ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, May 17, 2014

MH 370: Kalau Mahathir Masih PM

Perang minda Tun Dr Mahathir diteruskan terhadap Amerika dan "mastermind" mereka, Yahudi. Dengan entri terbaru yang dilihat lebih garang, beliau menghujani serangan atas alat Amerika iaitu CIA dan Boeing. Walaupun ramai rakyat mampu bersuara sebegitu dalam blog, tapi sebagai Negarawan dan juga tokoh terkenal dunia, kata-kata beliau mempunyai impak yang amat besar khususnya kepada rakyat China dan penduduk Asia amnya.

Sejak teknologi mula terbina, manusia dibahagikan kepada beberapa benua dimana Eropah sering memandang rendah keupayaan Asia. Kelantangan Tun Dr Mahathir sejak 80-an lagi memberi amaran kepada Barat bahawa bukan semua di Asia mudah diperalatkan dan dipergunakan.

Suara Tun Dr Mahathir adalah suara tidak rasmi Kerajaan Malaysia lebih lagi sejak dulu senantiasa mewakili suara dari hati rakyat kebanyakan.

Sejajar dengan hak kebebasan bersuara yang diperjuangkan Amerika, setiap orang mempunyai hak untuk berbeza malah berfikir dan mengeluarkan pendapat yang objektif dan relevan. Namun, sebagai Ketua Negara yang tidak mempunyai sokongan 2/3 di Parlimennya, adalah sukar untuk Perdana Menteri dan wakilnya untuk mengatakan sepertimana apa yang Tun Dr Mahathir katakan. Lebih lagi ia boleh membangkitkan kemarahan pihak tertentu justeru mencetuskan perasaan tidak tenang dikalangan rakyat kerana setiap apa yang dikatakan beliau perlu disertai bukti.

Tidak dinafikan setiap rakyat merindui kepimpinan Tun Dr Mahathir. Kelantangan serta keberaniaan beliau diperakui kawan dan lawan. Komitmen beliau memerangi agenda jahat Barat dan menegakkan kebenaran tidak pernah kunjung padam. Dan, kalau Tun Dr Mahathir masih lagi Perdana Menteri ketika Misteri MH 370 terjadi sudah tentu sesuatu yang berlainan mungkin terhasil.

Bak kata Inggeris, kita mesti "move on". Tun Dr Mahathir adalah milik pencipta dan beliau perlu menyiapkan diri untuk bertemuNYA.  Namun, warisan Tun Dr Mahathir yang ditinggalkan secara holostik terhadap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa terus hidup seperti "kita boleh", "kita mampu", "tiada yang mustahil", "kerajinan", "displin", "nilai", "sikap", "berani kerana benar", "usaha yang gigih" dan banyak lagi.

Penulis masih teringat bagaimana Tun Dr Mahathir menyerahkan jantungnya kepada Doktor tempatan bagi menanam sikap percaya diri dikalangan rakyat. Juga, bagaimana beliau merobohkan minda kolot orang Islam terhadap peranan wanita dalam masyarakat dimana ada Doktor wanita merawat pesakit menggunakan pen, terhadap pemimpin wanita yang diharamkan walaupun untuk bertanding mengaji Quran, dan pelbagai lagi kepercayaan salah orang Islam terhadap kemajuan.

Malahan, kata-kata beliau sepuluh tahun dahulu supaya kita rajin membaca dan menuntut ilmu demi menguasai sains dan teknologi masih segar apatah lagi bilamana hari ini pencipta "sains dan teknologi" memperbodohkan kita sehingga sebuah kapal terbang yang canggih boleh hilang begitu sahaja.

Hari ini, Perdana Menteri kita adalah Dato Seri Najib Tun Razak. Walau apa kata orang, walau apa teori berkaitan MH 370 dan walaupun Tun Dr Mahathir bukan lagi Perdana Menteri Malaysia kita perlu "move on" dengan menjadikan cabaran MH 370 sebagai satu permulaan bagi kita terus rajin menuntut ilmu, menguasai teknologi dan mencipta penemuan Sains.

Cabaran dan dugaan ini mematangkan kita dan harapan besar disandarkan atas golongan pelajar agar tanpa jemu terus menuntut ilmu teknologi dan sains agar satu masa nanti jika ia terjadi lagi, kita mampu mencari MH 370 "kurang dari satu saat".

Percayalah!!! Malaysia Boleh melakukan kerana kita adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik.

No comments: