ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, November 15, 2013

Khairy Jamaludin Part 2

Saya menulis tentang Khairy Jamaludin pada May 29, 2010 dan disiarkan di Mykmu mendapat hinaan dan tentangan hebat pada komentar. Sebenarnya saya sudah mula cuba menengahkan sisi positif KJ dalam UMNO sejak 2007 lagi kerana UMNO perlukan orang muda. Saya memang tidak bersetuju dengan beliau termasuk isu Tun M tapi UMNO perlukan profesional seperti beliau.

Khairy Jamaludin Part 2 sepatutnya ditulis sebagai NASIHAT PADA KHAIRY JAMALUDIN tetapi "gabra" dengan kecaman dari pembaca yang mencintai KJ pasca PRU13, suka saya ingatkan saya sudah menyokong beliau sejak awal-awal lagi. Tapi, saya sokong karakter beliau yang diperlukan dalam UMNO bukan segala tentangnya.

Sebenarnya KJ sudah menjalani tempoh hukuman selama 5 tahun antara PRU 12 dan PRU 13. Sebagai Ketua Pemuda dan MP Rembau beliau tidak diberikan jawatan Menteri penuh atau Timbalan. Tiada sebarang jawatan untuk KJ berbanding Timbalannya dan beberapa ahli Pemuda seperti Mukhriz.

KJ dan BN melalui Karnival Kerjayanya membuktikan tidak semestinya kena ada jawatan Menteri untuk membantu BN membantu rakyat. Tapi dalam politik kuasa dan wang adalah perkara berbeza. Kuasa amat diperlukan oleh Ahli Politik berbanding wang. Dan dalam tempoh hukuman tersebut, KJ berwang tanpa kuasa berjaya menjalaninya secara sederhana.

Hari ini KJ seorang Menteri. Mempunyai kuasa dan wang, sempurna untuk seorang Menteri Muda.

TAPI. Ingatlah wahai sahabat(izinkan saya memanggil beliau sahabat walaupun tak pernah bersua kerana saya menyokong anak muda ini), jangan sesekali gopoh dan gelojoh.

Berbaik-baiklah dengan seorang musuh, berjaga-jagalah dengan seorang kawan dan seperti yang anda sendiri maklum, musuh KJ lebih ramai dalam UMNO dan kawan KJ lebih ramai dalam PR.

Politik memang menghauskan dan mendahagakan, tetapi minum biarlah bertepi. Hari ini mungkin tidak apa, esok lusa, mungkin sebaliknya. Dalam permainan politik, ahli politik selalu terbawa, terlupa hadirnya Maha Perancang utama disebalik kejayaan perancangan.

Saya sendiri juga nampak seperti yang dikatakan ramai, permainan KJ berpolitik ada sedikit gaya Mahathir. Bezanya, Mahathir terbukti berjaya mengimbangi politik dan agenda diri, tapi KJ belum mula menerokai lagi.

Saya berharapan agar KJ dapat mencari kesederhanaan dalam diri, mencapai kematangan politik dan juga keseimbangan sahsiah seterusnya menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat yang asli, dan untunglah Malaysia pada masa itu.

Mungkin saya akan menulis Khairy Jamaludian Part 3 dalam 3 atau 4 tahun lagi dan pada masa itu harap KJ berjaya mengatasi diri sendiri.

PS: Apa salahnya bermimpi untuk menjadi PM pada usia 40 tahun atau 50 tahun? Yang penting PM itu perlu bersedia dari sekarang, bukan setahun sebelum menjadi TPM.


No comments: