ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, April 20, 2012

SYIAH - PANDANGAN SAYA

Izinkan saya mengulas mengenai Syiah kerana ia semakin menjadi perbualan hangat di Malaysia sejajar dengan perkembangannya yang pesat di sini.

Syiah sudah pun wujud sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. Diceritakan, setengah Syiah mempercayai semasa Malaikat "menculik" Muhammad kecil untuk dibelah dadanya dan dibersihkan hatinya, Muhammad kecil sedang bermain dengan sepupunya iaitu Ali bin Abi Talib. Maka, mereka mendakwa, Malaikat tersilap sedangkan ALLAH mengarahkan mereka "menculik" Ali dan bukan Muhammad.

Sesungguhnya, perancangan ALLAH lebih besar, Muhammad diangkat menjadi Rasul pada usianya 40 tahun, dan Ali menjadi sepupu, menantu, anak, sahabat dan kekasihnya.

Syaitan pula berusaha melakukan pelbagai angkara sehinggalah Saidina Ali sendiri dibunuh oleh pengikutnya(maafkan saya jika tersalah fakta, ini yang diberitahu pada saya), dan kemudian giliran Hassan dan Hussin. Sehingga hari ini, Syiah terkenal dengan sifat "extreme" mereka dalam beragama. Permusuhan Syiah dan Sunnah berlarutan ke zaman Umaiyah, Sumaiyah sehingga ke hari ini.

Saya juga pernah membaca dimana-mana, dalam satu Hadis Sohih, Allah SWT berfirman, biarkan mereka dengan cara mereka menyembah AKU. Begitu juga Hadis Sohih yang mengatakan satu jalan sahaja yang ke Syurga iaiatu Sunnah Wal Jamaah. Semua Hadis Soheh ini digunakan untuk menegakkan pendapat masing-masing. Ramai mempersoalkan kebenaran Hadis-hadis ini kerana sohih tidak bermakna ia tidak boleh dipersoalkan apatah lagi ia mungkin sohih pada masa itu tetapi sudah diubah pada hari ini secara sengaja atau tidak sengaja. Wallahualam.

Keras pegangan saya, sesungguhnya Rukun Iman yang nyata itu hanyalah Al-Quran dan bukan Hadis, Guru, Ibu Bapa dan lain-lain, maka saya seharusnya kembali pada Al-Quran dan memahaminya dengan hati bukan dengan akal, sudah tentulah dengan bimbingan mereka yang lebih arif. Saya mencari dan mendambakan Guru yang boleh mengajar saya memahami Al-Quran dengan hati dan beriman pada Allah tanpa Al-Quran. Kenapa tanpa Al-Quran, kerana tertib rukun Iman pertama adalah beriman pada Allah dan Al-Quran adalah tertib yang ketiga. Mudah-mudahan saya dan anda dirahmati ALLAH untuk mencari jalan padaNYA.

Pada naluri saya, saya mempercayainya dan saya menghormati ahli Sunnah Wal Jamaah, Syiah, Wahabi, Maliki, Hambali, Hanafi, Syafie, sehinggalah kepada Tarekat(Jalan) Nasyabandiah, Samaniah, Satariah, Muhamadiah, Ahmadiah, Wahabi, Tabligh dan lain-lain. Asalkan mereka mengucap, bersembahyang, berpuasa, membayar zakat, menunaikan haji, beiman pada ALLAH, beriman pada Malaikat, beriman pada Al-Quran, beriman pada Rasul, beriman pada hari kiamat dan beriman pada qada dan qadar.

Saya tidak berhak menahan jauh sekali mengambil tugas ALLAH mengatakan A, B, C mahupun Z sesat dan saya seorang sahaja yang tidak sesat, orang lain dari saya semua sesat. Dan saya pohon pada ALLAH agar tidak menjadikan sifat tersebut pada saya kerana saya yakin, dalam pencarian kita kepada ALLAH menggunakan apa jua cara sekalipun termasuk A-Z, selagi kita berpaksi kepada Rukum Iman dan Rukun Islam, maka ALLAH jualah hakim yang maha bijaksana.

Biarlah kita berbeza dengan jutaan pendapat dan jalan, tapi dengan Rukun Iman dan Rukun Islam yang satu.

Justeru, seperti muslimin dan muslimat yang lain, saya menjadi hairan dengan permusuhan antara orang Islam sehingga membawa kepada tahap saling membunuh. Ambillah pendirian, kita mahu akal menguasai hati atau sebaliknya. Kita mahu nafsu menguasai akal, atau sebaliknya. Kita mahu hati menguasi akal dan nafsu atau sebaliknya.

Jika kita amati maka jelaslah kita semua ini terjadi hasilnya janji Syaitan pada ALLAH untuk memenuhkan neraka dengan anak ADAM, untuk memesongkan umat Muhammad dan untuk membuktikan ALLAH itu salah dengan membuatkan manusia yang ALLAH muliakan dari semua makhluk menjadi sehina-hinanya, menjadi lebih hina dari binatang yang mengenal kasih sayang pada saudara, mengenal jantina dan mengawal nafsu dan berbunuhan hanya untuk makan sahaja dan bukan untuk nafsu.

Maka tahap permusuhan Syiah dan Sunnah hari ini adalah hasil perancangan Syaitan sejak kegagalan Perang Salib. Dengan jentera dan peralatan perang yang jauh lebih baik, Kristian tetap tidak boleh memenangi Perang Salib sehingga ke edisi yg berbelas-belas(berlainan-lainan mengikut sumber yang ada).

Sebabnya satu sahaja iaitu orang Islam berjuang untuk ALLAH walaupun dalam mati, justeru walaupun angkatan Tentera Kristian menggunakan senjata api dan orang Islam menggunakan panah dan pedang,  Islam tetap tidak dapat dikalahkan. (Tolong jangan berfikiran Kristian lebih pandai menemui senjata, kerana berpuluh tahun sebelum masa itu cendekiawan Islam telahpun menghasilkan api, percikan, bom, tekanan dan lain-lain, tapi mereka tidak gunakan untuk melakukan kerosakan. Semasa Perang Salib bermula, serangan pertama dilakukan keatas Pusat Ilmu org Islam kerana mereka mahu merampas semua buku dan ilmu, membunuh cendekiawan dan membakar sehingga hangus segalanya, maka dengan buku dan Ilmu yang mereka curi, lahirlah pistol bom dan lain-lain)

Hari ini asap mahupun bau Perang Salib sudah pun hilang sepenuhnya. Tetapi, adakah kita orang islam berfikiran Perang Salib sudah berakhir. Hari ini, kita berkawan dgn orang Kristian, malahan kadang-kadang kita mengagumi sifat mereka. Namun, kesulitan memahami perancangan Syaitan merosakkan Iman dan menyesatkan orang Islam tidak semudah itu untuk difahami jauh sekali disedari.

Perang Salib sudah berakhir bagi orang Islam kerana Islam mengajar mereka mencari keredhaan ALLAH dengan tidak memusuhi sesiapa. Tetapi sebaliknya pada Kristian, Perang Salib tidak pernah berakhir.

Melalui agenda budaya, hiburan, globalisasi, ekonomi, teknologi dan pelbagai lagi, Freemason dan "underworld movement" lain senantiasa merangka strategi melemahkan iman orang Islam terhadap ALLAH.
Untuk mengalahkan Islam, Kristian sedar mereka perlu mengkaji Al-Quran dan kini tahulah Kristian bahawa orang Islam suka berbalah menegakkan pendapat mereka masing-masing, mereka gagal kembali pada Rukun Iman dan tertibnya.

Dengan menggunakan pihak yang "extreme", Kristian menaja pergerakan ini menggunakan taktik "divide and conquer". Adakalanya mereka berpihak pada Syiah dan menaja peperangan ke atas Sunnah. Dan adakalanya, mereka kembali berpihak pada Sunnah dan menaja senjata untuk berperang dengan Syiah.

Mereka gerakkan pelbagai siri keganasan, agar dendam yang membara terus membara dan tidak mungkin padam. Ini jelas dilihat apabila orang Islam yang mengaku beriman pada Allah bersorak apabila "Saudara Islam" mereka dibunuh dan dihina jasadnya yang sudah menjadi milik Allah seperti Saddam dan Muammar Gadaffi.

Bukan setakat perang, Kristian secara sembunyi membantu fahaman kecil dan extreme Syiah dan Sunnah ini untuk dikembangkan. Untuk rekod, Syiah sendiri bertelagah sesama Syiah begitu juga Sunnah. Sunnah yang sampai di Malaysia tidak dapat dipastikan dari salur yang mana, yang pasti kuasa Sultan pada masa itu telah melahirkan Islam yang lebih tertib dan penuh adab dan sopan di jiwa penganut Islam di Malaysia khusunya orang Melayu. Syiah yang sampai di Malaysia juga tidak dapat dipastikan dari salur mana, yang pasti ia dibawa balik oleh Pelajar Malaysia yang belajar ke sana sejak zaman sebelum merdeka sehingga hari ini dan di dakwahkan secara halus, sembunyi dan perlahan-lahan seperti dakwah Rasullullah SAW di peringkat awal.

Hari ini, Syiah mendapat nafas baru untuk bertapak di Malaysia hasil dari pertelagahan Ulama Sunnah sendiri. Syiah mendapat tempat di hati orang Islam Sunnah di Malaysia yang jelak dengan kekeliruan agama yang timbul dan dibiarkan berlarutan serta mereka menyampah menyaksikan pertelagahan antara Ulama Sunnah yang dibuat secara terbuka.

Pada era internet, dengan kuasa internet, dunia tanpa sempadan dan kebebasan bersuara dalam dunia maya, wajarkah kita ahli Sunnah terutamanya barisan Ulama Sunnah menolak Syiah lagi?

Samada suka atau tidak, Ulama-ulama sunnah boleh mengekang, menangkap, menggangu ceramah, menahan, menghina, memusuhi, menjatuhkan hukum, atau apa sahaja cara untuk menyekat kemaraan Syiah di Malaysia, tetapi orang Islam di Malaysia tetap dapat mengikuti ceramah dan dakwah Syiah di internet.

Kalau dahulu pada zaman tiada internet, Kerajaan mengharamkan semua aktiviti Tarekat dan menangkap Guru-guru mereka bagi mengawal akidah umat Islam dari dipesongkan. Sekeras itu kawalan sekalipun, masih banyak ajaran sesat yang membelakangi Rukun Iman dan tidak mengamalkan Rukun Islam, apatah lagi di zaman internet ini.

Peluang bepuluh tahun golongan Sunnah berkuasa di Malaysia sepatutnya digunakan sebaiknya untuk menanam Iman dalam jiwa umat Islam. Menanam Iman bukan semudah menanam ilmu teknologi dan sains, ia amat susah dan sukar. Jangan dipersalahkan sesiapa, kerana dalam baik itu ada buruknya, dan dalam buruk itu ada baiknya.

Pada pandangan saya, kini Sunnah di Malaysia sudah mempunyai saingan yang benar-benar kuat iaitu Syiah. Kuat kerana internet dan didukung oleh banyak Negara Anbiya.

Dengan itu, Kerajaan Malaysia yang majoritinya mendokong Sunnah hanya mempunyai dua pilihan sahaja.

Yang pertama, menyekat kebebasan atau menapis isi kandungan Internet.

Yang kedua, Kerajaan tidak lagi mengekang mana-mana fahaman dan ajaran asalkan mereka ini berpaksikan Rukun Iman dan mengamalkan Rukun Islam. Sepertimana yang saya kata sebelum ini, hak menjatuhkan hukum Neraka dan Syurga, sesat dan tidak sesat adalah hak ALLAH sahaja. Asalkan kita berpaksi pada Rukun Iman dan mengamalkan Rukun Islam, selebihnya diserahkan kepada kebijaksanaan dan kasih sayang Allah.

Pilihan yang kedua ini lebih sesuai kerana internet masih bebas. Dari dibiarkan Umat Islam Sunnah dari Malaysia terkapai-kapai dibalun dan di "mislead" oleh Rakan mereka dari bukan Sunnah, sudah masanya barisan ulama Sunnah menumpukan segala tenaga, kerja dan masa untuk menyaingi ibadat umat Islam yang lain.

Ini bukan lagi zaman sumber media yang satu, jika media itu kata putih, maka putihlah. Zaman ini, kalau media kata putih, Internet kata hitam, kelabu, oren, dan orang Islam pula akan pilih yang mana lebih menawan dimata mereka.

Ahli Sunnah yang masih menguasai jentera Kerajaan diharap menukar pendekatan, kerana pendekatan menyekat dan memusuhi ini menimbulkan lebih banyak kekeliruan pada Umat Islam. Hasilnya umat Islam terutama remaja cenderung untuk kembali pada kitab mereka iaitu Al-Internet dan Ulama mereka Ustaz X Al-Facebook.

Dari disekat fahaman ini, adalah lebih baik kita bersaing dengan mereka, perbanyakkan program ilmu, program Islam, bukalah pintu masjid dan Surau seluasnya sehingga larut malam, jelaskan dengan cepat, tepat dan rapat, semailah Rukun Iman dan Islam dari kecil, perluaskan KAFA dan PAFA ke Masjid dan Surau luar Sekolah, perbanyakkan pertandingan antara Sekolah Agama, penuhi pentas utama kawasan tumpuan dengan pendekatan lebih mesra, banjiri papan Iklan dengan kalimah-kalimah Allah dalam bahasa yang lebih mudah menembusi hati, benarkan rumah-rumah persendirian mengadakan Majlis Agama, dekati golongan ini, dan pelbagai lagi usaha yang perlu.

Jika Kerajaan yang dikuasai Ulama Sunnah Wal Jamaah masih tidak mahu mengakui perkembangan Kitab Baru Al-Internet dan Guru Al-Facebook, maka kesannya yang dilihat hari ini melalui komen, artikel dan dakwah dalam Internet boleh melarat ke dunia sebenar dan akhirnya Malaysia akan terjebak sama dalam persengketaan dan perang Saudara antara Umat Islam seperti yang terjadi di bumi Arab.

Apakah kita hanya mahu bertindak selepas pembunuhan pertama perselisihan agama terjadi? Atau kita mahu mendidik umat Islam dan kemudian meyakini mereka memilih apa jua jalan kepada Allah asalkan ia berpaksi kepada Rukun Iman dan mengamalkan Rukun Islam. Allah bersama mereka yang ikhlas mencari jalan yang benar.

3 comments:

Anonymous said...

Sial punya pengikut Syiah

Anonymous said...

blogger yg komen ni wat research x psl syiah?tgk x video2 dan alert x dgn berita ttg syiah..da trsebar dan nmpk dpn mate,btpe sstnyer mereka sehingga sanggup mengagungkan Saidina Ali dan Imam 12 dan menghina sahabat Baginda..puak Syiah lgsg xboleh diberi muka sbb mrk mmg sesat..mrk tidak mengikut mazhab 4..Imam Syafie,Hanafi,Maliki dan Hambali..before u talk and post something,please do some research because your opinion will influence others that will no know about Islam properly..fahaman Syiah tiada dlm agama Islam dan mereka sgt menyesatkan..sanggup membunuh dan menghalalkan darah umat Islam yg lain tnpa belas kasihan.. cuba kita lihat umat Islam di Syria.apa jd dgn mereka..ahli Sunni dibunuh..60,000 org mati syahid lbh ramai dari syahidnya umat Islam di Palestin dlm mase yg singkat..dan satu lg yg anda perlu tahu..pemerintah kita sepatutnyer perlu mengekang ajaran Syiah krn fahaman ini totally merosakkan akidah umat Islam..and i remind you again..sebelum menulis atau memberikan pendapat,sila buat research atau cari maklumat dan faham ajaran Islam itu bagaimana yg sebenar2 ajarannya..hidup kita berpaksikan AL-QURAN dan AS-SUNNAH..kena ingat tu..peringatan utk sesama Muslim dan diri sendiri juga..wallahua`lam..wassalam

Anonymous said...

saya sarankan anda tgk video dari ustaz nazmi karim..beliau pernah menuntut di Syria dan tau ttg perkembangan Syiah di sana..Bashar Al-Assad,presiden Syria dijadikan sbg tuhan oleh penganut Syiah di sana..that will ever not be accepted until hereafter..segala yg buruk dari hamba Allah yg hina ini,segala yg baik dtg dari Allah `azza wa jalla..