ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, October 22, 2013

SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA SUCKS

http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131022/dn_19/40-pelajar-lulusan-PMR-automatik-masuk-aliran-sains

Saya merupakan pelajar cemerlang yang aktif bersukan dan mencapai keputusan 4A dalam UPSR. Keadaan ekonomi keluarga yang memaksa kami berpindah dari satu Negeri ke Negeri lain setiap tahun membuatkan PMR saya hanya 3A sahaja. Untuk rekod, saya mempunyai 7 buah sekolah sepanjang persekolahan.

Pada masa tingkatan 3 saya di kelas 3A2 dari 17 kelas. Saya dipaksa masuk ke 4Sains1 kerana hanya ada 10 pelajar dalam kelas itu selepas kebanyakan mereka memasuki MRSM, Teknik dan lain-lain.

SPM saya jika dikira 4 teras adalah 10 sahaja tetapi selepas ditambah 2 elektif menjadikan saya Gred 2. Ia terjadi kerana saya tidak meminati matapelajaran sains seperti Biologi, Fizik, Kimia dan lain-lain.

Hari in rakan saya yang berada di Kelas 3A15 lebih maju dari saya. Ada yang kerja PTD, ada yang kerja Pengurus Kewangan, mereka semua aliran akauan dan sastera.

Berita diatas amat mengecewakan dan saya percaya ramai lagi rakyat Malaysia bakal menjadi mangsa dipaksa menjadi orang yang mereka tidak minati.

Jelaslah, sistem pendidikan Malaysia memang teruk dan hanya menjadikan rakyat sebagai bahan ujikaji sahaja sedangkan para Menteri sendiri menghantar anak belajar ke Sekolah Swasta, Antarabangsa malah Luar Negara.

P.S: Di Sekolah Cina mereka mempunyai Kaunselor Kareer dimana pelajar boleh berjumpa dan meminta nasihat dan pandangan jika mereka mahu memilih atau menukar aliran dan subjek samada sains, sastera atau akaun. Di Sekolah Kebangsaan yang ada Guru yang hanya tahu memenuhkan Kelas Sains demi kepentingan diri dan sebagai pelajar Sekolah Kebangsaan saya hanya ada Kaunselor Kareer di IPT. Sedihkan!

2 comments:

shaliz said...

Sy stuju giler, amat membencikan.
Anak sy yg jadi mangsa pendidikan di malaysia yg trcinta.

shaliz said...

Skg interview d kem , sbb nk masuk upnm. Perlu ke blajar teruk2 , KENA byr pinjaman. Tlg komen, need idea or opinion. Blur sgt skg