Sudah dua bulan dan saya masih menanti pertolongan Ayahanda Tun Dr Mahathir dan tulisan ini mungkin akan mengubah niat Tun membantu saya. Tapi saya yakin, Tun Dr Mahathir bukan orang biasa, justeru niat saya menegur Mukhriz diteruskan.
Maafkan saya Mukhriz, menegur dengan terbuka adalah perkara terakhir yang saya mahu lakukan tetapi saya tidak mempunyai akses kepada anda malahan "friend request" saya sejak 2010 juga tidak pernah di "Approved".
Sebagai "pemuja" Tun sudah pasti saya juga akan menyayangi Tun Dr Siti Hasmah dan seisi keluarga pasangan ini. Dari Marina yang kolumnya saya tidak pernah tidak baca semasa beliau Presiden Badan HIV Malaysia hinggalah ke segala berita berkaitan Keluarga Hero saya.
Bibit-bibit Mukhriz, dari pusat ke Negeri juga saya ikuti. Sedikit reaksi "reluctant" Mukhriz dapat saya kesan apabila nama anda disebut-sebut sebagai MB Kedah bertahun sebelum 1 Mei 2013. Dapatlah saya selami perasaan anda kerana siapa membesar, berkahwin dan berkerjaya di Bandar Kuala Lumpur pasti akan faham.
Mengetahui Mukhriz terpaksa berpisah dengan anak-anak dan hanya dapat bertemu seminggu sekali kerana Kedah tiada Sekolah Antarabangsa merobek hati dan perasaan saya. Cukup adil, kerana Allah Maha Besar mengingatkan manusia, bahawa kita manusia hanyalah insan yang lemah, jika ada yang terpuja maka ia hanya Allah layak dipuja.
Saya yakin, jika Mahathir menjadi MB Kedah semasa Mukhriz sedang bersekolah, sudah pasti beliau tetap akan menyekolahkan anda di Sekolah di Kedah. Sebagai pemimpin, adalah amat penting bagi pemimpin menghantar anak mereka ke Sekolah Kerajaan.
Kenapa? Kerana mereka yang membentuk Sistem Pendidikan Negara!!! Jika sebagai "designer" mereka sendiri tidak yakin dengan "design" mereka, maka rakyat hanya mangsa laboratory sahaja.
Saya harap Mukhriz dapat memimpin melalui tauladan seperti yang dilakukan pemimpin tersohor Negara, Tun Dr Mahathir. Beliau menyerahkan jantungnya untuk dibedah oleh Doktor tempatan di Hospital Kuala Lumpur semata-mata agar rakyat ikut yakin bersama beliau terhadap kemampuan pakar dan kemudahan perubatan Negara.
Mukhriz boleh mulai menukar anak Mukhriz berada dekat dengan Mukhriz kerana adalah penting bagi tumbesaran seorang anak "keluarganya" berada bersamanya senantiasa selagi boleh. Sekurangnya, itu yang dilakukan Ayah Mukhriz walaupun bertemu muka jarang sekali, tapi tetap setiap hari.
Apa salahnya Sekolah tempatan? Tun Dr Mahathir sendiri sekolah tempatan. Mukhriz, saya tidak pasti, tapi mengenali Tun saya pasti beliau akan menghantar Mukhriz ke Sekolah Tempatan kerana yang penting memberi hak kepada anak tersebut untuk bersama bapanya selain menunjukkan contoh yang perlu diikuti oleh rakyat Kedah yakni yakin dengan sistem pendidikan Kedah dan MBnya.
Lebih lagi, jika 30 tahun lagi anak Mukhriz juga mahu mengikut jejak Ayahnya dalam politik, mungkin Mukhriz masih ingat ada seorang bekas Naib Ketua Pemuda yang bertanding KP UMNO Malaysia dikecam kerana tidak bersekolah di Malaysia. Tidak adil untuk anak Mukhriz ditolak rakyat hanya kerana bapanya tidak yakin dengan sistem pendidikan Negara apatah lagi selepas Menteri Pendidikan sendiri melancarkan Pelan Pendidikan Negara.
Sayugia diingatkan, ingatan terbuka pada Mukhriz ini dirasa lebih pedas oleh orang yang makan cili dan lebih pedas lagi orang tersebut terlibat dalam penanaman cili tersebut. Dari Perdana Menteri, Timbalannya, Naib Presiden UMNO, hinggalah ke Menteri dan Timbalan Menteri, malahan ahli politik yang mampu tidak mahu menghantar anak mereka ke Sekolah tempatan kerana mereka berpendapat sistem sekolah Malaysia hanya akan menyekat tumbesaran pendidikan anak mereka. Soalnya, apakah rakyat hanyalah bahan ujikaji mereka? Bila berjaya, Alhamdulillah. Bila gagal, kita mansuhkan dasar ini dan rombak semula digantikan dasar lain. Yang menjadi mangsa siapa lagi kalau bukan Rakyat.
Inilah masalah utama pemimpin UMNO, cakap tidak serupa bikin, Pelan Pembangunan Negara selain menekan Sekolah Cina untuk mengikut kokorikulum Negara, tetapi diri sendiri hantar anak ke Sekolah Antarabangsa!!! Saya fikir, Mukhriz tidak sama dengan pemimpin UMNO biasa, sekurangnya itu yang diharapkan dari rakyat jelata, darah Mahathir mengalir segar dalam diri anda.
PS: Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas kemenangan Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO. Walaupun jam baru 12 tghari Sabtu 19 Oktober, tiada unsur "bookie" disini cuma saya yakin anda akan menang dan saya berharap dan berdoa untuknya. Jika kalah sekalipun, Mukhriz tidak rugi, yang rugi adalah UMNO yang belum cukup diremajakan.
2 comments:
ko ni gile/psycho kot ni..gi jumpa doc pakar sakit jiwa deh
bagus komen...alhamdulillah...:)
Post a Comment