ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, November 16, 2013

Pembekal MyKad Palsu

RM 200 sahaja. Itulah nilai MyKad palsu yang ori. Bezanya, dalam database JPN, tiada maklumat akan ditemui, tapi dalam database SPR mungkin ada mungkin tidak. Dan jika ada kaki IT dalam JPN, mungkin sedikit lagi bayaran diperlukan untuk menjadikan ia nampak lebih tulen.

Kenapakah ia boleh berlaku?

Ia berlaku kerana rasuah, pegawai tidak jujur, tidak amanah dan punca kepada segala masalah ia terjadi kerana sifat asas manusia iaitu tamak itu.

Ia berlaku bukan kerana UMNO, bukan kerana BN, bukan kerana Tun Dr Mahathir.

Semasa MyKad diperkenalkan sekitar tahun 2000 saya ada terbaca di akhbar perdana bahawa MyKad akan menggantikan kad bank, lesen memandu dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Pada masa itu, nilai satu MyKad dikatakan lebih RM 100 kerana ia mengandungi chip teknologi tinggi 64K.

Selepas memiliki MyKad saya andaikan harganya hari ini hanya bernilai kurang RM 10 sahaja kerana kualitinya amat teruk. Chipnya cepat rosak dan gagal dibaca oleh kebanyakan mesin pembaca di Bank, di Imigresen dan sebagainya. Jika disimpan rapi ia dalam almari, ia tetap akan reput.

Saya tertanya-tanya, berapakah harga yang Kerajaan bayar pada pembekal MyKad untuk satu MyKad?

Siapakah pembekal MyKad?

Apakah Kerajaan mempunyai pelan untuk menaik taraf MyKad menggunakan teknologi RFID, meningkatkan mutu Kad atau tidak lagi menggunakan Kad dan sebagainya?

Jenayah memalsukan ini terjadi di seluruh dunia. Waima karya agung Monalisa juga mampu dipalsukan apatah lagi sekeping Kad kualiti rendah dan murah. Untuk ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana ia adalah sifat tamak manusia.

Tetapi kita boleh mengubahnya dan menghalang banyak ancaman keselamatan dan kesejahteraan.

Kita boleh menaiktaraf Sistem MyKad itu sendiri agar ia lebih efisien dan sistematik serta sepadu dengan Sistem SPR, Bank, Polis, Imigresen dan banyak lagi. Malahan, mesin ATM juga boleh diguna untuk memeriksa kesahihan dan keaslian MyKad.

Kalaulah ahli politik tidak sibuk berpolitik melawan BN dan PR maka Malaysia pasti dapat dibangunkan dengan lebih maju dan aman lagi.

Saya bukan pembekal MyKad palsu walaupun ia nampak perniagaan yang menguntungkan, saya mungkin berminat, tapi saya lebih berminat menjadikan sistem MyKad lebih baik, mudah, cepat dan berkualiti.

Anda bagaimana?


No comments: