Mereka hanya mampu mengikut tradisi "yesman", "angkat beg" dan bergambar syok sendiri dalam laman sosial masing-masing. Adakah golongan muda sudah mengucapkan selamat tinggal pada UMNO atau masih belum terlambat UMNO memikat khususnya mereka yang berumur 18-21 tahun hari ini?
PRU 13 menjadi bukti BN tidak mendapat sokongan golongan muda baik Melayu jauh sekali bukan Melayu. Kita tidak tahu apa sebabnya “kita” menjauhi MCA dan MIC dengan memilih DAP dan PKR tetapi “kita” maklum mengapa “kita” memilih PAS dan PKR dan bukan UMNO.
Sebabnya tiada masa hadapan bagi golongan muda dalam UMNO
lebih lagi golongan professional. Dengan menggunakan dua bandingan iaitu umur
dan kelulusan, keputusannya amat amat mengecewakan pendokong haluan kanan ini.
Lihat sahaja senarai calon UMNO dan bandingkan dengan
senarai calon PKR dan PAS dalam PRU 13. Kemudian bandingkan Ketua Bahagian UMNO
dengan Ketua Bahagian PKR dan PAS, kemudian bandingkan pula Ketua peringkat
Cawangan samada Pemuda, Puteri mahupun Wanita.
Golongan muda khususnya profesional dan golongan bandar terdedah kepada
pancaran globalisasi yang mana ia bersandarkan merit, keupayaan dan kemahiran,
kerja keras, usaha berterusan serta teori yang praktikal.
Hidup adalah satu
perlumbaan, yang bijak mengatasi yang pandai, yang kurang pandai mengatasi yang
kurang bernasib baik dan semuanya berasaskan merit bukan gender, bukan
keturunan dan kabel, bukan tipu helah, bukan ampu dan bukan apa-pun melainkan merit.
Malangnya, UMNO tidak menjanjikan merit di semua peringkat.
Dari AJK Cawangan sehinggalah kepada Naib Presiden, UMNO tidak mengutamakan
merit dan “what you know or how can you contribute to party” tetapi UMNO
utamakan “who you know”, “how much you can help me after I help you” dan
sebagainya. Keadaan lebih parah di peringkat cawangan dimana jawatan Ketua di
turunkan dari Bapa ke Anak, dari Abang ke Adik, dari Suami ke Isteri malahan
dari jiran ke jiran dan ia hanya bersandarkan konsep “aku punya kuasa aku punya
suka”.
Dayana Sofea adalah Graduan Undang-undang dalam UiTM dan
jawatan yang paling tinggi beliau boleh capai jika menyertai UMNO adalah Ketua
Puteri Cawangan atau mungkin AJK Puteri Bahagian. Untuk menduduki Ketua Puteri
Bahagian atau Ketua Puteri Negeri, UMNO memerlukan dua kriteria dari “kita”
iaitu ampu bodek tahap Dewa dan pengaruh kabel dengan “you know who”.
Kalau Dayana Sofea memilih UMNO beliau perlu tunggu lebih 20 tahun lagi untuk
menjadi Calon Ahli Parlimen melainkan beliau mahu bersuamikan anak Perdana Menteri.
Sebaliknya, Dayana Sofea dan ramai anak muda lain yang
berprinsip dan mempunyai maruah diri memilih PAS, PKR dan DAP walaupun ia tidak
menjanjikan banyak perbezaan dengan masalah UMNO tetapi peluang “kami” jauh lebih cerah berbanding berada dalam UMNO yang tradisi, kepercayaan serta budaya lapuk yang kolot. Apatah lagi bila "kami" lihat golongan muda profesional tercicir dari kepimpinan UMNO kerana faktor ini sebagai contoh Azalina Othman.
Selain dari masalah “kenaikan pangkat” dalam UMNO yang tidak
bersandarkan sistem merit tetapi bersandarkan bodek dan “kabel”, UMNO juga
mempunyai sistem ganjaran(reward) yang teramat cacat dan daif.
“Kita” dapat lihat dengan mudah bagaimana para pengkhianat
parti diterima masuk UMNO dan terpilih sebagai calon BN, diangkat sebagai
Senator, Duta, Ketua NGO, diberi kedudukan dan pangkat Datuk,
diberi liputan malahan kolum khas dalam akhbar walaupun mereka hanya mampu berkokok dalam reban(UMNO) sendiri, namun mereka tetap disanjung pemimpin UMNO seolah hanya mereka sahaja yang berjasa kepada UMNO.
“Kita” khususnya saya secara peribadi berasa amat kasihan dengan saudara, sahabat, jiran
dan kenalan kita yang berjuang dan taat setia pada UMNO tetapi tidak
diganjarkan dengan sewajarnya berbanding pengkhianat yang mengikut pintu
belakang ini. Kalau ganjaran duit, melancong, kereta yang menjadi ukuran, tidak perlulah diperdebatkan lagi hala tuju UMNO ini.
Pada “kami” lebih baik kami masuk DAP, PAS dan PKR kerana jika kami mahu kembali UMNO pasti terima malah akan lantik kami sebagai Senator atau Duta. Sebaliknya jika kami bermula dari UMNO, mungkin hingga mati pun kami Presiden Parti tidak akan tahu nama kami jauh sekali masalah kami.

“Kita” dan “Kami” adalah golongan muda yang semakin hari
semakin menjauhi UMNO.
Pada kami UMNO semakin tidak relevan dan esok UMNO bertambah kehilangan sehari lagi untuk menarik golongan muda kembali menyokong UMNO PRU 14.
Sedihnya janji UMNO semasa Kempen PRU 13 untuk meremajakan UMNO hanya janji kosong dengan 99% kepimpinan UMNO semua peringkat masih dari bukan golongan “Kita” dan “Kami”.
Teori meremajakan UMNO dengan meremajakan pemimpin UMNO terbukti tidak berhasil dengan kebanyakan golongan muda melahirkan kemeluatan dalam laman sosial setiap kali melihat pemimpin UMNO berlagak muda.

Saya cabar mana-mana pemimpin UMNO meyakinkan "kami" bahawa perjuangan "kami" akan lebih berhasil dalam UMNO berbanding PAS dan PKR? Bukan perjuangan periuk nasi tapi idea dan keikhlasan untuk Malaysia yang lebih baik!
Dengan menggunakan applikasi mudah dan gadget murah dapatlah dinilai
peluang "kami" dalam UMNO dan dengan matematik mudah
dapatlah dicongak bahawa hanya golongan berkemahiran bodek ampu dan ada kabel
sahaja akan sokong dan sertai UMNO.
Natijahnya, UMNO akan kalah pada PRU 14 kerana
golongan muda yang berusia 17 tahun hingga 20 tahun pada PRU 13 akan layak
mengundi dan golongan ini akan menjadikan UMNO menyesal kelak jika tiada
apa-apa dilakukan secara agresif dan berkesan dengan sistem merit dan reward
dalam UMNO.
Malang UMNO, malanglah Melayu. Malang Melayu, malanglah
Islam. Tangisan tidak lagi berguna, air mata tidak lagi berharga, anak cucu Melayu
akan diperguna, akhirnya dibakul sampahkan selepas tiada berharga.
Hakikatnya, Dayana Sofea dan anak muda Melayu lain yang memilih haluan kiri tidak berseorangan, mereka didokong dan disokong oleh segelintir "pemimpin UMNO" yang sakit jiwa kerana hilang kuasa. Mereka dijadikan alat percaturan politik dan alternatif kepada golongan strategis dan opportunis ini. Sebenarnya tiada salah kerana ini adalah politik, tetapi bermain dengan isu perkauman bukanlah satu perkara yang "selamat" apatah lgi pemainnya adalah golongan muda yang agresif.

Akhir pesan, Melayu Mudah Lupa, tapi bukan “kami dan kita”
yang lupa, bukan Dayana Sofea, bukan Izzah, bukan Rafizi dan bukan "kita atas pagar" yang lupa, soalnya
siapa yang SEMAKIN lupa? Siapa yang sepatutnya memikat golongan muda tetapi lena dibuai angan-angan dalam Istana sendiri?
No comments:
Post a Comment