Mengikut Wikipedia politik bermaksud;
" Politics is the practice and theory
of influencing other people on a civic or individual level. More
narrowly, it refers to achieving and exercising positions of governance — organized control over a human community, particularly a state."
Secara ringkasnya teori dan praktik untuk mempengaruhi orang lain tidak pernah punya had, dan batas sekatan selagi matlamat utama politik dapat dicapai yakni mencapai kawalan atas komuniti manusia sebesar sebuah Negara.
Mungkin ramai yang pandai dalam dunia ini, malah lebih ramai yang berlagak pandai dan hanya sedikit yang rela mengaku bodoh apatah lagi bila seseorang itu memilih untuk terlibat dalam politik walaupun dirinya sekadar pengikut.
Dalam Islam, manusia itu bodoh dan yang pandai serta bijaksana adalah Allah SWT dan ini jelas dinyatakan ketikamana seorang Nabi Allah ditanya oleh pengikutnya siapakah manusia yang paling pandai dalam dunia, lalu mengaku dirinya justeru mengundang murka Allah sehinggakan terjadinya pertemuan dua Nabi yang termaklum dalam Al-Quran.
Menjadi bodoh bukan satu perkara yang memalukan dan teruk kerana ia juga mempunyai peranan dan sumbangan yang seperti yang pandai dan yang memandai.
Bodoh juga sangat berkait rapat dengan mulia, baik, dan juga suci kerana bodoh adalah subjektif dan selalunya mengikut acuan masyarakat yang gawat.
Hakikatnya jika UMNO dianggotai oleh orang yang pandai seperti dalam PKR dan PAS, ALLAH jauh lebih pandai kerana menjadikan UMNO lebih mulia dalam politik berbanding dua parti Islam khususnya PAS.
SYABAS UMNO kerana bodoh berpolitik tetapi bijak memimpin dengan terus membina Negara bukan meruntuhkan.
Kerana jika ahli UMNO pandai sudah pasti mereka akan jadi keji sepertimana sebuah parti yang sanggup mendoakan kecelakaan orang Islam lain malah sanggup pula bekerjsama dengan Syaitan. Jika UMNO pandai sudah pasti mereka akan memilih pemimpin dunia berstatus anugerah Tuhan.
Mungkin ramai yang tidak sedar kebodohan UMNO berpolitik telah memberi rahmat kepada rakyat. Mereka membenci UMNO malah tergamak meminta yang tidak baik dari ALLAH sedangkan Nabi Muhammad amat sayangkan umatnya. Bukankah kita wajib menyayangi Baginda dengan menyayangi umat yang Baginda sayangi?
Pada musim panas, 3 bulan yang lepas UMNO "bodoh berpolitik" dalam isu catuan air di Lembah Klang ketika musim panas pendek berlaku.
Umum mengetahu air adalah keperluan asas dan elemen penting dalam hidup. Malahan, pada masyarakat Cina yang majoritinya diam di Kuala Lumpur, air membawa signifikan penting tahun ini kerana ia Tahun Kuda Air.
Hargailah politik naif dan suci UMNO.
Kerana jika UMNO pandai, UMNO akan mencapai matlamat politik dengan apa jua cara seperti yang dilakukan parti lawan, dan dalam politik ia tidak salah dan tidak berdosa.
Jika UMNO pandai, secara sulit UMNO perlu mengarahkan berjuta ahlinya, atau menubuhkan skuad khas untuk membuka paip air 24 jam tanpa henti dan mengalirkan semua air ke sistem kumbahan, dan ia akan dilakukan sepanjang 6 bulan fenomena El-Nino berlaku.
Dengan strategi pandai ini, dijangka pada awal bulan Julai setitik air pun tidak akan keluar dari kepala paip rumah lebih 10 juta penduduk Kuala Lumpur dan Selangor.
Pada awal Ogos, dijangka wabak penyakit akan tersebar dan kematian akan berlaku dan pada penghujung September 2014, rusuhan akan berlaku kerana manusia berebut air dan akhirnya Kerajaan PR Selangor akan tumbang pada tahun ini juga..
Malangnya, tiada satu pun strategis UMNO yang bijak untuk terfikir dengan rancangan ini.
SYABAS UMNO bodoh berpolitik. Tetapi kerana bodoh inilah rakyat menyokong dan menghargai perjuangan dan permainan politik "kurang kotor" mereka berbanding PKR, PAS dan DAP.
Semoga Allah bersama orang yang benar, dimana Allah sudah bersama orang yang benar sejak merdeka lagi!!! Malaysia walau tidak sebaik yang diharapkan semua, tetapi umat Islam tetap bebas-sebebasnya untuk ruku dan sujud pada Tuhan Yang Esa tanpa halangan, tanpa ketakutan dan tanpa ragu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment