ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, September 3, 2013

Harga Minyak Vs Kerajaan Flip Flop

Tajuk "Harga minyak naik" sewajarnya ditukar kepada "subsidi minyak turun" oleh akhbar-akhbar utama. Polemik dan tenaga negatif yang dikeluarkan oleh perkataan naik itu merencahkan kebrorokan rakyat Malaysia dalam FB dengan penggunaan perkataan yang menggambarkan kita masih lagi jauh dari menjadi "manusia yang berakal". Cina dengan "babinya", Melayu dengan "macainya", India dengan "f@#k-nya", selamat datang ke Malaysia, rakyatnya sopan dan santun hadapan orang sahaja, dalam FB dan jalanraya bertukar sepenuhnya.

Malangnya Kerajaan masih belum berupaya tegas sepertimana dalam zaman Tun Dr Mahathir. Hari ini umum, esok ditentang, lusa dikaji atau dibatalkan. Alasannya, mengutamakan rakyat, tapi Kerajaan lupa, rakyat tidak pernah cukup, makin diberi makin mahu lagi, kalau terus mahu diberi, dikhuariti mengutamakan rakyat menjadi menjahanamkan Negara. Antara yang menerima nasib dasar flip-flop ini adalah, PPSMI, AES, GST, Menara Warisan, dan banyak lagi.

Semua flip-flop ini, samada flip atau flop, batal atau teruskan, tiada satu pun yang dilakukan berjaya mensejahterakan rakyat untuk jangka panjang melainkan populariti mengemis undi rakyat yang kononnya tahu semuanya. Sedih.

Saya minta kerajaan untuk melakukan flip-flop yang bakal memudahkan rakyat iaitu duit 1SEN.

Sejak 2010, harga minyak tidak pernah naik dan selepas lebih 3 tahun ia naik 20 sen dan samada ia membebankan atau tidak, bacalah FB anda bolehlah menilai sendiri komen-komen rakyat yang natang.

Jika kerajaan menggunapakai duit 1 SEN, maka kenaikan 1SEN mahupun 5 SEN TIDAK TERASA BEBANNYA.

Setiap tahun naik 5 SEN, rakyat tidak terbeban, boleh mengurus dan merancnag kewangan malah lebih penting Kerajaan dapat mengurus ekonomi dengan baik.

Diharap Kerajaan dapat menimbangkan penggunaan 1 SEN kembali paling tidak dalam bahan keperluan penting seperti Petrol dan Gas.

Ingat bukan harga minyak naik, tapi subsidi minyak turun. Kita perlukan tenaga positif untuk memerangi pemikiran negatif rakyat yang makin parah.


No comments: