ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, September 10, 2013

Versi 13 Mei Siapa Yang Betul, Lim Kit Siang atau Zam?

Saya mendengar berpuluh versi 13 Mei dan sejak kecil saya mendengar versi 13 Mei Abah . Malangnya buku sejarah sekolah tidak mencatatkan peristiwa tersebut bagi menjaga hati kaum tertentu. Di Sekolah, murid-murid lain yang saya tanya tidak tahu tentang peristiwa 13 Mei.

Hari ini, saya mendengar versi 13 Mei dari berpuluh pihak yang mendakwa mereka ada pada masa kejadian tersebut dan paling terkini, Tan Sri Zainudin Maidin@Zam menceritakan pengalaman 13 Mei beliau.

Filem Tanda Putera pula telah membawa satu persoalan besar yang wajib dijawab dan dicatatkan dalam Sejarah iaitu siapa yang memulakan dan mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969?

Tanya pada Melayu, jawabnya Cina, bila saya tanya pada Pak Cik Cina saya, jawabnya Melayu. PakCik Cina saya juga menambah, Melayu paling ramai mati terutama di Odeon dan ada yang dikunci dan dibakar. Bapa saya pula kata Cina paling ramai mati kerana Melayu keluarkan parang terbang.

Hakikatnya, selepas 44 tahun berlalu, rakyat Malaysia zaman 1969 masih belum berani menghadapi kenyataan, menceritakan kejadian sebenar disamping mengakui kesilapan mereka.

Nasib baik orang Melayu berani berkongsi pengalaman 13 Mei mereka dengan orang ramai tanpa menyembunyikan apa-apa. Samada versi mereka betul atau ditokok tambah, ia hanya satu perspektif dari berpuluh ribu perspektif lain. Justeru, adalah penting untuk kita mendengar dan membaca semua versi yang ada samada dari Cina ataupun Melayu sebelum kita "menghukum" sesiapa.

Kesimpulannya, setiap kali Melayu menceritakan perspektif 13 Mei dari mata mereka seperti yang dilakukan Zam, maka Lim Kit Siang akan marah-marah. Anaknya pula akan menggunakan apa sahaja kuasa yang ada padanya untuk menghalang filem Tanda Putera. Peliknya, jika versi Zam atau Tanda Putera adalah salah, Lim Kit Siang tidak pula mahu dan tidak pernah sekalipun menceritakan pengalaman 13 Mei beliau mengikut kaca matanya.

Jika versinya menyalahkan orang Melayu, dan samada cerita beliau atau Zam yang benar, rakyat Malaysia bijak dan pandai untuk menilai dan menimbang kebenaran selepas semua perspektif di letakkan diatas meja bicara. Malahan, kita harus yakin pada kematangan rakyat Malaysia yang bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi ingin tahu kebenaran dan fakta agar kita boleh belajar dari kesilapan.


Samada anda Cina atau Melayu, jika kita cintakan Negara ini, 13 Mei 1969 wajib di sejarahkan walau betapa pahit dan perit sekalipun faktanya. Faktanya pula, harus dibuktikan samada dengan gambar, surat, laporan polis, laporan tentera, laporan bebas dan segalanya yang masih terkunci rapi dalam Simpanan Kerajaan dan dilindungi akta OSA.

Sebelum dokumen itu diklasifikasikan semula untuk bacaan umum, kita minta Lim Kit Siang menjadi lelaki sejati dengan menceritakan pengalaman 13 Mei beliau. Saya percaya beliau akan tampil dan jujur dalam versinya, kerana masyarakat Cina mementingkan integriti, displin serta maruah dan tidak akan menipu dengan menyusahkan orang lain. Ia juga terkandung dalam ajaran Buddha seperti yang dikatakan Ketua Sami Malaysia, "adalah mustahil membina kebahagiaan diri dengan mengorbankan kebahagian orang lain".

No comments: