ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, April 19, 2015

KJ Gagal

Ketika Pak Lah menjadi PM ramai benci pada beliau tapi saya menyokongnya sebab pada saya perlunya pemimpin muda diberi peluang dalam mentadbir Negara.

Kemudian, ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan ramai mencintainya termasuk yang membencinya dahulu, tapi saya tidak sokong melulu, melalaui artikel Khairy Jamaluddin 1 dan 2 saya berfikir rakyat tidak boleh menyokong beliau terlalu awal kerana dibimbangi ia akan merosakkan beliau.

Naluri saya ternyata betul.

KJ hari ini tidak sama dengan KJ yang dahulu.

KJ yang dahulu adalah seorang haluan kiri, agresif, pelawan arus, berani dan tekad. Beliau mudah mengkritik seperti anak muda lain, difikirkan ia mudah semudah mengkritik.

Menjadi haluan kiri bukanlah satu dosa apatah lagi jika apa yang diperjuangkan itu ada asasnya. Seumpama Harimau Kumbang menunggu malam, KJ penuh dengan idea dan bersedia melaksanakan semua idea beliau sesaat selepas mendapat kuasa.

Malangnya, selepas beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sudah hilang taringnya.

KJ sama seperti Menteri Belia dan Sukan yang lain, tiada apa pembaharuan dan revolusi kepada Golongan Belia seperti yang diharap dari aspirasi dan visi beliau.

Pada pendapat saya KJ GAGAL.

Kritik amat mudah tapi tidak semudah membuatnya.

Saya berharap KJ dapat melaksanakan beberapa revolusi dan pembaharuan dalam membangunkan belia negara.

Antaranya;

1. Mewujudkan Trek Lumba Motor seperti Batu Tiga Shah Alam di setiap Negeri
2. Mewujudkan Sukan Sekolah 1 Malaysia atau Sukan Sekolah PM Perpaduan Malaysia dimana ia menyediakan hadiah lumayan dengan syarat ia berasaskan Perpaduan Kaum sebagai contoh pasukan bola dianggotai oleh Melayu Cina dan India dari Sekolah Melayu Cina dan India, Regu Badminton Cina dengan Melayu dll.
3. Memberi tanggungjawab pada pergerakan belia untuk membantu kaum lain dan berikan mereka intensif
4. Menyediakan Dataran Bebas untuk golongan belia berdebat dan adakan pertandingan debat belia yang bebas
5. Menyediakan blue print masa depan ahli Sukan khususnya bola sepak, badminton dan sukan orang muda agar ahli sukan ini mendapat kerja dalam kerajaan selepas mereka pencen sukan
6. Melaksanakan kempen satu daerah satu sukan yang harus dianggotai oleh semua kaum dari semua jenis sekolah

KJ perlu mencontohi Mahathir yang tidak menunggu lama selepas dilantik menjadi Menteri, dan kemudian Perdana Menteri.

KJ harus elak kegagalan ini kerana jika beliau gagal beliau tidak berbeza pemimpin muda lain yang sudah tua kini yang bercakap dari perasaan dan otak bukan hati dan akal.

No comments: