Saya hampir terlupa DEB, NEP dan terkini Teraju atau Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera sudah berapa usianya. Sahaja buat lupa kerana jika ingat, soalan seterusnya adalah apakah kejayaan DEB, NEP dll dan apakah langkah penambahbaikan?
Teraju atau beri apa sahaja nama, cakap apa pun jenis bulan dan bintang, akhirnya ekonomi dibahagikan kepada dua golongan iaitu kuasa ekonomi dan kedua kuasa wang. Kuasa ekonomi adalah peniaga-peniaga yang berdagang segala jenis keperluan dan kuasa wang adalah kuasa pengguna yang membeli barangan.
Saya sudah berniaga sejak kecil membantu keluarga dan sudah beberapa kali berniaga sendiri tetapi gagal. Saya enggan menyalahkan sesiapa atas kegagalan kerana jika berbuat demikian saya tidak akan kenal diri sendiri. Hakikatnya, dunia perniagaan bukan perkhidmatan dikuasai oleh bukan Melayu sebanyak 99%.
Dan hampir 80% pasaran pengguna adalah Melayu.
DEB pada mulanya memang memberi impak maksima terhadap Melayu, NEP pula diambil kesempatan oleh Melayu dimana hanya golongan tertentu sahaja yang kaya malah salahguna akan kemudahan itu manakala pemerkasaan Ekonomi Bumiputera atau Teraju kekal menyambung warisan DEP dan NEP tanpa sebarang penambahbaikan dengan hanya menambah kuasa wang Melayu dan bukan kuasa ekonomi. Malahan, dalam pembangunan insan melalui kaedah memperbanyakkan latihan juga mendatangkan persoalan dikala ramai graduan termasuk Universiti gagal mendapat pekerjaan.
Prasarana pendidikan, kemudahan pinjaman, dan segala jenis sistem pendidikan bagi melahirkan Bumiputera Berkemahiran telah dilakukan tetapi ia tidak berguna jika peluang pekerjaan gagal disediakan. Ia bukan lagi rahsia besar dimana Kolej IPT hanya menipu anak Melayu kerana selepas tamat pengajian hanya kurang 10% mendapat kerja berkaitan yang dibantu penggajian mereka.
Semua fasal, perkara dan janji dalam Teraju satu pun tidak memperlihatkan usaha kerajaan membantu dan memperkasakan ekonomi bumiputera dari pengguna kepada peniaga, dari menguasai wang yakni pasaran pengguna dengan kuasa membeli kepada menguasai ekonomi yakni pasaran peniaga dengan kuasa jual dan beli yang benar-benar hebat.
Good Luck Melayu. Khas untuk Melayu miskin dan sederhana dan sederhana kaya, jangan ditipu lagi, Pak Menteri tidak hantar anak mereka ke Kolej IPT mahupun ke Sekolah Kebangsaan. Kita diatas kaki sendiri perlu berusaha sendiri dan tanamkan sifat saling menyokong peniaga Melayu. Dengan sokongan dan bantuan yang melebihi 90%, Melayu tidak perlukan retorik-retorik mahupun bantuan Kerajaan untuk berjaya.
Khusus untuk Melayu kaya yang punya simpanan tunai RM 1,000,000 bantulah agenda pemerkasaan ekonomi Melayu dengan berniaga disamping mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak Melayu agar tidak mengemis menjadi hamba pada Cina dibumi sendiri.
Jangan jadi penakut dan hanya menuai hasil dari faedah bank, ASB serta hanya berniaga dengan selamat. Kotorkan sedikit tangan, dan unjurkan sedikit kepercayaan pada usahawan Melayu Muda wahai Tuan/Datuk/Tan Sri kerana wang itu hasil dari DEB dan NEP. Kotorkan tangan anda berniaga segala jenis perniagaan yang dimonopoli Cina dari sekecil produk hingga ke sebesar-besarnya.
Pada saya Kerajaan telah memainkan peranan melalui DEB, NEP dan kini Teraju, walaupun pada saya ia hanya berjaya membawa Melayu menguasai wang dan bukan ekonomi, masih banyak masa dan ruang untuk Kerajaan dan OMK Orang Melayu Kaya untuk membantu orang Melayu menguasai ekonomi.
Ingat!!! The real money is power, not Ringgit paper.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum, pertama sekali tahniah dan terima kasih diucapkan diatas perkongsian saudara. Sejak kebelakangan ini, saya kagum kerana begitu ramai dikalangan individu2 mualaf atau mempunyai keturunan campuran (cina dan melayu, india atau mat salleh) yang berani mengutarakan fakta dan perbincangan yang benar2 membuka minda orang2 islam, terutamanya melayu. Saya juga mempunyai campuran darah keturunan cina dam india, selain melayu. Moyang disebelah bapa saya adalah seorang cina, manakala disebelah mak saya pula terdapaat keturunan india. Hasilnya ialah 1 malaysia? Walaubagaimanapun, perkara penting ialah mereka2 inilah yang paling berani menonjolkan kebenaran, disamping kefahaman yang benar tentang islam. Lihat saja sdr. Ridhuan Tee. Saya malu terhadap bangsa sy sendiri yang hanya selesa menerima bantian dan memperlekehkan bangsanya sendiri. Melayu sudah mampu ke angkasa, tetapi berapa ramai lagi yang masih dhaif? Tanpa bantuan saudara sebangsa, siapa lagi yang akan membantu? Saya sokomg usaha saudara. Marilah kita sama2 membantu umat islam mengubah nasib mereka, agar mereka tidak lagi menjadi hamba musuh islam pd masa akan datang.
Post a Comment