Pelbagai bangsa telah meramalkan Doomsday atau hari kiamat sejak beribu tahun dahulu. Kini yang masih dan sedang di tunggu adalah Armageddon 2012 yang diramalkan orang Mayan pada Disember tahun ini.
Sebenarnya ramalan orang Islam adalah yang paling tepat, tetapi mendahului Allah adalah salah satu dosa besar. Saya sendiri tidak berani mengatakan ia betul atau tidak, tetapi ia tetap satu perkembangan menarik untuk diikuti.
Kapsul Masa Dr Mahathir yang ditanam di dalam perut bumi The Mall hanya boleh dibuka pada tahun 2087. Ada beberapa persamaan pada ramalan Dr Mahathir yang ditulis tangan oleh beliau seperti yang didakwa ahli falak Malaysia. Antara kebetulannya adalah;
1. 2012 dikatakan oleh orang Mayan hari bencana besar. Sudah pasti dalam Islam adalah mustahil hari kiamat terjadi sebelum wujudnya kembali Nabi Isa dan kelahiran Imam Mahdi. Justeru, adalah ragu untuk mempercayai 2012 adalah kiamat tetapi kiamat kecil memang ada disebut dalam Al-Quran. Kiamat kecil ini bukanlah gempa bumi biasa, dan jika dilihat pada ramalan Dr Mahathir, pada tahun 2012-2013 Singapura akan menyertai kembali Malaysia.
Mustahil dan amat mustahil Singapura menyertai Malaysia melainkan peperangan akibat PRU 13 yang membuatkan Malaysia berpecah pada Malaysia Selatan dan Malaysia Utara. Jika benar dengan tabiat orang Cina yang sukakan selatan, pasti mereka akan ambil selatan dan DAP dan PAP akan bergabung. Mungkin itulah yang dikatakan Singapura menyertai Malaysia pada 2012.
Namun, faktor yang satu lagi adalah kiamat kecil 2012 seperti yang diramal orang Mayan. Had air laut akan naik sedalam berpuluh meter dan akan menenggelamkan Negara pulau seperti Singapura dan Bandar seperti Jakarta.
Pemimpin Singapura, Malaysia dan Indonesia biasanya tahu kerana ahli falak bukan sebarang orang. Malahan ilmu kaji bintang ini diakui oleh Islam. Justeru, jika Singapura tenggelam, kemanakah mereka akan lari jika tidak Negara yang mempunyai saudara mereka dan ada yang sudah membeli hartanah disini.
Fakta usaha Kerajaan Jakarta memindahkan Pusat Pentadbiran dari Jakarta juga wajar diambil kira.
2. Pada 2015 akan tercetus Perang Dunia Ke 3 yang disebabkan oleh ekonomi. Kapsul masa Dr Mahathir juga mencatat perkara ini. Umum mengetahui betapa sakitnya ekonomi Amerika dan berapa lama lagi mereka boleh bertahan. Justeru, dengan faktor bencana 2012 yang akan terjadi, bencana lebih besar akan terjadi pada 2012 DAN 2 diterbalikkan adalah 2015.
2015 akan menyaksikan separuh bumi dihancurkan oleh perang nuklear bukan gempa. Kiamat kecil hasil dari angkara manusia itu sendiri.
3. Dr Mahathir juga meramal Malaysia akan menjadi kuasa ekonomi dunia pada 2017. Sebab itu Dr Mahathir meletakkan sasaran Malaysia pada tahun 2020.
Jika benar ramalan Dr Mahathir ini, dasar pandang ke China oleh PM Najib kini wajar diberi perhatian. Malaysia akan muncul sebagai kuasa ekonomi baru dunia kerana sumber minyak yang masih selamat dilindungi China. Minyak simpanan Arab dan Eropah sama sekali akan terhapus semuanya ketika perang nuklear 2015 tercetus. Hanya Negara Asia Tenggara yang tiada nuklear, maka minyak dikawasan Asia Tenggara akan selamat, malahan simpanan minyak kita akan dipertahankan oleh Kuasa Tentera China yang juga memerlukan minyak.
Jika kita terperanjat, fikirkan kebetulan golongan akademi yang kini sedang berusaha keras dan bermatian untuk menghasilkan bahan api yang dibuat dari bukan petroleum.
Ini adalah ramalan orang Islam. Mungkin Dr Mahathir sebagai ketua Negara yang berpeluang mengerjakan solat dalam Kaabah didatangi oleh seseorang dan diberitahu akan ramalan ini. Wallahualam.
Yang pasti, bukan orang Mayan ataupun India sahaja punya ramalan, orang Islam juga tetapi kami takut dengan dosa besar mendahului ALLAH.
Seperti yang saya katakan, saya takut mendahului ALLAH, justeru tulisan ini adalah sekadar untuk renungan bersama dan perbandingan dengan apa yang terjadi. Adalah lebih molek jika Tuan Punya tulisan kapsul Dr Mahathir dapat mengulasnya.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment