ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, May 24, 2014

Surat Terbuka Pada IBRAHIM ALI: Didik Ahli PERKASA Sebelum Mereka Buncit

Romie Razin Aidilha sekali lagi mencuri tumpuan dengan bersama-sama kekasihnya menyaman MAS kerana mendedahkan tiket mereka kepada umum.

Kalau dibaca di awal zaman mereka menyaman MAS kerana mendedahkan rancangan maksiat mereka. Dan mungkin kerana terdedahnya rancangan maksiat tersebut, dosa berkhalwat itu terpaksa dibatalkan. Alhamdulillah jikalau benar.

Apa-apa pun, Romie adalah Ahli Majlis Perkasa Selangor yang berjaya dan kaya raya selepas menyertai NGO tersebut, dakwa isterinya yang sedang dalam proses cerai dengannya.

Benar atau tidak bukan perkara pokok disini tapi agenda PERJUANGAN PERKASA SEMAKIN DIPERSOALKAN.

Lebih teruk lagi jika perangai ahli Perkasa tidak dikawal seperti Romie, rakyat khususnya orang Islam akan menyampah dengan Perkasa kerana tiada bezanya dengan ahli UMNO yang dilihat kurang islamik.

PERKASA SEMAKIN MENYERUPAI PKR sebagai tempat merajuk ahli UMNO cuma bezanya sebelah kaki Perkasa masih berada dalam UMNO.

Imej korporat UMNO sukar dipisahkan dan jika PERKASA juga memilih imej tersebut maka PERKASA akan berkubur lebih awal dari yang disangkakan dan MELAYU serta ISLAM akan kekurangan seorang pembela lagi.

Hakikatnya, keikhlasan ahli PERKASA memperjuangkan Melayu dan Islam diragui terutamanya dengan perangai ahli Majlis Perkasa Selangor ini dan Ibrahim ahli perlu didik ahlinya sebelum perut mereka semakin membuncit dan akhirnya PERKASA akan runtuh kerana ahlinya perjuangkan perut masing-masing sahaja.

No comments: