Sudah hampir 4 bulan saya tidak menulis dan bercakap mengenai
politik Malaysia. Politik, yang amat saya gemari dan ikuti sejak berusia 7
tahun. Saya menyukai politik disebabkan kemahiran bermain catur Chess seawal usia
4 tahun. Chess adalah permainan politik Istana, hidup dan juga politik. Adanya
pawn, castle yang boleh menukar kedudukan pada saat genting, bishop yang
mengunci dan memerhati puak haluan kiri dan kanan lawan, kuda yang bebas masuk
kesana dan sini umpama penghasut yang mengucar kacirkan kawasan lawan, dan
queen yang melindungi raja.
Saya ingin sangat siarkan tulisan saya menyentuh scenario politik
UMNO, Najib, PAS, DAP, Nik Aziz dan sebagainya. Malah, pertemuan dengan Tun Dr
Mahathir memberi inspirasi meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Namun saya akur, perjuangan saya tidak di politik lagi.
Sekurangnya, bukan berhadapan. Saya lebih selesa menggunakan backdoor dengan
taktik jangka panjang yakni ekonomi. Walaupun saya dan ekonomi diri pun masih
tunggang terbalik.:)
Hakikatnya, saya bukan lagi anak jantan, bukan gentleman
malah lari dari medan perang, katakana apa sahaja untuk physcho diri ini, namun
saya sebenarnya jemu dengan kesingkatan atau lebih tepat keringkasan pemikiran
Melayu.
Pada saya Melayu is done. Melayu is over. Melayu is history.
Bukan sekarang, tapi Melayu berada di landasan yang betul untuk dipupuskan
imejnya. Mungkin dalam 2 tahun lagi, Melayu akan hanya tinggal nama sahaja.
Tiada lagi Melayunya, mahu lagunya, mahu iramanya, mahu bahasanya, mahu
budinya, mahu sopannya, mahu hatinya, mahu makannya, mahu lagaknya, mahu
tarinya, mahu malunya, mahu segannya, mahu imannya, mahu nilainya, mahu segalanya.
Atas sebab itu, TUN M, saya tidak sekuat TUN, perjuangan
saya sudah selesai, kalau ada pun saya hanya ada last card untuk Melayu, iaitu ekonomi kerana
saya percaya hanya campuran resepi ekonomi dan Islam sahaja dapat menyelamatkan
dan menyedarkan Melayu dari dalam jiwa Melayu itu sendiri.
Memahami dan mengamalkan ajaran Islam sebenar akan membawa kita kepada Melayu kerana Melayu adalah kaum ISLAM SEDERHANA atau Islam sebenar yang wujud dibumi ini. Arab Spring membuktikan garisan akidah dan iman di Malaysia adalah yang benar, paling benar mengikut Quran dan hanya Malaysia sahaja yang tinggal. Justeru, memperjuangkan Islam melalui Melayu adalah yang hakiki.
Moga anak-anak abah faham, Abah bukan lemah tapi inilah
pilihan kaum kita,kalian boleh pilih untuk menjadi kaum Cina kerana ia dalam darah kalian. Tapi demi martabatkan maruah dan imej Islam di dunia, hanya Melayu sahaja harapan kita.
Malangnya, 'Melayu' termakan dakyah globalisasi dan percaya mereka ada ‘hak’ untuk memilih, untuk bercakap, untuk segalanya sedangkan mereka wajar sedar tiada “hak” mereka
dalam Islam melainkan hak ALLAH.
No comments:
Post a Comment