ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, April 15, 2012

RASIS ADALAH SIFAT MULIA


Namewee bukan seorang rasis dan saya tidak pernah mendengar barang seorangpun rakan Cina mengatakan Namewee adalah rasis. Perlakuan bbwee ini menghina kaum lain tidak apa, tetapi apabila saya mengecam Mariam Mokhtar berderet-deret orang Cina mengatakan saya rasis.

Jika ada pemuda Melayu yang berbuat seperti Namewee sudah tentulah beliau akan digelar rasis yang amat hina dan dikenakan tindakan berat mengikut perlembagaan sehingga dibenci kaumnya sendiri.

Jahanamlah PHD Melayu.

YA! Saya adalah seorang rasis dan rasis mengajar saya melindungi ahli keluarga saya, mengutamakan masyarakat kejiranan saya, mendahulukan agama saya dan sudah tentu akhir sekali kaum saya.

Saya bangga menjadi seorang moderate rasis yang tidak menghina kaum lain seperti bbwee.

Hakikatnya, kita semua termasuk yang bijak pandai tidak sedar kita telah dimanipulasi oleh pihak tertentu agar memandang hina dan jijik pada perkataan rasis dan memandang tinggi dan mulia pada perkataan globalisasi.

Agenda kawalan minda ini dilakukan oleh pihak tertentu agar sesebuah Negara huru hara, agama terlibat sama dalam persengketaan dengan tujuan menimbulkan kekacauan. Apabila kekacauan berlaku, angkatan perang tentera lengkap bersenjata canggih akan diperlihatkan sebagai Utusan Tuhan untuk menyelamatkan manusia di Negara yang bergolak. Mereka sengaja membuatkan kita fikir orang lain rasis dan kita memusuhi orang lain kerana rasis itu kononnya hina.

Rasis sebenarnya adalah sifat semulajadi manusia. Dilema Melayu berasa amat takut dan hina menjadi rasis kerana Melayu adalah kaum yang lembut hatinya. Kita tidak pernah mendengar Melayu dengan bangga berkata, “YA, Saya seorang rasis!” Sedangkan kaum bukan Melayu bangga mengamalkan rasis melalui perbuatan mereka. Lihatlah senarai mereka yang rasis;

1)  Mereka ada Sekolah kaum mereka yang bertutur dan belajar dalam bahasa mereka

2)  Mereka hanya mahu mengambil pekerja dari kalangan kaum mereka sahaja

3)  Mereka hanya melantik kaum mereka menggangotai pengurusan Syarikat mereka

4)  Mereka hanya menyimpan duit, membeli insurans dari bank milik kaum mereka sahaja

5)  Mereka membantu kaum mereka sendiri sahaja dalam apa jua bidang terutama perniagaan

6)  Mereka hanya membenarkan kaum mereka sahaja menyewa premis kediaman dan perniagaan mereka

7)  Ada Hotel di Kuala Lumpur yang hanya menerima kaum tertentu sebagai pelanggan

Rasis adalah sifat yang amat mulia kerana si rasis bertanggungjawab pada ibu bapa, keluarga, saudara, rakan dan masyarakat yang sama kaum.

Berbeza dengan saiz tubuh badan iaitu kurus, berisi, gempal, gemuk dan obesiti, rasis hanya mempunyai dua tahap yang berbeza iaitu rasis dan rasis melampau.

Rasis yang bersifat mulia adalah rasis yang tidak menghina dan menyerang kaum lain. Rasis melampau dan terkeji bilamana seorang Melayu menyerang Cina, seorang India menyerang Cina, seorang Cina menyerang Melayu, mencarut dan menghina kaum lain, merendahkan dan menghukum kaum lain, membeza-bezakan kaum sendiri dan kaum lain.

Bagi menutup sifat rasis mereka, golongan rasis melampau dan terkeji biasanya lantang menuduh orang lain rasis. Saya fikir dikeliling kita ada orang ini termasuk komentar yang menuduh saya rasis itu. Sebenarnya dia takut sifat rasisnya ketahuan orang. Silapnya dia adalah kerana rasis sebenarnya adalah sifat mulia, rasis melampau terkeji adalah apabila kaum A menyerang kaum B.

Amerika terlepas dari dasar apartheid dengan mewujudkan bangsa Amerika namun apa yang terjadi dijalan-jalan dan lorong-lorong rakyat biasa, masih banyak kes kulit putih menyerang kulit hitam vice versa.

Sepertimana mereka yang lain, kita perlu bangga menjadi racist, menjadi familial, menjadi religious asalkan kita tidak menyerang dan menuntut supaya hak kaum lain dilucutkan, hak keluarga lain dirampas, dan hak agama lain dikurangkan. Siapakah yang menuntut hak Melayu dilucutkan dan hak agama Islam dikurangkan? Anda lebih bijak dari saya, jawapannya pasti menghiburkan.

Marilah kita semua rakyat Malaysia dengan bangga berkata “Saya seorang moderate racist dan extreme nasionalis.”


2 comments:

Cheguman said...

Tulisan yg hebat dan menarik. Sy dah baca komen anda di sebuah blog berkenaan isu syafie afdal. Sy rasa elok anda maintain mempertahankan negara dan bukan pertahan mana2 individu atau parti. Cuma selalunya org keliru dgn blogger yang membela negara sehingga menuduh sbg blogger umno. Sy pertahan umno krn buat masa ini ia adalah pilihan terbaik. Cuma beberapa pemimpin umno perlu digantikan.

Mustaqim Abdul Rahman said...

saya sokong pendapat tuan.....saya juga pertahankan umno kerana ia lebih baik dari mana2 parti...sama2 kita berjuang untuk agama, bangsa dan negara walaupun sumbangkan kita amat kecil....

terima kasih dan salam perkenalan....