ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, November 30, 2015

Pesan Arwah Yus Jambu pada Nabil, Zizan dll

Arwah Jus Jambu telah kembali.

Terkejut? Dia meninggal ketika di puncak, ketika semua masih sayangkan dia. Itu anugerah Allah padanya.

Kalau dia meninggal ketika orang sudah tidak suka dan benci, maka namanya hanya sekadar mengisi slot berita yang kecil dengan para peminat bergelut mencungkil memori dengannya.

Allah Maha Besar. Yus Jambu meninggalkan pesan kepada Zizan, Nabil dan lain-lain pelawak.

Bagaimana kita dalam usia muda esok dijemput Allah dalam keadaan mengejut?

BERSEDIAKAH KITA?

Rasanya baru semalam di Gegar Vaganza Nabil merendahkan Haji dengan berkata dia mahu ke Hawai melihat wanita memakai coli sahaja. Dimasa yang sama dia sering berkata saya Haji.

Mempersendakan agama dan nama Allah.

Zizan juga begitu. Selepas mengucap dan menukar kalimah Allah iaitu nama Muhammad kepada Syaitan dalam filem hantu bonceng, di AF baru-baru ini bersama Faizal dia permainkan kalimah Allah secara pantun Allahummafirlahu Warhamhu aku pun tak tahu!

Hakikatnya, ramai kita berbuat demikian seperti wallahualam bissawab ... dan kita sambung dengan berjenaka.

Tapi kita lakukan bukan di khayalak ramai, di TV, ditonton penganut agama bukan Islam seperti Zizan.

Tolonglah Nabil, Zizan dan pelawak lain, hentikan melawak menggunakan nama dan kalimah Allah.
Bagaimana jika sedang melawak tiba-tiba sahaja dijemput seperi Yus Jambu?

Mahukah kalian pergi dalam keadaan menyindir dan mempermainkan kalimah Allah?

Yus Jambu cukup beruntung, pada saya Allah selamatkan dia dari gunia glamor yang tiada noktah itu.

Malah saya menghormati beliau kerana masih boleh popular tanpa mempersendakan Islam dan juga tanpa kontroversi peribadi serta mulut menyakitkan orang. Alhamdullillah.

Khusus untuk Yus Jambu.

Alfaaaatiihhhaaaah!!!


PS: Walaupun pelawak hari ini lebih popular, tapi saya lebih hormati pelawak dahulu dari zaman Os hinggalah ke Senario dan Apek kerana tidak "mocking" orang lain serta tidak persendakan Islam dan kalimah-kalimah suci Allah. Wallahualam.

Monday, November 23, 2015

KESILAPAN Najib - Berapa Banyak Anugerah Datuk Untuk BELI SOKONGAN

Saya adalah peminat politik, tokoh dan kepimpinan.

Sebagai ahli politik Najib melakukannya dengan baik tapi sebagai pemimpin, beliau tidak punyai nilai seorang pemimpin.

Masih ingat Anwar? Anwar juga ahli politik yang hebat. Luar tabii boleh menjadi halal dan diterima samada beliau buat atau tidak itu saya tiada bukti. Malahan DAP boleh bernikah dengan PAS tanpa perlu menukar agama. Itu kehebatan Anwar.

Tapi sebagai pemimpin?

Berapa banyak jasa kepimpinan Anwar sebagai pemimpin Negara kita boleh abadikan?
Berapa banyak kriteria dan contoh beliau anak kecil boleh ambil dan dijadikan ikutan dan idola?

Disini lahirnya kesilapan Najib.

Beliau gemar membeli undi dari rakyat dan sokongan dari ahli parti BN.

Saya ingin berkongsi dengan anda kisah tentang 3 Dato di Gombak.

KISAH 1. Secara peribadi saya mengenali Dato Tan Sri Yusof. Hinggakan ketika isteri beliau meninggal, saya bersama beliau dalam Ambulans dari HKL dan beliau menangis bagai anak kecil.

Beliau adalah balaci kepada Cina. Bukan saya kata, oleh kerana hubungan akrab antara saya dan beliau, beliau beritahu semua kepada saya.

Yusof memiliki pistol kerana berkerja sebagai BodyGuard Cina, beliau panas baran dan suka mencarut.

Selepas ZAHID HAMIDI JADI TPM, beliau kini sudah dianugerahkan 2 pingat yang membawa Gelaran Dato dan Tan Sri.

KISAH 2. Isteri saya mengenali Datuk Seri Mohammad Fairus, bekas Timbalan Ketua Menteri PP, Pengakap di Sekolah Selayang. Kini beliau adalah Yang Teramat Mulia, Tunku Dato Mohd Fairuz dan di sapa dengan sapaan Daulat Tuanku. Pelikkan bagaimana Kerajaan boleh biarkan sesiapa menganugerahkan bukan sahaja Datuk malah Tunku?

Kisah 3. Juga berkisar selepas ZAHID HAMIDI JADI TPM.

Boleh dikatakan seperti ada lelongan gelaran Datuk untuk pemimpin UMNO bagi membeli sokongan mereka.

Syak wasangka saya terhadap cara dan gaya Najib membeli sokongan dengan beri gelaran Datuk tidak dibenarkan dalam Islam kerana kita tidak boleh tuduh tanpa bukti.

Saya tiada bukti.

TAPI, saya berasa amat pelik dengan berpuluh Cawangan UMNO yang semakin rancak mengusulkan Najib supaya berundur.

Secara logiknya, Ketua Cawangan ini juga mahukan Gelaran Datuk yang diberikan kepada Ketua Cawangan lain. Tapi Datuk yang boleh diberi UMNO secara gratis hanya di 3 Negeri tidak bersultan sahaja. Berapa banyak gelaran Datuk boleh dilelong untuk beli Sokongan?

Sebagai pengikut dan peminat politik, ketika di ambang raya tahun ini, ada Timbalan Ketua Bahagian yang siap keluar "banner" bertanya kemana peruntukan raya RM 1 juta kepada Ketua Bahagian kerana beliau tidak dapat sesen pun.

Di FB juga bersepah kenyataan ini dari cawangan dan bahagian berbeza.

Jadi walaupun tiada bukti, tapi saya boleh simpulkan, amalan membeli sokongan ini merupakan KESILAPAN NAJIB paling besar.

Sokongan patut didapatkan dengan usaha dan bukan dengan wang ringgit dan gelaran Datuk.

Kini ia memakan diri, kerana manusia tidak pernah cukup,puas dan akan minta lagi!!

Sebagai bukti, Cawangan di Teluk Kemang, Cawangan di Sepang, Cawangan di Johor, Cawangan di Puchong dan banyak lagi ketua cawangan yang akan mendesak Najib berundur.

Mereka berbuat demikian sedikit sebanyak kerana melihat rakan mereka dari Cawangan lain mendapat pingat Datuk tetapi mereka tidak dapat.

Najib perlu beri lebih 21000 cawangan x 5 ahli UMNO pingat Datuk untuk membeli Ketua-ketua cawangan, Naib, AJK dan lain-lain.

PS: Anak Ustaz Bagan Dato, ZAHID HAMIDI dimakan politik. Di wajahnya tiada lagi ketenangan dan keikhlasan. Saya senantiasa berharap beliau adalah Trojan Horse, jika benar, apakah Trojan Horse ini sudah terjun memihak kepada Troy? The game continue...

Wednesday, November 18, 2015

Akibat Forward Ceramah Agama Hari-Hari Di FB/Whatsapp, AlQuran Jadi Pengemis

20 tahun yang lepas, sering ditanya kenapa tiada pendakwah ke Kelab Malam untuk berdakwah?

Kenapa Para Tabligh tidak masuk kedalam atau diluar pintu Kedai Judi dan tarbiah?

Kenapa Tok Imam tidak masuk ke Pusat Dangdut dan Azan?

Mungkin pernah ada insan yang melakukannya, mungkin? Persoalan penting adalah sejauh mana keberkesanannya?

Apakah jika hari-hari kita ke Kelab Malam, Dangdut, Pusat Judi dsb mereka akan ikut kita dan tinggalkan aktiviti mereka? TIDAK!! Mereka akan lari dari kita!

Dahulu bila ada Konsert Metal di Stadium Merdeka, PAS akan menggerakkan Pemudanya untuk mengedarkan Brochure di laluan utama ke Stadium.

Lama kelamaan tiada lagi dilakukan kerana orang yang menerima brochure itu tiada seorang pun berpatah balik membatalkan tujuan mereka.

Begitu juga kisah KP Pemuda PAS, Nasharudin Tantawi yang mahu gempur Genting Highlands, tiada sambutan dan tiada kesan!

Hakikinya,tugas dakwah bukan mudah. Nabi sendiri menghadapi kesukaran berdakwah dengan si kafir, dan lebih sukar berdakwah dengan orang yang "wayang lebih".

Sedarkah kita yang bukan ahli dalam bidang dakwah, kita sebenarnya memberi masalah pada kerja pendakwah sebenar dengan forward apa sahaja yang mereka terima.

Setiap hari, malah ada setiap jam.

Sewajarnya, bila kita menerima dakwah itu, kita patut makan dahulu dakwah itu, kunyah dan kemudian telan. Bila sudah hadam, dan sendawa barulah Alhamdulillah dan sampaikan kepada yang lain. Prinsip ini bukan direka, tetapi diamalkan oleh setiap Pendakwah Tulen dan Ulama.

Proses prinsip diatas bukan sehari dua, malah ada yang berminggu. Malah ada yang berbulan dan memerlukan kita mengamalkannya, barulah kita boleh "sampaikan ayat SAW, walau satu ayat".

Kadang-kadang yang diforward itu terlalu panjang, sepanjang-panjangnya. Siapa yang membaca bukan masalah, tapi siapa yang mengesahkan isinya?

Untuk rekod Ahmad Deedat dan Zakir Naik membongkar kesalahan Yahudi dan Nasrani melalui perbuatan mereka menukar-nukar dan membuang ayat Injil. Mereka tukar sepotong ayat sahaja, Begotten Son jadi Unique Son sudah jadi makna yang jauh berbeza.

Apakah Syaitan sedang melakukan sama dalam Islam pula dan kita sebagai alatnya untuk menukar ayat AlQuran dan diforward-forward?

Lebih penting, adalah Syaitan menghalalkan kita kepada konsep pengabaian!!!

BILA sudah terlalu kerap, setiap jam mesti ada seorang yang forward status panjang dalam Whatsapp Group, setiap setengah jam di FB, maka makin banyak, makin pembaca mengabaikan.

Senario ini seolah kita bagi Al Quran kepada Monyet dan Lembu!!! Dengan harapan yang sama kita forward di FB dan Whatsapp supaya ada antaranya yang dengar.

Subjek utama bukan Monyet dan Lembu, tetapi subjeknya adalah kita merendahkan dan menghina nilai AlQuran.

Al-Quran Kitab Suci hingga jika dibacakan/diturunkan kepada Gunung, hancur Gunung kerana takjub, dan takut.

Tapi kita lelong Al-Quran ini. Kita jadikan AlQuran pengemis, mengemis kepada telinga yang tidak mahu mendengar.

Mungkin ada yang kata, lama-lama pasti dengar yang penting usaha. Benar, tapi yang ramainya, makin pekak, dan yang mahu mendengar pula lama-lama sudah tidak mahu dengar.

Mungkin anda tidak tahu bila kita menerima satu status panjang dari seorang Saudara yang dihormati, kita berfikir, dalam usia 70 tahun dia begitu gigih menaip panjang-panjang ini demi saudaranya.

Selang seminit selepas itu, kita terima Whatsapp yang sama dari Group lain dan berkata "Forward rupanya, siapa pun boleh forward"!!! Nilai hormat runtuh, berkat hilang, dan ilmu jadi kosong.

Keberkatan hilang bila kita forward, umpama kita dapat ilmu kita forward sahaja pada orang lain tanpa membuka, membaca dan menjiwainya. Lebih teruk, kita tidak bercakap dari hati dan jiwa, kita forward sahaja.

Anda bijak, pasti anda tahu beza seorang Cikgu yang ajar dari hati dan jiwanya, berbanding yang forward sahaja pengajaran dari Buku Teks.

Hakikinya, kalau kita tulis semula, itu lebih berkah. Bukan saya kata, sains yang kata. Bila kita menulis, jiwa kita membaca dan menjiwai. Bila kita menjiwai, kita ajar orang lain dari hati yang dalam, walaupun dalam bentuk Whatsapp berkah dia ada, insyaAllah sampai dari hati ke hati.

Sebaliknya, bila kita hanya baca dan forward, sama macam Cikgu masuk kelas dan berkata buka Buku Teks, baca mukasurat 20-30. Noktah.

Selepas berjela artikel ini, wajib disemat dan harus diperingat, saya tidak kata JANGAN forward, JANGAN dakwah, tiada satupun perkataan jangan diatas ayat ini.

Saya kata TOLONG!!!

Tolong teruskan aktiviti forward di Whatsapp dan FB, TETAPI;

Tolong dakwah dengan cara yang betul bukan seperti pengemis. Nabi SAW berdakwah bukan mengemis. Hingga Allah kata, kalau mereka tetap tidak mahu dengar SAW tidak perlu jadi pengemis yang sedih orang tidak beri/derma hatinya kerana Allah lepaskan SAW dari itu.

Allah bukan pengemis, Nabi bukan Pengemis, Malaikat bukan Pengemis, tapi kenapa kita jadikan ayat AlQuran seperti pengemis?

Tolong amalkan prinsip para ulama, bila sampai kepada kamu satu ayat sampaikan bila kamu sudah hadam, sudah khatam. Jangan belum makan terus forward.

Makan dahulu, kunyah, telan, kemudian jiwai proses penghadaman. Sudah sendawa, ucap Alhamdulillah, baru forward.

Ramai tidak rimas dengan forward yang banyak kerana jujurnya jika terlalu panjang kita tidak baca pun. Ramai lebih suka ambil masa tersendiri bersama "Guru" untuk membaca ilmu dan bertanya padanya. Guru kita ramai, isteri, anak, abah, emak, jiran, ibu mertua, abang ipar, abang, kakak, adik, siapa sahaja boleh jadi Guru kerana kita seharusnya tidak malu untuk bertanya.

Jujurnya, sifat manusia bila membaca akan baca 3 perkataan pertama, tengah dan akhir, dan tidak akan baca dengan penuh. Mungkin yang warak dan alim akan baca penuh, tetapi kerana sedang sibuk hal lain maka ia akan baca dalam keadaan cepat dan terburu-buru dan mungkin tertinggal sepatah ayat.

Soalannya, BOLEHKAH kita baca AlQuran seperti itu??????????????????????

PS: Sifat manusia, bila dia kembali pada AlQuran, biarlah dia kembali dengan rela dan menyerahkan masa dunianya, bukan dicuri secebis masa dunianya untuk diberikan pada AlQuran itupun dalam Whatsapp bukan dalam Buku Suci itu. Kerana AlQuran itu dan Ayatnya tinggi darjatnya, hingga Gunung pun tidak mampu memikulnya.  Kita pula ringankan, kemudian abaikan keraan forward datang tidak kira masa.

Wallahualam, Yang buruk dari saya dan anda, yang baik dari Allah melalui Rasul, Malaikat dan Kitabnya. Jangan nanti bila ditanya "Nikmat Allah yang mana yang kamu dustakan?" kita jawab Al-Quran di Whatsapp dan di FB!

Tuesday, November 17, 2015

Burung Merpati Saiful Nang

Salam Saudara Saiful Nang,

Nampaknya Saudara agak sunyi samada di Blog, FB malah FB Warga Prihatin milik saudara.

Harap bukan kerana perihal Pelacuran di Mekah, kerana ada yang kata beliau bertanya sendiri pada Saudara dan Saudara tidak mengalaminya, sekadar mendengar cerita orang dan cerita pemandu teksi disana.

Saya, bukan orang baik.

Saya pernah ke Bangsar dan Chowkit melihat pelacur menayangkan diri dalam Bilik, saya pernah ke Hotel dihadapan Balai Polis Cheras, masuk kebilik berpuluh Pelacur RPC duduk atas katil untuk dipilih, saya pernah ke Danok di kejar pelacur disana hingga ke Hotel, dan terbaru saya menemankan kawan ke BB berjumpa kawan dan disuruh pilih, malunya bila kita duduk sepuluh wanita berbaris melihat kita.

Kita mula tertanya, apa yang dalam hatinya. Tidak malukah mereka kerana saya malu. Alhamdulillah, saya tidak pernah sekali pun melanggan pelacur.

Kerana, saya diajar ibu, tiada siapa yang jahat. Jika Negara berekonomi baik, jika semua membayar zakat dan Pusat Zakat lancar maka tiada siapa mahu jadi pelacur, apatah lagi di Tanah Haram.

Haramain(terma baru) saya biasa sebut Tanah Haram kerana papan tanda disana hanya tunjuk HARAM. Haram mempunyai sempadan dan banyak diceritakan kisah Dajjal berlegar, begitu juga kisah kafir mahu memasuki sempadan Haram tapi bila sampai di Tanaim mereka akan lari seolah dikejar anjing.

Siapa ada pengalaman melanggan pelacur di Haram boleh kongsikan, tapi pastikan sumbernya adalah diri sendiri bukan sekadar cerita-cerita.

Saya bukan orang baik, justeru 100m dari Masjid Kucing saya diuji oleh Allah yang lebih teruk dari saudara dengar dari orang.

Itu bukan isu.

Saya hanya mahu bercerita baik tentang Tanah Haram.

BURUNG MERPATI!!!

Saya Umrah pada Tahun 2004 dan alhamdullillah muasassah pada Tahun 2008. Berjemaah setiap waktu di Mekah memberi kelainan, tetapi saya nakal.

Saya menjarah setiap inci Masjid itu.

Dan setiap hari selepas Subuh, saya akan ke tingkat paling atas menghadap Hijr Ismail-Pancur Emas melihat ragam orang Tawaf.

Di atas bumbung Kaabah, samada saudara perasan atau tidak, tiada satu pun tahi, atau bekas tahi burung Merpati.

Jika mahu kepastian, saudara boleh ke Sentul, dan ke Brickfield, melihat bagaimana banyaknya dan likatnya tahi Burung Merpati.

Burung ini banyak diatas Kabaah, tetapi tidak berak sedikitpun.

Harap Saudara Saiful boleh berkongsi pengalaman keindahan Mekah dengan saya jika tidak keberatan.

PS: Siapa tidak pernah lakukan kesilapan. Yang penting adalah ubah, begitu:)

Sunday, November 15, 2015

Man Behind Paris Attack Is U.S

Because US protect people via political asylum and these people insult other people religion esp Islam and US did not take action, but continued to protect them.

And as Grand Prize for doing so, Paris Incident give EU and US Government a big, very big lesson.

Do not simply give political asylum to everybody. Worst, do not let those guy insult other religion openly.

Obama may give a talk on how important "a human respect others religion", but if he and US Government did not take action or continued giving those protection, than US is worst than the person they give protection.

From my perspective, US having this asylum as a good dog that barked on your behalf. The only question is, when Dog is too old, usually Dog Master will put them to sleep. Will US do the same to those Dog one day?

Recently, one of US Political Asylum holder insulting Islam.

This is clearly a provocation!!!!

Do not mention IS or whatsoever, even a loving cat also will retaliate if you provoke them.

Who knows, if the IS(if its is truly them not US behind it) wanted to go to US and give US Polyical Asylum a lesson but they stopped in Paris so decided to take their revenge there?

There is no doubt, no one would cause Paris Attack nonetheless Alvin Tan!!!!


Saturday, November 14, 2015

Keliru Antara Kenyataan Ketua Polis Negara Dengan Imam Muda Hilal

Pada 13 Mei yang lalu saya antara beberapa "civilian" yang hadir dalam Program Santai Bersama IGP di Shah Alam.

Beberapa orang lain yang hadi antara Rockybru dan seorang lagi Blogger dipanggil Sallehudin.

Wartawan, pelajar dan juga orang ramai. Semuanya kira-kira 40 orang.

Salah satu peserta bertanya tentang Alvin Tan.

Ketua Polis Negara berkata bahawa permohonan Polis Di Raja Malaysia ada perkembangan positif untuk esktradisi Alvin Tan kerana Amerika memberi suaka politik dengan syarat penerimanya tidak mengancam kebebasan beragama di Amerika.

Perbuatan Alvin Tan bukan sahaja membuatkan orang Islam Malaysia marah tetapi juga Islam di Amerika dan di Arab.

Mereka ini akan cuba mendapatkan Alvin Tan di Amerika dan boleh akibatkan kekecohan di Amerika seperti di WTC dahulu jika benar ia didakwa didalangi AlQaeda.

Justeru, kenyataan Imam Muda Hilal amatlah bercanggah dengan Ketua Polis Negara.

Saya hormati Saudara Hilal dan sumbernya, cuma pada saya, sumber dari KPN atau IGP lebih tepat kerana mereka sedang berusaha dan mereka adalah ahli dalam bidang perundangan.

Wallahualam.

PS: Mohon jangan share kerana artikel ini bertujuan memberi gambaran alternatif dari mulut KPN sendiri dan bukan mahu memalukan mana-mana pihak lebih lagi pihak mana yang betul antara KPN dan Hilal kita amat naif berbanding Tuhan Yang Maha Mengetahui. Just comments to correct in manner. Tq.

Sedikit pencerahan. http://www.immihelp.com/gc/asylum.html

Friday, November 13, 2015

Im Alvin Daddy! Look for me if you cant look for Alvin!

Ramai betul orang nama Alvin.

Ramai betul orang tidak puas hati dengan Alvin.

Ada sampai mahu bunuh Alvin tapi "sedihnya" tidak dapat cari Alvin.

Itu belum kira orang Melayu yang cukup BOYO... Bodoh dan Poyo.

Bodoh sebab mereka share status "tersebut" dan secara tidak langsung mereka sama-sama menyertai "sipenghina" menghina.

Poyo, sebab.... itu anda boleh baca sendiri di ruangan komen "penghina".

Alvin ini orang Selatan.

Apa susah!!!!!!!

Kalau betul-betul kuat, Pekida, 3 Lines, Gangster dan segala macam pergi cari keluarga Alvin di Selatan.

Saya Daddy Alvin. Boleh cari saya jika tidak puas hati dengan Alvin. Saya duduk di Selayang.

Tapi saya Sugar Daddy sahaja, kalau mahu Ayah Alvin yang betul bukan saya.

Oh ya!!! Betulkah kita cakap tentang Alvin yang sama.

Tidak! Tapi pembaca semua bijak dan boleh baca yang tersirat mengikut imaginisasi masing-masing.

Sebagai rakyat yang baik, Islam agama yang ajar sabar, ikut undang-undang. Apa jua yang mahu dilakukan mesti ikut undang-undang.

Kalau pilih jalan di luar undang-undang, perlu tanggung sendiri, jika tidak baik diam sahaja, seperti saya.

Diam itu takut, saya penakut. Yang berani, biar berani bertempat, di FB berani alam maya sahaja.

PS: Ada orang cerita dongeng, Hitler sebenarnya cari seorang wanita Yahudi bernama Ju. Ju menghina agama Hitler, menghina ibu Hitler.

Tapi Hitler tidak dapat cari Ju kerana dia menyorok di Negara jauh.

Hitler berkeputusan membunuh seisi keluarga Ju. Selesai??? Tidak!!! Hitler akhirnya membunuh seluruh Jews kerana sangkakan Ju dan Jews itu sama.

Amaran!!! Jangan ikut perangai Hitler nanti saya kena tangkap SOSMA.

Tuesday, November 10, 2015

VAPE...Keputusan Kementerian Kesihatan Perlu Di Sokong

http://mustaqimabdulrahman.blogspot.my/2015/11/minit-mesyuarat-kementerian-kesihatan.html

Diatas adalah artikel saya sebelum ini yang melahirkan kekecewaan pada Kementerian Kesihatan yang menyerbu premis menjual Vape.

Selang sehari selepas itu, Kementerian Kesihatan selepas mengambil kira semua faktor termasuk campur tangan Menteri Kementerian lain termasuk anak PM dan TPM mengambil keputusan TEPAT!

Vape flavour hanya boleh dijual oleh farmasi dan ini adalah penting agar kandungan nikotin dalamnya tidak ditukar kepada kandungan heroin, drugs atau dadah.

Lebih penting lagi, golongan Vapors dan mereka yang menghisap vape tidak perlu risau kerana mereka boleh mendapatkan bekalan mereka dari beribu premis farmasi.

Cuma saya berharap dua perkara;

1. Pekedai Vape diberi tempoh untuk menghabiskan flavour mereka ie 2 minggu- 1 bulan.

2. Farmasi dapat memikul tanggungjawab ini dengan memastikan stok senantiasa ada

Sekian. Terima kasih.

Monday, November 9, 2015

Rosmah Mansor

I once did write a letter to Najib Razak. I applied for an Advisor postion, the 11th one. Since Rosmah Mansor also had her team of advisor, I did write to her too.

11th Advisor is a 10th man Rule that practise by Jews which assured Jewish people achievement today.

For record, Jews was only left few thousands from Hitler Mass Ethic Cleansing, and now, Jews not only rule the world by proxy(America), definitely, they lead world by their millions invention.

10th man Rule is a rule where there will be 9 person ie advisor, economist, scientist, lawyer, food expert that accomplish a study/task/search/decision etc and they will appoint another person, they called the 10th person.

10th person will find at any cost to oppose all nine person study/task/search/decision etc even in at many time, the 10th person is even agree with the other nine.

In example, 9 scientist perform a test and research and already agreed that sky is blue. The 10th person, even he himself agree and find the same as the other nine, MUST oppose the fact "sky is blue".

This was done secretly, and everytime Jews do something they are ready for their public oppose or so called the 10th man team.

Main reason behind my application is I want to be the 10th advisor to Najib or to Rosmah.

I want to be a voice from majority Rakyat lips.

Human behaviour, when you are at top, thousands flies will surround you and tell you wrong things until you cannot hear what exactly your Rakyat is saying.

As a person, I feel pity to Rosmah Mansor and Najib Razak as their age is as old as my parents age.
From that pity, I tried to help.

But, there is no reply.

Maybe, they like to hear only what they like to hear.

Now, I pray, between their hundreds advisor, there will be the 10th man.

Friday, November 6, 2015

GEMPAR!!! Minit Mesyuarat Kementerian Kesihatan Sebelum Serbuan VAPE DiDedah

Update: Saya menyokong keputusan Kementerian Kesihatan Yang Hanya Membenarkan Farmasi Menjual Flavour VAPE. Ini adalah penting untuk mengawal kandungan nikotin dalam flavour vape tidak ditukar kepada kandungan dadah.

Saya berharap Farmasi dapat mengambil tanggungjawab ini dengan baik dan tiada masalah untuk Vapor mendapatkan bekalan mereka.

Sekian.

Minit Mesyuarat

Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkara: Serbuan ke atas semua premis VAPE

Kehadiran :

Menteri - India (Parti BN-MIC)
Pengarah-Pengarah - Semua Melayu (Parti@Kiblat *Lalang)
Pencatat - Melayu (Parti@Kiblat *Lalang)
Pegawai- Pegawai Kementerian -Pegawai Semua Melayu (Parti @Kiblat *Lalang)

* Lalang = siapa bagi lebih dialah Bos!

Malas cakap banyak.

Perkara ini mudah dan satu sahaja jawapan dia;

Melayu DENGKI @ IRI HATI sesama Melayu!!!! dan sudah tentu kerana "DERMA"!

Saya tiada minit mesyuarat ini tapi saya ingin memberi pencerahan jangan salahkan Menteri atau ahli politik.

Kalau ahli Politik penyamun, JUSA dan majoriti Pegawai Kerajaan ini pula adalah perompak!!!

"Penyamun jual perompak dah kena dah"  - P.Ramlee sudah tahu dari dulu orang Melayu perangai macam ini lalu digunakan dalam dialog 3 Abdul.

Saya  berpengalaman masuk ke pelbagai mesyuarat dengan KDN, KKPDNK, MOE, MOSTI dll agensi.

Antara yang hadir biasanya adalah semua pegawai termasuk KP dan TKSU sendiri.

Semua mesyuarat yang saya masuk adalah persiapan untuk mesyuarat dengan Menteri.

FAKTA;

Majoriti atau hampir semua Pegawai Kementerian sudah dibela oleh "Taukey-taukey".

Majoriti atau hampir semua Pegawai PBT termasuk sekecil penguatkuasa rendah semua sudah dibela oleh "Tauke-taukey".

Mereka ini mendapat "derma" setiap bulan.

Saya sendiri ada saudara yang diberi rumah di Subang Jaya dan tidak perlu bayar sewa dengan syarat setiap kali operasi mesti beritahu pada "Taukey-taukey". Itu perniagaan ratus-ratus ribu sahaja.

Bagaimana pula dengan perniagaan berbillion ringgit seperti syarikat Rokok!!!

Menurut Kementerian Kesihatan 23.7 billion rokok sah dihisap setiap tahun!

23.7 billlion atau RM 15 billion setahun jika diambil purata harga sebatang RM 0.60.




23.7 billion ini dihisap oleh 4.7 juta perokok yang bermakna seorang perokok menghisap 5042 batang setahun.

Syarikat rokok memperolehi pendapatan dari hasil jualan RM 14.22 billion setahun dan selepas ditolak cukai Kerajaan 12%(RM 1.7 billion) pendapatan kasar setahun adalah RM 12.5136 billion.

Disebabkan rokok dilarang "sponsor" dan iklan mana-mana syarikat atau organisasi maka kita boleh katakan untung bersih syarikat rokok adalah 50% selepas ditolak cukai adalah RM 6.2568 billion setahun.

Dan baru-baru ini Menteri Kesihatan(diberi fakta dan kajian oleh Pegawai Melayu Kem) bercakap, di Malaysia, lebih 1 juta pengguna VAPE.

Ini bermakna syarikat rokok kerugian 5042 batang X 1,000,000 perokok X RM 0.60 =RM 3.0252 billion setahun atau lebih separuh keuntungan syarikat rokok.

Angka ini membimbangkan kerana jika pengguna VAPE meningkat pada 2 juta(ia boleh dalam 1 tahun) maka semua syarikat rokok akan gulung tikar!!!!

Kerajaan juga kehilangan pendapatan cukai sekitar RM 700 juta! Tetapi ia bukan isu, kerana Kerajaan lebih kerugian akibat kehilangan nyawa dan perubatan perokok tegar!

ISUNYA adalah syarikat rokok yang untung kasar RM 12 billion setahun dan untung bersih RM 6 billion setahun "menderma" berbillion" ringgit kepada Jusa dan Pegawai Kementerian(Kementerian apa tidak tahu kerana boleh ditangkap SOSMA).

Taukey-taukey memang suka menderma lebih lagi di PBT untuk rumah urut, judi dan arak mereka terus beroperasi. Bagi orang Melayu yang berniaga payung tidak mampu derma akan diroboh dan disita dan beritanya disiarkan di akhbar sebagai "lihat dunia kami buat kerja".

Taukey-taukey rokok yang untung berbillion ringgit lebih murah hati dalam menderma.

Mereka menderma beratus lembu ketika korban, mereka derma rumah kepada Jusa, derma percutian seluruh keluarga ke London, derma rumah di London,derma haji sekampung dan banyak lagi.
 
Christmas lagi sebulan. Jualan murah gila babas akan diadakan di Paris, London, USA, Milan dan banyak lagi.

Derma telah disiapkan untuk Jusa-jusa dan pegawai-pegawai Kementerian X.

Jika tidak dilakukan sesuatu dan mereka terus kerugian, maka derma terpaksa dibatalkan.

Maka bertelut-telutlah(al-jaathiyah) Jusa dan Pegawai Kementerian X melakukan kajian dan Mesyuarat untuk dipersembahkan kepada Pak Mentari.

Dan seperti biasa, Pak Mentari ini biasanya "kurang cerdik" atau jika ikut Sultan Johor kurang cerdik ini bermakna bodoh.

Dalam Mesyuarat Pak Mentari tidak berdaya untuk menyanggah fakta serta desakan Jusa dan Pegawai yang telah menerima derma berbillion ringgit ini.

Pak Mentari hanya seperti burung kakak tua yang mengulang apa yang dikata dalam Mesyuarat oleh penyamun tadi. Jangan teruja, Pak Mentari pun perompak, ada imbuhan punya.

Justeru, salah untuk menyalahkan dan menghukum ahli politik semata-mata.

Sebenarnya, JUSA dan Pegawai Kerajaan lebih jahat dari ahli Politik dan jika ditakdirkan tiada ahli politik, 50 tahun dahulu Malaysia sudah dilelong JUSA!!!!

Pasca 2008, selepas BN gagal dapat 2/3 di Parlimen kuasa politik baik PR ataupun BN bukan lagi merajai sebaliknya seperti dilaporkan satu akhbar utama, ada KSU(Jusa) beraja seperti Maharaja di Kementeriannya.

Saya merayu kepada BN dan saya merayu kepada Pakatan Harapan jika menang PRU 14 nanti, pastikan anda menarik balik kekebalan, kekuatan dan "sistem monarki" dalam Pentadbiran Kerajaan.

Dan pada rakyat jelata(dah macam Sultan pula saya cakap), pada pengguna VAPE, bukan salah Menteri, tapi Pegawai Kerajaan Melayu yang terima banyak derma yang jahat.

Untuk rekod saya tidak pernah merokok. Saya sendiri tidak setuju dengan Vape apatah lagi bila memikirkan bagaimana Kerajan mahu mengawal penjualan cecair vape?

Ngeri bila fikirkan jika cecair Vape mengandungi dadah dijual secara terbuka di kedai runcit dan anak muda membelinya.

TAPI! Persatuan Vape secara sukarela mengesyorkan pada Kerajaan agar mengenakan cukai dan mengawal penjualannya.

Malangnya, Kerajaan, JUSA-jusa dan Pegawai-pegawai Kerajaan enggan kerana derma yang mereka terima lebih tinggi.

Justeru, pengguna vape hanya ada satu pilihan iaitu samada seperti shisha, menggantikan flavour vape dengan flavour dadah yang lebih mudah didapati ataupun menghisap rokok yang mahal harganya.

Bila harga mahal, tidak mampu, maka keluarga lebih huru hara. Tahniah JUSA dan Pegawai Kerajaan kita jumpa depan Allah kelak.

PS: Pernahkah terfikir!!! Semua JUSA ABCD hinggalah ke pencacai pengangkat borang permohonan semuanya orang Melayu, tetapi bila orang Melayu yang memohon pasti tidak diluluskan kalau kaum lain mohon pasti lulus.

Bukan sahaja permohonan, segala jenis dasar, peruntukan, bantuan, perniagaan, peluang dan semuanya yang diproses oleh 99% Melayu ini tidak diberi pada Melayu! KENAPA?

Malahan dalam isu serbuan VAPE ini apa salahnya Jusa Melayu dan Pegawai Melayu ini mencadangkan Menteri dan Kementerian Kesihatan memberi tempoh sebulan agar semua stock boleh dijual dan peniaga Melayu tidak akan rugi?????Jelas, orang Melayu bila berkuasa, beraja dihati bersultan di jiwa!

Thursday, November 5, 2015

Seks Dengan Isteri Orang

No, its never happen to me! But its happen everyday!

Tajuk itu dipilih kerana dari hampir 1000 artikel saya, artikel yang paling hit adalah Seks di Danok.

Tajuk Seks di Danok itu tidak berniat untuk memancing pembaca walaupun carian Yahoo! dan Google paling banyak adalah seks, tetapi ia realiti yang terjadi disana.

Seks dengan isteri orang juga realiti yang semakin membimbangkan.

Dari 2000-2010 saya berkerja di anak syarikat dan Syarikat Fujitsu sendiri.

Dalam tempoh ini saya mempunyai lebih 1000 pejabat, 1000 meja atau cubicle di seluruh Negara.

Kami ke semua sektor, dari JPM, KPM, KDN, KPDNKK, MOSTI, ROS, JUPEM, Macres, PTG, JKR, National Library, kontinjen Polis seluruh Negara, pelbagai insurans, beratus kilang, MAS, KLSE, Anchor Bank, Airlines, Microsoft, Auditor, Publisher, Law Firm, dan banyak lagi.

Justeru beratus, bukan, beribu atau mungkin lebih insan kami jumpa sepanjang tempoh itu.

Saya sendiri terlibat dengan hubungan bermain "mata" dengan isteri orang, dan biasanya mereka kemukakan pelbagai alasan.

Takut dengan dosa, saya berkeputusan berhenti kerja pada tahun 2008 kerana menunaikan haji, dan 2010 sepenuhnya.

Saya berhenti kerja kerana saya tidak sanggup menghadapi cabaran yang mana saya rasa bakal menumpaskan saya dengan menjerumuskan ke dosa "seks dengan isteri orang".

Touch and Go adalah perkara biasa dengan isteri orang. Mereka mahukan lebih atau ada yang boleh lebih jika kena gaya dan cara.

KENAPA?

Wallahualam!

Mungking benarlah firman Allah yang menyuruh Nabi SAW larang isteri-isteri Baginda dari keluar ke khalayak jika tiada urusan penting.

Orang lelaki suka ikut Sunnah Nabi SAW beristeri ramai tapi sunnah Nabi dimana ALLAH suruh Nabi tegah isteri dari keluar ke khalayak ramai jika tiada urusan penting diabaikan!!!

Tujuan saya menulis artikel ini adalah supaya kita semua sama-sama berusaha.

Yang mempunyai isteri berkerja, bila pulang nanti jadikanlah amalan seperti berikut;

1. Kucupan/Salam

Kucup/Salam isteri semasa pergi kerja dan pulang kerja

2. Telefon / Ucapan

Bila sampai di Pejabat perkara pertama adalah telefonlah isteri dan katakan saya sayang anda dan doakan dia. Juga dalam keadaan lain ie isteri meeting, ada kursus- kita wish her luck(ini jangan buat selalu nanti jadi kewajipan, buat seminggu sekali dan kalau lebih baik dalam keadaan "suprise")

Ramai isteri yang saya telefon pagi-pagi(kerana urusan kerja) akan kata pada saya, suami Akak masa bercinta tiap-tiap pagi/malam wajib telefon, bila sudah beranak haram telefon isteri agaknya.

3. Sentuhan dan Seks

Banyakkan sentuhan antara suami dan isteri samada di tenpat awam atau persendirian. Sentuhan seks sudah pasti salah satu kriteria yang penting dan perlu dipelajari.

Elemen penghargaan adalah penting samada dalam sentuhan biasa mahupun seks.

Jika biasa pegang tangan isteri, jangan macam pegang kayu. Ambil, cium, sebelah tangan letak didada anda, sebelah lagi belek jarinya, ucapkan kata, kesian jari ini, penat berkerja dan bertugas. 

Jangan tahu tujah sahaja, kemudian selepas 20 tahun masih sama lepas sahaja lelaki selesai "TIDUR"!

4. Confession

+ve 5 word rule confession adalah sangat penting. Kebanyakan isteri "tandus" saya jumpa ini mereka tidak mempunyai kebebasan bercakap dengan suami masing-masing. Samada kekangan masa dll adakan sesi luahan hati dimana setiap ketidakpuashatian perlu diucap dalam 5 patah sahaja ie;

a) Abang selalu balik lambat sangat(jangan cakap meleret abang kenapa balik lambat)

b) Abang, saya teringinkan hadiah istimewa(jangan cakap abang kenapa tidak belikan saya rantai emas, Fatihah kawan saya suami dia sayang dia beli rantai emas bla bla)

c) Abang kurang masa dengan saya (jangan abang asyik kerja, saya sunyi, tiada hiburan, boring, saya cari hiburan, Abang asyik kerja, asyik dengan kawan bla bla bla yang mana semua boleh "mendatangkan marah")

5. Suprise @ Buang Tabiat

Banyakkan SUPRISE. Suprise bukan perlu pakai duit, kadang-kadang balik awal juga adalah suprise tapi janganlah buat "entry" balik awal macam mahu makan isteri. Balik awal, ajak tidur awal kemudian makan luar, atau lebih manis masak sama-sama...:)

Mahu buat suprise ini mudah, asalkan luar dari kebiasaan adalah suprise, kalau isteri biasa pakai tudung biru, beli tudung merah, harga semurah RM 20 pun isteri ingat suprise itu sampai mati.

Ucapan romantis yang rare ie jika Abang Facebook, sayang jadi passwordnya! adalah suprise juga. Apatah lagi jika diucap oleh lelaki keras.

Jambu Asam RM 1 kalau dihantar suami ke pejabat isteri secara suprise pun akan jadi amat-amat bermakna malah akan diceritakan pada anak cucu oleh isteri.

6. Jemaah

Sebaik-baiknya solat. Ramai suami bila pulang kerja sibuk mahu ke Surau. Anak-anak ditinggalkan bersama isteri, atau isteri ditinggalkan kerana isteri penat.

Ada pasangan tidak solat. Tidak apa(bukan tidak apa tidak solat). Jemaah bukan solat sahaja.

Boleh jemaah makan sama-sama. Minum sama-sama. Tengok TV sama-sama. Mandi sama-sama. Memasak sama-sama. Basuh pinggan dan baju sama-sama. Lipat kain sama-sama. Kemas rumah sama-sama. Buat susu anak sama-sama.

Bukan solat sahaja, semua pun boleh jemaah juga.

7. DOA

Ini penting. Doa kuat-kuat biar isteri dengar.

Doa pada Allah,"Ya Allah kukuhkan hubungan, leraikan salah faham, hindarkan poligami dan jangan runtuhkan hubungan kami, kami mencari keredhaanMU ya Allah"

Kesimpulannya, seks dengan isteri orang banyak terjadi di luar sana.

Saya tahu kerana saya sudah banyak kali lari darinya. Ini bukan omongan tapi hakikat!

Seperti kalian, saya berdoa, agar Allah memberkati hubungan saya dengan isteri saya, leraikan salah faham, dan semoga kekal bersama saya hingga ke Syurga bersama ibu bapa saya sambil dilayani Bidadari(sebagai orang gaji:))

PS: ***

Saya pernah mencadangkan sesi confession dalam Islam tetapi dimarahi kerana dikatakan ia menyerupai Kristian. Alhamdulillah, baru-baru ini UKM telah membuat satu program dipanggil confession program dimana seorang peserta mengaku bapanya dan adik beradik bapanya tidak solat.

Saya amat tertarik dengan satu lagi BUDAYA(bukan agama) orang barat iaitu re-vow atau "re-married". Dimana pasangan suami isteri memperbaharui ikrar perkahwinan mereka setiap 10 tahun.

Alangkah baiknya, jika kita, suami dan isteri, dapat memperbaharui ikrar dan sumpah kita setiap 5 tahun bersaksikan Allah. ie Saya Mustaqim Abdul Rahman bersumpah atas nama Allah akan bertanggungjawab sebagai Ketua Keluarga dan suami kepada Rodhiah binti Dahnil. Saya akan membimbing, memimpin isteri saya ke jalan yang diredhai Allah. Dan Isteri juga boleh melakukan sumpah taat setia pada suami.

Wallahualam.

Wednesday, November 4, 2015

Keling Di Malaysia

Maaf tajuk diatas digunakan untuk memancing pembaca.

Walaupun pada saya sewajarnya mereka yang membunuh orang dengan memukul, menyiat daging mereka dan diberi pada anjing makan, kemudian dibakar hingga hangus sebelum tulang dibuang ke sungai wajar dipanggil keling dan pariah walaupun mereka India Brahmin atau Satriya sekalipun.

Sepatutnya masyarakat India sendiri menggelar pembunuh ini sebagai keling dan pariah.

Tapi, seperti biasa, sebagai orang Melayu yang hormat bangsa lain(dengan harapan bangsa lain hormat Melayu), saya sekali lagi mohon maaf jika tajuk diatas menyakiti mana-mana pihak.

Hakikatnya, Melayu hari ini tidak akan sama tanpa orang Cina dan India.

Begitu juga orang Cina yang melarikan diri dari Negara China atas sebab ie Maharaja, "wanted person", peperangan, diserang Jepun dsb, juga tidak akan menjadi seperti Cina hari ini tanpa orang Melayu.

Untuk rekod, majoriti masyarakat Cina Malaysia  katakan orang Cina di Malaysia jauh lebih baik dan ada standard berbanding orang Cina di China.

Begitu juga India, orang India di Malaysia datang sini kerana kesusahan hidup. Sudah pasti mereka bukan dari golongan Brahman dan Satriya.

Tetapi India di Malaysia hari ini, walau apa jua kasta mereka di India, mereka sebaik, malah mungkin lebih baik dari Brahmin dan Satriya disana.

Itulah Malaysia. Unik, dan saling memanfaatkan.(saling hormat?Fikir sendiri)

Justeru, walau siapa jua anda, samada anda Ananda Krishnan, Tony Fernandez ataupun Lim Goh Tong, Vincent Tan, Tan Sri Yeoh, Tan Sri "Ah Beng", ataupun Mokhtar Bukhary, Kamarudin Meranun, dan siapa jua anda, ANDA tidak akan berjaya tanpa Melayu, tanpa Cina dan tanpa India.

Belajarlah hormati bangsa lain khusunya Melayu yang majoriti seperti kereta Proton diatas jalan.

Walaupun banyak kelihatan Proton dimana-mana tapi rationya masih rendah berbanding bilangannya.

Kita saling pandu, saling angkat, saling membantu, moga Malaysia atau Melayusia(SIA-Sino, India dan All) terus maju.

KITA adalah MALAYSIA.


Tuesday, November 3, 2015

Surat Terbuka Pada Dewan Bahasa dan Pustaka - Bangsa Johor

Apa itu DBP?

Dari lama web DBP dibawah adalah sreenshot objektif, matlamat, visi dan misi DBP!



Artikel saya sebelum ini tidak memberi peluang kepada DBP untuk memberi penjelasan jauh sekali untuk membuktikan saya menipu!!!

Sebagai rakyat yang sayangkan Negara yang mempunyai kecintaan terhadap bahasa serta mempunyai kesedaran tamadun dibina oleh bahasa, saya memandang serius perkara dibawah;

1. Penggunanaan istilah bangsa secara salah seperti BANGSA JOHOR akan menghakis identiti Bangsa Melayu.

2. Bahasa jiwa Bangsa Johor? Apa bahasa Johor? Jawa? Bugis? Melayu?

Justeru, saya meminta kepada pihak DBP bertindak keatas "Bangsa Johor" dengan menyekat, membuat penafian atau mengeluarkan kenyataan kerana perkataan ini bukanlah bahasa pasar sebaliknya ia digunakan secara meluas termasuk oleh Istana Johor!

Jika DBP tidak buat apa-apa maka eloklah dibubarkan DBP dan digantikan dengan DBPJ sepertimana asal DBP itu sendiri dari Johor.

DBPKelantan, DBPTerengganu, DBPKedah dan lain-lain pasti akan memecahbelahkan Malaysia kepada beribu bangsa bukan kaum.