ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, March 2, 2014

Zaman “Government Know Best” Belum Berakhir



Wawasan 2020 hanya tinggal kurang lebih 2128 hari lagi. Yang sering menjadi sasaran dan perhatian adalah adakah Kerajaan mampu mencapainya. Hakikatnya, samada kita boleh mencapai status Negara Maju atau tidak bukan bergantung kepada usaha Kerajaan sebaliknya kualiti minda rakyat sendiri.

Tanpa rakyat minda kelas pertama, Malaysia tidak sesekali akan mencapai tahap Negara maju walaupun mungkin mencapai status Negara berpendapatan tinggi yang biasanya diiringi dengan Negara Kos Sara Hidup tinggi.

Disana sini kedengaran rakyat Malaysia yang memuji Negara Jepun, Eropah, China, dan lain-lain disamping memburuk-burukan Malaysia samada secara langsung atau tidak.

Sebenarnya, semakin mereka memburukkan Malaysia, semakin mereka memburukkan diri sendiri kerana ironinya Malaysia dipanggil sebuah Negara  kerana Rakyatnya yakni kita semua. Buruk kita, buruklah Negara, baik kita baiklah Negara. Buruk perilaku anak, buruklah ibu bapanya, tinggi akhlak anak, tinggilah didikan keluarga.

Ada yang burukkan Malaysia katanya Jepun bersih dan pekerja pembersihan diberi pangkat Jurutera Kebersihan dengan gaji yang amat tinggi, tapi tiada yang mahu anaknya menjadi Jurutera Kebersihan malah sendiri tidak mampu mengasingkan jenis-jenis sampah dirumah, ada yang kata di Eropah Bandarnya bersih, tiada kesesakan, tapi bila Kuala Lumpur melarang motor dan kereta masuk merekalah jerit paling kuat kata Pemerintah zalim dan diktator, ada yang kata di sana rakyatnya tidak berebut dan mementingkan diri, tapi bila mereka yang ajar anak mereka semua bersaing merebut peluang sekaligus mementingkan diri, ada yang kata longkang Turki bersih, tapi longkang rumah mereka tidak pernah mereka bersihkan malah ada yang tidak pernah jenguk langsung, mereka kata keindahan Bandar Raya Utama dunia hebat tapi bila cukai pintu naik selepas 20 tahun siapa lagi jerit paling kuat, ada yang kata Malaysia hak pengguna tidak seperti UK tapi bila baru sehari tidak dapat makan ayam mereka marah-marah, bila AirAsia beri khidmat buruk mereka tetap berebut membeli tiket, ada yang kata udara sana nyaman, tapi bila suruh ke pejabat berbasikal seperti di Amsterdam mereka mengecam Menteri yang beri “cadangan”, bila Kereta Proton dilancarkan mereka beli kereta import tanpa mereka ketahui rakyat Negara maju menyokong barangan buatan mereka dari kereta hinggalah kekomputer dan pelbagai lagi.

Pendek kata, tiada siapa sanggup anak mereka menjadi rakyat biasa yang kerja biasa dan hidup sederhana malah lebih malang mereka tidak mendidik anak mereka menghormati golongan ini. 

Kebanyakan kita mahukan anak kita menjadi Doktor, Peguam, Pegawai, kaya-raya, punyai kereta dan rumah lebih dari keperluan tapi bila harga rumah naik, bila jalan sesak, bila parkir tiada, bila Tenaga Buruh terpaksa menggunakan orang Asing mereka dengan “lapang minda” menyalahkan Kerajaan dan bukan diri mereka sendiri walhasil situasi Negara disumbang oleh kehendak masyarakat yakni diri mereka sendiri.

Minggu lepas, Negara yang sering kita burukkan ini mencatat sejarah apabila Jambatan Pulau Pinang Kedua di rasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Suka diingatkan pada semua, semasa Tun Dr Mahathir hendak membina Jambatan Pulau Pinang rakyat marah, rakyat berdemo, rakyat menuduh Tun sebagai membazir dan mahu mengayakan keluarganya. Tapi bila dibina Jambatan Kedua semua senyap dan lebih hina lagi masyarakat ini apabila tiada seorang pun rakyat Malaysia yang tampil kehadapan meminta maaf kerana tersalah menuduh beliau. Tiada siapa dari rakyat biasa sehinggalah ke pemimpin PAS dan DAP yang masih lagi berkuasa hingga hari ini.

Tapi masyarakat Malaysia tidak marah, kerana menuduh tanpa bukti sudah menjadi nilai kita, memiliki kereta dan rumah yang banyak sudah menjadi nilai kita, tidak mengamalkan gaya hidup dan makanan sihat sudah menjadi nilai kita, memakai tudung sambil berbaju ketat, menampakkan leher, dan menari sudah menjadi nilai kita, mempergunakan ayat Al-Quran sudah menjadi nilai kita, bercerai sudah menjadi kebiasaan kita, mementingkan pembacaan berbanding pemahaman sudah menjadi nilai kita, memotong “que”, melanggar lampu isyarat, memandu laju sudah menjadi nilai kita, menggunakan peralatan pejabat, kertas pejabat, talian internet pejabat untuk peribadi, balik awal semuanya sudah menjadi nilai kita, bercakap apa sahaja yang kita suka tanpa mengira perasaan orang lain sudah menjadi nilai kita, berebut membeli dan menaiki Tren sudah menjadi nilai kita, rasuah sudah menjadi nilai kita, filem hantu bukan filem berkualiti menjadi nilai kita, lawak murahan bukan lawak mendidik malah melawakkan segalanya sudah menjadi nilai kita, melepak bukan membaca menjadi nilai kita dan banyak lagi perkara yang salah sudah menjadi nilai kita.

Kesimpulannya, jika Kerajaan tidak tegas membina Jambatan Pulau Pinang disebalik tentangan, tidak tetap membina Lebuhraya Utara Selatan di sebalik tuduhan menjejas pendapatan Pekan Kecil, tidak teguh membina KLCC yang disebalik dakwaan dibina untuk Tun Dr Hasmah, tidak meneruskan pembinaan Putrajaya disebalik fitnah Tun Dr Mahathir mahu setanding dengan Firaun, tidak kekal membina KLIA, Litar F1 Sepang, Tren LRT disebalik semua tuduhan membazir maka mungkin Negara ini masih lagi Negara Petani dan Negara mundur di dunia.

Justeru, terbukti zaman “Kerajaan Tahu Segalanya” mungkin sudah berakhir tapi “Kerajaan Lebih Tahu Apa Yang Rakyat Perlukan” tidak pernah berakhir kerana rakyat masih belum memiliki minda kelas pertama malah masih ramai rakyat memiliki minda kelas ketiga yang suka menyalahkan pihak lain berbanding diri sendiri di Malaysia.

Adalah lebih molek jika Kerajaan pimpinan BN yang digerakkan Pegawai Kerajaan pelbagai latar belakang meneruskan kajian dan bertindaklah untuk kebaikan semua rakyat tanpa mempedulikan tentangan mereka kerana “People Know Best” masih belum dimiliki rakyat Malaysia.

No comments: