ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, May 15, 2014

Kisah Lagenda Tun Mahathir Tewaskan Komunis

Lagenda merujuk kepada individu yang sumbangannya amat besar dan tiada galang gantinya. Kisah lagenda ini adalah fakta sejarah yang tidak mungkin diubah sesiapa melainkan jika Negara ini diperintah oleh pihak yang rugi dalam hakiki sejarah tersebut.

Sejak manusia mula menggunakan senjata memerangi sesama manusia, tiada satupun Negara yang mampu menewaskan tentangan pihak gerila. Amerika gagal di Vietnam, Filipina masih gagal menjinakkan puak gerila, Myanmar, Thailand, Rusia, bumi Arab dan serata dunia, tiada siapa berjaya menewaskan pihak gerila apatah lagi bilamana gerila tersebut adalah komunis.

Komunis sebagai gerila adalah amat mustahil ditewaskan kerana mereka amat taat setia pada pemerintah mereka. Nyawa bukan keutamaan malah pengorbanan diri adalah matlamat utama dalam mempertahankan ideologi mereka.

Dunia wajib mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam menewaskan penentangan gerila komunis yang bersembunyi dalam hutan, menyerang hendap pihak berkuasa dan orang awam dan kemudian menyelusup masuk sebagai orang awam.

Pengiktirafan ini wajar diberi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menewaskan komunis selepas kurang 7 tahun di Pejabat Perdana Menteri dengan jumlah korban hampir sifar.

Serampang dua mata PLUS dijadikan alat utama untuk menekan komunis dari mendapat bekalan melalui rampasan lori makanan di Jalan antara Negeri. Ramai anak muda yang mengaku bijak mungkin tidak berapa bijak kerana tidak perasan akan rekabentuk Lebuhraya PLUS yang tidak lurus dan selalunya menyelekoh mengelak lalu dekat dengan hutan, bukit dan gunung. Malahan, ia dibina dengan tidak melalui Bandar-bandar utama ketika itu.

Tapi PLUS seperti penyusunan Kampung Baru dan penyeliaan Estet hanyalah alat yang mampu menghentikan bekalan makanan, keperluan dan maklumat kepada Komunis dimana mereka tidak perlu pada sebarang keperluan dan boleh hidup dalam hutan dengan makan daun sahaja.

Tun Dr Mahathir sedar tentera gerila tidak boleh ditewaskan dengan peluru walau sebesar MH370 sekalipun. Mereka dilindungi orang awam yang juga saudara mereka. Mereka adalah orang awam, dan orang awam adalah mereka. Kematian seorang orang awam akan membuatkan Komunis menerima 10 penyertaan ahli baru. Dihadapan kita, "orang awam" ini membelai kita, sesaat kita menoleh arah lain, "orang awam" ini akan mengebom kita. Sekurangnya itu yang terjadi di Vietnam yang gagal dimenangi Amerika.

Beliau sedar satu-satunya cara untuk menewaskan pihak gerila adalah dengan memenangi hati orang awam ataupun rakyat khususnya yang mempunyai pertalian dengan komunis. Mereka ini adalah orang Cina di Malaysia.

Untuk rekod, usaha memenangi hati orang Cina untuk tidak memihak komunis telah dimulakan Tun Abdul Razak sehinggakan beliau pergi bertemu dengan Pemimpin Tertinggi Komunis di China iaitu Mao Ze Dong. Sebagai manusia, beliau hanya mampu merancang dimana usia beliau tidak panjang memberi peluang kepada Chin Peng untuk meraih kembali keyakinan orang awam Cina di Malaysia untuk membantu memperkuatkan komunis.

Malangnya, hari ini ramai pihak menyalahkan Tun Dr Mahathir kerana membiarkan orang Cina mengawal ekonomi. Beliau dikecam Melayu kerana kononnya melemahkan Islam dengan memberi kebebasan kepada Cina untuk berjudi, minum arak, berhibur dan sebagainya. Apa yang mereka tidak tahu, kita perlu lebih dari memutihkan kawasan dengan memutihkan hati rakyat Malaysia dalam memerangi puak gerila. Dengan cara ini sahaja Komunis dapat ditewaskan.

Tun Dr Mahathir tidak menunggu lama untuk menukar Malaysia dari Negara Pertanian kepada Negara Industri. Pelaburan bersama teknologi masuk mencari rakan kongsi yang majoritinya adalah orang Cina. Ekonomi dijana dengan pesat, peluang pembangunan begitu hebat sehingga menjadikan orang Cina amat sukakan duit suka pada Malaysia, Negara penjana duit bagi mereka.

Akhirnya, Tembok Besar dalam hati orang Cina di Malaysia dapat diruntuhkan dengan Malaysia sepertimana China menjanjikan peluang kejayaan dan kekayaan kepada orang Cina. Hati orang awam Malaysia dapat ditakluk untuk menyayangi Negara yang mereka bina bersama dari dihancurkan komunis.

Dengan memenangi hati rakyat, satu hati orang Cina dimenangi sama dengan mengalahkan sepuluh orang komunis.

Akhirnya, pada 2 Disember 1989, Tun Dr Mahathir berjaya menewaskan angkatan tentera gerila Komunis tapi bukan dengan peluru, sebaliknya dengan akalnya.

Kisah lagenda yang wajib diketahui setiap anak yang lahir di bumi ini. Terima kasih Tun.

No comments: