ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, May 13, 2014

Apa beza Mothers Day Dengan Valentine Day?

Selamat Hari Ibu kepada Mdm Wong Sui Yoon @ Wong Sui Koon yang amat saya kasihi. Dalam usia menginjak 70 tahun, Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana terus memberi rahmatNYA kepada beliau.

Emak bagai Malaikat yang Allah jelmakan sebagai manusia dalam hidup saya.

Kalau ada nilai baik dan ideologi saya yang baik semuanya diwarisi dari beliau dan Arwah Abah. Yang buruk datang dari saya sendiri.

Bayangkan, ketika saya membenci Melayu yang menekan beliau, Emak akan kata biarlah, Allah kan ada. Ketika saya membenci orang bertudung yang selalu memandang rendah padanya, Emak akan kata, biarlah, Allah kan ada. Bila saya membenci orang yang membuat jenayah pada kami, Emak akan kata, tiada orang jahat dalam dunia, mereka ada sebab untuk buat seperti itu(desakan hidup) dan sebagainya.

Namun, tujuan artikel ini bukanlah untuk menceritakan kebaikan Emak saya yang saya pasti pembaca semua juga memiliki Emak yang umpama Malaikat ini.

Apa beza Mothers Day dengan Valentine Day dan Hari Kemerdekaan?

Sejak kecil kedengaran suara orang-orang Islam yang melarang umat Islam menyambut Hari Kemerdekaan, Valentine Day, Mothers Day, Fathers Day dan sebagainya yang dimulakan dunia barat.

Dipelopori oleh Nik Aziz, ramai pentaksubnya yang sering ke Lembah Klang berceramah di pagi Ahad menghentam pelbagai kata nista, keji dan cela serta fitnah kepada kami yang menyambut Mothers Day, Valentine Day, Fathers Day dan ada juga yang mengharamkan sambutan Maulidur Rasul, Hari Kemerdekaan dan sebagainya.

Kerosakan ini tidak dapat disembunyikan walaupun tidak dapat dinampaki dengan mata kasar sepertimana Ustazah isteri saya berkata kepadanya, satu hari nanti kita boleh membunuh orang kafir di Malaysia.

Valentine Day dikaitkan dengan peristiwa pembunuhan orang Islam beramai-ramai melalui penipuan Paderi yang mengumumkan hari berkasih sayang yang mana jika benar yang saya dapati adalah Hari Kejujuran dan Keikhlasan orang Islam dan Hari Keji Paderi Kristian kerana menggunakan kasih sayang sebagai modal helah untuk membunuh Muslim yang percaya pada kasih sayang.

Saya tidak pasti agenda barat dan Gereja dalam memperkenalkan Mothers Day dan Fathers Day untuk menyesatkan orang Islam sehingga ayat yang dipetik oleh para penceramah di Surau adalah "Janganlah kami mengikut cara ibadat orang kafir" samada negatif mahupun positif.

Yang saya diajar, Injil datangnya dari Tuhan Yang Satu dan kebaikan Injil(jika ada) adalah kebaikan yang Allah sampaikan melalui Nabi Isa A.S

Begitu juga saya ingat bagaimana saya dikecam rakan muslim kerana bersama-sama terlibat dalam program Tukar Hadiah menjelang Kristmas. Lebih teruk bila saya menyambut Kristmas dan juga Chinese New Year. Yang mereka kurang tahu dan kurang membuat penyelidikan adalah, Merry Christmas adalah hari ulang tahun kelahiran Nabi Isa A.S dan Sambutan Tahun Baru(New Year Eve) Masihi pula adalah hari Nabi Isa A.S disalib. Sebab itu selepas 0000 dipanggil A.D after death dan sebelum 0000 dipangil BC Before Christ(Pensaliban).

Sebenarnya, tiada beza Mothers Day dengan Valentine Day dengan hari baik lain yang disambut secara global apatah lagi dari sudut penghayatan secara bersama.

Perlu di sematkan bahawa orang kafir juga adalah makhluk yang Allah cipta yang menerima limpah rahmatNYA melalui sifat Ar-Rahman Tuhan kita.

Pandangan saya, tidak salah menyambut Mothers Day, Fathers Day, Valentina Day, Labour Day, Independence Day, Nurse Day, Teacher Day dan apa lagi "day" walaupun ia berasal dari barat asalkan ia lebih banyak baik dari buruk. Yang salahnya, segelintir anak muda yang menukarnya menjadi hari untuk bermaksiat.

Bagi jawapan kita boleh menyambut Mothers Day setiap hari, izinkan saya menyamakan sambutan Mothers Day seluruh dunia oleh berbilion manusia ini lebih baik berbanding disambut seorang diri pada hari lain. Ia secara tidak langsung mengatakan pada hakikat Alam bahawa semua manusia mampu bersatu dalam mendoakan kebaikan dan dalam melahirkan kecintaan pada emak kita.

Dengan tenaga dari seluruh dunia menyambutnya, semoga Tuhan Yang Satu mendengarnya dan mengasihi kita seterusnya melimpahkan rahmatNYA pada semua umat manusia sehinggakan tiada lagi manusia yang tidak tunduk pada kekuasaannya, Amin. Dan semoga wajah Allah terus zahir dimana-mana sahaja, dibarat, di timur, di rumah Yahudi, di Gereja Kristian, di Tokong Buddha, di Kuil Hindu dan sebagainya dan wajah itu adalah wajah kebaikan yang kita lihat pada semua makhluk ciptaanNYA.

Akhir sekali, saya ingin mengajak kita berdiam diri sebentar, bertafakur mengingati jasa dan pengorbanan seorang ibu iaitu emak kita dan emak kepada anak-anak kita. Allahuakbar.


No comments: