ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, October 3, 2013

Syor KJ Guna Sistem Hari Kantin Pada Hari 1Juta Belia 2014

Saya pernah mencuba nasib memasuki sebutharga membekal makanan kepada pengunjung 1Juta Belia di Putrajaya. Saya tidak berjaya tetapi 3 hari sebelum acara tersebut saya dihubungi oleh "Pegawai" Pihak Kementerian untuk datang berbincang. Semasa berbincang, barulah saya faham saya dipelawa untuk menjadi sub-con kepada main-con. Kerana masa yang singkat serta lokasi yang jauh, saya akhirnya terpaksa menolak tawaran Main-Con melalui KBS.

Cadangan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaludian untuk melaksanakan sistem tender terbuka bagi menganjurkan Festival Belia Putrajaya 2014 amat dihargai dan dipuji.

http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131003/dn_23/KBS-laksana-sistem-tender-terbuka-anjur-Festival-Belia-Putrajaya

Ini kerana pada kebiasaannya apabila Pihak Penganjur memberi hak penganjuran kepada pihak ketiga maka pelbagai masalah akan timbul. Hakikatnya, dalam banyak penganjuran festival, karnival dan keramaian, masalah yang paling lenyah dan leceh adalah makanan. Kerana perut manusia berbeza-beza begitu juga selera mereka. Akhirnya, penganjuran yang dibuat dengan cemerlang tetap bermasalah kerana pelbagai rungutan seperti tidak sedap, mahal, basi, jauh, tidak dapat, terlepas masa makan dan sebagainya.

Saya sebagai rakyat marhaen yang mempunyai pengalaman 30 tahun dalam bidang makanan ingin mengesyorkan pada YB KJ untuk melaksanan Sistem Hari Kantin pada Festival Belia Putrajaya 2014.

Sistem Hari Kantin seperti yang kita maklum menggunakan kupon yang benilai RM 0.50, RM 1.00 dan RM 2.00. Katalah pihak Kementerian memperuntukkan makanan RM 3 untuk satu pengunjung pada satu hari, maka pengunjung akan mendapat Kupon RM 3 percuma semasa mereka mendaftar diri.

Pengunjung dan petugas akan mempunyai masa yang bebas, dan boleh menikmati makanan dalam masa yang berbeza. Jika mereka tidak cukup, mereka boleh membeli kupon menggunakan wang mereka.

Bagi golongan peniaga, saya sarankan agar FBPutrajaya mengamalkan sistem pintu terbuka kepada semua penjaja dari seluruh Negara dengan kebebasan memilih lokasi. Penjaja biasanya berpengalaman dalam membuka gerai mereka dan tidak akan mengancam keselamatan pengunjung malahan jika perlu KBS boleh mengambil sedikit deposit bagi memastikan mereka membersihkan tapak tempat mereka berniaga.

Malahan, jika pencetakan voucher memakan kos yang banyak, maka KBS boleh menggunakan Kad Pengenalan atau menggunakan Sistem Bar Code pada Gelang pengunjung, atau menggunakan Smart Phone dengan Applikasi Cap Jari dan banyak lagi.

Yang pasti, FBPutrajaya tidak akan sama lagi malah lebih meriah dengan kehadiran penjaja kegemaran seperti Cendol Wahab,  Nasi Beriani Gam, Mali Char Kuew Teow, Nasi Lemak Kukus, Rojak Ampang, Sup Dorai, Kebab Melawati dan pelbagai lagi.

No comments: