Sebagai anak KL, saya terlibat langsung dengan reformasi.
Tapi bukan anti Mahathir, Cuma anti reformasi. Bila jalan ditutup dengan Trak
FRU, saya akan mencari jalan untuk pergi lebih dekat dengan gerombolan itu
untuk marah mereka disitu. Iyelah, darah muda, berani mati, umur baru 18 tahun,
gelojak darah membuak-buak “berani(tidak bertempat)”, sikit pun tak gentar
sepertimana saya pergi ke Jalan Klang Lama semasa kekecohan kaum.
Malahan, saya dan rakan yang sebulu menaikkan sepanduk,
memakai baju Mahathir(T-Shirt Putih kualiti rendah dengan gambar Mahathir dan
BN tulisan berwarna biru) semasa reformasi diadakan.
Di kedai mamak dengan 100 reformis saya dan rakan tidak gentar
untuk berbual mengutuk Anwar dan reformis, sekuat suara dan berjam
mepertahankan UMNO dan Mahathir.
Tibalah masanya PRU 10 pada tahun 1999, umur saya baru 19
tahun, saya sudah terlibat dalam semua proses pilihanraya. Semua tiang dalam kampung,
semua simpang dalam KL, semua saya sudah panjat untuk pasang bendera BN.
Dikejar reformis, diejek, dihina demi UMNO perkara biasa. Di Pondok Panas yang
panas dan bahaya pada 1999, saya seorang sahaja yang sanggup tidur di pondok
panas ditemani VCD Cetak Rompak dan Komputer gedabak yang dibawa dari rumah.
Pada masa itu, ia amat panas kerana keADILan sedang hangat menjadi pengADIL,
justeru mereka amat agresif terhadap apa sahaja yang berlogo UMNO dan BN.
Allah Maha Besar. Segala penat lelah saya siang dan malam
hingga ke pagi buta, 24 jam sehari, dibayar RM50 untuk 2 minggu. Tidak apa,
demi Mahathir dan UMNO. Malangnya, bila saya mendapat tahu rakan rapat yang
tidak panjat tiang tapi hanya mengipas Ketua Cawangan mendapat RM 200 ke RM
500, Ketua Cawangan pula menambah koleksi kereta dan rumah, maka saya tidak
lagi bodoh menjadi pengikut kepada ketua cawangan yang bodoh.
Selepas hampir 15 tahun episod reformasi berlalu, kini
ramai “musuh-musuh” yang membenci kami ahli UMNO anti reformasi kerana mahu
mempertahankan UMNO, malahan ada yang meludah dan mungkin mahu membunuh kami.
Kini ramai mereka sudah pulang ke pangkal jalan, sekurangya itu konotasi
simpati yang sering kita dengar.
Semalam, saya mendapat berita dari isteri bahawa rakan
sekolahnya, Mohd Fairus Khairudin yang juga bekas reformis, bekas PKR, bekas
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kini bergelar Dato Seri Dr Mohd Fairus,
seorang ahli UMNO yang kerap ke luar Negara dan juga penasihat politik kepada
pemimpin UMNO. Terperanjat???
Bukan BR. Fairuz sahaja, BR. Ezam M.Nor menang tanpa bertanding
jawatan Ketua Bahagian juga merupakan Senator dan beliau pernah mengeji Tuan
kami Tun Dr Mahathir dengan segala gelaran. Mungkin, Tun Mahathir berjiwa besar
memaafkan mereka tetapi tidak kami sebagai pengikut setia(setia seperti anjing)
kepada Tun M.
Terbaru, Dato Seri Zahrain pula dilantik sebagai Duta ke
Indonesia. Zulkifli Nordin pula, calon import untuk kerusi Parlimen Shah Alam
seolah tiada “anjing setia” UMNO di Shah Alam. Ramai lagi nama seperti Ruslan Kassim yang masih
saya ingat sebagai reformis dan yang lain.
Bila saya menyamakan kesetiaan saya pada Tun M dan UMNO seperti anjing
mungkin buruk pada kalian kerana persepsi “blok minda” muslim, tetapi, ALLAH
mencipta anjing dengan sifat mulia anjing iaitu kesetiaan paling tinggi
terhadap Tuannya.
Justeru, saya tidak marah, cuma saya hairan dan
tertanya-tanya, apakah sia-sia menjadi setia pada UMNO? Tulisan ini pasti
melonjak perasaan ahli PAS, PKR dan DAP, dan suka saya matikan dengan kenyataan
cermin-cermin parti anda, anda juga mempunyai Pengkhianat yang diangkat Pejuang
dan terbaru adalah Muhammad Taib. Malahan, Ketua Pembangkang sendiri pernah
menghina Nik Aziz dengan selipar najis(terompah).
Saya bukan aktif politik, tapi melihat pada pejuang UMNO
yang aktif politik tetapi diketepikan menjadi alasan saya untuk tidak berpuas
hati dengan kaedah politik UMNO sebagai parti pemerintah.
Mungkin benar sia-sia setia pada UMNO sebagaimana Arwah
Kamsan Bin Asop, Parit Yaani, Arwah Mohd Zaman Abdul Karim, Kg Nakhoda dan
ramai lagi. Jika mereka tidak sempat dibalas jasanya oleh UMNO, saya berharap
UMNO belajar untuk membalas jasa ramai lagi ahli UMNO yang setia seperti
anjing. Anjing walaupun jijik untuk anda lebih mulia dari berjasa kepada
golongan dubuk yang akan meninggalkan Tuan yang lemah malah akan makan Tuannya
sendiri bila lapar.
No comments:
Post a Comment