Saya merakamkan rasa sedih atas kematian Uncle Wong Kok Hin, adik kepada Mak.
Beliau akan disemadikan di Nilai esok, dengan harga RM 500k.
He was really a great Uncle. Really.
Hakikatnya, saya lebih senang dengan Cina sejak kecil hingga remaja. Lebih rapat dengan saudara Cina berbanding Melayu yang tidak sudah berbalah tentang harta. Kini legasi berbalah kerana tanah pusaka diwariskan kepada saya. Penatnya.
Saya bangga mempunyai darah, sedikit perwatakan dan sifat serta sikit "look" Cina. Saya bangga ada Mak Cina. Tapi, saya sedar agama Islam hanya dapat diperjuangkan melalui kaum Melayu. Justeru, saya berjaya melenyapkan keCinaan dan keliberalan saya dan menjadi Melayu.
Saya Melayu, mempunyai darah Cina, sudah pasti.
Dalam pengamatan saya, PM Najib yang mempunyai hubungan rapat dengan Keluarga Mendiang Lim Goh Tong membuatkan PM Najib seperti saya, terperangkap antara sentimen dan prinsip.
Orang Cina baik, jujur, amanah, cekal, bijak, displin, leluhurnya putih malah sangat berperikemanusiaan. Maafkan saya, Mak saya seorang Cina, pasti saya amat tahu dan pasti tentang itu sebagaimana kalian semua yang dibesarkan ibu Melayu dengan penuh kasih sayang akan rasa Melayu juga begitu.
Keyakinan ini masih saya pertahankan dan pada saya warna kulit, bahasa dan nama tidak menghalang penilaian dan layanan saya kepada Cina mahupun Melayu. Sentimen hadir dalam diri ini.
Najib pula, sebaliknya, walaupun tidak berdarah Cina, begitu didekati dan rapat dengan keluarga Cina sehingga sudah menjadi keluarga.
Saya pasti kami adalah sama, kadang-kadang kami Melayu, tapi bila orang hina Cina kami marah dan kecewa. Keliru.
Saya, masih muda dan bukan PM dan Presiden UMNO. Tapi Najib adalah Perdana Menteri kepada semua kaum dan juga Presiden kepada Parti Melayu.
Adalah amat wajar PM Najib, mengawal sentimen tersebut dan meletakkan Melayu sedikit diatas Cina, bukan sepertimana sekarang kelihatan beliau terperangkan dalam sentimen kasih pada Cina lebih dari Melayu. Wallahualam.
PS: Ini bukan artikel politik, sekadar berkongsi rasa dan perbandingan antara 2 insan biasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment