ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, September 27, 2013

ADAM AF Meredah Dunia Demi Apa?

Saya baru terbaca poster besar keluarga Nabi Muhammad SAW sebelum mendapat berita perkahwinan Adam AF dengan seorang janda Fiza Elite. Adam meredah dunia persepsi manusia yang memandang rendah pada keikhlasannya demi menggembirakan Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW mempunyai 12 isteri dan hanya seorang isterinya merupakan anak dara, iaitu Siti Aisyah. Itupun selepas puas dipaksa oleh Saidina Abu Bakar. Melihat kepada satu persatu isteri baginda, saya yang jahil ini terperanjat. Ada perintah nikah langsung dari Allah, ada perintah rujuk, ada yang dikahwini atas sebab mendamaikan pihak bertelagah, ada pula untuk menyebarkan dakwah islam pada kaum tertentu dan banyak lagi.

Hari ini umatnya berkahwin atas dasar cinta! Dan seorang bujang mesti mahukan seorang anak dara. Malahan pada wanita yang berstatus janda juga kini tidak mahu berkahwin suami orang, mahu bujang kata mereka.

Sedarlah kita, kita sudah terpesong dan dikaburi dunia yang sekejap ini. Usah pergi jauh, saya sendiri tidak memiliki keberaniaan untuk bernikah dengan seorang janda pada ketika saya bujang. Jahil sungguh saya.

Tahniah pada Adam. Kebiasaannya bila saya dengar dan baca berita cinta dan perkahwinan artis, saya akan skeptikal. Pasti, hangat, "grand", cinta mati, lepas itu gaduh satu Malaysia pun tahu. Akhirnya, cerai. Tapi kali ini, saya berdoa, agar Allah memberi rahmatNYA kepada kedua pengantin ini dan khususnya kepada Adam sebagai lelaki sejati.

Marilah kita mencontohi Nabi Muhammad SAW yang berpoligami kerana Islam bukan kerana nafsu. Kepada Mak Janda yang ada juga, contohi isteri Nabi Muhammad SAW dan jangan hanya cari bujang sahaja. Dan kepada para isteri, khususnya isteri saya, jangan sesekali benci pada poligami, kerana ia ketentuan Allah. Kalau dihalang, jadi pula maksiat, kalau pun tidak nanti lelaki tersebut buat pula hal masa tua.

Mari kita mengenang perjuangan baginda dan selawat ke atas Rasulullah SAW demi CINTANYA PADA ALLAH SWT.

No comments: