ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, November 5, 2015

Seks Dengan Isteri Orang

No, its never happen to me! But its happen everyday!

Tajuk itu dipilih kerana dari hampir 1000 artikel saya, artikel yang paling hit adalah Seks di Danok.

Tajuk Seks di Danok itu tidak berniat untuk memancing pembaca walaupun carian Yahoo! dan Google paling banyak adalah seks, tetapi ia realiti yang terjadi disana.

Seks dengan isteri orang juga realiti yang semakin membimbangkan.

Dari 2000-2010 saya berkerja di anak syarikat dan Syarikat Fujitsu sendiri.

Dalam tempoh ini saya mempunyai lebih 1000 pejabat, 1000 meja atau cubicle di seluruh Negara.

Kami ke semua sektor, dari JPM, KPM, KDN, KPDNKK, MOSTI, ROS, JUPEM, Macres, PTG, JKR, National Library, kontinjen Polis seluruh Negara, pelbagai insurans, beratus kilang, MAS, KLSE, Anchor Bank, Airlines, Microsoft, Auditor, Publisher, Law Firm, dan banyak lagi.

Justeru beratus, bukan, beribu atau mungkin lebih insan kami jumpa sepanjang tempoh itu.

Saya sendiri terlibat dengan hubungan bermain "mata" dengan isteri orang, dan biasanya mereka kemukakan pelbagai alasan.

Takut dengan dosa, saya berkeputusan berhenti kerja pada tahun 2008 kerana menunaikan haji, dan 2010 sepenuhnya.

Saya berhenti kerja kerana saya tidak sanggup menghadapi cabaran yang mana saya rasa bakal menumpaskan saya dengan menjerumuskan ke dosa "seks dengan isteri orang".

Touch and Go adalah perkara biasa dengan isteri orang. Mereka mahukan lebih atau ada yang boleh lebih jika kena gaya dan cara.

KENAPA?

Wallahualam!

Mungking benarlah firman Allah yang menyuruh Nabi SAW larang isteri-isteri Baginda dari keluar ke khalayak jika tiada urusan penting.

Orang lelaki suka ikut Sunnah Nabi SAW beristeri ramai tapi sunnah Nabi dimana ALLAH suruh Nabi tegah isteri dari keluar ke khalayak ramai jika tiada urusan penting diabaikan!!!

Tujuan saya menulis artikel ini adalah supaya kita semua sama-sama berusaha.

Yang mempunyai isteri berkerja, bila pulang nanti jadikanlah amalan seperti berikut;

1. Kucupan/Salam

Kucup/Salam isteri semasa pergi kerja dan pulang kerja

2. Telefon / Ucapan

Bila sampai di Pejabat perkara pertama adalah telefonlah isteri dan katakan saya sayang anda dan doakan dia. Juga dalam keadaan lain ie isteri meeting, ada kursus- kita wish her luck(ini jangan buat selalu nanti jadi kewajipan, buat seminggu sekali dan kalau lebih baik dalam keadaan "suprise")

Ramai isteri yang saya telefon pagi-pagi(kerana urusan kerja) akan kata pada saya, suami Akak masa bercinta tiap-tiap pagi/malam wajib telefon, bila sudah beranak haram telefon isteri agaknya.

3. Sentuhan dan Seks

Banyakkan sentuhan antara suami dan isteri samada di tenpat awam atau persendirian. Sentuhan seks sudah pasti salah satu kriteria yang penting dan perlu dipelajari.

Elemen penghargaan adalah penting samada dalam sentuhan biasa mahupun seks.

Jika biasa pegang tangan isteri, jangan macam pegang kayu. Ambil, cium, sebelah tangan letak didada anda, sebelah lagi belek jarinya, ucapkan kata, kesian jari ini, penat berkerja dan bertugas. 

Jangan tahu tujah sahaja, kemudian selepas 20 tahun masih sama lepas sahaja lelaki selesai "TIDUR"!

4. Confession

+ve 5 word rule confession adalah sangat penting. Kebanyakan isteri "tandus" saya jumpa ini mereka tidak mempunyai kebebasan bercakap dengan suami masing-masing. Samada kekangan masa dll adakan sesi luahan hati dimana setiap ketidakpuashatian perlu diucap dalam 5 patah sahaja ie;

a) Abang selalu balik lambat sangat(jangan cakap meleret abang kenapa balik lambat)

b) Abang, saya teringinkan hadiah istimewa(jangan cakap abang kenapa tidak belikan saya rantai emas, Fatihah kawan saya suami dia sayang dia beli rantai emas bla bla)

c) Abang kurang masa dengan saya (jangan abang asyik kerja, saya sunyi, tiada hiburan, boring, saya cari hiburan, Abang asyik kerja, asyik dengan kawan bla bla bla yang mana semua boleh "mendatangkan marah")

5. Suprise @ Buang Tabiat

Banyakkan SUPRISE. Suprise bukan perlu pakai duit, kadang-kadang balik awal juga adalah suprise tapi janganlah buat "entry" balik awal macam mahu makan isteri. Balik awal, ajak tidur awal kemudian makan luar, atau lebih manis masak sama-sama...:)

Mahu buat suprise ini mudah, asalkan luar dari kebiasaan adalah suprise, kalau isteri biasa pakai tudung biru, beli tudung merah, harga semurah RM 20 pun isteri ingat suprise itu sampai mati.

Ucapan romantis yang rare ie jika Abang Facebook, sayang jadi passwordnya! adalah suprise juga. Apatah lagi jika diucap oleh lelaki keras.

Jambu Asam RM 1 kalau dihantar suami ke pejabat isteri secara suprise pun akan jadi amat-amat bermakna malah akan diceritakan pada anak cucu oleh isteri.

6. Jemaah

Sebaik-baiknya solat. Ramai suami bila pulang kerja sibuk mahu ke Surau. Anak-anak ditinggalkan bersama isteri, atau isteri ditinggalkan kerana isteri penat.

Ada pasangan tidak solat. Tidak apa(bukan tidak apa tidak solat). Jemaah bukan solat sahaja.

Boleh jemaah makan sama-sama. Minum sama-sama. Tengok TV sama-sama. Mandi sama-sama. Memasak sama-sama. Basuh pinggan dan baju sama-sama. Lipat kain sama-sama. Kemas rumah sama-sama. Buat susu anak sama-sama.

Bukan solat sahaja, semua pun boleh jemaah juga.

7. DOA

Ini penting. Doa kuat-kuat biar isteri dengar.

Doa pada Allah,"Ya Allah kukuhkan hubungan, leraikan salah faham, hindarkan poligami dan jangan runtuhkan hubungan kami, kami mencari keredhaanMU ya Allah"

Kesimpulannya, seks dengan isteri orang banyak terjadi di luar sana.

Saya tahu kerana saya sudah banyak kali lari darinya. Ini bukan omongan tapi hakikat!

Seperti kalian, saya berdoa, agar Allah memberkati hubungan saya dengan isteri saya, leraikan salah faham, dan semoga kekal bersama saya hingga ke Syurga bersama ibu bapa saya sambil dilayani Bidadari(sebagai orang gaji:))

PS: ***

Saya pernah mencadangkan sesi confession dalam Islam tetapi dimarahi kerana dikatakan ia menyerupai Kristian. Alhamdulillah, baru-baru ini UKM telah membuat satu program dipanggil confession program dimana seorang peserta mengaku bapanya dan adik beradik bapanya tidak solat.

Saya amat tertarik dengan satu lagi BUDAYA(bukan agama) orang barat iaitu re-vow atau "re-married". Dimana pasangan suami isteri memperbaharui ikrar perkahwinan mereka setiap 10 tahun.

Alangkah baiknya, jika kita, suami dan isteri, dapat memperbaharui ikrar dan sumpah kita setiap 5 tahun bersaksikan Allah. ie Saya Mustaqim Abdul Rahman bersumpah atas nama Allah akan bertanggungjawab sebagai Ketua Keluarga dan suami kepada Rodhiah binti Dahnil. Saya akan membimbing, memimpin isteri saya ke jalan yang diredhai Allah. Dan Isteri juga boleh melakukan sumpah taat setia pada suami.

Wallahualam.

No comments: