ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, October 13, 2013

UMNO Karam: KJ Dan Shahrizat Bukti UMNO Ketandusan, Puteri pula pathetic

Update: 22 Oktober 2013.

Keputusan Naib Presiden telah diperolehi dan pujian harus diberikan pada UMNO yang begitu demokratik dan terbuka. Sistem baru walaupun banyak kelemahan tapi wajar diberi peluang untuk ditambah baik khususnya apabila pengundi perlu mengundi hampir 30 kod nombor yang berbeza tanpa nama. Rata-rata pengundi 40 tahun keatas kelabu mata tengok kod nombor yang banyak sekaligus lebih selesa mengambil nombor chai yang diendorse pemimpin bahagian.

Selepas PRU 12, Pak Lah letak jawatan dan Najib hanya mempunyai kurang 4 tahun untuk mengubah UMNO. Masa adalah masalah utama UMNO. Justeru, walaupun Pemilihan UMNO 2013 ini disokong tapi ia juga harus dikeji kerana UMNO sudah tiada masa lagi untuk memulihkan keyakinan rakyat Malaysia khususnya orang Cina kepadanya.

MCA buat kerja yang cemerlang tetapi ditolak mentah kerana rakyat begitu bencikan UMNO. Perdana Menteri menjerit dan berpeluh darah sekalipun untuk UMNO berubah, rakyat tetap tidak peduli kerana mereka sering ditipu dahulu. Satu-satunya cara untuk mengembalikan keyakinan rakyat pada UMNO dan MCA adalah dengan bukti UMNO mahu berubah. Soalnya bila??? Selepas PRU 12 katanya 3 tahun lagi, selepas 3 tahun, katanya 4 tahun pula, selepas 4 tahun, 3 tahun lagi.

Pengiraan mudah, UMNO tidak cukup masa dan bakal dikalahkan kerana tidak berubah pada Pemilihan UMNO 2013.

Original Posting----------------------

Tahniah KJ dan Shahrizat Jalil. Kemenangan mereka walaupun pada mereka bukti transformasi UMNO dilandasan progresif yang betul sebenarnya adalah bukti UMNO ketandusan pemimpin. Melihat pada pencabar mereka, bukan tidak ada yang terpelajar, cuma beribu perwakilan UMNO lebih suka duduk di kepompong minda lama. Minda yang membuatkan UMNO merudum iaitu pilih sahaja yang ada kerana mereka buat kerja. Kerja apa sehingga BN ditolak teruk?

Jangan terbawa-bawa. Saya adalah pendokong KJ ketika anda masih mual dengannya. Saya menyokong beliau semasa Pak Lah masih PM selepas PRU 12 kerana beliau terpelajar dan membawa aspirasi orang muda. Walaupun sikap mudanya yang agresif membawa sedikit masalah, tetapi UMNO perlukan karakter beliau kerana UMNO sakit tua. Tapi dengan kemenangan bersih, saya fikir ia tidak wajar dan nampak kempen halus KJ yang menggunakan kapasiti menterinya mengumumkan penambahan pelajar IKBN sekali ganda serta merta dengan IKBN dua sesi, selain menambah keperluan tender makanan dsb di IKBN kelak.
Kemenangan bersih membuktikan semua pengundi KP Pemuda UMNO memang totok, ikut je apa yang di chai.

Saya juga adalah pengikut setia Shahrizat semasa beliau mula-mula bertanding di Kawasan Lembah Pantai. Beliau memperjuangkan setinggan Kg Kerinchi sejak 1999 lagi dan saya bersamanya. Tetapi kes NFC jelas menunjukkan beliau adalah liabiliti UMNO dalam menarik minat atas pagar dan sokongan bukan Melayu.

Tapi saya tegas dan Saya tidak akan mengucapkan tahniah pada Puteri kerana saya secara terbuka kecewa dengan Puteri UMNO. Pada pemilihan UMNO kali ini dapat dilihat ramai ahli Puteri yang bertanding dan mengambil bahagian bertanding. Mereka ini amat muda dan mestilah mempunyai akaun Facebook. Soalnya, dimana mereka sepanjang tempoh peperangan alam maya dari 9 Mac 2008 hingga ke 1 Mei 2013? Saya teruk dibelasah di FB dan didapati selain Red Bean Army mereka memang tersusun dan ramai. Hinggakan ramai anak muda yang menyokong UMNO dan pengundi atas pagar takut mahu bersuara dan lebih selesa mendiamkan diri.

Ramai mendiamkan diri kerana mereka tidak akan dibela kerana trend pada masa itu adalah PR. Kalau tidak sokong PR maknanya ketinggalan zaman, kuno, kampung atau tiada fesyen. Sepanjang tempoh itu mana Puteri UMNO???????????????????

Puteri UMNO menikus seperti tikus di longkang-longkang gelap. Sepi!!!

Lihatlah senarai 100 blog politik Negara, tidak, 500 blog politik Negara, tolong nyatakan 1 blog Puteri UMNO yang tersenarai. Tiada!!!!

Pathetic. Lihat bagaimana Papagomo dibelasah, Parpukari dimaki, RBF di hina, dan ramai lagi blogger yang berjuang tanpa bantuan dan sokongan ahli UMNO khususnya Puteri selaku golongan muda wanita yang comel, cantik dan segar.

Saya berharap perwakilan akan menilai dengan bijak memilih VP dan MT UMNO dan keputusannya bakal menentukan hala tuju kapa UMNO 5 tahun akan datang. Mungkin karam atau mungkin akan di telan tsunami besar. Berubah??? Tidak perlu jawab, lihat betul-betul, zaman sudah berubah, apa yang UMNO sudah ubah?

No comments: