ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, September 30, 2013

Persepsi Syafiq 16 Tahun Kahwini Yana 14 Tahun

Lihat video perkahwinan mereka di link dibawah.

http://www.youtube.com/watch?v=-h0yh-rDcjo

Persepsi adalah penyakit. Seringkali persepsi menutup iman yakni hati. Persepsi adalah mainan minda dan "kebijaksanaan" manusia. Dalam Al-Quran, dibandingkan ilmu manusia yang ada adalah umpama setitik air laut sahaja dibandingkan ilmu yang disediakan Allah didunia ini. Maka jika seorang Islam merasakan dirinya, dirinya, dirinya yang bijak(dapat dilihat dari komen-komen mereka) maka mereka hanya pijak bijak mereka.

Tidak bergunalah iman seorang islam walaupun ia solat 5 waktu(rukum islam ke 2) jika ia tidak yakin dalam semua perihal hidupnya pada Allah(rukun iman pertama).

Tapi, sebagai anggota masyarakat saya juga tidak terlelak dari persepsi negatif seperti ramai. Perkahwinan Syafiq dan Yana mendapat pelbagai reaksi kritikan dari bukan Islam dan Islam, komen menyindir dan mengecilkan dari Islam dan sedikit komen memuji dari Islam.

Hakikatnya, waima kahwin umur berapa sekalipun asalkan melengkapi syarah sah nikah, maka yang penting bukanlah umur, taraf ataupun kedudukan ekonomi tetapi...

Perkahwinan itu dilakukan untuk APA????

Jika dua jiwa itu disatukan kerana ALLAH maka ia adalah perkahwinan yang paling baik disisi Allah.

Jika dua jiwa itu disatukan kerana I Love You maka ia adalah satu perjalanan yang masih panjang.

Jika dua jiwa itu disatukan kerana mahu menjaga hati manusia, maka hati ALLAH dikeduakan.

Jika dua jiwa itu disatukan kerana mahu mendapat zuriat, mahu dijaga, mahu dilengkapi, maka ALLAH itu dilupakan.

Jika dua jiwa itu disatukan kerana apa jua alasan dunia, maka akhirat dan Syuraga akan memberi alasannya untuk tidak menerima kita.

MAKA, tidak kisahlah berapa umurnya, siapa dia, apakah latar belakangnya, setiap jiwa adalah WAJIB disatukan kerana ALLAH. Jika belum walaupun sudah beranak tiga, its never too late kerana ALLAH MAHA PENGASIH.

Pada yang masih belum dan akan disatukan, betulkanlah niat kita sesama kita, kita satukan jiwa ini kerana kau YA ALLAH!!!

Friday, September 27, 2013

ADAM AF Meredah Dunia Demi Apa?

Saya baru terbaca poster besar keluarga Nabi Muhammad SAW sebelum mendapat berita perkahwinan Adam AF dengan seorang janda Fiza Elite. Adam meredah dunia persepsi manusia yang memandang rendah pada keikhlasannya demi menggembirakan Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW mempunyai 12 isteri dan hanya seorang isterinya merupakan anak dara, iaitu Siti Aisyah. Itupun selepas puas dipaksa oleh Saidina Abu Bakar. Melihat kepada satu persatu isteri baginda, saya yang jahil ini terperanjat. Ada perintah nikah langsung dari Allah, ada perintah rujuk, ada yang dikahwini atas sebab mendamaikan pihak bertelagah, ada pula untuk menyebarkan dakwah islam pada kaum tertentu dan banyak lagi.

Hari ini umatnya berkahwin atas dasar cinta! Dan seorang bujang mesti mahukan seorang anak dara. Malahan pada wanita yang berstatus janda juga kini tidak mahu berkahwin suami orang, mahu bujang kata mereka.

Sedarlah kita, kita sudah terpesong dan dikaburi dunia yang sekejap ini. Usah pergi jauh, saya sendiri tidak memiliki keberaniaan untuk bernikah dengan seorang janda pada ketika saya bujang. Jahil sungguh saya.

Tahniah pada Adam. Kebiasaannya bila saya dengar dan baca berita cinta dan perkahwinan artis, saya akan skeptikal. Pasti, hangat, "grand", cinta mati, lepas itu gaduh satu Malaysia pun tahu. Akhirnya, cerai. Tapi kali ini, saya berdoa, agar Allah memberi rahmatNYA kepada kedua pengantin ini dan khususnya kepada Adam sebagai lelaki sejati.

Marilah kita mencontohi Nabi Muhammad SAW yang berpoligami kerana Islam bukan kerana nafsu. Kepada Mak Janda yang ada juga, contohi isteri Nabi Muhammad SAW dan jangan hanya cari bujang sahaja. Dan kepada para isteri, khususnya isteri saya, jangan sesekali benci pada poligami, kerana ia ketentuan Allah. Kalau dihalang, jadi pula maksiat, kalau pun tidak nanti lelaki tersebut buat pula hal masa tua.

Mari kita mengenang perjuangan baginda dan selawat ke atas Rasulullah SAW demi CINTANYA PADA ALLAH SWT.

Thursday, September 26, 2013

meREVOLUSIkan UMNO

Original Posting UMNO Revolution - Usir Melayu No Otak pada tahun 2008 dibawah dan update dalam tulisan merah.

Updated: Janji masih dipegang dan saya tidak akan menulis tentang politik lagi pasca PRU 13 kerana orang Melayu sudah memilih jalannya sendiri. Itu hak mereka walaupun ia jalan ke neraka.

PAU kali ini kian menggamit saya dan saya suka membaca semula artikel saya pada 2008 sebagai penyejuk hati. Selepas 5 tahun artikel ini diltulis, ia masih relevan kerana UMNO tidak pernah berubahpun sejak dulu.

PS: Terperanjat di Kg Wira Damai yang kecil ada 4 ketua cawangan yang sudah memegang jawatan selama lebih 20 tahun dan mereka masih memegangnya hingga hari ini. Dengan kelayakan SPM dan SRP bagaimana boleh mengetuai cawangan yang anak-anak mudanya paling bodoh pun ada Diploma dan paling pandai ada PHD. Bilalah agaknya anak-anak kita yang ada diploma, degree dan master boleh perjuangkan nasib bangsa melainkan di platform PAS dan PKR. Di Selayang pula, ada Cawangan Ketuanya, Ketua Wanitanya dan Ketua Pemudanya adalah suami, isteri dan anak, di Cawangan di KL pula semua ahlinya adalah ahli keluarga mereka. Pelik tapi benar!!! APTB.

UMNO adalah Parti Keramat orang Melayu. UMNO adalah tunjang kepada orang Melayu. Unggul UMNO maka unggullah Melayu. Hancur UMNO maka hancurlah Melayu. Tugas utama UMNO adalah merupakan Pengawal Utama Melayu, Pengawal Utama Kesultanan Raja Melayu, Pengawal Utama Ketuanan Melayu dan Pengawal Utama Agama Islam. Selain itu, perjuangan UMNO juga berteraskan survival keseluruhan orang Melayu dan kesucian Islam.

Empat tugas utama ini didukung dan dijalankan dengan baik oleh UMNO sejak zaman Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir. Namun, pada zaman kebebasan “Tun” Abdullah Ahmad Badawi, UMNO gagal sama sekali dalam menjalankan tugas mengawal 4 tugas utama ini. Di era Abdullah Ahmad Badawi, kita sudah mulai mendengar rakyat Malaysia mencabar maruah dan intergriti Melayu, Kedaulatan Kesultanan Raja Melayu, hak istimewa Melayu dan kedudukan agama Islam juga terus dicabar dan dipersoalkan. UMNO berketuakan Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja gagal menyempurnakan tugas utama malah ia telah dicerobohi berkali-kali dan perjuangan UMNO juga kini berteraskan survival golongan tertentu yang berkepentingan. UMNO jelas akan menuding jari menyalahkan takdir Tuhan(memang kegemaran orang Melayu) dan Abdullah Ahmad Badawi serta insan yang melantik beliau ke jawatan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir.

Dalam hal ini, ahli UMNO yang salah. Seluruh ahli UMNO hanya berpeluk tubuh melihat kerakusan rakan UMNO merompak harta Negara, kebodohan pemimpin UMNO diperkotak-katik oleh mereka yang hanya bertaraf Malaysia, kebaculan pemimpin UMNO dengan Singapura dan Amerika, penderhakaan dan penghinaan oleh kuasa dalam UMNO kepada individu paling berjasa dalam UMNO Tun Dr Mahathir, salah guna kuasa UMNO oleh pemimpin Persekutuan, Negeri, Bahagian dan Cawangan.

Semua ini dan banyak lagi pelakuan yang jelas boleh meruntuhkan UMNO, melemahkan Negara, menafikan co-existence bangsa bukan Melayu hanya mampu dilihat tanpa tindakan waima membuka mulut sekalipun oleh ahli UMNO. Jelas, ahli UMNO haruslah bersama-sama Abdullah Ahmad Badawi memikul dosa, kesalahan dan kegagalan memikul 4 tugas utama dan memperjuangkan Melayu dan Islam. Ahli UMNO tidak berhak dalam apa jua carapun untuk mengaku tidak bersalah kerana Abdullah Ahmad Badawi telah menghadiri 5 Perhimpunan Agung UMNO sebagai Presiden dan dicalonkan serta “memenangi” kerusi Presiden pada pemilihan UMNO untuk kali kedua berturut-turut termasuk tahun 2008.

Dengan kuasa yang diberi pada ahli UMNO untuk mempertahankan dan mengukuhkan UMNO, ahli biasa UMNO mungkin tidak mampu untuk menentukan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Majlis Tertinggi, Ketua Pemuda dsb, Ketua Wanita dsb, Ketua Puteri dsb, Ketua Putera dsb, namun, ahli UMNO mampu dan boleh untuk memilih Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian yang benar-benar layak.

Malangya, ahli UMNO menggunakan kuasa undi pada mereka mengundi Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian yang bodoh, yang gangster dan samseng, yang ditakuti bukan yang dihormati, yang banyak projek dan banyak wang untuk diberi bukan yang berkaliber dan berkelayakan, yang korup bukan yang bersih dan amanah, yang belajar hanya lulusan SPM dan ada juga SRP, yang kotor dengan rasuah dan jenayah bukan yang tergolong dalam jemaah 2 waktu di Masjid, yang mulut busuk dengan perkataan nista dan carut bukan yang mulut wangi dengan kalam Allah dan sopan, yang haprak bukan yang hebat dan bijak.

Ahli UMNO yang sebenarnya salah dalam soal ini. Ahli UMNO tidak cukup bijak atau lebih tepat bodoh, buta mata oleh wang ringgit, takut dibenci dan kehilangan kawan dalam soal memilih Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian. Ahli UMNO yang 100% beragama Islam gagal meletakkan Islam dan Al-Quran sebagai panduan dalam memilih Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian. Ketua Bahagian yang mereka pilih inilah yang akan memilih Presiden UMNO yang sejenis dengan mereka. Sejenis dan sespesis gila kuasa seperti Presiden UMNO yang kalah teruk tetapi enggan bertanggungjawab dan meletak jawatan. Ketua Bahagian dan Cawangan ini juga ramai yang kalah dikawasan mereka, tetapi jauh sekali meletak jawatan, Ketua Bahagian dan Cawangan ini menyalahkan Abdullah Ahmad Badawi dan bangga mengatakan mereka sudah jangka akan kekalahan ini. Sehingga kini, tiada satu anak jantan pun dalam UMNO berani meletak jawatan waima jawatan sekecil Ketua Cawangan sekalipun sebagai tanda tanggungjawab atas kekalahan UMNO.

Saya mengaku tidak undi UMNO kerana tidak suka akan Ketua Cawangan saya yang samseng dan kaya dengan kata nista dan carut bukan kerana Abdullah Ahmad Badawi.

Ahli UMNO yang 100% orang Melayu ini bertepuk tangan dan bangga mendengar kehebatan dan careka bohongan Ketua pilihan mereka.

Ahli UMNO ini semua malas membaca dan bodoh sombong oleh itu kuranglah ilmiah dan cerdik untuk mengenali kawan dan lawan, buruk dan baik, salah dan betul, benar dan tipu, kuat dan lemah, samseng dan alim dan seterusnya.

Ahli UMNO yang malas membaca dan menyelidik boleh diumpamakan seperti seekor lembu yang ditarik dihidung akan terus mengikut Ketua yang salah, dan justeru,

Ketua yang salah akan memilih Ketua Bahagian yang lebih salah dan Ketua Bahagian akan memilih Presiden yang SALAH X3.

Ahli Parti UMNO perlu memahami, mengkaji dan membaca sejarah Parti Politik paling kaya dalam dunia. Dengan aset melebihi USD100 trillion, Parti Koumintang Taiwan juga berasal dari China. Yang mana, sejarah politik Cina adalah berusia beribu tahun dan buku naskah sastera sosio-politik Cina berjumlah berpuluh ribu naskah buku. Sebagai Ahli Parti, setiap ahli mempunyai kuasa untuk menentukan Presiden samada secara langsung atau secara tidak langsung. Kriteria Ketua dari semua peringkat mestilah mereka yang ada keupayaan dan pelajaran ataupun sekadar kejujuran dan keikhlasan berkhidmat untuk masyarakat dan parti.

Sehubungan itu, Ahli UMNO mempunyai kuasa yang amat besar malah lebih besar dari rakyat biasa yang mengundi dalam Pilihanraya Umum. Kerana dalam Pilihanraya Umum, ADUN dan Parlimen mempunyai berpuluh ribu pengundi. Tetapi didalam sesebuah Cawangan UMNO paling banyak pun hanya mungkin ada seribu pengundi, malah ada Cawangan hanya ada 100 ahli. Satu Undi amat amat berkuasa dalam menentukan Ketua Cawangan dan justeru Ketua Bahagian.

UMNO telah diberi peluang selama lebih 50 tahun dan dalam tempoh itu, ahli UMNO tidak belajar akan erti musuh utama sebuah bangsa dan punca keruntuhan bangsa dan empayar iaitu RASUAH. UMNO telah dianugerahkan oleh Allah oleh pemimpin yang begitu ulung dan baik sehingga tanpa bertindak dengan akal sekalipun yang mana ahli UMNO 80-an tetap memilih Ketua berdasarkan kereta siapa dan nota duit siapa lebih besar.

Sungguh bernasib baik, UMNO dilindungi Allah oleh doa-doa nenek moyang kita sejak tahun 1946. Kini, doa itu sudah tamat tempoh. Ahli UMNO tidak lagi bernasib baik dan tidak boleh bergantung pada nasib semata dan perlu cepat belajar dari kesilapan dan lebih banyak membaca, berbincang dan solat istikarah minta petunjuk jika perlu untuk memilih Ketua Cawangan. Jangan lagi menggadai maruah dan masa depan anak cucu kita hanya untuk RM 200 atau sate 100 cucuk.

Amat malang bagi sebuah Parti seperti UMNO untuk mempunyai sejenis trend pelik iaitu kebanyakan Ketua Cawangannya merupakan orang yang sama kecuali dipecat melalui kematian atau sakit. Ahli UMNO perlu usir Ketua-ketua Cawangan dan Bahagian ini. Usir Melayu No Otak. Jika Ketua mereka ada “akal” dan tangan jangan diusir. Yang ada otak dan mulut perlu diusir. Diusir bukan keluar dari UMNO, tapi diusir dari kokpit utama kapal UMNO untuk berada dibahagian belakang kapal dan meyokong yang dihadapan.

UMNO perlu menjadi Parti Orang Kampung semula kata Tun Musa Hitam. Kata-kata beliau ini ada kebenarannya. UMNO masakini menjadi Parti Cepat Kaya ala-ala skim cepat kaya. Bezanya, cuma pelaburannya adalah sedikit wang ringgit, kata-kata manis dan berpengaruh terutama pengaruh kuasa samseng dan gangster.

Prinsip suka hati bapak aku dan suka hati aku kuasa ditangan aku sehingga menimbulkan gerun dan hormat dikalangan ahli biasa perlu dilupuskan secara total. UMNO akan menjadi longlai jika ia dibangunkan dengan cara yang salah. Itu dari segi kuasa dan samseng.

Disudut wang ringgit pula, UMNO dibanyak bahagian sudah pun dikorporatkan. Bukan sahaja Ketua Bahagian dan jemaahnya amat kaya dengan kereta mewah, banglo mewah, Istana mewah, UMNO Cawangan juga tidak ketinggalan dalam usaha korporat mereka.

Banyak tempat terutama di Lembah Klang, dapat dilihat Pusat Perdagangan UMNO, Pusat Perniagaan UMNO, Pusat Aktiviti UMNO yang mana semua pusat ini menyediakan premis kedai dan gerai untuk disewa. Ini amat menimbulkan rasa menyampah rakyat biasa pada UMNO. Jika usaha murni ini dijalankan dengan ikhlas, dengan jujur dan amanah, atau setidak-tidaknya dengan niat dan tujuan untuk membantu orang Melayu, pasti UMNO akan memenangi hati pengundi Melayu dan pasti anak berjuta anak Melayu kini berjaya khususnya mereka menguasai ekonomi pasaran dan pembekalan yakni yang dipanggil pedagang tulen dan bukan pedagang politik.

Namun, persoalannya, siapa yang menjalankan audit dan pantauan keatas hasil sewaan ini? Adakah hasil audit pendapatan UMNO Bahagian dan Cawangan yang mempunyai pusat perniagaan ini diedarkan pada ahli biasa Bahagian dan Cawangan berkenaan dan pada UMNO Pusat? Parti Korporat ini jelas telah membelakangi teras perjuangan UMNO iaitu orang Melayu dan Islam. Parti Korporat UMNO ini berteraskan perjuangan untung dan rugi dan periuk nasi dinasti keluarga mereka. Bukan sahaja sewa yang mahal, RM200 mahal untuk orang kampung yang berniaga kecil-kecilan dan RM 1000 mahal untuk orang kampung yang berniaga sederhana kecil, Parti Korporat UMNO ini gagal memahami sebenar fungsi UMNO. Itu baru UMNO Cawangan dan Bahagian, UMNO Negeri dan Pusat pula, “lu pikirlah sendiri”!!!

Ahli UMNO perlu bangun dan bertindak. Pilih Ketua berdasarkan kelayakan dan keperibadian, bukan wang ringgit, kuasa, pengaruh samseng, harta dan dunia. Pilih yang ikhlas, jujur, amanah dan mempunyai walau sedikit tapi ada nilai agama.

Itupun, jika UMNO mahu kekal relevan. Atau setidaknya, mahu dihormati sebagai kawan dan lawan.

Kini, UMNO tidak boleh lagi mengharapkan nasib atau keajaiban.

Sampai bila lagi UMNO mahu berharap pada Tun Dr Mahathir yang pasti akan meninggalkan kita menyahut panggilan Allah.

Setiap ahli UMNO perlu melakukan perubahan tanpa bantuan sesiapa dan kegagalan berbuat demikian akan menjadikan semua ahli UMNO bersalah dan berdosa pada generasi UMNO akan datang.

Mungkin UMNO masih boleh “survive” tetapi bukanlah lagi sebagai Parti Keramat Orang Melayu tetapi Parti Sumpahan Orang Melayu. Ingatlah, nasib dan kedudukan kita terletak ditangan kita, untuk diperjuangkan oleh kita.

Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari kita dengan izin Allah. Kekuatan UMNO bukan terletak pada pencapaian atau kuasa yang dimiliki, tetapi terletak pada bagaimana UMNO bangkit semula dari jatuh. Selamat bersidang kepada Ahli UMNO dan Selamat Diperbodohkan Sepenggal Demi Sepenggal lagi. Wassalam.

Mustaqim Abdul Rahman
Ahli UMNO Cawangan Biasa
“Yang telah tulis surat, tulis email, untuk keluar dari UMNO tetapi masih lagi ahli UMNO”

Wednesday, September 25, 2013

Sokong Zahid Dirikan Monumen Chin Peng

Chin Peng bukan komunis, tapi beliau adalah pengganas. Pengganas bintang tiga. Bila saya baca Komunis Indonesia, ia amat berbeza dengan Komunis Malaysia.

Ia seperti PEKIDA dan Tiga Line. PEKIDA bertujuan baik tapi digunakan oleh segelintir ahlinya untuk memperluaskan pengaruh lalu ditubuhkan Tiga Line.

Begitu juga Komunis dipergunakan Chin Peng untuk memperluaskan agenda dirinya sendiri melalui keganasa.

Oleh itu, saya sokong Dato Seri Zahid Hamidi mendirikan Monumen Chin Peng berhampiran Tugu Negara dan dinamakan Monumen Pengkhianat dan Pengganas Negara dan diletakkan semua gambar keganasan beliau, gambar mangsa bunuh, cerita keluarga mangsa beliau.

Sekarang di Sabah ada seorang Polis di dakwa kerana memberi maklumat kepada Pengganas Sulu sehingga rakan-rakan polis beliau yang menyertai operasi itu diserang hendap. Beliau juga boleh mengisi Monumen Tersebut.

Masa Untuk Berubah!!! Masa untuk bermain psikologi tinggi dengan "mereka".

Laksanakan Syarat Wajib Kad Pengenalan Umur 12 Dan 18

Bahasa melambangkan bangsa. Itu kata P.Ramlee. Malah terbukti bahasa adalah alat utama untuk menyatukan Negara seperti Indonesia yang mempunyai 300 suku bangsa dengan 700 bahasa utama tetapi kesemua 300 juta rakyatnya bisa bertutur Bahasa Indonesia. Malahan, Presiden Barrack Obama yang hanya tinggal di Indonesia dari usia 6 hingga 10 tahun juga petah berbicara dalam bahasa Indonesia dan masih mampu beberapa frasa hingga kini.

Lebih membanggakan mengikut Buku Undang Tubuh Indonesia, pada tahun 1947, Republik Indonesia bersetuju menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Indonesia.

Jelas, hanya bahasa mampu menyatukan kaum baik Negara pelbagai kaum ie Malaysia, Indonesia, Singapore, Amerika, Perancis mahupun negara satu kaum seperi Jepun, China, Thailand, Arab, Korea dll.

Sejajar dengan revolusi pemikiran manusia yang ditunjangi dunia maya internet, maka sudah tiba masanya untuk Malaysia memperkenal syarat wajib pendaftaran kad pengenalan semasa rakyat Malaysia berumur 12 tahun dan 18 tahun.

Pemohon hendaklah membaca sebuah teks dari akhbar Bahasa Kebangsaan tidak kurang dari 200 patah perkataan dengan frasa, sebutan, nahu dan dialek yang tepat dan betul. Ia boleh diperluaskan sehingga ke semua peringkat mengikut peredaran masa sesuai dengan kelahiran fasa pertama pelaksanaan.

Pemohon yang tidak berjaya akan dihantar ke Kelas Khas Bahasa Kebangsaan secara percuma dan diajar sehingga berjaya.

Malahan, Kerajaan juga boleh menaikkan cukai berpuluh kali ganda keatas akhbar berbahasa bukan kebangsaan dan akan memberi pelepasan kenaikan cukai malahan intensif khas jika mereka menyediakan akhbar sisipan dalam Bahasa Kebangsaan dan juga kolumn khas untuk Bahasa Kebangsaan.

Selain itu, sepertimana Indonesia, Kerajaan juga boleh memperkenalkan intensif khas dan pelepasan cukao bagi penterjemah buku kepada Bahasa Kebangsaan.

Dengan ini pada tahun 2020, diharap semua rakyat Malaysia dapat bertutur Bahasa Kebangsaan dengan betul dan tepat dan Malaysia dapat disatukan.

Tiada masalah untuk Kerajaan melaksanakan kerana Bahasa Kebangsaan sudah termaktub dalam Undang-undang Malaysia.

Friday, September 20, 2013

SI Indonesia Mempergunakan Komunis, Komunis Mempergunakan Malaysia

Bedanya antara komunis di Indonesia, mereka mempergunakan dan di Malaysia, kita dipergunakan.

http://id.wikipedia.org/wiki/Sarekat_Islam

Sarekat Dagang Indonesia atau Sarekat Islam diasaskan oleh Haji Samanhudi pada 1905 dan bertujuan untuk;
  1. Mengembangkan jiwa dagang.
  2. Membantu anggota-anggota yang mengalami kesulitan dalam bidang usaha.
  3. Memajukan pengajaran dan semua usaha yang mempercepat naiknya derajat rakyat.
  4. Memperbaiki pendapat-pendapat yang keliru mengenai agama Islam.
  5. Hidup menurut perintah agama.
Bagaimanapun, sebagai pertubuhan dagang ia tidak terelak dari anasir kapitalis dan sosialis.

Justeru, dengan semangat memperjuankan semua ahlinya SI menggunakan komunis bagi tujuang;

1. Mendisplinkan Ahli
2. Memperluaskan Pengaruh

Ini kerana Komunis memperjuangkan dasar kesamarataan dan keadilan di kalangan pemgikutnya.

Jelaslah, SI mempergunakan platform komunis bagi mencapai 5 tujuan utamanya disamping dua objektif masa singkatnya.

Di Malaysia, kita dipergunakan Komunis dan untuk bacaan lanjut perbezaan lihatlah perbezaan ketara di;

http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malaya
http://id.wikipedia.org/wiki/Partai_Komunis_Indonesia

Monday, September 16, 2013

TAKZIAH CHIN PENG -1JASAMU DIHARGAI


Original Posting pada 16 September:

Saya ingin merakamkan ucapan Takziah kepada Chin Peng, Keluarga dan pengikut setia beliau, khususnya Pak Cik saya. Saya bersimpati dan mengajak semua Rakyat Malaysia yang secara kebetulan menyambut Hari Malaysia mengingati satu jasa Chin Peng yang berjaya menyatukan Rakyat Malaysia bagi menentang keganasan komunis. Seingat saya, itu kali pertama dan terakhir Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum bersatu dan berganding bahu dalam menentang keganasan komunis. Sudah menjadi sifat semulajadi manusia yang hanya akan menghargai keamanan dan bersatu apabila ditekan dan dizalimi. Apabila senang, lihatlah sekarang!!

Chin Peng terlebih dahulu menyatukan Melayu sejak awal kemunculan PKM. Melayu terus bersatu sehingga akhirnya PKM menyerah kalah. Cina pula hanya memilih untuk bersatu bersama Melayu selepas Chin Peng menzalimi mereka dengan merampas barang-barang, menggangu perniagaan mereka dan jika mereka enggan bekerjasama, mereka tetap dibunuh kejam walaupun datang dari Kampung yang sama di China. Pun begitu, Chin Peng berjasa kerana berjaya menyatukan hati Rakyat Malaysia yang takut pada keganasan PKM pimpinan beliau.

Saya tidak pasti bagaimana, tapi Kerajaan wajar meletakkan Chin Peng dalam buku Sejarah Malaysia khasnya di Sekolah dengan tajuk "Kisah Seorang Pengkhianat" dan diingati setiap hari Malaysia. Chin Peng dilahirkan pada 1924 di Sitiawan, Perak dan belajar di Sekolah Cina menjadikan beliau mencintai Negara China dan idola beliau adalah Dr Sun Yat Sen. Semasa beliau pergi berjuang mempertahankan Negara China kelahiran nenek moyangnya, Chin Peng yang berusia 15 tahun telah memilih Komunis sebagai perjuangannya. Remaja berusia 15 tahun ini yang baru sahaja mengenali komunis kurang setahun mengambil keputusan tergesa-gesa untuk menghambakan diri kepada Pusat Komunis Termashyur di Yan'an, China. Bagaimanapun, beliau telah dipergunakan seseorang yang tahu anak mentah yang taat pada Negara China ini boleh dipergunakan untuk memperkukuhkan pengaruh Komunis di Tanah Melayu.

Memiliki bintang terang pada 1941, hanya berusia 17 tahun, Chin Peng sudah diberi jawatan besar peringkat Komunis Perak selepas kejayaan beliau menggetuai pergerakan komunis di tiga Sekolah Jenis Kebangsaan Menengah Cina di Perak.

Dengan perasaan cintakan Negara China yang amat tinggi walaupun lahir di Malaysia, Chin Peng amat membenci Jepun kerana Jepun telah meranapkan keangkuhan Tanah Besar China dengan menzalimi mereka. Chin Peng sanggup buat apa sahaja asalkan setiap jiwa Jepun terkulai dan peluang tersebut datang bergolek apabila Jepun mula memasuki Tanah Melayu pada December 1941. Justeru, dengan kapasiti beliau yang memangku jawatan Ketua Komunis Junior Perak selepas dua ketuanya ditangkap Jepun, Chin Peng bekerjasama dan memberi pertolongan kepada Askar British sehingga dianugerahkan Pingat OBE oleh Kerajaan Britain sebelum ditarik balik. Kerananya jasanya pada PKM dan kebetulan pengkhianatan ketuanya, Lai Tek, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya.

Pada 1948, pemerintahan kolonial British di Malaysia mengumumkan darurat apabila askar Komunis membunuh 3 orang Eropah di Sungai Siput. Walaupun Chin Peng menafikan ia arahan beliau, tetapi ramai sejarawan Singapura dan anti komunis mengesahkan ia arahan Chin Peng. Akhirnya, pasca kemerdekaan Malaysia, PKM telah menjadi musuh utama Negara tidak kira orang Melayu, India ataupun Cina.

Orang Cina pada masa itu amat kecewa dengan PKM kerana permohonan orang Cina Malaysia untuk kembali ke Negara China ditolak Pemerintah China. MaoZedong dikatakan enggan meluluskan, kerana beliau khuatir anasir komunis yang menyusup dalam masyakarat Cina di Malaysia yang amat berlainan dengan komunis di China. Komunis di Malaysia didapati mendahagakan darah sehingga sanggup menzalimi dan membunuh siapa sahaja termasuk orang Cina.

Selebihnya adalah sejarah kekejaman Chin Peng melalui PKM yang mana masih diingati ramai, tinggal sedikit dirasai dan hampir dipudarkan oleh simpanan dokuman OSA kerajaan Malaysia.

Chin Peng sejak itu tinggal didalam hutan bersama tenteranya. Komunis yang bergantung pada bantuan makanan orang-orang Cina semakin tertekan dengan penubuhan Kg Baru Cina, dan semakin sengsara apabila Tun Razak melawat China untuk bertemu dengan MaoZedong. Kunjungan Tun Razak yang diterima baik oleh China telah menghantar satu isyarat pada masyarakat Cina di Malaysia tidak membantu komunis kerana kerajaan Malaysia diiktiraf oleh Kerajaan Komunis China. Jika mahu lebih lanjut kaji kebijaksanaan Tun Razak dan MaoZedong dalam pertemuan mereka.

Akhirnya, PKM menyerah kalah pada tahun 1989 kepada Tun Dr Mahathir yang berjaya melumpuhkan sumber utama komunis yang terakhir yakni melalui rampasan kenderaan khususnya lori makanan di jalan-jalan Negeri dengan membina Lebuh Raya Utara Selatan(PLUS) yang terletak jauh dari hutan-hutan tebal yang menjadi sarang pengganas Komunis.

Berbeza nasib dengan pemimpin komunis Melayu yang bersama beliau dalam pelarian di Selatan Thailand, Chin Peng kerap dijemput ke Universiti Kebangsaan Singapura(NUS) bagi menyampaikan kuliah. Malahan, ada cakap-cakap(hearsay), Chin Peng pada awal Mei 2013 berada di Singapura dan bersedia untuk memasuki Malaysia melalui Tambak Johor. Hakikatnya, Chin Peng sudah memohon untuk kembali ke Malaysia berpuluh kali tetapi Tuhan telah menentukan nasib seorang pengkhianat bumi Malaysia, berjuang untuk bumi China dan mati di bumi Thailand.

Banyak pengajaran Chin Peng untuk generasi Malaysia hari ini tidak kira Cina, Melayu atau India. Tanah bumi ini menyambut darah ibu dan darah kita, maka adalah wajar kita perjuangkan tanah ini dan bukan tanah lain.

Hidup adalah pilihan kita, jika kita memilih untuk mengkhianati bumi Malaysia yang menyediakan tanah untuk kita berdiri, makanan untuk kita makan, air untuk kita minum, dan awan untuk kita berteduh, maka bumi Malaysia akan menyumpah kita sehingga ke akhir hayat. Kita berada di persimpangan, kanan atau kiri. Kita akan hidup menanggung kesan atas pilihan kita, jika baik, maka baiklah, jika buruk, maka buruk menanti.

Lebih dari itu, pemergian Chin Peng memberi kita peringatan, kita hanya mampu memerangi keganasan Komunis jika kita bersatu. Jika kita tidak bersatu, pelbagai anasir luar akan masuk mempergunakan anak-anak Malaysia yang bijak pandai yang mampu menggedar dunia sebagai pejuang bangsa dan Negara tetapi kini dikenang sebagai pengkhianat Negara dan Bangsa.

UPDATE on 17 September 2013:

I am very surprised with majority leader comments and reaction on Ching Peng dismissed. Most Malay leaders say no not even to his ashes and all papers and bloggers try to hide the news from youngsters. On other side, most Chinese leaders will hail his fight for freedom and independence. As a leader, both Chinese and Malay, or opposition and gov, should lead Malaysian to the highest moral and also the truth so Malaysian can learn from history. Chin Peng deserved a place in history as traitor whom fight for China, not for Malaysia. He is part of our history, part of Malaysia history. Why we said angel is holy, because we know demon is evil. Without demon, no one will appreciate the angel.

I also feel sad for my religion when The Star reported Perak Ex-Chief Police, Tan Sri Yuet Yuen Leng, who was shot in the chest by communist forgive Chin Peng and show a great value of Islam taught, from a non Muslim, he said  "I believe every religion teaches people to be forgiving. Yet when politics comes in, we ignore our own respective religions"...  Islam taught us to be forgive, to believe in Allah as world is only one night stay in cheap motel, but heaven is eternity. Islam history did not hide Abu Jahal or Firaun from History and even Allah has cited Firaun name in Quran so human can learn not to be like him.

I am not saying please forgive Chin Peng or please let buried him here. NO! I say please Malaysian, we are not difference than him if we follow the way Malay and Chinese leaders lead us to at this moment.

For record, my father family also killed by communist, and my mother family infested with communist. But that is past, its history and thats what makes me today.

I know not all Malaysian have brain and will hail Chin Peng as a hero if we tell them the story about Chin Peng, nevertheless, it still happen even we hide his story. Come on, face the history, tell the fact, no matter its hurt when we read "Taukey, tolong jangan bunuh anak gua, bunuh gua" plead a mother to 4 years old boy, but the Chinese communist has no heart and kill them both - catatan Datuk Jamil Sulong.

When we know the fact of history, we will know why 13 May happen, why this happen, why that happen, why we must be like this and not be like that, why we must respect democracy, why we must love our country, why we must understand each other feeling and suffering, why we must be unite, so on and so fore. Let us put Chin Peng in our history as Malaysia all time traitor so Malaysian will learn and forgive. Forgive is not forget. We live for future, and we take past as our lesson. Big time.

Sunday, September 15, 2013

DEB Perlu Bantu Melayu Kuasai Ekonomi Pasaran Bukan Ekonomi Wang

Saya hampir terlupa DEB, NEP dan terkini Teraju atau Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera sudah berapa usianya. Sahaja buat lupa kerana jika ingat, soalan seterusnya adalah apakah kejayaan DEB, NEP dll dan apakah langkah penambahbaikan?

Teraju atau beri apa sahaja nama, cakap apa pun jenis bulan dan bintang, akhirnya ekonomi dibahagikan kepada dua golongan iaitu kuasa ekonomi dan kedua kuasa wang. Kuasa ekonomi adalah peniaga-peniaga yang berdagang segala jenis keperluan dan kuasa wang adalah kuasa pengguna yang membeli barangan.

Saya sudah berniaga sejak kecil membantu keluarga dan sudah beberapa kali berniaga sendiri tetapi gagal. Saya enggan menyalahkan sesiapa atas kegagalan kerana jika berbuat demikian saya tidak akan kenal diri sendiri. Hakikatnya, dunia perniagaan bukan perkhidmatan dikuasai oleh bukan Melayu sebanyak 99%.
Dan hampir 80% pasaran pengguna adalah Melayu.

DEB pada mulanya memang memberi impak maksima terhadap Melayu, NEP pula diambil kesempatan oleh Melayu dimana hanya golongan tertentu sahaja yang kaya malah salahguna akan kemudahan itu manakala pemerkasaan Ekonomi Bumiputera atau Teraju kekal menyambung warisan DEP dan NEP tanpa sebarang penambahbaikan dengan hanya menambah kuasa wang Melayu dan bukan kuasa ekonomi. Malahan, dalam pembangunan insan melalui kaedah memperbanyakkan latihan juga mendatangkan persoalan dikala ramai graduan termasuk Universiti gagal mendapat pekerjaan.

Prasarana pendidikan, kemudahan pinjaman, dan segala jenis sistem pendidikan bagi melahirkan Bumiputera Berkemahiran telah dilakukan tetapi ia tidak berguna jika peluang pekerjaan gagal disediakan. Ia bukan lagi rahsia besar dimana Kolej IPT hanya menipu anak Melayu kerana selepas tamat pengajian hanya kurang 10% mendapat kerja berkaitan yang dibantu penggajian mereka.

Semua fasal, perkara dan janji dalam Teraju satu pun tidak memperlihatkan usaha kerajaan membantu dan memperkasakan ekonomi bumiputera dari pengguna kepada peniaga, dari menguasai wang yakni pasaran pengguna dengan kuasa membeli kepada menguasai ekonomi yakni pasaran peniaga dengan kuasa jual dan beli yang benar-benar hebat.

Good Luck Melayu. Khas untuk Melayu miskin dan sederhana dan sederhana kaya, jangan ditipu lagi, Pak Menteri tidak hantar anak mereka ke Kolej IPT mahupun ke Sekolah Kebangsaan. Kita diatas kaki sendiri perlu berusaha sendiri dan tanamkan sifat saling menyokong peniaga Melayu. Dengan sokongan dan bantuan yang melebihi 90%, Melayu tidak perlukan retorik-retorik mahupun bantuan Kerajaan untuk berjaya.

Khusus untuk Melayu kaya yang punya simpanan tunai RM 1,000,000 bantulah agenda pemerkasaan ekonomi Melayu dengan berniaga disamping mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak Melayu agar tidak mengemis menjadi hamba pada Cina dibumi sendiri.

Jangan jadi penakut dan hanya menuai hasil dari faedah bank, ASB serta hanya berniaga dengan selamat. Kotorkan sedikit tangan, dan unjurkan sedikit kepercayaan pada usahawan Melayu Muda wahai Tuan/Datuk/Tan Sri kerana wang itu hasil dari DEB dan NEP. Kotorkan tangan anda berniaga segala jenis perniagaan yang dimonopoli Cina dari sekecil produk hingga ke sebesar-besarnya.

Pada saya Kerajaan telah memainkan peranan melalui DEB, NEP dan kini Teraju, walaupun pada saya ia hanya berjaya membawa Melayu menguasai wang dan bukan ekonomi, masih banyak masa dan ruang untuk Kerajaan dan OMK Orang Melayu Kaya untuk membantu orang Melayu menguasai ekonomi.

Ingat!!! The real money is power, not Ringgit paper.

Thursday, September 12, 2013

Ekonomi Dan Perang

Perang sebenarnya berkait rapat dengan ekonomi. Kajilah sejarah Perang Dunia Pertama, Kedua dan Perang-perang kecil lain semuanya berkait rapat dengan ekonomi.

Justeru, Allah telah mengingatkan umat Islam bahawa kedaifan menghampiri kekufuran.

Bagi yang pernah menonton Dokumentari 9/11 dan Filem Konspirasi 9/11 terbitan produser rakyat Amerika, anda pasti dapat mengaitkan serangan 9/11 dengan serangan ke atas Afghanistan dan diikuti Iraq.

Hakikatnya, Amerika adalah pembuat senjata perang udara, darat dan laut terbesar di dunia. Itulah sumber ekonomi sebenar Amerika.

Bagi menjana ekonomi Amerika, perasaan takut dan mahu dilindungi harus diwujudkan diseluruh dunia agar Negara-Negara di dunia membeli senjata. Bagi membuktikan kecanggihan senjata perang yang Amerika bina, ujian senjata dijalankan keatas Iraq, Afghanistan dan banyak lagi secara nyata dengan alasan yang dicipta seperti WMD yang hingga kini selepas berpuluh tahun Saddam digantung masih belum ditemui.

Negara-negara dunia yang membelanjakan berpuluh billion dolar setiap tahun dan akan ditekan untuk terus membelanjakan wang yang sama banyak dan jika tidak mampu, IMF sedia membantu. Kegagalan Negara-negara tersebut dari terus membeli senjata tiap tahun, mengakibatkan mereka menjadi sasaran keganasan seperti di Indonesia, samada secara halus atau kasar, secara sembunyi atau terang, dapat dilihat dengan jelas walaupun tiada bukti, Negara yang mengurangkan pembelian senjata akan ditekan dalam dan luar Negara sebagai contoh Malaysia dan lain-lain.

Umum mengetahui ekonomi Amerika berada dalam keadaan muflis sejak 2 tahun lepas. Hanya dengan bon dan wang atas kertas menyelamatkan mereka. Soalnya, berapa lama lagi mereka dapat menyembunyikan dan mengawal buih-buih hutang mereka dari terus membiak dan meletup.

Strategi menjana ekonomi Amerika dijalankan dengan penuh rahsia dan antaranya;

i. Arab Spring
ii. Jepun, China diadu domba
iii. Selatan Thai bergolak
iv. Menaja senjata pada Sulu
v. India, Pakistan, Iran berlumba-lumba membeli senjata baru
vi. Dan banyak lagi.

Dengan pembelian senjata ringan dan berat dalam kuantiti besar, Amerika bisa terlepas dari hutang dan kini mereka mencari dana yang lebih besar untuk memulihkan ekonomi mereka sepenuhnya.

Bagaimana??? Sebuah Negara Islam perlu diserang khususnya di Arab agar Negara-negara Arab lain yang kaya dengan minyak dan kasar itu akan berlumba-lumba membeli senjata untuk melindungi Negara masing-masing.

Syria, Iran, Mesir, dan banyak lagi bakal menjadi pilihan.

Jika pembaca bijak budiman, fikirkan, jika Amerika mahu menjual senjata ke Asia, Negara mana yang bakal digolakkan mereka ke kancah perang? Tidak kira samada melalui taktik perang saudara, atau kemudian Amerika tiba sebagai pendamai, ataupun diserang dari mula, sudah pasti jiran tetangga Negara tersebut akan mengeluarkan beratus billion lagi untuk membeli senjata dari siapa lagi kalau bukan dari Amerika dan sekutunya.

Pada hemat saya, jika masa akan datang Amerika menjadikan Asia sebagai sasaran prospek ekonomi terunggul ia adalah mudah, jadikan sahaja Malaysia sebagai sasaran, kerana di Malaysia hampir seluruh rakyat Asia berada disini. Konflik Perang akan merebak dengan mudah dan pantas di Negara asal "penduduk Malaysia" seperti China, India, Bangladesh, Pakistan, Myanmar, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand, Vietnam, Jepun dan juga Arab.

Jelaslah, apabila perang terjadi maka ia berkait dengan ekonomi. Bila bicara tentang ekonomi, maka yang kaya adalah Amerika, yang miskin adalah kita. Yang kuat dan menindas adalah Amerika, yang lemah dan ditindas adalah kita. Yang bersatu adalah United States of America dan yang berpecah adalah kita.

Wednesday, September 11, 2013

Kerajaan Setuju Mansuhkan Pistol, Arah Polis Guna Cota Sahaja!!!

Amat malang bilamana sesuatu perkara tidak diserahkan kepada ahlinya, sebagaimana yang disarankan oleh Baginda Rasulullah SAW.

Atas desakan memansuhkan ISA oleh pejuang-pejuang politik Islam dan bukan Islam, ISA dimansuhkan sepenuhnya. Kerajaan memansuhkan ISA yang digunakan polis memerangi penjenayah umpama memansuhkan pistol dan mengarahkan polis menggunakan cota sahaja.

Jika benarlah ISA menzalimi dan menyekat hak manusia dalam politik dan bersuara seperti yang diperjuangkan oleh Ulama-ulama politik dan disambut ramai orang Islam, maka Kerajaan harus bijak dengan memansuhkan ISA aka Pistol hanya untuk golongan politik sahaja.

ISA aka pistol harus dikekalkan untuk polis gunakan terhadap penjenayah tegar dan melarangnya dari digunakan atas politik, kebebasan bersuara serta penjenayah kecilan.

Penjenayah tegar ini bukan sahaja mahu merampas hak kita malah nyawa kita. Kita pula mahu menghormati hak mereka dan memansuhkan ISA?

Hari ini heboh satu Negara mahu mengkaji dan memberi semula Pistol@ISA kepada Polis, yang peliknya kenapa tidak tanya kepada polis semasa mahu memansuhkan Pistol pada masa lepas?


Kasihan polis, kasihan orang awam yang mati ditembak,dan orang ramai yang menjadi mangsa penjenayah ISA yang sudah dibebaskan.


Siapa yang salah, mereka atau kita yang menyokong membuta tuli? Sokong ISA dimansuhkan sepenuhnya adalah sokong membawa rebah!!! Jom, tunggu sahaja siapa lagi akan rebah esok, tunggu sehingga Negara rebah, kita tunggu dan diam sahaja.

Tuesday, September 10, 2013

Versi 13 Mei Siapa Yang Betul, Lim Kit Siang atau Zam?

Saya mendengar berpuluh versi 13 Mei dan sejak kecil saya mendengar versi 13 Mei Abah . Malangnya buku sejarah sekolah tidak mencatatkan peristiwa tersebut bagi menjaga hati kaum tertentu. Di Sekolah, murid-murid lain yang saya tanya tidak tahu tentang peristiwa 13 Mei.

Hari ini, saya mendengar versi 13 Mei dari berpuluh pihak yang mendakwa mereka ada pada masa kejadian tersebut dan paling terkini, Tan Sri Zainudin Maidin@Zam menceritakan pengalaman 13 Mei beliau.

Filem Tanda Putera pula telah membawa satu persoalan besar yang wajib dijawab dan dicatatkan dalam Sejarah iaitu siapa yang memulakan dan mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969?

Tanya pada Melayu, jawabnya Cina, bila saya tanya pada Pak Cik Cina saya, jawabnya Melayu. PakCik Cina saya juga menambah, Melayu paling ramai mati terutama di Odeon dan ada yang dikunci dan dibakar. Bapa saya pula kata Cina paling ramai mati kerana Melayu keluarkan parang terbang.

Hakikatnya, selepas 44 tahun berlalu, rakyat Malaysia zaman 1969 masih belum berani menghadapi kenyataan, menceritakan kejadian sebenar disamping mengakui kesilapan mereka.

Nasib baik orang Melayu berani berkongsi pengalaman 13 Mei mereka dengan orang ramai tanpa menyembunyikan apa-apa. Samada versi mereka betul atau ditokok tambah, ia hanya satu perspektif dari berpuluh ribu perspektif lain. Justeru, adalah penting untuk kita mendengar dan membaca semua versi yang ada samada dari Cina ataupun Melayu sebelum kita "menghukum" sesiapa.

Kesimpulannya, setiap kali Melayu menceritakan perspektif 13 Mei dari mata mereka seperti yang dilakukan Zam, maka Lim Kit Siang akan marah-marah. Anaknya pula akan menggunakan apa sahaja kuasa yang ada padanya untuk menghalang filem Tanda Putera. Peliknya, jika versi Zam atau Tanda Putera adalah salah, Lim Kit Siang tidak pula mahu dan tidak pernah sekalipun menceritakan pengalaman 13 Mei beliau mengikut kaca matanya.

Jika versinya menyalahkan orang Melayu, dan samada cerita beliau atau Zam yang benar, rakyat Malaysia bijak dan pandai untuk menilai dan menimbang kebenaran selepas semua perspektif di letakkan diatas meja bicara. Malahan, kita harus yakin pada kematangan rakyat Malaysia yang bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi ingin tahu kebenaran dan fakta agar kita boleh belajar dari kesilapan.


Samada anda Cina atau Melayu, jika kita cintakan Negara ini, 13 Mei 1969 wajib di sejarahkan walau betapa pahit dan perit sekalipun faktanya. Faktanya pula, harus dibuktikan samada dengan gambar, surat, laporan polis, laporan tentera, laporan bebas dan segalanya yang masih terkunci rapi dalam Simpanan Kerajaan dan dilindungi akta OSA.

Sebelum dokumen itu diklasifikasikan semula untuk bacaan umum, kita minta Lim Kit Siang menjadi lelaki sejati dengan menceritakan pengalaman 13 Mei beliau. Saya percaya beliau akan tampil dan jujur dalam versinya, kerana masyarakat Cina mementingkan integriti, displin serta maruah dan tidak akan menipu dengan menyusahkan orang lain. Ia juga terkandung dalam ajaran Buddha seperti yang dikatakan Ketua Sami Malaysia, "adalah mustahil membina kebahagiaan diri dengan mengorbankan kebahagian orang lain".

Thursday, September 5, 2013

KL GANGSTER 2 MANGSA KEKEJAMAN ORANG ISLAM-MELAYU

KL Gangster 2 bukan mangsa pertama kekejaman rakyat Malaysia khususnya orang Melayu beragama Islam dan pasti ia bukan yang terakhir.

Dalam FB heboh semua menyalahkan Polis, PBT, rasuah, Cina VCD, pencuri berkenaan dan lain-lain. Mereka mempersalahkan semua pihak kecuali diri sendiri.

Cetak rompak, dadah, pembunuh upahan dan segala benda kejahatan tidak akan berjaya diakhirkan kerana dimana ada permintaan disitu ada pembekalan. Supply and demand.

Untuk pengetahuan 75% kuasa pengguna di Malaysia adalah Melayu beragama Islam.

Orang yang sama bising, orang yang sama beli VCD Cetak Rompak.

Yang paling saya sedih adalah VCD Cetak Rompak Al-Quran, dijual dan yang membeli Ustaz pula. Ada yang lebih hebat, pergi meja ke meja, membawa kertas Membeli CD AlQuran Cetak Rompak Sambil Menderma.

Di Pasar Malam, kelihatan Pak Haji, serta jemaah yang baru pulang ke Masjid ralat memilih CD Cetak Rompak sebelum membayarnya. Kalau saya tegur mahu saya kena pukul, saya seluar pendek sahaja pun.

Hakikatnya, pada Shamsul Yusof anda tidak rugi, Allah SWT akan gantikan kerugian anda dengan pahala mereka yang membeli CD cetak rompak samada filem anda atau tidak.

Dan pada yang membeli CD Cetak Rompak waima filem Barat sekalipun, ingat, dosa sudah pasti milik kita.

Defisit Hutang Negara?

Saya antara orang awal mendesak ahli UMNO menggulingkan Presiden Parti dalam Pemilihan Nov 2013. Boleh baca dalam blog ini dengan tajuk gulingkan Najib. Namun, kerana sudah berjanji untuk bersara dari komen dan menulis tentang politik, saya tidak majukan kepada mana-mana dan menggangap artikel tersebut yang terakhir.

Saya masih tidak mahu bercakap, menulis, komen dan berbicara tentang politik. Sia-sia dan buang masa.

Defisit hutang Negara dikaitkan oleh Tun M dalam sinar Harian dengan perbelanjaan Negara. Dan bila melayari web Rockybru dan Mole saya dapati Syed OutSideTheBox melaporkan keborosan serta pembaziran kerajan khususnya agensi seperti Pemandu.

Sinar Harian juga melaporkan 11tahun negara dalam hutang sejak 2004. Saya masih ingat KDNK Malaysia semasa Tun M serahkan pada Pak Lah amat baik.

Kini hutang Negara adalah RM 451 billion dan hampir mencecah 55% KDNK yang dibenarkan.

Sedihnya! Samada UMNO/BN atau PR atau mana-mana parti pun sama, 1pihak mengambil kesempatan atas kesempitan wang sara hidup rakyat, 1pihak lagi mengabil kesempatan atas kesempitan minda dan sentimen rakyat.

Mangsanya, rakyat. Apa-apapun, biarlah kalian yang berpolitik terus berpolitik, saya hanya berminat untuk bangunkan ekonomi diri dan keluarga, mudah-mudahan bilamasa defisit bertukar menjadi inflasi tidak terkawal, saya dapat melindungi bukan sahaja keluarga saya, malah keluarga kakak-kakak dan abang-abang saya.

Amin.

Takziah Kepada Uncle Wong - PM Lebih Cina Dari Melayu

Saya merakamkan rasa sedih atas kematian Uncle Wong Kok Hin, adik kepada Mak.
Beliau akan disemadikan di Nilai esok, dengan harga RM 500k.

He was really a great Uncle. Really.

Hakikatnya, saya lebih senang dengan Cina sejak kecil hingga remaja. Lebih rapat dengan saudara Cina berbanding Melayu yang tidak sudah berbalah tentang harta. Kini legasi berbalah kerana tanah pusaka diwariskan kepada saya. Penatnya.

Saya bangga mempunyai darah, sedikit perwatakan dan sifat serta sikit "look" Cina. Saya bangga ada Mak Cina. Tapi, saya sedar agama Islam hanya dapat diperjuangkan melalui kaum Melayu. Justeru, saya berjaya melenyapkan keCinaan dan keliberalan saya dan menjadi Melayu.

Saya Melayu, mempunyai darah Cina, sudah pasti.

Dalam pengamatan saya, PM Najib yang mempunyai hubungan rapat dengan Keluarga Mendiang Lim Goh Tong membuatkan PM Najib seperti saya, terperangkap antara sentimen dan prinsip.

Orang Cina baik, jujur, amanah, cekal, bijak, displin, leluhurnya putih malah sangat berperikemanusiaan. Maafkan saya, Mak saya seorang Cina, pasti saya amat tahu dan pasti tentang itu sebagaimana kalian semua yang dibesarkan ibu Melayu dengan penuh kasih sayang akan rasa Melayu juga begitu.

Keyakinan ini masih saya pertahankan dan pada saya warna kulit, bahasa dan nama tidak menghalang penilaian dan layanan saya kepada Cina mahupun Melayu. Sentimen hadir dalam diri ini.

Najib pula, sebaliknya, walaupun tidak berdarah Cina, begitu didekati dan rapat dengan keluarga Cina sehingga sudah menjadi keluarga.

Saya pasti kami adalah sama, kadang-kadang kami Melayu, tapi bila orang hina Cina kami marah dan kecewa. Keliru.

Saya, masih muda dan bukan PM dan Presiden UMNO. Tapi Najib adalah Perdana Menteri kepada semua kaum dan juga Presiden kepada Parti Melayu.

Adalah amat wajar PM Najib, mengawal sentimen tersebut dan meletakkan Melayu sedikit diatas Cina, bukan sepertimana sekarang kelihatan beliau terperangkan dalam sentimen kasih pada Cina lebih dari Melayu. Wallahualam.

PS: Ini bukan artikel politik, sekadar berkongsi rasa dan perbandingan antara 2 insan biasa.

Tuesday, September 3, 2013

Harga Minyak Vs Kerajaan Flip Flop

Tajuk "Harga minyak naik" sewajarnya ditukar kepada "subsidi minyak turun" oleh akhbar-akhbar utama. Polemik dan tenaga negatif yang dikeluarkan oleh perkataan naik itu merencahkan kebrorokan rakyat Malaysia dalam FB dengan penggunaan perkataan yang menggambarkan kita masih lagi jauh dari menjadi "manusia yang berakal". Cina dengan "babinya", Melayu dengan "macainya", India dengan "f@#k-nya", selamat datang ke Malaysia, rakyatnya sopan dan santun hadapan orang sahaja, dalam FB dan jalanraya bertukar sepenuhnya.

Malangnya Kerajaan masih belum berupaya tegas sepertimana dalam zaman Tun Dr Mahathir. Hari ini umum, esok ditentang, lusa dikaji atau dibatalkan. Alasannya, mengutamakan rakyat, tapi Kerajaan lupa, rakyat tidak pernah cukup, makin diberi makin mahu lagi, kalau terus mahu diberi, dikhuariti mengutamakan rakyat menjadi menjahanamkan Negara. Antara yang menerima nasib dasar flip-flop ini adalah, PPSMI, AES, GST, Menara Warisan, dan banyak lagi.

Semua flip-flop ini, samada flip atau flop, batal atau teruskan, tiada satu pun yang dilakukan berjaya mensejahterakan rakyat untuk jangka panjang melainkan populariti mengemis undi rakyat yang kononnya tahu semuanya. Sedih.

Saya minta kerajaan untuk melakukan flip-flop yang bakal memudahkan rakyat iaitu duit 1SEN.

Sejak 2010, harga minyak tidak pernah naik dan selepas lebih 3 tahun ia naik 20 sen dan samada ia membebankan atau tidak, bacalah FB anda bolehlah menilai sendiri komen-komen rakyat yang natang.

Jika kerajaan menggunapakai duit 1 SEN, maka kenaikan 1SEN mahupun 5 SEN TIDAK TERASA BEBANNYA.

Setiap tahun naik 5 SEN, rakyat tidak terbeban, boleh mengurus dan merancnag kewangan malah lebih penting Kerajaan dapat mengurus ekonomi dengan baik.

Diharap Kerajaan dapat menimbangkan penggunaan 1 SEN kembali paling tidak dalam bahan keperluan penting seperti Petrol dan Gas.

Ingat bukan harga minyak naik, tapi subsidi minyak turun. Kita perlukan tenaga positif untuk memerangi pemikiran negatif rakyat yang makin parah.


Monday, September 2, 2013

Bila Cina Tumpahkan Minyak Melayu Salahkan Syabas

Ramai orang Melayu dalam FB dengan pantas menuduh Syabas sengaja mereka cerita diesel tumpah kedalam Sg Selangor di Rawang bagi menyusahkan pengguna air di Lembah Klang.

Mereka ini, beragama Islam, tetapi menuduh tanpa bukti yang kukuh juga memfitnah Syabas dan segala yang mereka benci. Inikah ajaran Islam yang dibawa Muhammad SAW, yang diwajibkan atas umat Islam oleh Allah? Tahukah mereka dosa besar dan neraka menanti?

Saya bukanlah islamik manapun, tapi mereka ini pakai tudung kepala tapi tidak menutup kepala hati mereka. Hati mereka yang busuk dan keji itu dapat dihidu walaupun tudung menutup kepala, tapi hati dibiarkan dengki, khianat, hasad, syaitan dsb.

Yang pasti Cina tersebut akan lepas, kalau ada saman dari MPS dan JAS sekalipun, dia tetap akan merajai ekonomi di Rawang.

Melayu pula teruskan berbalah, teruskan menyalahkan Syabas hanya kerana orang Melayu kaya darinya, teruskan khianat pada saudara seagama, teruskan sikap dan sifat busuk hati kalian, kerana Neraka menanti penuh setia, Syurga pula menunggu tidak lama. Wallahualam.

RINDUKAN POLITIK



Sudah hampir 4 bulan saya tidak menulis dan bercakap mengenai politik Malaysia. Politik, yang amat saya gemari dan ikuti sejak berusia 7 tahun. Saya menyukai politik disebabkan kemahiran bermain catur Chess seawal usia 4 tahun. Chess adalah permainan politik Istana, hidup dan juga politik. Adanya pawn, castle yang boleh menukar kedudukan pada saat genting, bishop yang mengunci dan memerhati puak haluan kiri dan kanan lawan, kuda yang bebas masuk kesana dan sini umpama penghasut yang mengucar kacirkan kawasan lawan, dan queen yang melindungi raja.

Saya ingin sangat siarkan tulisan saya menyentuh scenario politik UMNO, Najib, PAS, DAP, Nik Aziz dan sebagainya. Malah, pertemuan dengan Tun Dr Mahathir memberi inspirasi meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Namun saya akur, perjuangan saya tidak di politik lagi. Sekurangnya, bukan berhadapan. Saya lebih selesa menggunakan backdoor dengan taktik jangka panjang yakni ekonomi. Walaupun saya dan ekonomi diri pun masih tunggang terbalik.:)

Hakikatnya, saya bukan lagi anak jantan, bukan gentleman malah lari dari medan perang, katakana apa sahaja untuk physcho diri ini, namun saya sebenarnya jemu dengan kesingkatan atau lebih tepat keringkasan pemikiran Melayu.

Pada saya Melayu is done. Melayu is over. Melayu is history. Bukan sekarang, tapi Melayu berada di landasan yang betul untuk dipupuskan imejnya. Mungkin dalam 2 tahun lagi, Melayu akan hanya tinggal nama sahaja. Tiada lagi Melayunya, mahu lagunya, mahu iramanya, mahu bahasanya, mahu budinya, mahu sopannya, mahu hatinya, mahu makannya, mahu lagaknya, mahu tarinya, mahu malunya, mahu segannya, mahu imannya, mahu nilainya, mahu segalanya.

Atas sebab itu, TUN M, saya tidak sekuat TUN, perjuangan saya sudah selesai, kalau ada pun saya hanya ada last card untuk Melayu, iaitu ekonomi kerana saya percaya hanya campuran resepi ekonomi dan Islam sahaja dapat menyelamatkan dan menyedarkan Melayu dari dalam jiwa Melayu itu sendiri.

Memahami dan mengamalkan ajaran Islam sebenar akan membawa kita kepada Melayu kerana Melayu adalah kaum ISLAM SEDERHANA atau Islam sebenar yang wujud dibumi ini. Arab Spring membuktikan garisan akidah dan iman di Malaysia adalah yang benar, paling benar mengikut Quran dan hanya Malaysia sahaja yang tinggal. Justeru, memperjuangkan Islam melalui Melayu adalah yang hakiki.
Moga anak-anak abah faham, Abah bukan lemah tapi inilah pilihan kaum kita,kalian boleh pilih untuk menjadi kaum Cina kerana ia dalam darah kalian. Tapi demi martabatkan maruah dan imej Islam di dunia, hanya Melayu sahaja harapan kita. 

Malangnya, 'Melayu' termakan dakyah globalisasi dan percaya mereka ada ‘hak’ untuk memilih, untuk bercakap, untuk segalanya sedangkan mereka wajar sedar tiada “hak” mereka dalam Islam melainkan hak ALLAH.

Sunday, September 1, 2013

The Five Year Engagement

Its a movie. Well, another movie put me in tears.

5 years ago, Allah has blessed me with my first baby boy. Actually, the moment I have son in my arm, is the moment that I am very sure, I did a right things 5 years before that.

It's been very hard for me to be married. I couldn't imagine it and always tell myself that I only will decide when my age reach 35.

For that I wasted few nice girls whom try their best to help me to get everything done before me agree to be married.

Just like the movie, so many things to consider, so many things to think about, so many things to avoid and so many things to be missed if I am married.

As result, no one could stand by my side more than 2 years. The relation promise nothing to them, and yes they did a right things by walking away from me.

The Five Year Engagement movie has inspired me to write this and dedicated a big big big TQ to my wife, Rodhiah Dahnil.

She has done everything she can in 5 years to gain my trust. 3 years before we get married and 2 years after we got married.

Bila 2 hati bersatu, 1001 kekeliruan, 1001 perbezaan, dan hanya satu persamaan which is only death will tear us apart.

TQ Rodhiah, without you I am still single, unmarried, no 3AZRM. Either its a happy or not, its far more better than bila 1 hati sendiri.

Penjara Melindungi Penjenayah

Sejak kecil saya diajar untuk merantau keseluruh dunia melalui TV. Justeru, apabila menonton saya akan melihat kereta, pemandangan, cawan, jam, tayar, lukisan, bilik air, kepala paip, warna dinding, corak baju dan sebagainya walaupun babak tersebut hanya memperlihatkan dua lelaki berbual.

Saya suka menonton Filem Perang, Aksi, Penjara, Polis dan banyak lagi.

Alcatraz dan banyak lagi.

Dalam filem barat, ada Godfather dalam Penjara, sesungguhnya penjara adalah perlindungan mutlak penjenayah dari diserang penjenayah lain.

Malangnya masyarakat kita melihat penjara dari sudut sempit, justeru siapa sahaja ditahan penjara akan dihina, dan polis juga dihina kerana memenjarakan "hero-hero" mereka seperti Alvin, Vivian, dan ramai lagi.

Artikel ini ditulis sebagai respon terhadap http://www.hmetro.com.my/articles/Tembakketikasembahyang/MA/Article yang melaporkan seorang bekas tahanan ISA yang sudah dibebaskan ditembak mati.

Akhir perkongsian, teringat kata Gandhi, penjara tidak akan berjaya memenjarakan manusia.