Artikel ini
ditulis dalam sebuah rumah “kosong”.
Gambar Hiasan.
Saya berpeluang duduk di rumah seperti ini. Air mata air dan perigi dan lampu minyak tanah yang perlu dipam.
Saya
dilahirkan kaya. Bapa saya adalah Penguasa Pembeli ketika saya lahir dan
selepas 4 tahun, pada 1984, beliau adalah CEO sebuah Kilang Batu di Kajang.
Dengan gajinya
RM 25,000 sebulan pada zaman itu, saya bisa dapat apa sahaja yang hanya mampu
dimimpikan kanak-kanak lain.
“Malangnya”,
janji Allah pada tiap manusia adalah benar.
1986 Abah
secara tiba-tiba meletak jawatan dari pendapatan bulanan RM 30,000 sebulan
untuk “berdakwah”, dan bermulalah episod “kesengsaraan dunia” buat kami
sekeluarga.
Semua hartanya
dilelong, dan beliau diisytihar muflis.
Sejak 1987-1992,
rumah saya adalah kantin Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kg Baru,
Kuala Lumpur.
Katil saya,
abang, dan kakak adalah bangku panjang kantin Sekolah itu.
Sepanjang 13 tahun bersekolah, saya ada 8 Sekolah berbeza kerana kerap berpindah ikut keluarga berniaga.
Pada 1992
kami menetap di sebuah rumah setinggan(StingGarden) yang dibeli pada harga RM
8,000 di Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves.
Rumah “kecil”
kayu itu mempunyai dua bilik dimana saya, 4 kakak, 1 Abang dan ibu bapa
berteduh.
Sempit, panas,
kecil, hina, miskin, sengsara semua hanyalah definisi mengikut perspektif
berbeza manusia dan pada saya itu adalah saat paling gembira dalam hidup.
Saya tidak
pernah waima sekali merasakan sempit, kecil, hina, miskin, susah, sengsara,
derita dll kerana kami sekeluarga UTUH sebagai satu walau apa jua yang
mendatang dan pergi.
Benarlah apa
yang dikata dalam Filem Animasi Lilo and Stitch, family means nobody left
behind atau dalam Bahasa Melayu, jika ada mana-mana ahli keluarga yang anda tinggalkan,
ia bukan ahli keluarga anda.
Ilmu tidak semestinya diajar dewasa kerana saya diajar oleh seorang budak berumur 4 tahun yang menonton filem ini dan memberitahu pada saya "Papacai, family means nobody left behind. TQ Yasmin yang mukanya pun macam Lilo.
Susah
bersama, senang bersama, busuk dan lapar bersama, wangi dan kenyang bersama,
kaya dan miskin juga bersama.
Seekor keli
dipotong 8, sebiji rambutan dibahagi 8, sepinggan nasi dijamah 8, setin sardin
dimakan 8, sebuah kereta disumbat 8. Itulah keluarga dimana seorang pun tidak
ditinggalkan.
Pada 1998,
Abah meninggal dunia pada usia saya 18 tahun.
Ketika itu
saya sudah boleh memasak semua masakan Tomyam, Nasi Lemak, bancuh pelbagai Air
yang dipesan dengan cepat dan sedap dll ketika remaja sebaya saya masih belum
pandai masak nasi pun.
Seperti Durian
yang sedap dan menarik kerana rasanya yang manis, pahit, tawar, tembaga, payau,
dan masam(Tempoyak). Begitu juga hidup yang menarik perlu ada semua rasa ini.
Abah boleh
dikatakan “GILA” seperti Nabi Muhammad SAW kerana enggan tinggalkan sesen wang
dan harta. Abah sempat jual semua tanah pusaka dan satu-satunya rumah kami pada masa itu pada Abang Ipar yang
baru kahwini kakak untuk langsaikan semua hutangnya seolah dia tahu dia akan
mati.
Kami “menumpang”
ihsan Abang Ipar yang berjasa.
Hidup masih
sama, saudara –mara kami tetap terus jauhi kami sanak yang miskin.
Saya fikir
sifat buruk jauhi saudara miskin ini masih diteruskan, diamalkan dan dijunjung
ramai kita.
Namun disebalik keburukan itu mungkin ada hikmah Allah jadikan seperti itu kerana “mangsa”
atau si miskin akan lebih rapat dengan beradik dan ibu bapa kerana mereka hanya
ada satu sama lain sahaja. Wallahualam.
Yang berbeza
adalah makanan kami kerana tidak perlu berkongsi seekor ikan keli lagi, tapi walau
makan mewah Lobster atau seringkas gula, keluarga tetap hadir dalam setiap
kunyahan atau jika terlupa setiap
sendawa kenyang.
Sejak lahir
hinggalah saya berkahwin pada 2006, saya tidak pernah ada bilik tidur sendiri.
Masa kecil
tidur bersama emak, di Kantin Sekolah tidur diatas bangku panjang di ruang
makan Kantin, dan di rumah saya menetap sejak 1992-2006 itu saya tidur merata,
jika tiada tetamu saya tidur di ruang tamu, tetapi kerana kami sering ada tetamu,
maka saya dan Abang sering tidur atas Lantai dapur!
Inilah katil kami! Bangku dulu guna besi bulat 3 hun, lebih ringan dengan papan sekeping. Sehebat Vono!
Susah? Sedih?
Jangan bersedih untuk kami, kami tidak pernah sedih.
Semua yang saya coret
disini dari huruf pertama adalah dengan hati yang gumbira dan girang, kerana sepanjang
tempoh “sengsara” itu saya bahagia kerana tidak pernah ditinggalkan oleh
Keluarga!
Alhamdulillah, Terima Kasih Allah
sejak 2007, saya sudah punyai bilik tidur, lengkap dengan seorang isteri yang
ditakdirkanNYA.
Kemudian,
Allah Maha Besar kurniakan saya dengan anak lelaki 3 orang, dan kami berlima masih
dalam satu bilik yang sama.
Isunya bukan saya tapi sebaliknya sejauh mana pencapaian kita, setinggi mana
pelajaran dan kerjaya kita, kita perlu ingat asal usul kita.
Ingat sahaja
tidak cukup, kita perlu hargai jasa orang, semut dan benda, bukan lupakannya
selepas kita dapat yang baru. Kita perlu syukur pada apa yang ada, bukan
merungut pada apa yang tiada.
Walau saya
ada rumah 10 biji sekalipun, saya tidak sesekali lupakan Rumah Wira Damai saya.
Seburuk mana rumah itu hari ini, sekotor mana, dan sejijik mana sekalipun kerana disewakan kepada pendatang asing(Islam), ia tetap rumah saya dan saya tidak pernah akan tolak untuk tidur dalamnya pada bila-bila masa walaupun saya pasti musuh lama saya dan keturunnya iaitu tikus(yang saya hambat pakai penyapu) masih simpan dendam pada saya, berhabitat sekitar itu tunggu peluang membalas dendam.
Seburuk mana rumah itu hari ini, sekotor mana, dan sejijik mana sekalipun kerana disewakan kepada pendatang asing(Islam), ia tetap rumah saya dan saya tidak pernah akan tolak untuk tidur dalamnya pada bila-bila masa walaupun saya pasti musuh lama saya dan keturunnya iaitu tikus(yang saya hambat pakai penyapu) masih simpan dendam pada saya, berhabitat sekitar itu tunggu peluang membalas dendam.
Malangnya, Allah
jadikan kita tidak sama.
Ada antara kita merasa “panas”, kotor, busuk dll di rumah yang membesarkan kita semata-mata kerana kita sudah berjaya, sudah miliki rumah mewah moden yang tidak kenampakan seekor pun tikus.(Ada sebenarnya Tikus kerana ada semut ada gula, ada longkang ada tikus).
Kenapa
begitu?
Ini bukan
soal siapa salah siapa betul, siapa baik, siapa jahat.
Ini soal Rumahku
syurgaku, malangnya rumahku yang kononnya syurgaku dulu dilupakan.
Pada hemat
saya, kita terikut dengan budaya yang disuntik barat.
Kita tidak
suka pada kekotoran, tapi kita suka pada durian.
Bolehkah
jika kita gelar orang yang suka pada
durian, tapi jijik pada kelawar dan lipas sebagai orang yang kufur nikmat?
Mengapa
kufur nikmat?
Tahukah anda
Malaysia adalah Negara yang paling banyak lipas dalam dunia. Lipas ini membiak
dalam kadar 1 saat nisbah 100 di dalam gua yang dipenuhi dan diuliti beratus tan
taik kelawar.
Kelawar pula
adalah AGEN PENDEBUNGAAN utama buah durian. Ini kerana, durian yang unik proses
debunganya hanya pada waktu malam dan hanya Kelawar yang keluar pada waktu
malam.
Ia
menjelaskan kenapa di Negara suhu tropika yang tiada kelawar atau gua tidak
mempunyai durian dan tidak berjaya ditanam. Jadi siapa suka Durian perlu cium
kelawar atau BatMan selepas ini. :)
Begitu juga
tikus!
Siapa suka
tikus? Kotor, jijik, penyakit kencing tikus dll. Orang gila sahaja suka dan
saya “belum” gila!
Tapi jelas
dalam AlQuran Allah kata, Allah tidak cipta satupun secara “main-main”.
Setiap
ciptaannya ada fungsi sendiri dalam rantaian hidupan. Seperti kelawar tadi!
Mana tahu,
entah-entah Allah cipta tikus sebagai agen pendebungaan semua tumbuhan lain
atau penawar sakit ayam, atau mungkin tikus membunuh virus dalam najis kita, kerana
binatang ini berada diseluruh dunia tanpa kira iklim. Wallahualam.
Barat
senantiasa gambarkan Negara mereka hebat, maju dan moden. Kita pula sembrono ikut
dan terus hentam dan hina Negara tercinta kita sendiri dengan cara
membandingkan terutama golongan kaya, traveller dan migran.
Dari segenap
segi kita kutuk Malaysia, dan puja Negara Barat.
Saya tiada
kelayakan untuk berdebat dengan mereka yang kaya dan berpelajaran tinggi tapi
izinkan saya petik jawapan balasan Menteri Luar Arab Saudi ketika ditanya CEO
New Amerika tentang kenyataannya bahawa Islam tidak sekat hak seorang wanita,
sebaliknya budaya kaum Arab yang sekat hak wanita.(Video Menteri ini ada
dikongsi di wall FB saya)
YA! Wanita
tidak dibenarkan memandu kereta di Arab Saudi kerana ia adalah kepercayaan kaum
Arab dan ia bukan kepercayaan Islam!
Menteri ini jawab,
Amerika sudah merdeka 250 tahun. 100 tahun selepas itu barulah penghambaan
dihapuskan dan wanita dibenarkan mengundi.
Dan hanya selepas 200 tahun Amerika
merdeka, barulah wanita diangkat sebagai pemimpin dalam Senat.
Arab Saudi
baru sahaja merdeka kurang dari 100 tahun dan lebih EPIK, Malaysia baru sahaja
merdeka kurang 60 tahun, dan kita sudah membandingkan Malaysia dengan London
yang “merdeka” sejak 600 tahun dahulu?
Menteri ini
berkata, kami tidak berkata kami perlukan 100 tahun lagi, atau 200 tahun lagi
untuk Arab Saudi dan Malaysia menjadi seperti Negara yang anda puja.
Tapi kami
berkata, SABARLAH SIKIT!
Ini Negara yang berjasa pada anda dan Negara anda juga dan Negara Datuk Moyang Anda!
Saya bukan suka membaca, tapi saya tidak suka duduk tidak buat apa dalam Bas ke Bahau selama 4 jam. Kerana kurang mahir English saya suka lihat Gambar dan individu yang dipaparkan. African hanya mampu dijinakkan Mandela.Majalah Time Tahun 1994.
Seingat
saya, sejak saya mula baca Majalah Antarabangsa(bukan Ujang Lawak Antarabangsa)
pada usia 14 tahun seperti Times dan Riders Digest saya tertekan dan memilih tidak
bersetuju dengan dakwaan keburukan tulisan manusia menggambarkan peribadi
mereka.
Asbab saya
mudah kerana tulisan saya buruk,tapi saya pasti saya tidak buruk seperti
digambarkan tulisan saya.
Sejak itu
saya sedar, bahawa Barat mahukan kita fikir dan lakukan apa yang mereka mahukan.
Mereka mahu kita percaya, minum, hidup, makan gula-gula getah, hisap rokok yang
dicipta mereka(Singapura haramkan Gula-gula Getah pada 1970-an dan Amerika
marah Singapura).
Malah
hinggakan Amerika mahu kita kencing berdiri seperti mereka dan kita ikut
kencing berdiri.(Untuk makluman pembaca sekalian, Datuk Moyang kita tidak
pernah kencing berdiri dan Tandas Awam 80-90-an tidak banyak tempat berdiri!)
Jadi, saya “rugi”
kerana tidak pernah sekalipun terikut budaya raps, reggae, seluar londeh, Alien
Workshop, KPop, Punk, Grounge, dll.
Pendapat saya
pada usia 14 tahun itu ternyata betul ketika menonton dokumentari Astro
baru-baru ini tentang sejarah Holywood yang ditubuhkan awal kurun 20 menggunakan
dana besar yang diberi Presiden Amerika dan dipersetujui Senat.
Tujuannya,
adalah penghebahan budaya dan cara hidup Amerika keseluruh dunia.
Sepanjang artikel ini, mungkin ada yang perasan saya masih duduk dibawah ketiak emak.(Jangan risau saya tidak akan merendahkan intelektual pengkritik saya dengan panggilan haters dsb, anda semua pembaca yang bijak)
Terpulanglah
apa sahaja yang anda mahu katakan, kerana saya lebih jelas apa yang saya
lakukan.
Lagipun saya tidak pernah peduli apa yang orang lain katakan tentang saya, tapi saya sering peduli dan cemas apa yang Allah akan/telah katakan tentang saya.
Lagipun saya tidak pernah peduli apa yang orang lain katakan tentang saya, tapi saya sering peduli dan cemas apa yang Allah akan/telah katakan tentang saya.
Perjuangan
saya adalah saya tidak rela biarkan Malaysia bertukar menjadi Amerika, mahupun bertukar
menjadi Arab.
Ramai orang
Melayu yang terpelajar dan terkesan dakyah Amerika yang mengkritik sikap lemah
lembut, tolak ansur dan “biar orang buat kita, kita jangan buat orang” orang
Melayu sebagai sifat negatif dan buruk tanpa kita sedari dengan sikap itulah
orang Melayu berjaya mempamerkan Islam sebenar(sederhana) jauh lebih baik dari
kaum Arab sendiri.
Di Amerika,
masyarakat mereka pandang jijik kepada sesiapa yang masih tinggal dengan ibu,
atau bawa ibu tinggal dengan mereka seolah siapa yang tinggal dengan ibunya
sehina melakukan hubungan seks dengan ibu sendiri
Rumah Orang
Tua mereka dilindungi sistem cukai dan setiap orang tua wajib duduk seorang,
berdua bersama pasangan atau di rumah orang Tua.
Saya bukan
barat! Tiada sebab kenapa saya mahu jadi seperti mereka yang melihat orang yang
membesarkan mereka sebagai bendasing yang perlu dikeluarkan dari keluarga
mereka.
Yang melihat
Negara dan rumah buruk yang membesarkan mereka sebagai kotor, busuk, dsb.
Kalau kita
mahu ikut mereka juga, kita perlu hapuskan hukum Islam seperti faraid dan
pastikan rumah-rumah ibu bapa kita yang ditinggalkan kosong atau didiami
seorang dirinya bebas dari jentik-jentik Aedes. Data menunjukkan kebanyakan
nyamuk aedes dari rumah dan bilik air terbiar.
“Branding” kebersihan
seorang individu dinilai dari kebersihan tandasnya juga tidak sesuai diadaptasi
ke dalam masyarakat Islam Malaysia yang gunakan air untuk beristinjak bukan
tisu seperti Barat.
Orang yang keluarkan
kenyataan ini duduk di Negara Barat yang lantai bilik airnya adalah kayu!
Dan orang Melayu yang makan cili api dan rempah mahu ikut sedangkan kualiti najis yang dikeluarkan manusia berbeza mengikut cara makanan mereka dimasak, dan atas sebab itu Cina tidak suka menggunakan banyak minyak dalam masakan mereka. Mereka lebih suka sup dari goreng.
Dan orang Melayu yang makan cili api dan rempah mahu ikut sedangkan kualiti najis yang dikeluarkan manusia berbeza mengikut cara makanan mereka dimasak, dan atas sebab itu Cina tidak suka menggunakan banyak minyak dalam masakan mereka. Mereka lebih suka sup dari goreng.
Jadi kalau
anda mahu menilai saya dari tandas saya, anda perlu gunakan tisu untuk membasuh
dubur anda yang cirit kerana cili dan rempah, dan lantai kayu sebagai lantai bilik air
dahulu.
Rumahku
bukan kotorku, dan bukan burukku.
Tapi aku
yang buruk kerana tidak bersyukur dengan apa yang aku ada, dan merungut apa
yang aku tiada! Aku yang kotor kerana melupakan jasa orang, semut, jasa Negara dan
lain benda yang berjasa pada aku.
PS:
Artikel ini ditujukan khas kepada 3 orang anak saya moga setinggi mana mereka pergi, bersabarlah dengan Negara Kotor dan Buruk ini, kita baru merdeka 60 tahun. Demi Allah yang menjanjikan manusia yang suka perbaiki amalan dengan ganjaran, Negara kita pasti sehebat London tetapi ia perlu bermula dari diri kita sendiri, bukan orang lain.
Dan setinggi mana pelajaran kalian jangan lupa asal usul kalian. Jika dari Minang, katakan dari Minang. Jika dari sawah, katakan dari sawah, jika dari Ulu, katakan dan bangga dengannya.
Bapa kalian(saya) dibesarkan di bangku kantin sekolah, jadi kalau kalian dan keturunan kalian jumpa bangku kantin sekolah usaplah bangku itu, cakap terima kasih kerana sudi menjadi alas bontot aku yang busuk setiap hari demi melonjakkan aku diatas hingga berjaya dan mewah seperti hari ini!
Artikel ini ditujukan khas kepada 3 orang anak saya moga setinggi mana mereka pergi, bersabarlah dengan Negara Kotor dan Buruk ini, kita baru merdeka 60 tahun. Demi Allah yang menjanjikan manusia yang suka perbaiki amalan dengan ganjaran, Negara kita pasti sehebat London tetapi ia perlu bermula dari diri kita sendiri, bukan orang lain.
Dan setinggi mana pelajaran kalian jangan lupa asal usul kalian. Jika dari Minang, katakan dari Minang. Jika dari sawah, katakan dari sawah, jika dari Ulu, katakan dan bangga dengannya.
Bapa kalian(saya) dibesarkan di bangku kantin sekolah, jadi kalau kalian dan keturunan kalian jumpa bangku kantin sekolah usaplah bangku itu, cakap terima kasih kerana sudi menjadi alas bontot aku yang busuk setiap hari demi melonjakkan aku diatas hingga berjaya dan mewah seperti hari ini!
No comments:
Post a Comment