ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, October 1, 2013

KERACUNAN MAKANAN: SIASAT HINGGA KE AKAR PERMASALAHAN

Update: Keracunan disahkan disebabkan bakteria pada Ayam Masak Merah yang dimasak sehari sebelum itu. Katalah seperti yang didakwa ayam tersebut berbau, pasti mana-mana ayam yang berbau akan terasa juga. Maka pengunjung tidak akan teruskan menjamah dan memberitahu rakan serta tuan rumah.

Pada saya, pihak berwajib tidak menyiasat sehingga ke akar permasalahan. Selain dari pembungkusan dan pembuatan, siasat juga bahan kimia dalam makanan dan air. Katalah bahan kimia dalam ayam selamat dimakan, begitu juga kandungan plumbum dalam air juga selamat diminum. Apa akan jadi selepas dua bahan kimia ini bertemu dalam periuk???

Dalam Kimia, O-Oksigen selamat disedut, tapi selepas ia bercampur dengan C- Carbon ia akan menjadi gas beracun. Begitu juga bahan kimia dalam makanan. Walaupun ia dibenarkan dan selamat, tetapi bagaimana jika ia bertindak balas dengan bahan kimia dalam makanan lain???

Cuba renung fakta ini.

Seorang penternak ayam di Bagan Serai Perak, dalam blognya tidak memakan ayamnya sendiri. Beliau ada cara tertentu bagi mengeluarkan kimia dalam ayam 40 harinya dan barulah diyakini selamat untuk keluarganya.

Seorang pemborong Ikan berbangsa Cina menunjukkan ubat awet ikan dan dituang kepada lantai. Dapat lihat tindak balas lantai pada air ikan itu. Dia juga kata dia tidak makan ikan yang dijualnya.

Penjual sayur pula khususnya peniaga cina akan merebus sayurnya 2 kali sebelum memasak.

Cuba lihat tebu, tidak akan ada satu pun tebu tanpa semut pada zaman kita kecil dahulu. Tebu sekarang langsung tiada semut? 

Jika 20 tahun dahulu, kita basuh beras untuk 3 kali, kali keempat air sudah jernih. Cuba basuh beras sekarang, kali keberapa baru air jernih?

Telur sintetik? Bahan pengawet? Usia Ikan, Daging, Ayam beku?  Bahan kimia pada sayur dll?

Renungkan, dan cuba lawat kilang-kilang makanan paling tidak tanya-tanya pada pekerja mereka.
----------------------------------------------Original Posting
Emak saya berniaga kantin sejak tahun 1987 hingga tahun 2010. Kini kami berniaga pula kedai makan. Dari dulu lagi kami sudah melalui beratus kala pemeriksaan kebersihan samada secara berjadual mahupun secara mengejut. Semuanya lulus, tiada masalah, tapi Dewan Makan Asrama di Gombak kendalian emak pernah kena keracunan makanan pada tahun 2002 ketika kami mengerjakan umrah. Selepas Kementerian Kesihatan mengambil sampel dan Kementerian Pelajaran membuat siasatan, kami tidak bersalah kerana kumpulan pelajar terbabit mengambil makanan dari luar.

Sebagai orang Islam, halal adalah kewajipan dan halal adalah bersih. Dan sepanjang penglibatan dan pengalaman hampir 30 tahun ini, tidak dinafikan ada kakitangan penyediaan makanan termasuk Chef yang mengabaikan dan mengambil mudah soal kebersihan. Tapi ia bukan "the only reason" keracunan makanan. Salah satu punca keracunan makanan yang sering dilepaskan kita adalah pembuatan dan pembungkusan.

Terkini, Negara digemparkan oleh kejadian keracunan makanan di sebuah kenduri kahwin di Kedah yang membabitkan 60 mangsa dan 3 menjadi korban. Seperti biasa, pihak pemeriksa akan memeriksa tempat simpanan, cara penyimpanan, tempat penyediaan, air, bahan memasak, pekerja, tukang masak, bahan buangan termasuk soal siasat keatas mangsa bagi memahami pattern keracunan makanan.

Dan setiap kali itulah tiada hasil siasatan yang dapat mengenal pasti punca sebenar keracunan makanan. Malahan, dalam perbualan saya dengan beberapa Operator Dewan Makan seusia kami juga berkongsi pendapat yang sama, jika terjadi keracunan makanan di Kantin, selepas siasatan diadakan pihak berkenaan tidak dapat mengenal pasti punca keracunan.

Saya kemudian diberitahu oleh seorang rakan saya bekerja di Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja(JKKKP) Selangor yang sering membuat lawatan berjadual keatas premis Kilang termasuk Kilang Makanan. Namun skop kerja mereka adalah keselamatan, mereka bertanggungjawab memastikan keadaan peralatan mesin, persekitaran, lif dan langkah keselamatan di Kilang berkenaan justeru kehadiran mereka tidak diendahkan oleh pengurusan kilang melainkan oleh jurutera sahaja.

Rakan saya berkata kalau saya ke kilang pembuatan makanan ini maka saya tidak akan selera makan. MeeHoon, Milo, Mee Kuning, Kunyit, Garam, Kari sebut apa sahaja jenis bahan makanan yang digunakan untuk memasak. Pengendali yang kebanyakannya bukan Islam tidak mementingkan kebersihan malahan haiwan-haiwan seperti anjing bebas melakukan aktiviti mereka di bahan-bahan makanan yang belum dibentuk sebagai bahan jualan lagi.

Saya berharap agar penguatkuasa dan pihak berwajib bukan sekadar memeriksa premis makanan dan mengenakan tindakan, periksalah juga kilang-kilang pembuatan bahan makanan kerana kualiti kebersihan makanan banyak bergantung dari hari pertama ia dibuat di kilang-kilang.

No comments: