ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, June 26, 2016

Bangga Dengan Fakta Melayu Tidur, Melayu Malas, KITA Lebih Hebat Dari Barat Eropah!

Apa yang Mueller katakan tentang kakitangan MAS(Melayu) tidur tidak perlu dinafikan!

Begitu juga apabila ada yang kata Melayu malas, kita juga tidak perlu nafi!

Malas dan tidur keduanya adalah fakta.

Menafikan fakta bermakna kita tidak akui dan tidak kenalpasti kelemahan kaum kita sendiri sekaligus menghalang sebarang peluang untuk Melayu berubah dan maju.

Sebaliknya, jawab Mueller dan pencemuh yang lain dengan berkata;

Melayu baru bentuk Negara pertamanya kurang 60 tahun dahulu. Walaupun Pesekutuan Malaysia adalah Negara pertama diperjuang dan ditadbir Melayu, Melayu tetap bermurah baik hati menerima Cina dan India menjadi sebahagian besar dan penting Negara Malaysia.

Sebelum Negara Malaysia dibentuk, Melayu tidak punyai Kerajaan sebesar Malaysia melainkan Kerajaan Negeri yang terbahagi kepada lebih 14 "Daerah" yang amat kecil.(Sejarah Melaka jauh dibelakang dan tiada kesenambungan untuk dinilai sumbangannya)

Melihat pada sejarah tamadun kaum Cina, India, dan Arab yang berusia beratus ribu tahun, pencapaian kaum Melayu lebih membanggakan jika dibandingkan dengan pencapaian kaum tamadun-tamadun awal ini.


 
Mueller tidak tidur dan rajin kerja digerak oleh kekejaman Hitler "kebanggaan" Jerman


Begitu juga jika kita lihat pada pencapaian kaum Mueller atau kaum barat Eropah yang berusia ribuan tahun malah pernah menjajah 2/3 Dunia, maka pencapaian kaum Melayu yang tidur dan malas itu jauh lebih membanggakan dari kaum Mueller.


Acapkali bila orang kritik Melayu MALAS, Melayu TIDUR, Melayu Penipu dan sebagainya, orang Melayu melihat melalui teropong sempit yang dicipta barat.

Melayu sentap lantas berada dalam perspektif sempit lalu terbawa dan terikut rentak tarian dendangan Barat.

Dendangan Melayu Bodoh yey! Melayu Malas yey! Kita Melayu pun ikut dan rendahkan kehebatan kaum nenek moyang kita sendiri.

Hakikinya, semua revolusi dalam dunia digerakkan oleh pengalaman khususnya kemelaratan ekonomi dan kesengsaraan peperangan.

REVOLUSI CHINA - GREAT LEAP. 42 juta rakyat China mati kelaparan!

Kejayaan & Pencapaian Cina hari ini hasil dari kematian 42 juta jiwa kelaparan!

Eropah dan Amerika yang dipuja hebat hanya selepas berperang ratusan tahun dengan jutaan nyawa terkorban hanya untuk berevolusi tidak tidur dan tidak malas.

Melayu tidak pernah sengsara peperangan panjang, tiada kemelaratan ekonomi atau catuan makanan hingga kematian waima seorangpun akibat kelaparan.

Justeru orang Melayu dan evolusi mereka jauh lebih hebat dari orang Barat Eropah jika diberi atau dibanding tempoh yang sama dengan mereka.

Jadi, kita jangan nafikan, sebaliknya kita jawab dengan yakin;

YA! Melayu Tidur dan Melayu Malas, tetapi jika dibandingkan dengan sejarah kaum Barat Eropah, jika dibandingkan dengan kaum Arab, Cina dan India;

KAMI orang Melayu lebih hebat pencapaiannya dalam tempoh tahun yang sama.

Pun begitu, jujurnya untuk berubah Melayu perlu banyak berkorban dan berusaha memahami AlQuran.

Malas, curi tulang, tidak jujur, tidak amanah, lembab, tidur, banyak MC, banyak EL, banyak alasan, kuat tipu dan pelbagai lagi adalah antara sikap popular orang Melayu yang mentah ini.

Walaupun agama Islam melarang semua sikap negatif ini, tapi cengkaman identiti kaum lebih kuat pengaruh berbanding agama. Hanya jika agama berjaya dihayati barulah sifat negatif ini mampu dibuang.

Tidak perlu tengok orang lain, perubahan perlu bermula dari kita sendiri dan orang paling rapat dengan kita.

Malaysia Boleh! Melayu Terbaik!

2 comments:

Anonymous said...

Salam..AH CHAI....SELAMAT HARI RAYA DARI ABG SEKELUARGA....ARTIKEL2 AH CHAI SARAT DGN MAKLUMAT DAN AMAT BERGUNA UTK MEMBINA JATI DIRI BANGSA MELAYU SAN UMAT ISLAM...TAHNIAH...

Unknown said...

Maka teruskan la selesa dgn sumpahan ug telah d berikan tu...maka dgn itu semakinlingkup la melayu dwk keindahan fakta2 auta d atas...

Jom semua tidur terus sbb kita punya kekuatan $ hasil jualan tanah peninggalan tok nenek kita