ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, October 24, 2013

Lembu Di Sekolah

Sejak Darjah 1(1987) hingga Darjah 5(1991) saya terlibat dalam ibadah Korban Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan yang diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Raja Muda 1&2(SRKJRM), Kg Baru, Kuala Lumpur.

Jika ia jatuh dalam musim cuti sekolah, Lembu tersebut akan sampai seminggu lebih awal dan saya berpeluang "bermain" bersama mereka dan jika tidak ia tiba sehari dua lebih awal.

Saya memberi nama kepada semua lembu terbabit, bercakap dan menemani mereka, melihat ia disembelih, darah tersembur, dilapah, di siat, tong taiknya dan tulang temulangnya ditanam hinggalah timbusan tanah tulang, tong najis dan darahnya digantikan tumbuhan pokok dan rumput yang segar.

Melalui pengalaman diatas, saya ingin memberitahu kepada semua yang tidak boleh menerima ibadah korban di Sekolah atas dasar tidak sesuai membiarkan murid-murid dan anak-anak yang masih kecil menyaksikan lembu tersebut disembelih, merintih malah menangis bahawa anda salah.

Apa beza Lembu dengan Ayam?
Apa beza Ayam dengan Ikan?
Apa beza Ikan dengan tumbuhan?
Tidakkah tumbuhan bernyawa?

Bagi pemakan daging, sembelih yakni memotong leher adalah cara paling tidak menyakitkan binatang terbabit mati berbanding cara lain. Ya, diperakui benar dan bukan sahaja binatang, malah jika manusia boleh dimakan, untuk membunuh manusia mengerat lehernya adalah cara paling cepat, paling mudah dan paling kurang ia sakit. Ngeri??? Itu adalah sains yang berasaskan fakta dan kajian, saya hanya menyampaikan kebenaran.

Tidak kira anda Islam atau tidak, jika anda memakan daging ayam, lembu, kambing dan lain-lain yang tidak halal atau tidak disembelih, semasa anda menggigitnya fikirkan betapa sakit dan seksanya binatang tersebut sebelum mereka mati. Bagi yang memakan binatang yang disembelih, fikirkan, binatang tersebut mati dengan cara yang paling kurang sakit dan seksa. Sains membuktikan hal ini.

Berbalik kepada konteks anak kecil, apakah ia tidak wajar? Jika dilihat dari sudut sempit maka ia memang tidak wajar sepertimana tidak wajar saya katakan bahawa Askar Amerika yang menembak mati orang awam, yang mengebom Hiroshima dan membunuh jutaan orang juga tidak pernah meyaksikan "live" binatang disembelih tetapi mereka tetap kejam. Melainkan ada terjemahan berbeza untuk kejam menggugurkan bom dari kokpit pesawat dengan menekan butang, atau menarik picu senapang dengan menggunakan pisau memotong leher.

Pada saya, adalah wajar mendidik anak kecil melihat bagaimana binatang disembelih kerana mereka akan takut, sedih dan geram. Ketiga-tiga perasaan ini adalah bagus bagi mereka lebih menghargai nyawa sendiri dan nyawa manusia yang bakal mereka susahkan dan rampas(jika mereka penjenayah, atau Tentera yang membunuh orang awam yang tidak berdosa). Malahan bagus mereka sedih agar mereka tahu binatang tersebut berkorban bagi kegembiraan mereka menikmati daging yang menyumbang kepada tumbesaran sihat mereka dan baguslah mereka geram, agar mereka perlu berjuang dan bersyukur, mereka bukan binatang tetapi manusia yang perlu menghargai nikmat Tuhan.

Berbalik kepada konteks agama Hindu, seperti yang saya katakan ia adalah perkara bagus dari satu sudut perspektif. Kerana Lembu adalah Binatang Suci Hindu maka ia tidak bagus, saya setuju. Tetapi inilah nasib kita orang India lahir di Malaysia, Negara pelbagai kaum dan agama. Sebenarnya ini juga nasib Melayu, lahir di bumi asal Melayu dan kemudian diberi nama Malaysia kerana nenek moyang kami menerima kalian. Nasib kami disini, kami terpaksa meyakinkan anak kami bahawa Patung di Batu Caves, di Kelantan adalah "Tuhan" yang orang Hindu dan Buddha sembah sedangkan pada masa yang sama kami ajar mereka Tuhan itu Satu. Jika anak kami menyambung soalan kenapa mereka sembah patung kami jawab itu agama mereka, kita kena hormati. Buktinya, pernahkan anak kecil Melayu mengeluarkan kata menghina sembahan anda atau merujuk "Tuhan" anda kepada "Patung"?? 

Justeru, baik Hindu, Islam, Kristian, Buddha dan lain-lain sebenarnya kita dapat hidup harmoni selama lebih 50 tahun kerana kita saling menghormati, dan terbaik sekiranya kita kekalkan garisan sensitiviti itu kerana jika Hindu minta ia digerakkan, esok Islam pula minta ia digerakkan, dan kemudian Buddha dan Kristian kemudian Hindu semula, hingga satu hari nanti kita sudah tidak punya rasa hormat satu sama lain maka bolehlah kami memberitahu pada anak kami, ia hanya patung jika tidak percaya anda pecahkan dan patung tersebut tidak dapat pertahankan dirinya, jika ia dapat pertahankan dirinya maka anda boleh menganut agama mereka seperti yang dilakukan Nabi Ibrahim AS.

Berbalik kepada konteks lokasi, sekolah adalah tempat murid belajar dan saya percaya banyak yang boleh mereka pelajari dari proses menyembelih haiwan. Jika ada perayaan korban babi dalam agama Hindu dan Buddha, saya pasti penganut Hindu dan Buddha juga akan meminta malah pasti diberi kelonggaran oleh Kerajaan "Orang Melayu" yang baik hati ini. Lihatlah Selangor yang asalnya Islam dahulunya tiada kini, ada Pusat Konvesyen Krisitan terbesar, ada Batu Caves malah ditambah-tambah Kuilnya dan diperuntukkan berpuluh juta setahun, ada kandang babi ditambah-tambah, ada kilang arak pun mahu tambah lagi dan banyak lagi. 

Seperti yang saya kata, asalkan garisan sensitiviti sedia ada yang diamal, dipegang dan dihormati sejak berpuluh tahun lalu dikekalkan maka kita rakyat Malaysia mampu hidup aman damai serta harmoni, sebaliknya, jika tidak, maka kita mungkin akan jadi seperti di India(LTTE), di Pakistan(Taliban), di Myamnar(Tentera Junta) dan banyak lagi.

Jika anda seorang vegetarian, jangan menghina pemakan daging melainkan anda fikir tumbuhan itu tidak bernyawa. Dalam sains, tumbuhan mempunyai nyawa dan apabila ia dipotong ia akan mati, jika ia ada mulut ia akan merintih dan mengelupur seperti binatang sebelum mati.

Hakikatnya, kita sebagai manusia tidak kira apa agama pun, kita hidup dengan mengorbankan hidup hidupan lain. Rumah kita dibina dengan membunuh pokok yang tidak bersalah, merampas hak habitat haiwan malahan najis kita disalurkan untuk santapan haiwan air.  Jika semua benda bernyawa boleh bercakap termasuk batu, maka manusia adalah mahkluk yang paling kejam justeru adalah wajar kita membalas jasa pengorbanan benda bernyawa yang berkorban demi kelangsungan hidup manusia dengan tidak berbuat kerosakan sesama manusia samada secara langsung atau tidak langsung. 

No comments: