ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, November 23, 2015

KESILAPAN Najib - Berapa Banyak Anugerah Datuk Untuk BELI SOKONGAN

Saya adalah peminat politik, tokoh dan kepimpinan.

Sebagai ahli politik Najib melakukannya dengan baik tapi sebagai pemimpin, beliau tidak punyai nilai seorang pemimpin.

Masih ingat Anwar? Anwar juga ahli politik yang hebat. Luar tabii boleh menjadi halal dan diterima samada beliau buat atau tidak itu saya tiada bukti. Malahan DAP boleh bernikah dengan PAS tanpa perlu menukar agama. Itu kehebatan Anwar.

Tapi sebagai pemimpin?

Berapa banyak jasa kepimpinan Anwar sebagai pemimpin Negara kita boleh abadikan?
Berapa banyak kriteria dan contoh beliau anak kecil boleh ambil dan dijadikan ikutan dan idola?

Disini lahirnya kesilapan Najib.

Beliau gemar membeli undi dari rakyat dan sokongan dari ahli parti BN.

Saya ingin berkongsi dengan anda kisah tentang 3 Dato di Gombak.

KISAH 1. Secara peribadi saya mengenali Dato Tan Sri Yusof. Hinggakan ketika isteri beliau meninggal, saya bersama beliau dalam Ambulans dari HKL dan beliau menangis bagai anak kecil.

Beliau adalah balaci kepada Cina. Bukan saya kata, oleh kerana hubungan akrab antara saya dan beliau, beliau beritahu semua kepada saya.

Yusof memiliki pistol kerana berkerja sebagai BodyGuard Cina, beliau panas baran dan suka mencarut.

Selepas ZAHID HAMIDI JADI TPM, beliau kini sudah dianugerahkan 2 pingat yang membawa Gelaran Dato dan Tan Sri.

KISAH 2. Isteri saya mengenali Datuk Seri Mohammad Fairus, bekas Timbalan Ketua Menteri PP, Pengakap di Sekolah Selayang. Kini beliau adalah Yang Teramat Mulia, Tunku Dato Mohd Fairuz dan di sapa dengan sapaan Daulat Tuanku. Pelikkan bagaimana Kerajaan boleh biarkan sesiapa menganugerahkan bukan sahaja Datuk malah Tunku?

Kisah 3. Juga berkisar selepas ZAHID HAMIDI JADI TPM.

Boleh dikatakan seperti ada lelongan gelaran Datuk untuk pemimpin UMNO bagi membeli sokongan mereka.

Syak wasangka saya terhadap cara dan gaya Najib membeli sokongan dengan beri gelaran Datuk tidak dibenarkan dalam Islam kerana kita tidak boleh tuduh tanpa bukti.

Saya tiada bukti.

TAPI, saya berasa amat pelik dengan berpuluh Cawangan UMNO yang semakin rancak mengusulkan Najib supaya berundur.

Secara logiknya, Ketua Cawangan ini juga mahukan Gelaran Datuk yang diberikan kepada Ketua Cawangan lain. Tapi Datuk yang boleh diberi UMNO secara gratis hanya di 3 Negeri tidak bersultan sahaja. Berapa banyak gelaran Datuk boleh dilelong untuk beli Sokongan?

Sebagai pengikut dan peminat politik, ketika di ambang raya tahun ini, ada Timbalan Ketua Bahagian yang siap keluar "banner" bertanya kemana peruntukan raya RM 1 juta kepada Ketua Bahagian kerana beliau tidak dapat sesen pun.

Di FB juga bersepah kenyataan ini dari cawangan dan bahagian berbeza.

Jadi walaupun tiada bukti, tapi saya boleh simpulkan, amalan membeli sokongan ini merupakan KESILAPAN NAJIB paling besar.

Sokongan patut didapatkan dengan usaha dan bukan dengan wang ringgit dan gelaran Datuk.

Kini ia memakan diri, kerana manusia tidak pernah cukup,puas dan akan minta lagi!!

Sebagai bukti, Cawangan di Teluk Kemang, Cawangan di Sepang, Cawangan di Johor, Cawangan di Puchong dan banyak lagi ketua cawangan yang akan mendesak Najib berundur.

Mereka berbuat demikian sedikit sebanyak kerana melihat rakan mereka dari Cawangan lain mendapat pingat Datuk tetapi mereka tidak dapat.

Najib perlu beri lebih 21000 cawangan x 5 ahli UMNO pingat Datuk untuk membeli Ketua-ketua cawangan, Naib, AJK dan lain-lain.

PS: Anak Ustaz Bagan Dato, ZAHID HAMIDI dimakan politik. Di wajahnya tiada lagi ketenangan dan keikhlasan. Saya senantiasa berharap beliau adalah Trojan Horse, jika benar, apakah Trojan Horse ini sudah terjun memihak kepada Troy? The game continue...

No comments: