MUHASABAHLAH AHLI UMNO!
Saya didaftar sebagai ahli UMNO oleh Abang Zaman (Mohd Zaman Abdul Karim), Ketua Pemuda UMNO Cawangan Nakhoda Kiri pada 1999 untuk mengundinya dalam pemilihan Ketua UMNO Cawangan pada tahun yang sama. Dia mencabar Ketuanya, Haji Munir dan Alhamdulillah, Abang Zaman menang.
Walaupun pada mulanya saya enggan menyerahkan Kad Pengenalan bagi tujuan pendaftaran ahli, tapi mengenangkan jasa beliau pada kami dan pemuda Kg Nakhoda, saya setuju dengan syarat keahlian saya hanya untuk memenangkan beliau sahaja. Selepas menang, saya mahu keluar dari UMNO semula dengan cara tidak membayar yuran tahunan saya.
Arwah Abang Zaman, pejuang UMNO sebenar dan ikhlas dalam perjuangannya, tanpa mengharapkan walau sesen. Orang sepertinya dalam UMNO umpama Panda, hampir pupus.
Pada tahun 2001, Abang Zaman tewas dalam pertarungan sakitnya. Dan, saya masih didaftarkan sebagai Ahli UMNO cawangan tersebut walaupun tidak pernah membayar sesen pun yuran malah berkali mengisytihar diri keluar UMNO termasuk minta dipecat dan minta keluar. Ketua UMNO Cawangan tersebut masih membayar yuran bagi pihak saya, tanpa pengetahuan saya sehingga tahun dimana Yuran sudah dimansuhkan(maaf jika silap).
UMNO MEMANG CELAKA, bukan kerana Abang Zaman, tapi kerana ramai ahlinya tidak bermuhasabah dalam perjuangan Islam, sebagai contoh Ketua Cawangan UMNO Wira Damai yang kini Pengerusi Cawangan tersebut dan memenangi jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Gombak pada 2014. Beliau adalah En Yusof bin Saidin, jiran saya selang 5 rumah selama 16 tahun.
Pada PRU 1999, saya adalah pekerja bawahannya memanjat tiang memasang bendera BN, menyiapkan pondok panas termasuk menjaganya sepanjang malam ketika benci Keadilan terhadap UMNO sedang memuncak. Tapi hubungan akrab kami tidak panjang kerana beberapa isu termasuk salahguna nama Persatuan Lorong Harmoni untuk tujuan Cawangannya dan pelbagai peruntukan termasuk tanah yang kini didirikan sebaris kedai.
Beliau pernah cuba melanggar saya pada hari perkahwinan saya, pernah meludah pada saya ketika saya melintasinya, dan berpuluh kali memanggil saya celaka, anak haram, p#kim@k selain memprovokasi Razak dan Khalid untuk membelasah saya dan Abang saya.
Puncanya masalah parking. Walaupun keluarga kami pengundi UMNO dan penyokong UMNO tapi kami bukan jenis sokong toktok atau lalang. Salah tetap salah, betul tetap betul.
Celakanya UMNO bukanlah kerana satu orang seperti En Yusof Saidin yang pernah menunjukkan pistolnya kepada saya beberapa kali. Beliau memiliki pistol kerana beliau adalah Pengawal Peribadi kepada Taukey Cina Tan Chong Motors, walaupun jawatan rasminya adalah Pengurus Projek seingat saya.
Jikalau Bahagian Gombak membaca entry ini, boleh mengesahkan dengan beliau dan beritahu padanya, saya sentiasa mendoakannya termasuk ketika menunaikan Haji pada 2008. Tiada dendam mahupun sakit hati, semoga ALLAH beri petunjuk pada beliau. Orang seperti beliau, biasanya akan memeriahkan masjid dan surau ketika tua mereka. Mudah-mudahan. Amin.
Tetapi Celaka UMNO kerana kebanyakan ahli UMNO sudah tersasar dari perjuangan asal UMNO memartabatkan agama Islam dan memperjuangkan nasib kaum Melayu. UMNOkini kebanyakannya hanya memperjuangkan periuk nasi masing-masing sahaja.
Kiranya jika pembaca mahu memarahi saya kerana tajuk ini, marahlah, panggilah saya celaka seperti Yusof Saidin atau Yusof Kicap panggil saya sejak dahulu. Saya tidak akan marah, kerana saya masih ahli UMNO dan jika saya celaka begitu juga UMNO, dan jika UMNO celaka, begitu juga saya.
Muhasabahlah ahli UMNO!
Zaman kekuatan UMNO seperti era Tun Dr Mahathir sudah lepas. Hakikatnya, BN semakin lemah sejak pengunduran Tun Dr Mahathir pada 2003. Dari lebih 160 kerusi, 12 Negeri, kepada kurang 144 kerusi, kehilangan Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor dan terbaru kurang lagi kerusi dan kehilangan terus Negeri Selangor yang maju, malahan sejak PRU 1969 inilah kali pertama BN kalah undi popular.
Semua ahli UMNO bertanggungjawab memilih ketua pelbagai peringkat termasuk Ketua Cawangan sama yang sudah berpuluh tahun memegang jawatan tersebut, memilih kepimpinan Bahagian yang hanya beralamat di Bahagian, dan sebagainya. Ahli biasa UMNO mengangkat pemimpin yang tidak selayaknya malah ada Ketua Cawangan yang berkelulusan SRP sahaja.
Muhasabahlah ahli UMNO!
UMNO adalah tunjang pada kesucian Islam walau apa jua dakwaan PAS kerana Kerajaan BN ini tidak pernah menghalang seorang pun orang Islam dari menunaikan solat fardu, dari berpuasa di bulan Ramadhan, dari membayar zakat, dari menunaikan Haji, dan dari mengucap kalimah syahadah.
Sejak zaman Khalifah Rasyidin, muslim A berkata Uthman tidak betul lalu dibunuhnya, muslim B pula berkata Ali tidak betul, lalu dibunuhnya, kemudian selepas beribu tahun tetap sama, muslim C kata Saddam tidak betul, lalu dibunuhnya, muslim D kata Gaddafi zalim, lalu dibunuhnya, muslid E kata Mubarak kejam, lalu dibunuhnya, kemudian, muslim FGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ semuanya kata pemimpin Islam lain semua tidak betul melainkan dirinya dan pemimpinnya. Akhirnya, tiada siapa betul, melainkan yang betul adalah fakta bahawa orang Islam lebih banyak berbunuhan sesama sendiri berbanding Kristian, Hindu dan Buddha.
Penyakit A-Z walaupun belum teruk membarah di Malaysia, tapi tetap ada. Kata ulama yang benar, selagi sebuah kerajaan tidak menghalang rakyatnya dari menunaikan Rukun Islam terutama Solat, maka ia bukan Kerajaan yang zalim. Apatah lagi bila kerajaan itu terus membantu rakyatnya menunaikan Rukun Islam.
Muhasabahlah ahli UMNO!
Orang Islam di Malaysia sedang dijangkiti penyakit globalisasi, liberal dan hak kemanusiaan. Sedangkan orang Islam tiada hak melainkan hak Allah. Tiada keliberalan melainkan batas-batas agama dan garisan halus yang memisahkan salah dan betul. Globalisasi adalah palsu seperti yang diamalkan Amerika dimana perkataan "black", "monkey", "white" masih diharamkan, tahanan Guantanamo Bay masih terseksa, Muhammad, janggut dan hijab masih di diskriminasi dan Islam terus berbunuhan hanya kerana masalah yang berbunyi "Siapa yang lebih ISLAM?"
Harapan Islam di Malaysia samada terletak pada UMNO atau PAS tetap memerlukan pengorbanan dan muhasabah yang tinggi dari semua orang Islam tanpa kira parti. Ahli PAS percaya PAS sahajalah yang mampu memperjuangkan Islam dan ahli UMNO pula percaya hanya UMNO yang mampu memperjuangkan Islam. Semua dakwa, masing-masing lebih benar dari orang lain. Kalau semua benar, siapa yang salah? Allah?
Muhasabahlah ahli UMNO!
Kerana jika PAS tidak ada, atau tidak berupaya dalam Pakatannya, UMNO menjadi harapan tunggal. Tiada UMNO yang kuat maka tiadalah Islam di Malaysia. Solat adalah dilarang, muslim dibunuh ketika solat, zakat disalahgunakan, hijab diharamkan atau dipinggirkan seperti Turki, puasa tidak dibenarkan, judi, arak dan zina dihalalkan, murtad menjadi trend dan banyak lagi.
Percayalah, sejak UMNO berkuasa dari dulu, tiada satu pun diatas ini yang terjadi dan ia pasti akan terjadi samada UMNO masih berkuasa ataupun UMNO tidak lagi berkuasa. Kerana semua ini terpulang pada ahli UMNO dan ahli PAS sendiri untuk menentukan hala tuju parti masing-masing.
Muhasabahlah ahli UMNO!
Pilihlah pemimpin yang baik. Bukalah jalan untuk pelaksanaan dan penambahbaikan Islam di semua peringkat. Berjuanglah demi Allah dan RasulNYA bukan demi orang tertentu dan berkepentingan. Terus berdoa pada Allah agar membukakan hati PAS untuk menerima UMNO sebagai teman memperjuangkan Islam samada secara rasmi atau tidak rasmi.
Celaka UMNO, celakalah Melayu, celaka Melayu, celakalah PAS, celaka PAS celakalah Islam.
Muhasabahlah ahli UMNO! Walau siapa jua pun kalian. Dari Ahli Biasa, Ketua Cawangan, Barisan Bahagian, Kepimpinan Negeri dan Pusat, sehinggalah ke Presiden Parti.
Gunakan isu "celaka UMNO" ini untuk terus bermuhasabah dan memperkasakan Islam.
Kata orang bijaksana, dakwaan hanya boleh dinafikan dengan perubahan. Berubah dan nafikan dakwaan UMNO Celaka.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment