Saya pernah jumpa empat mata dengan Tun Dr Mahathir.
Saya tulis surat untuk berjumpa dan menyerahkan cadangan kertas kerja untuk Pos Malaysia.
Beliau balas surat saya dan tetapkan 29 August 2013 sebagai tarikh keramat itu.
Walaupun kertas kerja saya ditolak, tetapi berjumpa dengannya di Tingkat 88 Petronas Tower secara berhadapan atas urusan kerja adalah pengalaman yang bukan dimiliki semua orang.
Dari perjumpaan 1 jam itu saya simpulkan Tun Dr Mahathir adalah seorang yang keras kepala, tajam pemikiran serta Boss tahap dewa.
Boss tahap dewa merujuk kepada orang yang hanya mahu ideanya sahaja diterima(hanya dengar suara sendir), dan enggan mendengar idea atau pendapat orang lain.
Walaupun bekas pekerjanya ajar saya tips untuk yakinkan Tun Dr Mahathir adalah dengan fakta dari kajian dan penyelidikan, saya gagal.
Bukan kerana tiada fakta atau kurang penyelidikan, tapi sekali lagi, Tun Dr Mahathir hanya mahu mendengar suaranya sahaja, dan walaupun saya ada fakta tapi kali ini suaranya berkata;
"Fakta aku lebih baik dari fakta Mustaqim"!
Saya pasti sudah jadi jutawan jika suara Tun berkata padanya, "Fakta Mustaqim lebih baik dari fakta aku".
Ironinya, Pos masih belum keluar dari bayangan kewangan yang mendatar berbanding keuntungan beratus juta malah berbillion di zaman kegemilangannya.
Dan saya masih hormati beliau sebagai idola, walaupun saat berjumpa dengan idola itu dipenuhi dengan perasaan bercampur gerun, teruja, takjub, gelisah, resah, takut, kecewa dan sebagainya.
Cukup "introduction" tentang Tun Dr Mahathir dan saya(semut) ini.
PROTON.
Saya dapat bayangkan bila rakan-rakan kepada rakan dan saudara yang berkerja dalam Proton baik di peringkat bawah mahupun atas merungut tentang "kemunduran" Proton.
Untuk rekod, Proton masih amalkan Dasar Ekonomi Baru secara kronik yakni di semua peringkat termasuklah vendor-vendor dan pembekal-pembekal.
Memang ada yang mendakwa Tun Dr Mahathir penyebab kemunduran Proton kerana segala keputusan tentang kereta Proton tidak memuaskan beliau sepertimana kereta Proton sendiri tidak pernah memuaskan majoriti penggunanya di jalan raya sejak 1985.
Dan dakwaan itu mudah dilihat benar bagi orang yang memahami cara kerja Tun Dr Mahathir.
Samada benar atau tidak, saya pasti, tindakan Tun menjadi lebih terperinci dan cerewet tentang kereta Proton adalah kerana ketidakpuashatian pengguna keatas kualiti kereta Proton.
Benar Tun adalah "founder", malah PM sehingga 2003 tapi gagal keluarkan kereta berkualiti untuk Proton dan kembali sebagai Penasihat Proton selepas perselisihan dengan Pak Lah, Tun masih "gagal" kerana Proton sudah lama terkeluar dari Liga Utama Kereta Sedan.
KENAPA?
Itu persoalan yang menarik, yang tidak akan dibincangkan disini. Memadailah jika kita teliti dasar ekonomi baru dalam Proton telah akibatkan bukan sahaja pekerja, malah vendor dan pembekal kebal dari sebarang tindakan.
Jika mereka lalai, jika mereka cuai, jika mereka kurang berusaha, jika mereka malas, jika mereka tipu dsb mereka tetap akan dilindungi dasar ekonomi baru.
Saya tidak kata DEB tidak baik atau penyebab, TIDAK!
Saya katakan dengan jelas, dalam dunia automotif yang amat amat amat mencabar, Proton perlu di jenamakan semula dan keretanya perlu dibina dengan merit bukan kuota!
Justeru adalah jelas, orang yang paling sesuai untuk menjenamakan semula Proton dan bantu Proton bina kereta dengan merit adalah Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri sendiri.
Lihat sahaja program Permata Rosmah, lebih 30 bag diangkat dan sepasukan "penari" kebudayaan dari "Jabatan Kesenian" dikerah ke Turki menaiki jet peribadi demi Malaysia tercinta.
Lihat sahaja program Tadika untuk anak bijak pandai seperti Adi Putra.
Lihat sahaja BAM yang dinaungi beliau "hampir" memenangi Piala Thomas baru-baru ini.
Lihat sahaja aura beliau, sudah pasti bukan sahaja orang, malah kereta pun mungkin terpegun!
Jangan kita lupa Mahathir sendiri pada tahun 2013 cadangkan agar Kerajaan edarkan buku BIOGRAFI ROSMAH MANSOR kepada semua sekolah agar menjadi pedoman generasi akan datang. Sumber http://www.beritasemasa.com.my/buku-rosmah-mansor-biografi
Malahan, Rosmah Mansor sendiri akui beliau rajin berjimat dan menabung sejak kecil. Adalah jelas, Proton akan berjaya jika CEO Proton boleh ajar murid dan pelajar menabung dan membeli kereta Proton apabila Tabungnya sudah penuh!!!
Jika anda rasakan Mahathir dan kenyataan diatas sindir Rosmah, tidak! Saya tidak sindir, ia lahir dari hati saya yang paling dalam malahan masakan saya tidak sokong Rosmah yang disukai Rakyat dan Raja.
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah serta Sultanah Kalsom berkenan memperkenalkan buku Biografi Rosmah Mansor yang mengandungi 164 muka surat semalam - Foto Bernama
Lagipun sebagai isteri PM yang begitu prihatin dengan nasib rakyat, Rosmah berhubungan rapat dengan isteri Perdana Menteri lain dan diakui PM.
Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2013, Datuk Seri Najib Razak tampil membongkar rahsia mengenai 2 jasa Rosmah yang tidak diketahui ramai iaitu;
- membebaskan pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir yang disangka pengintip
- membantu pelajar yang menuntut di Mesir pulang ke Malaysia melalui Arab Saudi walaupun tanpa visa.
Semuanya
dapat dilakukan kerana kata Perdana Menteri, hubungan isterinya yang
baik dengan isteri Hosni Mubarak, Suzanne. Pelajar tersebut dapat
dibebaskan hanya dalam tempoh dua jam kerana “networking” yang baik juga
dengan keluarga diraja Arab Saudi, pelajar Malaysia bukan saja dapat
pulang walaupun tanpa visa tetapi juga disediakan dua buah kapal terbang
Jumbo dengan percuma.
Dek kehebatan Rosmah bukan sahaja kapal terbang biasa, tapi JUMBO, bukan 1 tapi 2, malahan percuma diberikan.
Bayangkan dengan "kabel" Rosmah Mansor, Proton pasti akan dapat dipasarkan malah diiktiraf Kereta Nasional Mesir, Kazakhstan, Arab, Afrika dan Negara lain yang isteri Raja dan Pemimpinnya berkenal rapat dengan Rosmah.
Tidak cukup itu, lihat sahaja kejayaan JAKEL kini dan Karpet Raya dahulu. Dipenuhi segala umat pada bulan puasa, hasil hubungan baik mereka dengan Rosmah.
Tidak kira sebenci mana orang terhadap beliau, Rosmah bijak berbakti kepada Rakyat dan Rakyat menyayangi beliau dan gedung yang dikaitkan dengannya secara fitnah tetap dipenuhi.
Jadi, atas merit kejayaan Rosmah Mansor diluar dan dalam Negara, adakah individu yang lebih sesuai mengemudi Proton sebagai CEO Proton?
Harap PM pertimbangkan!
#RespectMyPM (ejaan sempurna besar kecil)
#RespecyMyPMWiFe
PS: Saya berharap Datin Seri Rosmah Mansor dapat melantik saya menjadi penasihat beliau kerana saya yang cadangkan jawatan ini untuk beliau. Please!! Merit saya, saya lebih kacak dari Jho Low.
No comments:
Post a Comment