Saya bersalam dengan Tun Dr Mahathir untuk kali pertama pada tahun 1984 ketika berusia 4 tahun. Sejak itu, beliau sudah sebati dengan saya kerana Abah bersahabat baik dengan Datuk Ahmad Razali Ali dan topik mereka sudah pasti ada tentang Tun.
Saya membayangkan nama Mahathir mempunyai 8 huruf seperti saya, begitu obses dengannya sehingga setiap inci ucapannya di akhbar saya baca sejak kecil, malah sehingga hari ini walau berkali menonton video beliau meletak jawatan saya akan menangis-basah.
Pada tahun 2004, itu kali pertama saya melihatnya secara live di KLCC. Ketika itu KLCC dan KL tiada bekalan elektrik. Beliau bersama Syed Mokhtar dan seorang rakan minum di Dome tingkat atas.
Kemudian pada 2005, saya melihat beliau dikerumuni orang ramai di hadapan Watson KLCC sebelum ada Maybank disitu.
Keduanya pada 2004 dan 2005 saya memilih hanya melihat beliau dari jauh, dan menitiskan air mata. Saya tidak mampu untuk pergi dekat dan bersalam kerana saya terlalu sayang padanya hinggakan tidak mahu menggangunya, seperti kita tinggal seketul durian paling sedap, sayangnya hendak makan.
Alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang berjumpa dengan beliau in person di pejabat beliau dan hasilnya, saya mengalami perasaan yang tidak pernah saya alami sepanjang hidup, iaitu terkesima!!!
Saya hanya membaca skrip dan tidak ubah seperti patung dalam mimpi yang digerakkan oleh fantasi. Saya balik dengan tergesa-gesa kerana khuatir menangis di hadapannya dan saya tidak mahu beliau kesian atau simpati pada saya kerana air mata. Sekurangnya itu ajaran abah, lelaki tidak menangis untuk simpati.
Tun seorang yang hebat, sesuai dengan namanya. Tapi, saya yang rugi mengsia-siakan masa Tun dan gagal memanfaatkan pertemuan itu untuk mengenali dan dikenali beliau. Tidak di bumi dan dilangit.
Maafkan saya Tun, diharap di pertemuan akan datang, jika ada peluang saya akan tunjukkan diri saya sebenar yang menyayangi Tun dan tidak lagi terkesima.
PS: Pesan saya kepada anak, mengagumi manusia kerana perbuatan dan tindakannya bukan kerana dirinya. Ingat, kerana taksub pada manusia itu berdosa, tetapi taksub pada perbuatan dan tindakannya kerana Allah, dan jasanya pada Islam itu adalah dibenarkan.
Saturday, August 31, 2013
Friday, August 30, 2013
Islamkah Kita Mengeji Saudara Bangladesh?
Setiap muslim itu bersaudara tanpa mengira warna kulit jauh sekali sempadan Negara. Ia amat difahami kita hanya apaila kita berada di bumi Mekah, bila balik ke Malaysia, umpama harimau mengaum di kandang sendiri, rupanya saudara sendiri ditelan!!!
Pengumuman kerajaan untuk membawa masuk lebih ramai pekerja bangla mendapat reaksi penentangan dari sudah tentu DAP, pelik tapi benar PAS, malah dari rakan PR Indonesia saya, dan lebih lagi reaksi sahabat Islam saya dari Malaysia.
Saya tidak faham kenapa perlu kita mengeji Bangla? Kerana warna kulit? Mereka Islam dan yang membezakan kita dengan mereka disisi ALLAH adalah iman, bukan warganegara.
Sedarlah, bumi yang kita pijak ini milik ALLAH dan seharusnya dikongsi oleh semua makhluk ALLAH dengan keutamaan diberi pada mereka yang memuliakan dan menghambakan diri pada ALLAH tanpa kira mereka Bangla, Indon, Burma, Siam atau siapapun.
Bumi ini milik Allah.

Thursday, August 29, 2013
Pandangan Saya Tentang Roboh Surau
Sedih.
Ramai yang mengomel dan mengomen dan mereka bukan dari Ahlinya. Dan lebih ramai seperti saya, mengecam orang lain mengomel tapi tidak layak, tapi secara tidak langsung komen dan ngomel juga. :)
Saya tidak akan menyentuh dan memberi pandangan baru tentang roboh surau ini kerana saya tidak layak dari banyak sudut. Tapi saya akan cuba membawa perspektif berlainan atas pandangan "lama" pihak- pihak yang telah mengeluarkan pandangan.
Dan, seperti artikel saya yang lain, saya dedikasikan untuk panduan anak-anak saya dimasa hadapan. Zaman mereka akan lebih mencabar, sekurangnya ulasan saya dapat memberi sedikit panduan bagi mereka.
Isu surau bermula selepas seorang Melayu merakam video beberapa Sami dan penganut Buddha Singapura meditasi dalam sebuah surau di resort di Johor. Hakikatnya, tindakan beliau merakam baik tapi memuat naik ke internet tidak tepat dan tidak bijak.
Hikmahnya tetap ada, dalam isu ini, golongan agama Islam terus berbalah tentang boleh atau tidak Surau dikongsi guna dan hingga hari ini masih berbalah boleh di roboh atau tidak sedangkan para-para sami lebih bersatu hati dalam mengatakan pendirian dan permohonan maaf, dengan petikan ajaran Buddha "Tidak Mungkin Membina Kebahagiaan Diri Dengan Menghancur/Menghalang Kebahagian Orang Lain".
Saya bersetuju dengan fakta sejarah;
1. Yang mengatakan banyak Gereja dijadikan Masjid dan Surau dan tidak pula dirobohkan. Tetapi, ia sebenarnya berbeza kerana bangunan itu didirikan pada asalnya untuk tujuan mengingkari Allah(Gereja) dan selepas "dakwah" kini untuk menghambakan diri pada Allah(Surau), berlainan surau resort ini dibina asalnya untuk tujuan menghambakan diri pada Allah dan kemudian digunakan pula untuk mengingkari Allah.
Umpamakan seorang gadis yang dilahirkan dan dijaga suci, kemudia dirogol tanpa kerelaan. Masih sucikah? Lebih dari suci, maruahnya sudah tercemar. Masihkah boleh dibersihkan dan ditandakan "suci'? Mungkin boleh, tapi kita sendiri tidah mahu mengambilnya sebagai isteri, mungkin ada, tapi sedikit amat.
2. Yang mengatakan Kaabah pernah digunakan oleh agama bukan Islam dan Berhala dan kini menjadi milik Kiblat Orang Islam. Jawapannya, Kaabah dibina pada asalnya oleh Nabi Ibrahim sebagai tanda mematuhi Allah malah dinyatakan oleh ALLAH ia adalah tempat suci Islam, justeru apabila manusia menzalimi diri dan mengingkari Allah di Kaabah dengan pelbagai berhala, maka ia menjadi fardu kifayah bagi setiap umat Islam khususnya yang berdekatan untuk memastikan Kaabah kembali bebas dan itulah yang Baginda Rasulullah SAW lakukan lama sebelum kiblat ditetapkan kepada Kaabah.
3. Yang mengatakan pernah datang satu rombongan bukan Islam menemui Rasullulah SAW untuk mencari kebenaran dan kesahihan Allah, maka selepas penat berdiskusi, Nabi membenarkan mereka berehat dan sembahyang(cara mereka) di Masjid. Ulasannya, mereka datang untuk berdiskusi dan belajar mencari Tuhan Yang Sebenar, bukan menyembah Tuhan yang lain jauh sekali belajar untuk mengenali Allah.
Banyak lagi komen serta ngomel FBians yang mentah-mentah belaka yang tidak sanggup saya ulas. Ada yang baru keluar Universiti malah ada yang menyebut dia adalah pelajar UIA sebab itu dia tahu dan ada yang masih dibangku sekolah semua mengeluarkan hujah yang saya sendiri tidak berani. Saya hanya berani mengulas pendapat orang lain agar kita dapat lihat dari perspektif berbeza.
Apa-apa pun, saya percaya ada baik dan buruk dalam setiap perkara. Pada pihak yang menyokong berpendapat merobohkan surau ini dapat;
1. Memberi pengajaran dan peringatan tegas pada semua orang agar tidak buat lagi. Kalau buat, mereka akan rugi teruk didenda, dan dipenjarakan. Kalau tidak diberi pengajaran yang keras dikhuatiri esok ada lagi Surau yang "Opssss Tidak Sengaja", atau "Maaf, Saya Tidak Tahu".
2. Menghalang pemboleh ubah toleransi agama digerakkan dari tidak mungkin, kepada mungkin. Jika tidak dirobohkan dan terus diguna sebagai surau, orang Islam akan fikir boleh jadikan Surau tempat bukan Islam memuja selain Tuhan Yang Satu. Percayalah, ia hanya permulaan sebelum ia terjadi seperti di Indosia, siang jadi Surau, Malam jadi Gereja. Di Indonesia mungkin masalah kemiskinan sehingga masyarakat setempat tidak mampu membina Gereja dan Surau, tapi di Malaysia Surau dan Gereja amat banyak.
3. Memberi mesej jelas kepada bukan Islam, ini Negara Islam.
Pihak yang menentang sudah mengatakan pelbagai sebab yang saya hanya dapat ulas beberapa sahaja.
Dan ini pandangan saya. Memang wajar perlu ada pengajaran tetapi memadai denda yang keras atau penjara tapi bukan roboh. Kerajaan boleh mendenda RM 1,000,000 kepada pesalah dan Bangunan dan Tanah akan dirampas. Dengan denda dan tindakan keras ini pada saya masih dapat memberi mesej 1,2 dan 3 diatas.
Surau tersebut selepas dirampas bolehlah digunakan untuk dijadikan rumah perlindungan orang tua, rumah anak yatim, rumah kanak-kanak cacat atau sebagainya yang berkaitan amal dan kebajikan.
Tapi tidak boleh digunakan untuk mana-mana agama sekalipun untuk sembahyang lebih-lebih lagi orang Islam kerana ia menjadi bukti menduakan Allah sedangkan tujuan asalnya dibina adalah untuk memuja Allah. Surau ini bukan Kaabah dimana Allah tidak mengatakan Surau tersebut tempat suci Islam seperti Kaabah maka tidak memadai kita merampas dan meneruskan solat di surau itu.
Akhir sekali, saya juga menyokong pendapat FBian bahawa wajar mana-mana kesalahan pertama diberi maafnya sepertimana kita memaafkan Namewee, ia akan disambung pada Alvin dan Vivian kemudian disambung lagi orang lain sebab kita memberi maaf pada orang yang berlainan tapi perbuatan mereka sama.
Justeru Islam akan terus dihina dan kita boleh terus memberi maaf, dalilnya, its first time, give second chance.
Saya sangsi dan tertanya jika kita menghina Hindu, Kristian dan Buddha, apakah mereka seliberal kita terus memaafkan sampai bila-bila.
Dan kita dengan FB masing-masing dengan hak bersuara dengan kepandaian sendiri dan KITA TERUS BERPECAH...
Wallahualam.

Tuesday, August 27, 2013
MERINTIS LORONG MOTORSIKAL DI MALAYSIA
Sepanjang tahun samada musim perayaan atau tidak, statistik kemalangan jelas menunjukkan kemalangan maut di Malaysia banyak berlaku membabitkan motorsikal. Ia meningkat cepat setiap kali tiba musim perayaan. Nyawa menjadi semurah nafsu. Malaysia kerugian beratus juta setiap tahun akibat kemalangan maut ini.
Saya mula menunggang motorsikal seawal usia 13 tahun secara curi-curi. Selepas mendapat lesen pada usia 16 tahun, barulah dibenarkan ibu bapa dan dibelikan motor pada usia 17 tahun selepas mendapati saya kerap ponteng dan menjadikan alasan lambat untuk ponteng. SMT Cheras atau TIKL berhimpun jam 7.25 pagi setiap hari dan saya perlu mengambil Bas Pertama jam 4.30 pagi di Pinggiran Batu Caves, jika tidak pasti saya akan sampai selepas 7.40 pagi.
Pengalaman bawa motor memang banyak, koleksi jahit mencecah 50 jahitan, dan saya bernasib baik tidak pernah patah. Kata otai-otai, kalau patah sakit dia sepanjang hidup terasa. Semua saya sudah rasa, terseret, melambung, tercampak dan pernah juga 4 kaki terselamat dair gaung.
Menunggang motor memerlukan kematangan dan kewarasan yang baik. Penilaian dan kawalan atas motor dan jalan hanya dapat diperoleh melalui pengalaman. Dengan Kriss 100cc saya mampu mengikut dekat TZM di Lorong Motor Lebuhraya Persekutuan, bukan kerana Motor saya hebat, tapi kerana sudah khatam jalan tersebut.
Tetapi apabila kemalangan terus berlaku dengan kerap, maka menyalahkan penunggang motor semata adalah tidak adil. Malah ada antara penunggang yang kemalangan itu adalah otai-otai yang menunggang dengan perlahan dan tertib. Untuk rekod, pemanduan dan penunggangan memerlukan fokus melebihi 70% bagi mengurang risiko kemalangan. Bagi kereta, apabila fokus sudah turun bawah 50% sekalipun, kereta masih boleh dikawal kerana ia empat tayar. Tetapi bagi motor, jika fokus sudah turun 69% maka kemalangan hampir banyak terjadi.
Saya simpulkan dari pengalaman saya bahawa ada dua sebab kenapa terjadi kemalangan motor;
1. Jalan
2. Komunikasi
Jalan motor tidak pernah wujud kecuali Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Persekutuan. Jika diteliti, tiada langsung kemalangan maut terjadi di lorong motor melainkan jika ada "makhluk" yang melintas.
Faktor jalan ini sebenarnya amat penting kerana perkongsian jalan antara motor, kereta, lori dan sebagainya atas jalan yang sama memerlukan komunikasi antara kereta, motor dan lori.
Malangnya, tiada dalam mana-mana modul pembelajaran pemanduan dan penunggangan kita diajar untuk menjalankan komunikasi antara kenderaan. Justeru, kereta kata ini jalan dia, motor kata, aku pun bayar juga, lori kata, aku paling besar, aku jalan dulu, bas pula kata, aku lagi ramai manusia, aku lebih utama.
Saya berpendapat, motor akan terus menjadi korban utama di Malaysia. Jika kita benar-benar mahu merubahnya, kita perlu membina jalan atau lorong motor khususnya di lokasi panas seluruh negara.
Jika kewangan yang membataskan, saya berharap agar Kerajaan boleh mengenakan kembali Cukai Jalan dan gunakan duit cukai tersebut untuk membina lorong motor yang tidaklah semahal jalan selorong.
Rakyat boleh membeli rokok sekotak sehari membelanjakan RM 10, pasti mereka boleh membayar Cukai Jalan Motor RM 10 setahun. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri mereka dan keselamatan mereka sendiri juga.
Saya berharap pengalaman saya memandu sejauh 1,000,000km seluruh semenanjung, KK-Lahad Datu, dan Jakarta-Bandung serta pengalaman saya menunggang motor sejauh 200,000km KL-MUAR-SEREMBAN-MELAKA dan seantero Lembah Klang dapat menarik perhatian pihak berwajib mengkaji kebenaran pendapat saya.
Yang penting bukan siapa betul siapa salah, tapi nyawa dapat diselamatkan.

Thursday, August 22, 2013
Bila Nahas Baru Cina, Melayu dan India Saling Memerlukan?
Jadi apakah kita mahu tunggu tragedi
baru kita mahu sedar kita saling memerlukan? Selagi tidak maka kita bebas
bercakap apa yang kita mahu. Cina bebas menghina Melayu malas, dan mencarut
sesuka hati seperti Namewee? Melayu panggil Cina pendatang dan kini Cina juga
panggil pendatang balik hutan Indonesia?
Cina begitu megah kerana mendakwa
merekalah membangunkan ekonomi, mereka boleh berjaya tanpa Melayu dan
sebaliknya. Tetapi, bila ramai Cina yang maut dalam nahas bas semalam, hampir
99% penyelamat adalah Melayu.
Saya bukan kejam, jauh sekali
zalim, saya sedih dan menangis melihat berpuluh mayat terbujur kaku. Takziah
saya ucapkan kepada keluarga si mati tidak kira apa agamapun. Sudah tentu,
sebagai anak campuran Cina saya tidak akan tanya berapa orang Melayu mati, dan berapa
Cina mati, kemudian secara spontan menarik nafas lega seraya berkata “Nasib
baik ramai Cina”!.
Hakikatnya, itulah
Negara yang
diami sekarang. Bahasa yang berlainan mendorong kita bersikap perkauman
dan ia
menjadi lebih parah bila kaum bukan Melayu menghantar anak ke sekolah
bukan Melayu kerana takut anak mereka bercampur Melayu. Pasca abad 21 ia
menjadi lebih parah apabila ahli politik menggunakan apa sahaja
termasuk sensitiviti kaum demi kuasa politik.
Dengan
suka hati hanya kerana kita Cina,
apa sahaja Namewee hina Melayu kita “Like” dan sokong. Bila tulis status
merendahkan agama Islam kita kata ini kebebasan bersuara. Bila komen
kita sokong bangsa sendiri. Bila mati kemalangan siapa
tolong? Namewee? Kawan FB?
Melayu juga begitu, kita tidak endah dengan nyawa lain warna, bila kita
susah siapa tolong?
Adalah amat baik jika kita lihat 5 jari tangan kita dan menginsafi bahawa kelima jari kita saling memerlukan, begitu juga kita.
Malangnya,
politik Malaysia kini
melangkau batas kesopanan dan kesusilaan. Ahli politik dibiarkan
mempolitikkan apa
sahaja waima nyawa manusia. Bila tersepit, dengan mudah kita salahkan
Melayu kerana
merekalah Polis yang rasuah, merekalah Tentera yang mati katak,
merekalah PBT yang korup dan sebagainya. Galak amat, hingga yang beri
rasuah kita tidak pula hina?
Politik
terlalu dibiarkan mendajal nilai kemanusiaan sehingga kita tidak tahu
bersyukur nikmat yang ada sebelum ia tiada. Apakah kita mahu tunggu
sampai penyelamat datang dan bertanya "Anda Cina atau Melayu?", "Anda
UMNO atau PAS?", silap jawapan kita dibiarkan mati.
Sewajarnya, rakyat Malaysia
khususnya orang Cina yang tiba-tiba menjuarai politik dan semakin hari semakin galak menghina dan merendahkan
Melayu berfikir sejenak dan menjadikan nahas Bas semalam sebagai pengajaran
berguna. Hari ini nasib orang esok entah nasib kita. Hari ini kita kaya dan tidak
perlu Melayu esok mati entah sebaliknya.
Saranan
dan pesanan ini bukan
sahaja untuk Cina tetapi juga untuk Melayu dan India. Sama-samalah kita
menyahut seruan “Jom Ubah Diri” kerana ini Negara kita!!! Dan seharusnya
kita bersyukur kita di Malaysia walaupun ada kurangnya, sekurangnya
kita tidak dibiarkan mati kemalangan seperti di China.
Wednesday, August 21, 2013
SULTAN VS SYAITAN
Sultan dan Syaitan sebenarnya bermusuh. Syaitan amat
memusuhi Sultan kerana Sultan tidak membenarkan pemimpin pusat mahupun Negeri
samada BN atau PR menyentuh wang zakat. Lebih dari itu, Syaitan berasa sakit
hati apabila Sultan kebelakangan ini menjadi baik dan alim maka wujudlah orang
seperti Ustaz Wan Ji untuk menghapuskan Sultan.
Sejarah membuktikan orang Melayu terikat dengan sifat hutang
budi dan rendah hatinya. Banyak pihak melihat ia sebagai satu kelemahan, tapi
di dunia hambaNYA yang lemah ini, mana ada kelemahan tanpa kelebihan mahupun
kelebihan tanpa kelemahan? Sekurangnya, kerana sikap Melayu itulah Islam
sederhana yang hampir kepada ajaran Islam sebenar dapat diamalkan dan
diberjayakan di Malaysia dan bukan di bumi Arab.
Beraja di mata, bersultan di hati. Samada Raja ataupun
Sultan tidak ada dalam diri manusia. Ini amat berbeza dengan Syaitan, setiap
manusia Allah letakkan Malaikat dan Syaitan dalam dirinya kecuali Baginda SAW.
Justeru, mana-mana pihak yang menyamakan Manusia dengan Syaitan maka pastilah
kita siapa yang bercakap bagi pihak dirinya.
Sultan hanyalah manusia biasa dan disisi Allah ia tidak
mempunyai apa-apa keistimewaan dan kelebihan berbanding sesiapa waima peminta
sedekah.
Asal Sultan di Malaysia sudah pasti sejak Hindu bertapak di
Tanah Melayu ini dimana hanya ada Kuil Hindu sahaja baik di HinduNesia mahupun
Melayusia. Ada yang kata Sultan sebenarnya adalah Lanun yang mula mengutip
cukai jalan, cukai sungai, cukai tanaman dan sebagainya. Alhamdullilah melalui
beberapa kaedah, Islam berkembang di sini dan sudah pasti cara yang paling mega
dan perdana sekali adalah melalui pengislaman Sultan yang secara automatisnya
diikuti oleh rakyat jelata.
Disinilah datangnya Daulah dan Kiramah Sultan kerana pahala
yang dipikulnya amat besar sehingga tidak habis dimakan 7 keturunan. Bayangkan,
hanya kerana seorang Sultan memperakui Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan
Allah, Nabi Muhammad Rasul Allah, maka berjuta orang Melayu dan Indonesia Hindu
ketika itu memeluk agama Islam dan masih Islam hingga hari ini. Subhanallah.
Hari ini pewaris Sultan tidak mewarisi jawatan Sultan semata
sebaliknya mereka mewarisi amanah Allah kepada moyang mereka iaitu menjaga
agama Islam. Dalam banyak konteks, mereka tidak buat apa-apa kerana sistem pemerintahan
demokrasi tidak memberi apa-apa kuasa kepada Sultan sebaliknya kepada Parlimen,
Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Namun, dalam satu konteks, Sultan adalah
simbol sepertimana Kaabah merupakan Simbol perpaduan umat Islam. Kaabah bukan
sembahan tapi tempat suci itu dijadikan simbol oleh Allah SWT bagi menghadap
dan menyembahnya.
Simbol Sultan ini dikuatkan dengan pengawalan kuasa tentera
dimana sumpah dan taat setia TENTERA MALAYSIA adalah kepada Yang Dipertuan
Agung yang dilantik melalui sistem penggiliran beraja. Tentera tidak sumpah
taat kepada Perdana Menteri dan mana-mana individupun.
Sebaliknya, jika Sultan tidak ada dan Malaysia menjadi
republik, maka sumpah dan taat setia TENTERA MALAYSIA adalah kepada Presiden
dan masalah tetap timbul sepertimana yang terjadi di Iraq, Mesir, Pakistan dan
sebagainya.
Untuk rekod, sistem yang paling sempurna adalah sistem Islam
begitu juga hukum Islam. Namun, realitinya kita saksikan bagaimana hukum faraid
atau pembahagiaan harta pusaka memberi masalah kepada umat Islam, kerugian
berbilion ringgit dan juga pelbagai perkelahian terjadi. Mengapa??? Bukan salah
system dan hukum tetapi kerana manusia yang tidak betul. Sistem dan hukum Islam
sudah sempurnya manusia yang menjalankan yang tidak betul dan mendengar kata
SYAITAN bukan Sultan.
Justeru, apa jua sistem tidak akan menjadi sistem yang baik
waima Sistem dan Hukum Islam sekalipun jika umat Islam sendiri tidak amanah dan
betul. Bagi mengimbangi kuasa manusia yang tamak ini maka wujudlah Sistem Raja
Berparlimen yang menghalang Sultan beraja di mata, Parlimen bersultan di hati
agar kepentingan rakyat dapat dilindungi dan yang terpenting Islam dapat
ditegakkan dan SYAITAN dapat ditewaskan.
Tuesday, August 20, 2013
UTUSAN MELOYA 3 - Ulama Sunni atau Utusan Malaysia Syok Sendiri ?
UPDATE: Utusan berjaya mengimbangi artikel Ulama Sunni Syok Sendiri dengan 2 jawapan dari 2 kolumnis dan salah seorangnya ulama. Saya amat berharap kerosakan ini dapat dikawal kerana jelas dalam serangan Datuk Faris mengatakan Ulama Sunni Syok Sendiri dan Ustaz Kedai Kopi, di belah sini pula dapat dibaca kenyataan menyamakan Syiah dengan Yahudi! Lihat, jika kita dapat ketepikan soal siapa salah dan betul sekalipun, ketidakmatangan menyamakan orang yang kita tidak suka dan memberi gelaran, serang menyerang tidak membantu sesiapa malah hanya menambah parah pada barah. Itu baru forum utusan pun sudah terlihat ketidakmatangan dalam kenyataan, kalau di dialog, bolehkah orang Islam yang terlibat matang. Kalau di tulis, masa untuk menjelaskan ada dan masih boleh di baiki, kalau di dialog terlajak kata buruk padahnya. Dialog, debat bukan cara Islam. Orang Islam yang sibuk ajak berdebat adalah tidak Islam kerana ruang untuk musyawarah masih ada , lagipun Majlis Syura Khulafa Ar Rasyidin menggunakan pendekatan musyawarah bukan debat.
Saya bersumpah saya tidak pernah sakit hati dengan Utusan Malaysia ataupun Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Faris Abdul Halim mahupun penulis/wartawan En Zulkifli Jalil yang memberikan publisiti lebihan kepada Datuk Ahmad Faris atas sebab hanya beliau sahaja tahu.
Jauh sekali saya merasa cemburu kerana artikel saya tidak disiarkan Utusan Malaysia kerana ada juga disiarkan malah saya pernah dihubungi oleh Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Dato Zaini Hassan dan diberi kata semangat serta dorongan.
Justeru, UTUSAN MELOYA 3 ditulis bukan kerana emosi sebaliknya mahu menengahkan kelemahan ketara Utusan sebagai nadi pemikiran rakyat. Jika disebut nadi pemikiran rakyat, maka tajuk artikel "Ulama Sunni Syok Sendiri?" sebenarnya adalah artikel yang murah malah berbahaya kerana melakukan "hasutan senyap" keatas anak muda.
Dalam artikel tesebut, penulis yang tidak berapa muda, menjelaskan apa yang anak muda mahu, bukan apa yang anak muda perlukan?
Dalam konteks politik yakni dunia, apa yang anak muda mahu sudah diterjemahkan atas kertas undi tapi soalnya, apa yang mereka perlukan? Dunia yang lebih adil dan aman? Melayu bersaing tanpa kuota DEB? Cina mahu menjadi PM? Perkahwinan sejenis dibenarkan? Soal benarkah yang tersebut diatas apa yang anak muda benar-benar perlukan, hanya Allah sahaja yang tahu.
Tapi dalam konteks agama dan akhirat, baik orang tua lebih lagi orang muda tidak mempunyai hak untuk memilih! Orang muda tidak perlu ketarakan mereka mahu dakwah cara moden, kerana apa yang diperlukan mereka adalah Syurga yang kekal bukan nikmat dunia(bergelak tawa dalam ceramah) yang sekejap.
Anak muda Islam perlu pada Islam yang benar, walaupun ia bosan dan sedikit memaksa. Kerana Allah lebih tahu apa yang mereka perlu dan Allah tidak perlu peduli apa yang mereka mahu. Malahan jika dibandingkan dengan Penceramah India Zakir Naik, ia tetap menjadi ikutan anak muda dan tua tanpa gelak tawa dan humor jauh sekali menyerang dan memburukkan sesama ulama. Zakir Naik menjadikan ceramahnya menarik dan hebat dengan fakta samada dalam Islam ataupun fakta agama lain yang beliau perolehi dengan ilmiah.
Hasutan artikel ini atas anak muda amat jelas dengan berselindung disebalik kemodenan dan trend kononnya, ia mengajak anak muda mempunyai pemikiran globalisasi dan keterbukaan, hak serta kebebasan bersuara terhadap Islam. Maka tidak hairan makin banyak anak muda bertanya, Allah itu siapa, kenapa perlu sembah, kenapa perlu jadikan manusia kalau mahu dimasukkan Neraka, dan sebagainya.
Datuk Ahmad Faris juga boleh dianggap mengecam ulama sunni sebagai syok sendiri dan menggelar Ustaz sebagai Ustaz kedai kopi. Utusan Malaysia pula hanya mampu membentuk minda rakyat menghina dan tidak menghormati Ulama dan Ustaz, inikah yang dikata Utusan Malaysia Nadi Pemikiran Rakyat?
Dalam membentuk pemikiran rakyat, sebuah akhbar perlu mengelakkan dari menghina dan merendahkan gelar dan pangkat seorang manusia. Kita akui hari ini status Ulama, Ustaz, Tok Guru malah Mursyid diguna sesuka hati oleh mereka yang tidak layak, maka jelas, yang salah adalah si polan bin si polan bukan gelaran Ustaz dan Ulama yang dipakainya.
Seharusnya Utusan Malaysia membawa perjuangan menyedarkan rakyat membezakan gelaran dengan individu bukan menyokongnya pula. Perlu diingat, "imam" ada disebut dalam Al-Quran, dan perlukah kita menghina gelar "imam" semata-mata kerana perbuatan seorang darinya membaling selipar kerana hilang sabar? Cukuplah Malaysiakini menggelar Imam Selipar ataupun "Buddhist Surau", Utusan tidak perlu ikut kerana agenda Utusan melangkaui berita sensasi dan rating semata.
Sebagai anak muda saya layak menjawab saranan Datuk Ahmad Faris, seorang tua yang mengatakan beliau lebih tahu apa yang anak muda mahu dan bukan apa yang anak muda perlu dalam agama Islam.
Mari kita bertanya pada diri kita dan pada Allah, Apa yang akan kita dapat dari dialog terbuka Syiah Vs Sunni yang disarankan oleh Datuk Ahmad Faris, Utusan Malaysia dan sudah lama disambut oleh Dr Asri seorang wahabi?
Samada dialong Sunni Vs Syiah, Wahabi VS Sunni dan apapun, apa yang orang Islam akan dapat? Pergaduhan ataupun perdamaian? Perpecahan ataupun bersatu? Kefahaman ataupun kekeliruan? Jawapan yang jelas sudah ada di hadapan mata dimana bumi Arab bergolak dicemari darah Islam dibunuh Islam sendiri sejak wafatnya Baginda SAW hingga hari ini, apakah kita mahu membawa darah persengketaan itu ke bumi Allah Malaysia ini?
Pun begitu, saya ulangi pendirian saya menggesa pemimpin pihak berkuasa agama Negeri dan JAKIM berusaha meningkatkan modal insan muslim. Kuatkan iman mereka, taqwa mereka, solat mereka dan akidah mereka.
Semarakkan Masjid kembali melangkaui 10 malam dengan zikir dilidah mereka, kuatkan keyakinan mereka dibantu dengan suara yang keras mengucap syahadah. Cari jalan menjadikan lidah mereka menyebut Allah senantiasa, mulut mereka membaca Al-Quran, tangan mereka leka menyelak dan memahami terjemahan AL-Quran.
Dalam dunia tanpa sempadan internet ini, tidak ada gunanya JAKIM menghalang dan menekan fahaman selain Sunni kerana orang Islam Malaysia dengan mudah boleh mendapatkannya dari internet tanpa dihalang sesiapa, dan tanpa dipantau. Benarlah kata Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir, inilah harga kebebasan yang kita mahukan, kebebasan mengakibatkan lebih ramai orang Islam tersasar dari siratul Mustaqim.
Hanya dengan solat, dengan iman, dan hanya dengan pertolongan Allah sahaja dapat menyelamatkan umat Islam dari terus berpecah dan bukannya dengan perbandingan untuk membuktikan A lebih baik dari B dan sebaliknya. Wallahualam.

Saturday, August 17, 2013
KALIMAH ALLAH : CONTOHI AJARAN KETUA SAMI MALAYSIA
Menjadi Ketua bukan mudah, lebih menakutkan kebanyakan ketua
hari ini tidak layak menjadi ketua. Kebanyakan mereka(ketua) dipilih bukan
kerana kualiti kepimpinan jauh sekali pengetahuan.
Ketua bukan sahaja perlu tenang, berpengetahuan dan bijak
malah harus mampu membimbing pengikutnya dalam waktu sukar dan dalam tekanan.
Antara semua tokoh dan Ketua Agama di Malaysia, saya paling mengagumi
Ketua Sami Malaysia yang telah menunjukkan tauladan dan contoh yang baik kepada
kita semua tanpa mengira agama.
Sekalung tahniah juga harus diberikan kepada Sami-Sami yang
lain yang sekata dan tidak membuat kenyataan yang boleh mencetuskan perpecahan
di kalangan pengikut Buddha. Mereka berjaya memimpin pengikut mereka melalui
tauladan, contoh, perilaku dan kata yang baik tanpa perlu menghina, mengeji,
mencaci, memfitnah dan memutar belit.
Dalam isu kalimah Allah, seharusnya penganut Kristian
belajar mencontohi ajaran Ketua Sami Malaysia bahawa adalah mustahil membina
kegembiraan diri sendiri dengan mengganggu dan menghancurkan kegembiraan orang
lain.
Saya juga ingin cadangkan Namewee belajar mendalami agamanya
sendiri dengan Ketua Sami Malaysia.
Sebagai orang Islam, apa yang dikata oleh Ketua Sami Malaysia tersebut sebenarnya juga diperintahkan oleh Allah dengan jelas dalam Al-Quran malah ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW dalam Perjanjian Hudaibiyah.
Umat Islam dan Tokoh Islam Malaysia terutamanya dalam
politik harus malu dengan karisma Ketua Sami Malaysia dan Ketua Sami lain yang
tidak berbalah dalam isu ini justeru mengelak dari mengejar populariti murahan.
Saya percaya, jika ada Sami yang tidak bersetuju dengan Ketua Sami Malaysia,
mereka lebih matang dengan memilih untuk berhujah secara bersemuka dan bukannya
menyerang satu sama lain melalui media seperti yang diamalkan kebanyakan Ustaz,
Penceramah dan Bekas Mufti.
Akhir sekali, saya merayu kepada Saudara dan Saudari
seagama, fahami dan dalamilah Al-Quran sedalam-dalamnya dan elakkan ketaksuban.
Semua kebaikan yang ada didunia termasuk yang ditunjukkan oleh Ketua Sami Malaysia ada diajar oleh Baginda Rasulullah SAW dalam Al-Quran. Syaratnya, usah kita malu mengakui kelemahan diri dan ikhlaskan belajar kerana Allah,
kerana sifat penyayang Allah(Ar-Rahim) luas meliputi setiap inci isi dunia
termasuk kepada Bukan Islam(Ar-Rahman). Ingatlah kasih baginda SAW yang mahu umatnya bersatu, Ummati, Ummati, Ummati.
Wednesday, August 14, 2013
CERAI PERKARA YANG DIBENCI ALLAH
Cerai bukan pilihan!!!
Semasa saya diijabkabulkan oleh Tok Kadi yang diwakilkan oleh Ayah Mertua, saya ditarbiah dahulu oleh beliau,Haji Dahnil Sikumbang bin Mardani.
Ijab dan kabul katanya adalah dia menyerahkan tanggungjawab dan amanah ALLAH kepadanya, seorang anak perempuan, kepada saya. Saya, dengan ini, bersetuju mengahwini anak perempuannya dan mengambil alih tanggungjawab yang terbeban atasnya dari ALLAH samada dari segi dunia mahupun akhirat.
Dengan konteks semudah itu, bolehkah seorang bapa menceraikan anaknya yakni melepaskan tanggungjawab mendidik dan menanggung dosa anaknya? Jika tidak, bagaimana seorang suami boleh menceraikan seorang wanita yang diwarisi dari bapanya?
Cerai adalah jalan terakhir yang Allah sediakan bagi mengelak dosa yang lebih besar.
Cerai itu sendiri dosa besar dan lebih lebih besar apabila ia dijadikan jalan mudah yang terakhir.
Lebih 90% kes penceraian adalah salah lelaki kerana tidak memikul amanah ALLAH kepada seorang bapa yang diserahkan kepadanya.
Menjadi suami juga seorang bapa kepada isteri. Mendidik dan membimbing. Tetapi kebanyakan suami tidak mampu membimbing dirinya sendiri dengan cara dan jalan yang betul apatah lagi satu amanah ALLAH.
Selepas keadaan dan masalah meneruk dan tidak boleh diselamatkan dengan mudah, lelaki mengambil jalan mudah memukul, dan kemudian menceraikan isteri. Logiknya, atas kesalahan demi kesalahan, atas kesempatan demi kemudahan, atas kenikmatan demi kepuasan yang suami atau lelaki miliki, mereka tidak boleh langsung membuang ego dan menyelamatkan perkahwinan mereka.
Jalan paling mudah yang lelaki ambil adalah cerai dengan alasan paling popular, sudah ketentuan Allah. Ketentuan Allah sudah tertulis namun usaha kita tetap menjadi penimbang hukuman kita di akhirat kelak.
Ingatlah, cerai hanya satu pengakhiran kepada episod dosa, kegagalan sebagai pemimpin rumahtangga dan pengabaian yang panjang. Cerai perkara yang dibenci ALLAH. Sayangi ALLAH, buang segala ego, akui kelemahan sebagai suami dan rayu serta rebutlah peluang kedua.
Akhir sekali saya ingin berkongsi pesan Arwah Abah kepada saya, berkasih biar seribu, bercinta biar satu, kekasih biar seribu, cinta biar pada yang satu.

I.S.A, C.I.N.A dan P.I.S.T.O.L
Tiada saling kait antara I.S.A, C.I.N.A dan Pistol langsung dalam apa jua bentuk. Perkataan yang mungkin muncul apabila berbicara tentang tiga perkara ini adalah “gangsterisme”. PISTOL menjadi lambang kekuatan jenayah, ISA digunakan untuk membendung kegiatan jenayah sebelum ia dilakukan manakala Cina pula tidak dapat dipisahkan dengan dunia gelap mereka.
Saya sedia didakwa atas fakta yang saya pelajari dari Subjek Sejarah di bangku Sekolah dahulu dimana kedatangan kaum Cina dari Tanah Besar China ke Tanah Melayu disusupi oleh kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San yang meneruskan permusuhan dan dendam mereka di sini. Malahan, dalam filem-filem realiti Holywood mengenai Chinatown dan filem keluaran China dan Hong Kong juga jelas menceritakan betapa kongsi gelap, gangster dan underworld amat sinonim dengan masyarakat, perniagaan dan sebahagian anggota politik dan kerajaan.
Di Malaysia, orang Cina disini baik-baik belaka dan bersatu serta membantu pihak berkuasa dalam memerangi kegiatan jenayah tanpa mengira warna kulit. Pun begitu, perkataan baik dan ikrar membanteras jenayah sahaja tidak dapat menghilangkan rasa khuatir dan bimbang rakyat Malaysia atas kejadian “hit and run” samada menggunakan pistol apatah lagi bom.
Hari ini nasib orang entah esok kita pula yang ditembak mungkin di bom Persoalannya, selepas ISA yang ditafsirkan sebagai “preventive detention law atau undang-undang mencegah jenayah sebelum ia dilakukan” dimansuhkan - sumber http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_Security_Act_(Malaysia), bagaimana undang-undang sedia ada mampu menghalang kejadian jenayah sebelum ia dilakukan, bukan selepas ia dilakukan?
Anak saudara saya, Ukashah, berumur 12 tahun bertanya, mengapa kini semakin banyak kejadian tembak di Malaysia. Saya jawab, kerana ISA dimansuhkan. ISA adalah satu akta yang membenarkan polis menggunakan alasan keselamatan untuk menahan seorang “suspek” sebelum “suspek” melakukan jenayah bagi tempoh lebih dari 24 jam,malahan lebih dari tempoh maksima reman yang dibenarkan Mahkamah iaitu 14 hari. ISA boleh menahan seorang suspek selama 60 hari, dan Menteri boleh melanjutkan kepada 2 tahun.
Ukashah bertanya lagi, bagaimana dengan Anwar Ibrahim. Saya tersenyum kerana inilah kuasa persepsi politik sehinggakan budak berumur 12 tahun pun percaya persepsi ISA adalah akta untuk memenjarakan Anwar Ibrahim dan pembangkang. Walaupun hanya sekadar 1% tahanan ISA merupakan ahli politik, tetapi ISA dikecam zalim sedangkan 99% tahanan ISA yang lain adalah penjenayah tegar.
Saya bertanya pada Ukashah, apakah kita mahu mengharamkan pisau digunakan didapur semata-mata kerana 1% pisau digunakan untuk membunuh? Mungkin benar ada berlaku salah guna ISA, sewajarnya hukum pelaku salah guna tersebut, tetapi jangan dihukum “pisau” yang membawa banyak kebaikan itu.
Akhbar Harian Metro muka 17 Kolum Setempat pada 14 Ogos 2013 melaporkan seorang bekas tahanan EO atau ISA yang dibebaskan tahun lepas tidak serik menyamun rumah. Fakta jasa ISA menahan beribu penjenayah tegar sebelum mereka bertindak lebih jahat tidak boleh ditolak walaupun sering disembunyikan.
Untuk rekod, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo pada tahun 2007 pernah mendesak Menteri Dalam Negeri ketika itu, Dato Seri Hishamuddin menjawab dakwaan laporan PBB yang mengatakan sejumlah 1500 penjenayah tegar ditahan di bawah ISA tanpa dibicarakan antara tahun 2003-2007.
ISA tidak digunakan untuk menahan tanpa bicara orang politik sahaja tetapi juga untuk menahan beribu penjenayah tegar.
ISA harus diharamkan keatas golongan politik tetapi wajib digunakan keatas golongan penjenayah tegar.
Malangnya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak ISA dimansuhkan buruh padahnya.
Atas permintaan kebanyakan rakyat yang menjadi nadi perjuangan parti politik Cina, ISA dimansuhkan pada tahun 2012.
Jika agenda parti Cina ini mahu memansuhkan ISA benar-benar demi hak bersuara dalam politik maka sewajarnya ISA dimansuhkan hanya keatas golongan politik sahaja tetapi sebaliknya mereka menuntut ISA dimansuhkan sepenuhnya waima untuk penjenayah tegar.
Apakah parti mereka sudah disusupi oleh anasir “Ghee Hin dan Hai San” tanpa mereka sendiri sedari yang mahu aktiviti jenayah kembali rancak dan bebas.
Kerajaan yang baik hanya boleh dicapai kerana rakyatnya yang baik. Manakala Kerajaan yang huru-hara terjadi kerana rakyatnya menuntut perkara yang tidak baik untuk mereka.
Selepas ISA dimansuhkan setahun lalu, dan kebetulan selepas PRU 13 kejadian tembak semakin menjadi. Pistol kini dikatakan semurah RM 500 dan boleh dibeli di mana-mana lorong gelap. Ada pendapat liar yang mengatakan kerana Cina sudah memegang kuasa politik dan mengukuhkan lagi kedudukan mereka di sebuah Negeri, maka gangsterisma yang sering dikaitkan dengan Cina sudah bertapak kukuh disana. Logiknya ada, kerana kebanyakan kes “hit and run” ini terjadi di belah sana dan di kawasan bersempadan dengan Thailand yang sememang terkenal dengan kemudahan senjata api.
Penguatkuasaan memerlukan lebih dari bukti untuk bertindak bukan sahaja pada pencabul undang-undang tetapi juga terhadap penguatkuasa undang-undang yang korup. Bayangkan satu hari nanti, jika Ali ditahan kerana disyaki menyeludup masuk bom nuklear yang hanya boleh diaktifkan oleh suaranya tetapi kerana polis tiada bukti beliau memiliki bom tersebut, polis hanya boleh menahan beliau untuk 24 jam sahaja. Apa akan terjadi selepas beliau bebas?
I.S.A, C.I.N.A dan PISTOL memang tiada kaitan. Tetapi gangsterisma hanya boleh dbendung dengan lebih berkesan jika ISA dikembalikan pada polis untuk menangkap penjenayah tegar sahaja. Jika tidak percaya pada Kerajaan Malaysia tidak mengapa, tanyalah pada Kerajaan Singapura dan Amerika.

Surat Terbuka Untuk Namewee
YO Bro! Whats Up!
Mungkin ayat di atas melayakkan saya mendekati dan berkawan dengan anda sepertimana yang berjaya dilakukan beberapa individu, artis dan juga Menteri Melayu. Tetapi, saya orang Melayu. Jika saya mahu berkawan saya akan gunakan pendekatan Melayu kerana perlembagaan Malaysia jelas mengatakan Bahasa Kebangsaan kita adalah Bahasa Melayu.
Saudara Namewee,
Saya berharap agar anda sihat dan bahagia dengan kehidupan anda sekarang. Walaupun anda pernah menghina agama Islam dengan cara anda, menghina lagu Negaraku dengan RAP anda, menghina bendera Malaysia bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati anda dan sebagainya, anda tetap hero dan idola kepada kaum anda. Ini jelas terbukti melalui filem arahan anda yang box-office selain mendapat sokongan daripada korporat Cina serta penggiat industri filem Cina.
Pada Ramadan tahun ini, selepas lebih enam tahun anda menghina Islam, Melayu dan Malaysia, seperti yang kami jangka, didikan dan hasutan anda kepada jutaan Cina lain khususnya anak muda remaja yang lain telah berjaya. Alvin dan Vivian hanya merupakan dua orang daripada berjuta apprentice anda yang akan meneruskan legasi 'rasis jahat' anda.
Sebagai anak ibu Cina, saya mengaku ibu saya mempunyai sikap perkauman yang kuat kepada bangsanya iaitu Cina. Namun ibu juga mendidik saya agar saya juga bangga dengan kaum saya sama ada Melayu atau Cina, dengan menjadi seorang 'rasis baik' yang menghormati hak dan perasaan kaum lain.
Tidak seperti anda Namewee, anda sebaliknya dididik ibu anda untuk berbangga menjadi 'rasis jahat' yang hanya menghormati hak dan perasaan kaum anda sahaja dan menghina hak dan perasaan kaum lain.
Saudara Namewee,
Saya berdoa kepada Allah agar anda diberi kesihatan dan nyawa yang panjang. Hidayah jika itu kehendakNYA. Saya amat berdoa agar anda terus hidup untuk menyaksikan kesan daripada satu tindakan anda. Tindakan yang pada anda mudah, senang dan heroic tetapi kesannya panjang dan amat mudarat kepada rakyat Malaysia yang bakal didiami oleh anak cucu anda.
Sejarah Wikipedia mencatat anda sebagai ahli seni yang berjaya dan tidak langsung menceritakan yang anda meminta maaf kepada rakyat Malaysia bagi mengelak tindakan ke atas anda. Tetapi saya pasti, sejarah akan mencatat anda sebagai pencetus utama kepada hubungan serta keharmonian kaum di Malaysia.
Terma ini amat dibanggakan anda buat masa ini kerana anda akan terus dianggap hero oleh kaum Cina.
Walaupun Buddha mengajar penganutnya berdamai dan menghormati hidupan lain waima semut, maka jelaslah ramai penganut Buddha seperti anda sudah banyak terpesong daripada ajaran Buddha. Saya katakan anda terpesong kerana saya pernah membaca 'kitab' rakan Cina saya, seorang Buddha SGM. Jelas ajaran Buddha adalah baik hati, baik tutur, baik makan, baik badan, baik nafas, baik penglihatan dan baik segala yang ada di dunia.
Mungkin bila anda mati Buddha akan mengecilkan anda kerana memesongkan pemikiran serta mengotorkan hati penganut Buddha Malaysia.
Saudara Namewee,
Apa jua kepercayaan agama kita, kita semua tidak dapat lari daripada hukum alam. Kita akan tua, akan berkahwin, akan mempunyai anak dan akan mati.
Pada masa itu, anda mungkin masih tidak akan menyesal walaupun berjuta orang Cina dikotori jiwa mereka oleh anda, dihina tamadun dan nilai bangsa Cina yang sopan oleh bahasa kesat anda.
Anda sudah pasti tidak menyesal walaupun beratus Melayu Islam ditangkap polis kerana marahkan anda serta anak-anak didik anda. Jauh sekali anda tidak akan peduli walaupun berjuta Melayu terus dihambat masalah nilai maruah kerana tiada tindakan diambil terhadap anda dan banyak lagi kesan yang anda tidak pernah fikir, jauh sekali menyesal.
Tindakan anda pada masa lepas telah mengakibatkan pelbagai masalah kepada berjuta orang. Saya pasti agama anda mengajar anda nilai kemanusiaan tapi mungkin anda bukan seorang penganut agama yang baik. Sebagai rakyat Malaysia, saya memberi anda jaminan, saya dan ramai lagi akan mengingati anda sebagai punca kepada 'segalanya'.

Subscribe to:
Posts (Atom)