta mereka di India, mereka sebaik, malah mungkin lebih baik dari Brahmin dan Satriya disana.

Itulah Malaysia. Unik, dan saling memanfaatkan.(saling hormat?Fikir sendiri)

Justeru, walau siapa jua anda, samada anda Ananda Krishnan, Tony Fernandez ataupun Lim Goh Tong, Vincent Tan, Tan Sri Yeoh, Tan Sri "Ah Beng", ataupun Mokhtar Bukhary, Kamarudin Meranun, dan siapa jua anda, ANDA tidak akan berjaya tanpa Melayu, tanpa Cina dan tanpa India.

Belajarlah hormati bangsa lain khusunya Melayu yang majoriti seperti kereta Proton diatas jalan.

Walaupun banyak kelihatan Proton dimana-mana tapi rationya masih rendah berbanding bilangannya.

Kita saling pandu, saling angkat, saling membantu, moga Malaysia atau Melayusia(SIA-Sino, India dan All) terus maju.

KITA adalah MALAYSIA.


No comments: