ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, October 9, 2013

ZAHID HAMIDI PAMER SIKAP LELAKI SEJATI



KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN.

Hakikatnya, sebagai orang Melayu saya penat menjadi bangsa yang apologetik. Mungkin kita terlupa, bagaimana Negara kita menghantar delegasi khas ke China semata-mata untuk meminta maaf atas kejadian “rakyat China” yang ditahan lokap diarah berbogel sambil ketuk ketampi. Memalukan, rupanya video yang didakwa “rakyat China” itu adalah seorang gadis Melayu, rakyat Malaysia.

Namun,syarat menjadi lelaki sejati bukan kaum sebaliknya keberanian. Mana-mana kaum dan bangsa boleh menjadi lelaki sejati asalkan ia berani mengakui salahnya. Tapi bukan dengan minta maaf, sebaliknya dengan tidak meminta maaf, kerana meminta maaf itu hanyalah alasan untuk tidak bertanggungjawab atas tindakan diri dan alasan diri untuk tidak belajar dari kesilapan secara agresif.

Seorang lelaki sejati yang buat salah tidak akan minta maaf, tetapi dengan tegas tidak lari dari tanggungjawab untuk memperbetulkan kesalahan atau kesilapan diri melalui tindakan. Lelaki tidak sejati pula pantas meminta maaf, agar kemarahan orang dapat diredakan supaya mereka simpati dan tidak akan meletakkan tanggungjawab salah itu sepenuhnya kepada bahu mereka.

Sebagai peminat Jet Li, saya masih ingat dialog nasihat beliau dalam filem Bodyguard From Beijing kepada adik heroin filem itu. Budak tersebut menukar pistol polis dengan pistol palsu, akibatnya, polis tersebut ditembak. Mengakui kesalahannya, budak tersebut meminta maaf kepada Jet Li, dan Jet Li berkata, seorang lelaki sejati tidak meminta maaf untuk memberi alasan kepada dirinya, sebaliknya, ia nekad maju kehadapan dan menanggung kesannya dan menunjukkan maafnya melalui perubahan diri.

Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga memberitahu seantero dunia, “Our Parliament have a gentleman on board”. Seorang lelaki yang tegas dalam tindakan, yang kesal dengan mengubah diri, yang memimpin melalui tauladan. Maaf hanya digunakan oleh budak yang memberi alasan sedang belajar, bukan seorang lelaki yang tidak mempunyai alasan dan pilihan melainkan membawa perubahan, manakala, mempersalahkan orang lain atas kesilapan sendiri pula hanya digunakan oleh “anda tahu siapa”.

Saya berharap DAP, PAS, PKR, MCA, MIC dan semua parti politik mempunyai sekurang-kurangnya satu lelaki sejati dalam parti mereka, saya pasti Malaysia akan mencapai status Masyarakat Negara Maju sebelum Wawasan 2020.

Tahniah, Dato Seri Zahid Hamidi ikhlas dari saya, seorang lelaki yang sejati.

No comments: