ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, September 1, 2015

Saya dan Zahid "sound" Dato Jamal Yunus, Sekinchan Ikan Bakar dan Ketua Bahagian Sg Besar

Siapalah saya mahu "sound" Ketua Bahagian UMNO yang hebat dengan gelaran Dato dan Dr segera.

Tapi sound dari Zahid Hamidi sebenarnya tepat, cuma lambat, UMNO Selangor kena bertindak bukan berfikir seperti pembangkang.

Berfikir sahaja tanpa tindakan tidak cukup.

Antaranya;

1. Kalau Dato Jamal mahu lakukan demo lawan Bersih 4, lakukan di Jambatan Pulau Pinang. Lakukan di Port Klang.

2. Gunakan taktik kotor dalam isu air Selangor. Biar sampai rakyat tak mandi 4 hari tengok sakitnya tuh disini sampai ke PRU 14. Taktik kotor biasa digunakan Pembangkang kerana mereka bukan lead but oppose.

3. Tindakan Dato Jamal ketuai anti Bersih 4 adalah salah. Kerana sebagai leading coalition, kerja UMNO dan BN adalah berkerja untuk rakyat bukan demo di jalan. Itu kerja p.e.m.b.a.n.g.k.a.n.g!

4. UMNO Selangor adalah p.e.m.b.a.n.g.k.a.n.g bukan pemimpin Selangor kenapa berlagak dan bersikap seperti pemimpin?! Bangkang, bangkang dan bangkang. Buat ceramah isu DEIG di seluruh Selangor macam PAS, DAP dan PKR buat!

Malangnya, saya boleh senaraikan berpuluh cara membangkang tapi UMNO Selangor tidak mampu jadi pembangkang kerana mereka bukan inklusif tetapi ekslusif dan eksekutif mana mahu turun panas-panas, terjerit-jerit dan berpeluh-peluh dengan rakyat di padang awam yang hujan.

Sebenarnya Selangor akan jadi seperti Kelantan. Adalah mustahil untuk dapatkan Selangor melainkan tukar seluruh jentera UMNO Selangor dan gantikan dengan pembangkang.

Atau hantar UMNO Selangor pergi kursus dengan pembangkang.


No comments: