Saya berharap Farmasi dapat mengambil tanggungjawab ini dengan baik dan tiada masalah untuk Vapor mendapatkan bekalan mereka.
Sekian.
Minit Mesyuarat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Perkara: Serbuan ke atas semua premis VAPE
Kehadiran :
Menteri - India (Parti BN-MIC)
Pengarah-Pengarah - Semua Melayu (Parti@Kiblat *Lalang)
Pencatat - Melayu (Parti@Kiblat *Lalang)
Pegawai- Pegawai Kementerian -Pegawai Semua Melayu (Parti @Kiblat *Lalang)
* Lalang = siapa bagi lebih dialah Bos!
Malas cakap banyak.
Perkara ini mudah dan satu sahaja jawapan dia;
Melayu DENGKI @ IRI HATI sesama Melayu!!!! dan sudah tentu kerana "DERMA"!
Saya tiada minit mesyuarat ini tapi saya ingin memberi pencerahan jangan salahkan Menteri atau ahli politik.
Kalau ahli Politik penyamun, JUSA dan majoriti Pegawai Kerajaan ini pula adalah perompak!!!
"Penyamun jual perompak dah kena dah" - P.Ramlee sudah tahu dari dulu orang Melayu perangai macam ini lalu digunakan dalam dialog 3 Abdul.
Saya berpengalaman masuk ke pelbagai mesyuarat dengan KDN, KKPDNK, MOE, MOSTI dll agensi.
Antara yang hadir biasanya adalah semua pegawai termasuk KP dan TKSU sendiri.
Semua mesyuarat yang saya masuk adalah persiapan untuk mesyuarat dengan Menteri.
FAKTA;
Majoriti atau hampir semua Pegawai Kementerian sudah dibela oleh "Taukey-taukey".
Majoriti atau hampir semua Pegawai PBT termasuk sekecil penguatkuasa rendah semua sudah dibela oleh "Tauke-taukey".
Mereka ini mendapat "derma" setiap bulan.
Saya sendiri ada saudara yang diberi rumah di Subang Jaya dan tidak perlu bayar sewa dengan syarat setiap kali operasi mesti beritahu pada "Taukey-taukey". Itu perniagaan ratus-ratus ribu sahaja.
Bagaimana pula dengan perniagaan berbillion ringgit seperti syarikat Rokok!!!
Menurut Kementerian Kesihatan 23.7 billion rokok sah dihisap setiap tahun!
23.7 billlion atau RM 15 billion setahun jika diambil purata harga sebatang RM 0.60.
23.7 billion ini dihisap oleh 4.7 juta perokok yang bermakna seorang perokok menghisap 5042 batang setahun.
Syarikat rokok memperolehi pendapatan dari hasil jualan RM 14.22 billion setahun dan selepas ditolak cukai Kerajaan 12%(RM 1.7 billion) pendapatan kasar setahun adalah RM 12.5136 billion.
Disebabkan rokok dilarang "sponsor" dan iklan mana-mana syarikat atau organisasi maka kita boleh katakan untung bersih syarikat rokok adalah 50% selepas ditolak cukai adalah RM 6.2568 billion setahun.
Dan baru-baru ini Menteri Kesihatan(diberi fakta dan kajian oleh Pegawai Melayu Kem) bercakap, di Malaysia, lebih 1 juta pengguna VAPE.
Ini bermakna syarikat rokok kerugian 5042 batang X 1,000,000 perokok X RM 0.60 =RM 3.0252 billion setahun atau lebih separuh keuntungan syarikat rokok.
Angka ini membimbangkan kerana jika pengguna VAPE meningkat pada 2 juta(ia boleh dalam 1 tahun) maka semua syarikat rokok akan gulung tikar!!!!
Kerajaan juga kehilangan pendapatan cukai sekitar RM 700 juta! Tetapi ia bukan isu, kerana Kerajaan lebih kerugian akibat kehilangan nyawa dan perubatan perokok tegar!
ISUNYA adalah syarikat rokok yang untung kasar RM 12 billion setahun dan untung bersih RM 6 billion setahun "menderma" berbillion" ringgit kepada Jusa dan Pegawai Kementerian(Kementerian apa tidak tahu kerana boleh ditangkap SOSMA).
Taukey-taukey memang suka menderma lebih lagi di PBT untuk rumah urut, judi dan arak mereka terus beroperasi. Bagi orang Melayu yang berniaga payung tidak mampu derma akan diroboh dan disita dan beritanya disiarkan di akhbar sebagai "lihat dunia kami buat kerja".
Taukey-taukey rokok yang untung berbillion ringgit lebih murah hati dalam menderma.
Mereka menderma beratus lembu ketika korban, mereka derma rumah kepada Jusa, derma percutian seluruh keluarga ke London, derma rumah di London,derma haji sekampung dan banyak lagi.
Christmas lagi sebulan. Jualan murah gila babas akan diadakan di Paris, London, USA, Milan dan banyak lagi.
Derma telah disiapkan untuk Jusa-jusa dan pegawai-pegawai Kementerian X.
Jika tidak dilakukan sesuatu dan mereka terus kerugian, maka derma terpaksa dibatalkan.
Maka bertelut-telutlah(al-jaathiyah) Jusa dan Pegawai Kementerian X melakukan kajian dan Mesyuarat untuk dipersembahkan kepada Pak Mentari.
Dan seperti biasa, Pak Mentari ini biasanya "kurang cerdik" atau jika ikut Sultan Johor kurang cerdik ini bermakna bodoh.
Dalam Mesyuarat Pak Mentari tidak berdaya untuk menyanggah fakta serta desakan Jusa dan Pegawai yang telah menerima derma berbillion ringgit ini.
Pak Mentari hanya seperti burung kakak tua yang mengulang apa yang dikata dalam Mesyuarat oleh penyamun tadi. Jangan teruja, Pak Mentari pun perompak, ada imbuhan punya.
Justeru, salah untuk menyalahkan dan menghukum ahli politik semata-mata.
Sebenarnya, JUSA dan Pegawai Kerajaan lebih jahat dari ahli Politik dan jika ditakdirkan tiada ahli politik, 50 tahun dahulu Malaysia sudah dilelong JUSA!!!!
Pasca 2008, selepas BN gagal dapat 2/3 di Parlimen kuasa politik baik PR ataupun BN bukan lagi merajai sebaliknya seperti dilaporkan satu akhbar utama, ada KSU(Jusa) beraja seperti Maharaja di Kementeriannya.
Saya merayu kepada BN dan saya merayu kepada Pakatan Harapan jika menang PRU 14 nanti, pastikan anda menarik balik kekebalan, kekuatan dan "sistem monarki" dalam Pentadbiran Kerajaan.
Dan pada rakyat jelata(dah macam Sultan pula saya cakap), pada pengguna VAPE, bukan salah Menteri, tapi Pegawai Kerajaan Melayu yang terima banyak derma yang jahat.
Untuk rekod saya tidak pernah merokok. Saya sendiri tidak setuju dengan Vape apatah lagi bila memikirkan bagaimana Kerajan mahu mengawal penjualan cecair vape?
Ngeri bila fikirkan jika cecair Vape mengandungi dadah dijual secara terbuka di kedai runcit dan anak muda membelinya.
TAPI! Persatuan Vape secara sukarela mengesyorkan pada Kerajaan agar mengenakan cukai dan mengawal penjualannya.
Malangnya, Kerajaan, JUSA-jusa dan Pegawai-pegawai Kerajaan enggan kerana derma yang mereka terima lebih tinggi.
Justeru, pengguna vape hanya ada satu pilihan iaitu samada seperti shisha, menggantikan flavour vape dengan flavour dadah yang lebih mudah didapati ataupun menghisap rokok yang mahal harganya.
Bila harga mahal, tidak mampu, maka keluarga lebih huru hara. Tahniah JUSA dan Pegawai Kerajaan kita jumpa depan Allah kelak.
PS: Pernahkah terfikir!!! Semua JUSA ABCD hinggalah ke pencacai pengangkat borang permohonan semuanya orang Melayu, tetapi bila orang Melayu yang memohon pasti tidak diluluskan kalau kaum lain mohon pasti lulus.
Bukan sahaja permohonan, segala jenis dasar, peruntukan, bantuan, perniagaan, peluang dan semuanya yang diproses oleh 99% Melayu ini tidak diberi pada Melayu! KENAPA?
Malahan dalam isu serbuan VAPE ini apa salahnya Jusa Melayu dan Pegawai Melayu ini mencadangkan Menteri dan Kementerian Kesihatan memberi tempoh sebulan agar semua stock boleh dijual dan peniaga Melayu tidak akan rugi?????Jelas, orang Melayu bila berkuasa, beraja dihati bersultan di jiwa!
1 comment:
kecewa sikap pegawai2 JUSA. semoga allah membalas setiap perbuata kalian. masyarakat seudah semakin terhimpit dengan pelbagai masalah.
Post a Comment