ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, April 7, 2015

Mastermind 13 Mei 1969

Apa sebenarnya yang terjadi pada tarikh ini?

Ketika saya kecil Arwah Abah sering menceritakan 13 Mei 1969 mengikut perspektifnya. Beliau antara yang dipenjarakan 2 hari kerana memiliki pistol. Cerita beliau, pada masa itu Askar masuk dan semua dikumpulkan tiba-tiba beliau mendengar namanya dipanggil dari atas, bila dia menoleh ke atas pistol itu sudah sampai atas kepalanya dan beliau menyambutnya, sekaligus disambut dengan gari.

Selain itu Arwah Abah juga punyai beberapa parut di muka dan dibadan hadiah pertempuran sebelum, semasa dan selepas 13 Mei 1969.

Sebenarnya Arwah Abah bukan orang jahat, tapi Mahaguru Silat Kuantan di Gombak ketika usia 20 tahun. Dan ketika zaman tegang itu, orang Silat adalah harapan Melayu kerana kongsi Gelap orang Cina sudah banyak memiliki pistol.

Selain kerana Arwah Atuk membenci Cina kerana ahli keluarganya dibunuh dan diseksa Komunis Cina, Arwah Abah juga bercinta dengan Emak, Cina Tionghua dari Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Arwah Abah(Melayu Gelap) dan Emak(Cina Tionghua) hangat bercinta di Kuala Lumpur sebelum, semasa dan selepas 13 Mei 1969. Ketika ia berlaku, Abah menghantar Emak dengan Teksinya ke Kg Kasipillay Jalan Ipoh dan berpesan walau apa jua jadi jangan keluar rumah, sebelum dia memandu terus ke Kg Baru.

Antara cerita yang mendebarkan, bila Arwah Abah kata lepas mereka keluar dari Panggung Odeon di Kuala Lumpur, lautan Cina menunggunya untuk membunuhnya "lelaki Melayu itu". Beliau sempat bertahan(bukan macam Filem seorang lawan seratus tetap menang), sebelum Geng Teksi sampai menghulurkan bantuan, kalau tidak mungkin saya tidak ada katanya. Masa itu majoriti pemandu teksi Melayu dan Bas pula Cina.

Emak juga bercerita semasa Arwah Abah menaiki Bas di Jalan Chan Sow Lin, Emak yang telah berada atas Bas nampak Lelaki Cina mengeluarkan pisau menikam Abah tapi tidak kena sebelum Bas memecut laju.

Jangan berumah ditepi pantai jika takut dilambung ombak, sebenarnya mereka banyak terima ugutan dan tentangan dari Keluarga masing-masing, selain provokasi dari rakan dan masyarakat setempat, tapi biasalah, kerana Cinta apa pun boleh.

13 Mei 1969 begitu dengan dekat dengan keluarga kami dan pada masa saya bersekolah Rendah di SRK Jalan Raja Muda 1987-1991 tiada seorang pun tahu tentang 13 Mei 1969. Saya tidak pasti adakah ia sudah masuk dalam sukatan pelajaran Sejarah sekolah Menengah.

Apa sebenarnya terjadi pada 13 Mei 1969?

Sebenarnya ia adalah kemuncak! Pelbagai pembunuhan demi pembunuhan terjadi sebelum itu yang memprovokasi kedua kaum utama Kuala Lumpur.

Kemenangan DAP hanya "trigger" perancangan lama orang Cina untuk menghalau orang Melayu dari Kuala Lumpur dan mengawal pemerintahan Malaysia justeru dalam konteks glokal DAP lebih mudahrela dipersalahkan bagi menutup "mastermind" sebenar. Perancangan ini lama sebelum kemenangan DAP kerana orang Cina amat yakin akan menang beradu pada masa itu kerana orang Melayu memang hebat dalam hal mengalah dan berkelahi sesama Melayu ini.

Mastermind ini lebih tinggi dan besar dari Parti Politik kecil seperti DAP. Gerakan ini bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, di Indonesia, di Thailand, justeru jika saya sebut mastermind ini saya akan dituduh bercakap kosong tanpa bukti dan artikel ini boleh dibakul sampahkan.

Kisah adiwira parang terbang merosakkan rancangan "mastermind" ini dan mitos parang terbang disahkan oleh Pak Cik saya sendiri, Uncle Ah Hock abang sulung Emak yang juga Gangster Jinjang. Ceritanya beliau nampak sendiri semasa dalam Bas, seorang lelaki Melayu tiba-tiba muncul, potong kepala Cina dan kemudian hilang ghaib. Uncle Ah Hock berkelana ke Kelantan selepas 13 Mei 1969 sebelum pulang ke KL 5 tahun selepas itu.

Versi Abah pula beliau dan rakan-rakan memang sudah bersedia dan sudah menjangka ia akan terjadi kerana beliau orang Teksi berkawan pula dengan Emak Cina yang memang sudah lama mendapat pesanan kedai-kedai kopi Cina untuk duduk dalam rumah pada tarikh-tarikh tertentu yang berubah-rubah.

Versi lain pula ada yang katakan orang Melayu berkumpul di Bangunan UMNO Selangor, hujung Jalan Raja Muda, dan berita cepat tersebar. Semua pahlawan Silat dari Gombak, Keramat, Klang semua turun berduyun-duyun bila cerita orang Melayu dibunuh Cina tersebar.

Sebenarnya ramai orang Melayu dibunuh Cina, dan orang Cina dibunuh Melayu sebelum 13 Mei 1969, tapi disebabkan provokasi sehari sebelum itu Cina menghalau Melayu, ditambah dengan cerita rekaan anak kecil disembelih, perempuan Melayu dirogol maka ia menjadi amat-amat panas.

Siapa sebenarnya provokasi 13 Mei 1969 hingga ia tidak berjaya dikawal? Orang Cina yang meraikan kemenangan menghalau Melayu atau orang Melayu yang berarak membalas dendam atau parti politik Cina yang buat provokasi melampau?

Kita tahu bukan pemimpin Melayu yang provokasi melampau kerana perlu diingatkan, Sultan dengan Orang Melayu amat dekat justeru kalau mahu menghalau Cina, Sultan Melayu boleh arahkan Askar Melayu dari awal, sebaliknya, Askarlah yang masuk mengawal keadaan 13 Mei.

Siapa mastermind sebenar yang masih terlepas hingga hari ini? Apa akan terjadi sekiranya keputusan pertempuran kaum itu sebaliknya dan Askar lambat mengawal keadaan?

Hakikatnya, ada laporan kertas putih Mageran, ada laporan Razak sendiri(bukan penyata Razak) berkenaan apa yang terjadi pada 13 Mei 1969.

Tetapi orang Malaysia samada Cina atau Melayu takut dengan bayang-bayang sendiri. Kita enggan menceritakan Fakta Sejarah kerana khuatir perasaan orang Cina terguris sedangkan jika hari ini Cina menjadi Perdana Menteri, esok laporan, buku dan filem 13 Mei 1969 akan ditayangkan. Patung Tugu Pejuang Kemerdekaan Chin Peng akan didirikan. Di China setiap pelosok sudut Negara ada patung MaoZedong didirikan sekaligus menafikan peranan signifikan pejuang Cina seperti Chan Kai Sek, Sun Yat Sen dalam memperjuangkan kemerdekaan China.

Jangan salah faham, sebab saya Cina dan punya saudara Komunis termasuk pengikut setia Chin Peng, saya tetap hormati peranan Chin Peng dalam menuntut "kemerdekaan" Malaysia lebih dari yang orang Melayu faham.

Tapi samada saya memihak Cina atau Melayu yang lebih penting adalah menceritakan dan mendedahkan setiap butir fakta Sejarah khususnya 13 Mei 1969.

Sejarah adalah cermin diri kita sendiri dan refleksi kepada kaum dan masyarakat. Ia adalah pengajaran paling berguna. Dan orang tidak berguna yang tidak belajar dari sejarah akan mengulangi kesilapan sejarah yang sama. Tapi bagaimana kita mahu belajar dari Sejarah sekiranya sejarah disembunyikan? Sekiranya Sejarah dimanupulasi, di edit, di tokok tambah, dan diubah demi memelihara imej orang tertentu.

Dalam 10 tahun lagi, semua orang yang terlibat secara langsung dengan 13 Mei 1969 seperti Emak akan meninggalkan kita membawa cebisan sejarah itu bersama. Malahan, Generasi ini tidak ada lagi untuk mengesahkan Sejarah 13 Mei 1969 yang diterbitkan pihak Kerajaan satu masa nanti dimana pasti mereka yang tercalar oleh fakta sejarah itu akan menafikannya dan menuduh kerajaan berkonspirasi memfitnah mereka.

Justeru, eloklah Kerajaan menerbitkan buku, filem, kertas putih 13 Mei 1969 dengan segera untuk tatapan umum sebagai check and balance supaya ia adalah asli dan tidak dimanipulasi oleh sesiapa dan disahkan oleh saksi-saksi yang masih hidup hari ini.

Persoalan siapa mastermind 13 Mei 1969 biarlah menjadi fakta tidak rasmi selamanya kerana tidak adil jika perbuatan jahat hanya sekelompok individu akibatkan seluruh kaumnya terpaksa memikul kesannya.

Cina, Melayu dan India semua perlu terima sejarah ini dan jangan toleh kebelakang lagi, jom kita melangkah kehadapan. Bersama-sama!!!

No comments: