ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, May 13, 2014

90% Ahli UMNO Berjiwa Ahmad Said

Setiap parti politik dibahagikan kepada 3 peringkat utama dengan beberapa pecahan. 3 golongan ini adalah golongan atasan iaitu pemimpin perdana, golongan pertengahan iaitu pengikut kepada golongan atasan dan golongan bawahan.

Umpama rantai piramid, sifat tamak membayangi piramid ini dan akan menjadi cabaran setiap golongan mengikut hierarki. Pendek kata, semakin diatas, semakin tamak, dan pengikut juga ikut tamak, sehinggalah kepada ahli bawahan.

Saya sendiri berpengalaman berada dalam kelompok golongan pertengahan selepas lama berada dalam kelompok golongan bawahan sebelum mengambil keputusan untuk tidak terlibat dengan politik. Hakikatnya, walaupun pengalaman ini berkisar dalam UMNO ia sah untuk semua parti politik kerana budaya meletak kepentingan diri sendiri dihadapan adalah budaya Melayu.

Mereka yang saya pernah minum kopi bersama ada yang kini Ketua Pemuda Negeri, Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Datuk-Datuk dan banyak lagi.

Sepanjang bersama mereka dari pagi hingga ke larut malam, dapatlah saya simpulkan mereka, Ahmad Said, bekas Menteri Besar Terenggan dan hampir 90% ahli UMNO yang lain berjiwa serupa.

Kuasa dan wang menjadi matlamat mereka dalam politik. Jika tiada kuasa dan wang mereka akan tergamak mengkhianati bukan sahaja parti tetapi Islam, Melayu dan Negara.

Justeru, krisis politik 2014 di Terengganu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana hampir semua ahli UMNO tidak berjuang untuk Parti, tidak bersatu untuk Parti, tidak berkerja untuk Parti malahan kencing pun bukan untuk Parti.

Sejarah ini wajar dijadikan pengajaran kepada PKR yang lahir dari ibu yang sama dengan UMNO, kepada PAS yang baru berevolusi  menjadi lebih global seperti UMNO awal 70-an, dan kepada semua orang Melayu tanpa mengira fahaman politik.

Ingatlah, sejarah akan menilai kita dan Allah akan menghukum umat Muhammad SAW di dunia dan di akhirat kerana sifat tamak dan pentingkan diri sendiri berbanding kepentingan orang lain khususnya kepentingan umat di Malaysia dan amnya umat sejagat.

No comments: